© unid.blogspot.com


Oct 29, 2009

Fair

The scenario ... pretty girl loves rich boy.rich boy loves pretty girl.prettier girl will find the richer boy.richer boy will find the prettier girl.

rich boy and pretty girl.money and beauty.the game is fair and square.

Oct 18, 2009

Ibu, bapa dan anak

Baru jer abis tengok cerekarama tajuk al-Kiswah. Jangan terkejut jika cerita itu memang kebanyakannya terjadi dalam masyarakat kita.

Bila ada anak yang mengabaikan ibu bapa dengan mudahnya kita akan menuduh si anak itu derhaka , si tanggang dan pelbagai cemuhan tetapi jarang di antara kita yang menyiasat benarkan anak itu memang berhati kejam atau sebenarnya tindak balasnya berdasarkan benci yang tak tertahan-tahan.

Kita boleh memilih isteri suami malah merancang anak, tetapi bolehkah anak memilih kita?Ibu bapa kadang-kadang mahu membesarkan anak mengikut pelan, tetapi terlupa tentang kasih sayang, kadang-kadang menjadikan anak seorang yang mungkin patuh tetapi hatinya penuh dendam.

Dan ada ibu bapa yang terlebih kasih sayang sehingga anak naik lemak.Memang susah nak didik anak kan?

Pernah dulu heboh berita cerita tentang seorang anak mengabaikan bapanya.Satu Malaysia rasanya heboh, maka berduyun-duyunlah orang mengecamnya.Sampai si anak itu berkata, bapa aku ini meninggalkan kami sekeluarga,langsung tak pernah pedulikan nasib kami.Ibulah yang bersusah payah membesarkan kami.

Apa nak dikata?Mungkin ada yang berkata, apa pun dia tetap bapa kamu. Aku fikir bukan senang hendak melupakan trauma waktu kecil. Jika seorang gadis dirogol oleh ayahnya waktu kanak-kanak, adakah di waktu dewasa dia akan semudah itu memaafkan ayahnya. Susah bukan? Kalau tak kena batang hidung sendiri senang la cakap ya.

Ada orang berkata ibu bapa boleh bela sepuluh orang anak, sepuluh orang anak belum tentu boleh bela ibu bapa mereka? Betul, jika anak buat hal , degil ibu bapa dengan senangnya merotan, tapi jika ibu bapa buat salah bukanlah mudah untuk menegur mereka kan?

Susah kan? Diluah mati emak , ditelan mati bapa.Semoga Tuhan menjadikan kita yang terbaik.

Oct 7, 2009

Hilang

Jam tangan.Sejak petang Ahad hari tu aku tidak memakainya.Hilang.Ibu kata ada dalam beg tanganku, tapi puas dicari tapi tak ada. Aku cuba hidup tanpa jam tangan tapi memangnya rasa kosong.Kosong sangat.

Terlalu lama bersama langsung tak perasan kehadirannya begitu bermakna.Bukannya tak boleh beli yang baru tapi barang yang lama ada kalanya lama dipakai makin sayang.

Dalam aku memikirkan di mana lah agaknya jam tangan tersebut dan memikirkan apakah harus kubuat untuk mendapatkannya kembali, aku kerling di belakang tempat duduk belakang kereta. Jam tersebut betul-betul di bawah kusyen belakang.

Lega sangat.Alangkah leganya mendapatkan barang yang dicari.Bagus kan perasaan mendapat semula apa yang hilang?

Berhari-hari aku dan kawanku memikirkan di manakah Kulim Avenue kerana ada kedai baru bakal dibuka menjual peralatan sukan.Dan hari ini saat aku selesai menyarungkan jam tangan ku, di sebelah kiri jalan terpampang nama kedai tersebut dengan beberapa orang sedang memunggah sesuatu.Ohh..ini rupanya kedai tersebut.

Petang ini aku begitu senang, jam yang hilang telah dijumpai dan juga misteri di manakah Kulim Avenue selesai dalam masa yang sama.

Pelik kan?Jikalah apa yang kita selama ini kita inginkan datang tanpa disangka-disangka.Namun selalunya perkara seperti ini jarang terjadi.Alangkah bertuahnya jika …

Oct 6, 2009

Original

When I was stopping by at laundry shop I saw something like this,

Formatting PC and Window XP/Vista application – RM40

Wrote on A4 paper and pasted on the wall.

“Is this using original Windows?” I asked the shop owner.

“No. But we can crack it to make it original.”

First time in my life I heard that we can make something original by cracking it. :)


Sep 29, 2009

Entahlah

Tetiba jer aku cakap kat hosmet aku yang aku teringin nak makan roti canai ngan teh tarik kat kedai mamak.Sepanjang setahun lebih aku duduk kerja kat Kulim rasanyer tak pernah lagi aku lepak minum teh tarik mamak.

Lepas cuti seminggu raya, at least aku nak enjoy free time sebab mungkin mulai minggu ni aku akan sibuk dengan kerja dan kelas.Banyak benda yang nak dibuat dan aku kena plan betul-betul.

Mungkin tahun depan aku akan lagi sibuk, tapi entahla.Whatever aku harap all the best.Lately aku asyik condemn diri sendiri saja.Yang tak eloknya bila mengcondemn diri sendiri ni ianya membuatkan aku down.Tapi bila nak dipuji pulak, aku akan tanya diri sendiri bagus benar ke aku ni?see no answer for that.

Orang selalu cakap orang baik selalu diuji.Dan aku tanya diri sendiri adakah aku orang yang baik?Aku sendiri pun takde jawapan.Yang layak menilai aku adalah keluarga dan kawan-kawan.Dan semenjak aku duduk kat sini aku rasa aku dah hilang penilai.So aku menilai diri sendiri jadi mungkin sebab tuh aku asyik menyalahkan diri sendiri.Pendek kata aku blur ngan hidup aku dan hilang arah untuk seketika.

Member aku bertanya,”Why not u come back here, at KL?Your friends is all here.”

Aku diam.Sebetulnya jika aku rindukan KL, maknanya aku rindukan kawan-kawan, is not the place itself.Walaupun aku tau kalau aku balik KL mungkin aku asyik memerap jer kat rumah sebab aku bukanlah kaki lepak, tapi aku suka melepak cuma bukan kaki jer la.

Dan dekat Kulim pun bukannya buruk sangat.Kalau orang cakap kat KL banyak orang jahat, aku akan cakap kat sini pun apa kurangnya.Yang buruk bukan tempat tapi orang, so memana sebenarnya sama saja.

Kat sini heaven sebab family aku dekat, baik pun ada buruk pun ada.Baik sebab aku leh jaga family buruknya aku macam takde ruang untuk diri sendiri.Nak buat apa pun consider family.Pastu cost of living rendah.

Kalau nak cakap luas pemikiran tuh aku rasa mungkin KL provide lebih sikit.Sebab nyer ia sibuk, mencabar, jumpa ramai orang dan semua knowledge event ada kat sana, nak belajar senang.Kat Kulim tak ada benda-benda macam tu, nak cari kelas berenang pun sampai sekarang tak dapat.

Mungkin sebenarnya aku dah jemu dengan kedua-duanya.Buat masa sekarang biarlah jawapannya ‘entahlah’.

Sep 26, 2009

raya 2009

Raya tahun ini.Well lebih meriah dari tahun dari tahun-tahun lepas.Ada cerita sedih ada yang happy.Tapi orang datang rumah sampai raya ke enam, sampai semua cordial termasuk ketupat dan segala macam habis licin.Biasa la kawan-kawan parent ngan adik-adik.Penat ada, happy ada sedih pun ada.

Pergi melawat pusara mereka yang tiada dan terpikir bila pula aku ke sana dan apakah nasib ku nanti.

Kebanyakan dalam kepala otak aku sekarang adalah benda-benda yang negative yang sedih yang malas aku nak tulis.Mungkin sebab tuh aku stop seketika sebab aku blank.

Hidup di dunia ini penuh suka dan duka, jika menangis biarkanlah.Bukankah kita ini belajar?

Sep 6, 2009

Reality

Some people said, if you sad...you will be sad alone, but if you smile, the whole world will smile with you.I guess I don't want to be alone.I guess,reality is painful afterall.

Say cheese everyone :)