Explore

Minggu ni unid tak balik kampung, fyi unid boleh dikatakan 99% balik kampung time weekend.Sangat jarang unid menghabiskan weekend di Penang since kerja kat sini.So boleh dikatakan knowledge unid pasal Penang amatlah sedikit.Kebanyakan berdasarkan apa yang orang habaq dan bacaan di Google sahaja.(-,-)~

So plannya today unid nak explore Penang dengan member, sekali kereta dia terlibat dalam kemalangan pulak.Mujur la takda apa-apa, tapi dia takleh join unid untuk berjalan-jalan kat Penang.Jadi unid terpikir, alamak adakah nak dibatalkan sahaja program jalan-jalan hari ni?

Dalam dok fikir tu, unid pi berenang dulu sampai pukul 9.Lepas berenang tu rasa nekad, ish...rasanya tak boleh nak menghabiskan masa hari ni dengan terperap dekat rumah mengadap facebook atau membaca buku-buku berfaedah.Tekad nak berjalan sendiri... alaahhh Penang jer pun unid, bukannya luar negara pun.Ya,sometimes nak explore seorang diri memerlukan kekuatan walaupun kat tempat sendiri.(T-T).            Takpa kita pi melawat muzium ja dulu.Maka unid pun menggoogle wow...banyaknya muzium kat penang.Boleh ke ni??

Tengah siap-siap tiba-tiba terfikir teringat member baru yang unid jumpa masa swimming class.Terus give her a message.Wah...bestnya bila dia cakap okay without any hesitation.

So unid pun pi amik dia kat rumah.Rumah dia berdekatan Island Hospital.Unid tak pernah sampai lagi Island Hospital ...wah bestnya discover tempat baru lagi.Dah update satu lagi landmark dalam kepala otak.

On the way nak fetch dia... nampak signboard Rumah P. Ramlee...terus excited.Bila jumpa dia, terus plan -meh kita pi Rumah P Ramlee dulu.











Letak gambar kucing sekadar menghormati privasi member.
Melawat Rumah P. Ramlee memang meralikkan.Unid suka perhati benda-benda lama selain benda benda baru.Banyak knowledge tentang P. Ramlee kat sini.Bayangkan dulu Jalan Ampas Studio tu well known sampai ke peringkat antarabangsa, ala ala Hollywood gitu.Tapi sekarang industri seni kita ke mana ya?Padahal zaman dulu kita cukup terkenal, tapi sekarang?Seolah-olah orang kita tak reti buat filem dah...atau reti tapi tidak dihargai maka ianya tenggelam begitu saja.Jadi jika ada orang kata kita tak boleh buat filem, bukankah dulu kita boleh?Buatlah filem-filem yang bermutu, yang boleh jadi iktibar,tak semestinya ikut sebijik sebidun seperti P Ramlee tapi IMPROVE.Ada banyak jer filem/drama Melayu yang unid suka.

Member unid yang teman unid tu berkata:
'Mungkin bila seseorang itu ikhlas, benda tu akan sentiasa diingati.'
Ya, terfikir juga..Tan Sri P. Ramlee cuma dapat gelaran selepas dia mati, dia mati pun bukan dalam keadaan kaya raya walaupun sepatutnya orang yang begitu banyak hasil kerjanya mendapat royalti yang setimpal.Mungkin kerana dia sangat minat dalam bidang seni, sehingga tak begitu berkira tentang duit ringgit.

Unid tak ambil gambar suasana dalam bangunan sebab ada larangan ambil gambar.So silalah datang sendiri ye.Kawasan ni terbahagi kepada tiga 1) Rumah P. Ramlee , di dalamnya ada perkakasan rumah, gambar-gambar. 2) Galeri , di sini banyak tentang hasil kerja seni beliau  dan 3)Auditorium , tatau ada apa sebab masa tadi tutup la pulak.Masuk free, tapi kalau nak menyumbang silakan.

Suasana dia tenang ja, ramai veteran duduk lepak di pondok rehat sambil layan lagu P.Ramlee.Bila dah explore tentang P.Ramlee tiba-tiba teringin nak tengok filem 'Sabaruddin Tukang Kasut', macam tak pernah ada kat tv ja.

Lepas tu kami kelaparan, berhenti makan di astaka berdekatan dengan Stadium Pulau Pinang.Semua makanan selamat masuk tanpa sempat ambil gambar. V(-,-)

Berhampiran ada pasar, member cakap pasar ni dibuka awal.Pukul 6 atau 7 pagi gitu.Waktu ni dah pukul 2 lebih, semua berkemas nak tutup.Dekat sini semua barang ada,Unid masuk jap, memang bermacam macam barang.Barang antik pun ada.


Tudia bangunan stadium pulau pinang

Lepas tu , kami mencari muzium pulau penang.Heh... guna GPS, elok sampai satu kawasan tiba-tiba signal lost.Berpusing-pusing la kami dibuatnya.At last sampai gak.Muzium ni terletak di Lebuh Farquhar.

Pun sama, takleh ambil gambar.Sila datang sendiri ya.Tapi bagi unid memang tempat ni informative and rasanya segenap sudut diletakkan  artifak-artifak (pergh...ayat) dan info berguna.Muzium ni ada dua tingkat, dua dua fully occupied with informative stuff.Kalau hangpa nak tau asai usul Pulau Pinang, siapa Francis Light,siapa Farquhar tu?Pasal kaum kaum dan bermacam-macam lagi mai la na.Seringgit saja rega tiket.Memang tak nyesal habaq hang!


Sempat snap gambar signboard ja, jangan marah ya!

Ni bangunan mahkamah, opposite dengan muzeum.

Lepas tu (berapa kali lepas tu da...) kami lapar.Ingat nak cari cendol tapi tah sesat tiba-tiba nampak Restoran Kapitan yang penuh manusia.Unid pernah makan yang kat Queensbay tu ja.Disebabkan member unid tak pernah pergi, kami pun makan kat sini.Tapi tak amik gambar jugak...dah kenyang masuk perut baru teringat.

Contengan contengan begini banyak di kawasan pusat bandar sini.
Mungkin boleh plan 'Sehari memburu contengan'
Dah makan semua, tau-tau dah petang.So kami pun balik jer la.Total km meronda hari ni ialah 61 km , bar minyak unid dari 3 tinggal 2 ja.Satu bar minyak ja dia guna, ni yang buat unid sayang kat ceri ni.

Bila difikir balik , bersyukur sebab unid tekad jugak nak berjalan dan bersyukur jugak dalam bertekad tu ada member nak join.Memang kalau nak berjalan especially seorang ni memang ragu-ragu sikit kecuali shopping mall =) .

Hari ni cuma boleh kaver sikit ja, maybe sebab bergerak pun dah agak lewat.Tapi tengoklah apa yang unid dapat.I believe...inshaaAllah I can cover more next time. Ni kira batu loncatan sahaja ni. Test the water first.

Manyak lagi tak pi ni.Hari ni baru kaver dua tempat tak termasuk sesat dan makan.
Penang adalah antara tempat famous di dunia.Rugi kalau unid biarkan tanpa diexplore.I m happy when I choose to wear my sneaker and go out today =)

Kasut ni ada kenangan sendiri.Dibeli di Medan,Indonesia =)



Comments

Popular Posts