Search This Blog

Saturday, February 9, 2013

Hidup seadanya

Kadang-kadang bila hidup terasa teruk, mungkin perubahan yang sedikit boleh menggembirakan.Sedikit-sedikit berubah menjadi yang lagi baik.Sedikit-sedikit mengabaikan kata-kata negatif orang.Sedikit-sedikit mem positifkan diri.Orang boleh cakap apa sahaja, tapi kita yang menanggungnya.Jadi abaikan kata-kata yang negatif dari orang.Ambillah sekadar yang perlu.Yang lain, bergantung pada usaha dan tawakal kita.
Jika Allah nak bagi nikmat yang besar, Dia akan bagi ujian yang besar.
Meja takde tudung.

Tutup dengan selendang lama.

Siapa yang sepahkan kulit durian?

Semua orang bising, siapa tah makan durian tapi sepahkan? Tapi kami sama-sama makan, dan sama-sama letak kulit durian dalam talam elok-elok.

Rupa-rupanya...kucing kami yang paling kecik. Si Tuah rupanya suka gak makan durian.Kucing makan durian bukanlah sesuatu yang pelik sebab ada antara kucing-kucing sebelum ni suka durian.

Hebat gak penangan durian ni.