Search This Blog

Tuesday, March 27, 2012

Nana

Lately unid rajin...rajin menyemak , memunggah pastu mengemas balik.Dapur dipunggah dikemas balik.Kotak-kotak dipunggah dikemas balik.Ok, unid tak pandai bab mengemas-ngemas ni.Bab membersih pandai la sikit-sikit.Bab-bab susun atur barang...FAIL.Adik cakap.Unid tak reti nak menyusun...menyemak pandai.HAR HAR HAR...gelak jahat.

Tapi kan...walaupun rajin membersih lately, perangai nana pun tiba-tiba keluar balik.Malah makin menjadi-jadi.Unid memang nana pun dari kecik, selalu tersepak benda  ,tersangkut sana sini.Accident prone kata omputih.Tapi kan makin tua ni, makin teruk pulak kenanaan nya.
.
.
.
Nana tu apa?
Nana tu dalam bahasa kedahnya lolaq, dalam bahasa englishnya clumsy.Dalam bahasa melayu? Ntah.Nana ni dari bahasa apa pulak?Ntahlah sefamili dah biasa cakap gini.

So bila kemaskan dapur ada jer gula nya bersepah.Buat kek ada jer tepung terjatuh.Bila menggoreng...dalam berhati-hati tu nyaris tumpahkan minyak.Serba serbi tak kena.

So kalau nak buat apa-apa, benda yang berisiko tinggi hendaklah dijarakkan sejauh yang mungkin.

Thursday, March 22, 2012

Nasi mentega dan ayam pun nak bermentega sama

Assalamualaikum [Peace be upon you]

Oklah ...setelah nak dekat seminggu stop memasak since penat masak pie last time.Well...unid puasa hari ni[takde kene mengena langsung].

Puasa ganti okay, sementara rajin nak mengganti. :)

So elok jer 5.40 pm, terus unid pecut balik rumah.Sebab nak masak butter rice.Resepi unid bantai jer so nak bagi pun malu la weh.Tapi bagi jugak.Unid potong bawang, butter , sayur campur [carrot,jagong,kacang pis yang ready made] and campak dalam periuk nasi.Masak la nasi cam biasa.

Oklah disebabkan malas dan mengejar masa.Ayam tu unid gaul jer dengan sos tiram ,kicap , lada and whatever yang unid rasa nak bubuh.Pastu masak atas pan dengan butter.Wah ... gemuk la lepas ni.

Ok..semua berlemak dan berbutter.Minumlah honey lemon ok


Tomato tu cukup syarat untuk mensayurkan diri sahaja
Nota:Selamat berbuka puasa untuk hari ini.Ya Allah terimalah puasaku.Amin

Pie Ayam Makaroni Sesuka Hati

Hadui mencabar buat pie ni.Sebab, dia nyer ready made pastry ni sangat lembik asik nak koyak jer. Bayangkan balik office terus buat sampai pukul 12 malam.Bengang gak la.Lepas ni seminggu tak masak agaknyer.

Okay untuk kuah unid masak guna serbuk kari sikit, ayam, cendawan, carrot,jagung,kacang pis,susu , whip cream dan makaroni[suka hati jer].Pastu balut dengan tepung tuh(lupa dah nama dia apa, ala cuba cari kat bahagian sejuk beku tu.Tepung tu dia dah siap uli dah, so sesapa nak buat pizza ke aper ke just pakai tu jer.Tapi kan lembik giler, memang menguji kesabaran jugak la nak membalut.Masak nak bakar tabur cheese.Unid try parut cheese, activity memarut ni memang addiction.Pastu lagi 10 minute nak masak, unid keluarkan and parut lagi cheese.Wahhh...cheezy nyer.

Apa-apa pun, saat gambar ni di upload semua pie termasuk yang kononnya nak simpan dalam fridge tu habis ditelan.Hosmate suka, dia makan dua kali yey.Bawak balik rumah famili suka.Okla tu

Enjoy~

Balance unid balut dengan plastik so bila-bila nak makan bleh makan 
Hasil nya

Nyummehhhh... 

Tuesday, March 20, 2012

Janganlah bersedih wahai wanita...kerana dirimu begitu berharga

Assalamualaikum~

Waktu unid round giant sorang-sorang, ada la nampak bookstore kecik ni.Unid masuk and belek-belek buku kat situ.Tiba-tba nampak tajuk buku 'Jangan Bersedih' untuk wanita , bukunya kecik and pocket size[i mean handbag size kut].Kat rumah unid dah ada buku 'La tahzan' tapi kan tatau la kenapa tak berapa selera nak baca.But still unid beli buku ni sebab harga dia cuma RM10 ...lebih kurang harga majalah fesyen yang sometimes dibeli tapi takde isi bermanfaat mana pun.

Bila unid baca buku ni, unid terkejut.Sangat worthy.Banyak tulisan-tulisan yang mengujakan and membuatkan unid berfikir and muhasabah diri.Tulisan-tulisannya sangat terkena dengan isi hati, even pendahuluan dia pun unid suka.Selalunye unid akan baca before tidur.Rasanya ia memang sesuai pun, sebab before tidur seeloknya muhasabah diri dulu.So hopefully besoknya akan berubah jadi baik.

Antara ayat-ayat yang tangkap leleh yang unid rajin nak type kat sini, yang lain kenala baca sendiri ya.Kalau unid tulis semua kan jadi lain pulak.
Cukuplah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti?Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka pada siapa engkau akan berharap?
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka esok bukan menjadi milik anda
Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini bila telah sempurna kegelapannya pasti akan datang pagi hari dengan cahayanya
Jangan suka berdendam, kerana anda akan menjadi korbannya yang pertama
Tidak ada musuh yang paling ditakuti wanita selain kegelisahan menghadapi hari tua

Dan banyak lagi diselitkan dengan kisah-kisah manusia teladan seperti Nabi-nabi, sahabat-sahabat.

So boleh beli kalau suka


Thursday, March 15, 2012

30 tahun

Saya  hidup dah 30 tahun.Jika Allah tanya apa yang saya buat untuk 30 tahun yang berlalu, serious saya tak ada jawapan.

Saya juga tak tahu berapa banyak masa lagi yang Allah beri untuk saya.Tapi saya berharap diberi kekuatan untuk melaksanakan sesuatu yang berharga, yang boleh menggantikan seumur hidup saya.

Ya Allah ..ampunilah dosaku.Jauhkanlah aku dari sifat mazmumah.Jadikanlah aku seorang mukmin yang sentiasa Engkau redhai.

Amin.

Tuesday, March 13, 2012

Salmon atas Pan

Tatau nak makan apa.Adala seketul salmon yang dibeli kat Giant masih bertapa dalam fridge.

So unid masak atas pan, letak butter , black pepper dan garam.Masak la sampai masak, elok nak masak tu unid perah lemon.

Untuk sauce tu , unid masakkan whip cream pastu campak daun sup.Nak letak mayonis pun boleh tapi unid lupa nak letak, masa hidang baru teringat.Tsk..makan jer la.

Sayur campur tu goreng dengan butter campur gula jer.

Roti tu my new favorite gardenia roti - Passionne Italiane.Sedap makan dengan sop ke kari ke.

[resepi ni unid bantai jer ye... tak sedap tanggung sendiri, unid makan jer :D]

Unid akhiri dengan gambar-gambar seksi di bawah .Enjoy~


Air favorite all the time honey lemon


Monday, March 12, 2012

Sup Labu

Hari ni sebenarnya plan nak pi hunting kasut.Tapi tak jadi sebab sakit perut.Haishhh..takper Tuhan uji.Sabar ye

Tapi yang good thing nyer, kelas jahit cancel.So Alhamdulillah, Tuhan kasi keringanan.Unid tidur , pastu ngemas dapur.Berlemoih betul.Lepas mengemop, mengelap rasa lapar pulak.Malasnyer gila nak masak tapi stok roti takda.

Dok browsing, tiba-tiba nampak resepi sup labu.Eh... eh unid pun ada labu, yang sudah kecut dalam peti sejuk.

Ahaa... inspirasi ambik kat sini http://www.eats.my/recipe.php?id=372 .

Ok.Unid buat gini ...

Unid tumis bawang besar and bawang putih dengan butter.Pastu masukkan air.Masukkan labu yang dipotong dadu.Letak serbuk kayu manis, stok ayam.Eh..pastu unid masukkan halia.Pastu tunggu la labu tu sampai lembik.Pastu unid letakkan whip cream sikit.Dah rasa okay, angkat and hidangkan.

Oleh sebab roti takda , unid buat pancake blackpepper.So enjoy the pics. :P




I thanks to Allah .. to the pumkin and wheat :)

Sunday, March 11, 2012

Bekalan

Unid selalu perhatikan orang tua kat keliling unid dan selalu terfikir bila unid tua apa akan jadi kat unid?

Bolehkah buat programming lagi dalam umur 70 lebih, dah pencen pun.Umur 60 pun tak sure boleh ke tak lagi.Yelah sebab mesti mata pun dah start rabun pastu badan pun dah start sakit-sakit.

Selalu terfikir, apakah benda yang paling penting di waktu kita tua?Ramai sekarang tengah kumpul harta, bagus..bagus.Ramai gak orang tua nasihatkan unid macam tu.Tapi harta tu first thing ke?

Orang tua ni kadang-kadang kita suka and kita respect, tapi ada jugak yang kita tak suka dan kita tak respect.Tentunya bukanlah pasal harta pun.

After fikir-fikir and timbang balik, maybe persediaan untuk hari tua adalah 3 perkara [buat masa sekarang]

1) Kesihatan yang baik
Bayangkan kalau muda-muda tak suka jaga kesihatan, penyakit selalu nye akan datang waktu kita tua.Sebab antibodi and sistem badan dah tak larat nak handle.Contohnya, muda-muda merokok sehari sampai 4 , 5 kali, agak-agak umur 60 tahun kita sama tak dengan orang yang tak merokok.

Unid ada jumpa orang tua dalam surau, dia cergas and kurus orangnya.Rambut pun takda uban.Dia kerja cuci office jer.Dia cakap masa  muda-muda dia selalu ambik supplement, selalu jaga kesihatan.Dia pesan jaga diri elok-elok sebab masa tua selalunya dah takde duit nak beli ubat macam dia.Tapi badan selalu sakit kan susah tu. Kalau badan sihat, still lagi boleh kerja kat restoran, minum-minum kopi ngan kawan-kawan seusia.

Kalau ada duit berjuta tapi habis dekat hospital pun buat apa kan?Memang tua tak dapat dihalang , sama juga sakit tapi amalan kita kan boleh dikawal . :)

2) Akhlak yang mulia di waktu muda.
 Benda-benda ni memang penting since muda lagi ,tapi kalau muda-muda asyik buat jahat jer lepas tu fikir ahh.. tua nanti aku tobat arr.Agak-agak bila tua kita boleh hidup aman tak? Orang respect tak kat kita? Silap hari bulan orang ambil peluang balas dendam.Yela..contoh paling senang seorang bapa yang aniaya anak dia.Tinggalkan famili, kurang ajar dengan anak-anak.So bila si bapa tu dah tua, agak-agak anak tu berebut ke nak jaga bapa dia.Kalau lah jaga pun atas nama perintah Allah jer, takde la nak jaga atas nama kasih sayang.Bila dah tua, banyak benda yang kesal pun tak berguna.

3)Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu lah yang menjaga kita waktu kita tua ke muda ke.Senang ke susah ke.Harta boleh banyak tapi kalau tak ada ilmu silap haribulan harta jadi rebutan orang jer, kita yang tua ni ditinggalkan.So timbalah ilmu sebanyak-banyak di waktu muda.So bila tua nanti boleh lah jadi penasihat untuk orang muda.Orang muda sangat gemarkan orang tua yang berilmu. :)

[ini entri autopost]

Macaroni and tomato jus

Balik dengan hati yang kecewa.. kasut yang bertutup ..tak berbunyi dan kiyut miyut tak dijumpai.Rasa dahaga, so turun bawah supermarket cari air.Tiba-tiba nampak jus tomato.Nampak cam best jer..beli-beli 2 tin [tamak]

Bila minum..yuck masin.Tak rasa cam minum air tapi macam minum sup.Boleh habis separuh jer ni, separuh lagi?

Tenung...tenung ..

Tada ...



Letak cheese banyak-banyak sebelum makan dan dimulakan dengan Bismillah ..nyumm [nom nom]

[ini adalah auto post]

Saturday, March 10, 2012

Kasut

Pernah tak jumpa sales girl yang annoying? Unid selalu terkena.

Tadi unid mencari kasut.Unid mencari kasut yang selesa, menutup , tak berbunyi dan sesuai untuk pakai dengan skirt or baju kurung.Sebenarnya dah terbeli kasut bata... mahal pulak tu tapi ada bunyi tuk tak tuk tak pulak.Segan nak pakai, so sape berminat sila email ye.Baru sangat, lima kali pakai pi office saiz lima.

Okay, unid baru perasan kaki unid kecik sebelah.Tatau la since bila tapi sangat obvious ok.Sebelah kiri size 6 , sebelah kanan size 5.So Kalau pakai 6 sah-sahlah akan longgar kat kaki kanan.

So terpaksa la cuba size 5 dan kaki kire terpaksa la mengecikkan diri sedikit.Isk , sejak bila jadi gini tatau sebab sekarang pakai sneaker or sandal.So tak perasan apa perubahan kat kaki.

Jumpala kasut yang kiut miut...dan unid berkenan, yang ada cuma size 6 takde size 5.Maybe boleh pakai size 6 tapi sure kita nak try juga size 5.Bila try size 6 , bila jalan kasut yang bertutup pun jadi cam sandal sebab asik terkeluar.Even unid pakai size 5 untuk kasut bata tuh pun pernah kasut tercabut untuk kaki kanan.Haishh.

Sales girl tu beria juga nak suruh Unid beli

"Memang la kena pakai longgar.Nanti kalo ketat macammana u mau buka kasut lor."

Hui...memula macam masuk akal jer dia kata.Tapi bila pikir-pikir dah kaki kita boleh masuk tentulah boleh keluar.Lain la kalau kasut tu botol.Serious sakit hati dengar.Terus tawar hati tak jadi beli.Unid frust tak dapat size yang nak dibeli, dia frust sebab tak dapat jual.Biar.

Another case, pergi dekat bahagian skin care.Unid just nak survey-survey jer.Datangla sales girl yang agak berumur.

"U nak cari apa?"
"Tak cari apa-apa.Saja tengok barang."

Dia stare muka unid lama.serious annoying.unid tak de jerawat la[ayat perasan...abaikan]

"Eh , kulit muka u itam la.Beli la #^%$&%$&^"

Ehh... ehhh..

Pancake dalam 15 minute

Unid sebenarnya malas nak buat sarapan, so just minum kopi and hopefully tahan la sampai ke lunch.Rupanya belum kul 10 dah rasa cam berbunyi-bunyi.Roti takde , takkan nak makan maggi pulak.Tsk..nak masak takut kang terlajak sampai lunch pulak.Yelah sebab unid kan masak lembap.

Tengok baju yang dibasuh dalam mesin basuh. 18 minute left ... kata mesin basuh.

Tak boleh jadi ni...meh la masak jugak and tengok sapa yang siap dulu mesin basuh ke unid!

So tadaaaa.... ini la pancake kurma.Pancake pertama siap dalam masa 15 minute.Yey...unid vs machine basuh.Unid won.

Yang paling best , unid dah mampu berjaya buat dalam kuantiti yang kecik - 3 bijik semuanya.Last time terlajak sampai berbiji-biji, sudahnya breakfast pancake, lunch pancake , dinner pancake, snack time pun bluweekkkkk.

Enjoy gambar-gambarnya.Penat pancake ni berposing. :P






Bahan-bahan
Telur sebiji, whip cream, susu, tepung naik sendiri, kurma dipotong kecil-kecil.

Nota:Selamat duit takyah beli pancake Mac donald

why ... and why ?

yesterday a lot of why ness hovering in my head

why cat loves fish?? i really  don't understand, they afraid to water and yet love fish? if bear, it still able to catch fish itself.
tsk..tak faham betul! then another why ness

me : why guy doesn't like to cook but yet eat a lot?
my friend :why girl doesn't like to eat but loves to cook? 
*pening

Thursday, March 8, 2012

bebel

saya diam hari ini.sebab? entah...hormon tak betul kut.salah kan hormon plak.

maybe sebab saya puasa, so saya nak kurangkan bercakap, membebel dan temper.haisshh.

pagi masuk ofis.tak buat kopi cam biasa, loh dah kata kan puasa

buka email ... deng! error kat production. cuak .. bengang ..tarik nafas .jaga puasa. ok.

biasalah dah kata kerja dengan ulat.so setakat ulat, serangga tu memang la lumrah hidup IT.

buat kerja . tiba-tiba IM masuk

officemate : are u ok?
me: ok

... diam.

hoh..rindu bebelan saya ke? ha ha ha. tula bila kita mengamuk tanak layan.sekarang baru tahu betapa diam itu kekadang bosan.

so bersyukurlah kalau wanita membebel, at least it still normal dari lelaki membebel.owh sangat buruk ok.

happy woman day! baru teringat sebab ada member wish - heh baru terasa diri ni pompuan.

Wednesday, March 7, 2012

Jatuh

Petang tadi terjatuhkan bekas air.2 liter air tumpah kat parking area.

A few weeks ago, sebotol penyegar udara yang freshly keluar dari supermarket, tumpah dalam kereta.Tumpah 450 ml, yang bersisa cuma 50 ml.Dipercayai penutup memang tak rapat waktu diambil atas rak lagi.Seminggu juga kereta tu berbau wangi teramat.

Dan banyak lagi benda yang baru nak diguna,tapi takleh pakai .Tatau kenapa?Sekali rasa nak mengamuk tapi dah kata bukan rezeki.Bukannya tak teliti awal-awal, ada yang terlebih teliti pun.Tapi still kecacatan tu keluar masa ianya jadi milik kita.Ironi betul kan hidup ni?

Sunday, March 4, 2012

Comot

Ada orang buang anak kucing kat rumah unid.Anak kucing tu kurus betul, lepas beberapa hari baru dia start cheer up and gemuk sikit.Mak panggil dia 'comot', sebab dia comot dan nakal.

Jangan panik.Mulanya unid pun ingatkan darah, rupanya minyak kayu.Rajin betul la dia mencomotkan diri .Terpaksala mandikan, sebab minyak tu beracun.

Lepas mandi dok diam-diam dalam towel

Sejuk

Ngantuk

Saturday, March 3, 2012

Good and Bad

For a good people ... whatever happens either it's hard or easy .It always good.

For a bad people...whatever happens is always bad.

Because both will die. No matter to hell, or to heaven.The entrance is our death and the ticket is our deed.