Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Demam

Kerja banyak and yang paling tension bila kena trouble shoot benda yang kita pun tak faham.Plus demam...bila demam ,hingus meleleh memanglah.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dah lah abang boss cuti for the whole week...cuti-cuti waktu lunch ade je sms dia masuk tanya pasal baby ..eh.Sebelum anda terbayang benda pelik-pelik, baby tu our new project yang deployed kat production.Dah dua hari berturut-turut dapat message tanyakan babynya.Risau benar.Takperla unid tolong jaga sebab baby tu kan milik bersama.

Tapi hari ni serius tak tahan, pagi tadi masuk lambat padahal ada meeting kul 9.Masa meeting takleh nak tanya banyak sebab otak rasa stuck.Masuk tengahari mata dah berpinar-pinar mata.Masa tu jugak ncik boss sms tanya how 's the baby on second day? Maka dijawab lah juga seadanya.

Dah nak dekat pukul 3, serius tak tahan...last-last apply half day.Even my friend suruh sabar sikit sebab dah nak dekat kul 3.Tidur jer dulu sampai kul 6 pastu balik.Nak tido kat mana? Bawah meja?

Balik rumah tidur... sampai 4.55 pm.Pening plus mual.Gagah juga solat asar.Masa ni setan mula la nak membatu apikan hubungan saya ngan Tuhan.Yelaa.. bila unid try solat bebaik , sakit pun datang.Ek eleh setan ni, kalau sakit itu tanda Allah murka, bukankah banyak nabi-nabi yang diuji sakit? Sabar..sabar.

Perut lapar..badan letih.Nak telan ubat tak boleh sebab perut kosong.At last gagahi diri memasak nasi and tomyam kosong.Tomyam yang ada bawang and udang jer.Guna perencah tomyam yang kiub tu.Rasanya bila selsema tomyam la makanan paling sesuai.Sebab terasa masam masin and berkuah.Alhamdulillah...lega.Dapat makan nasi dan nanti bolehlah telan ubat panadol.
Nak juga letak pic, mana tau kut2 ada yang meleleh air liur dek kerana tomyam kosong jer. :P

Wednesday, January 25, 2012

Lasagna ku

Pagi ini masuk office dengan badan yang really lemah.Selsema since semalam.Meleleh jer air hidung, terpaksala berkepit dengan towel kecik.

Kalau ikut hati mau jer cuti, tapi disebabkan takde sapa 'jaga kedai' maka terpaksala menggagahi diri juga.Semalam waktu US, our code deployed into production... lebih dari 10 files rasanyer termasuk la WAR, JAR,.ksh,.sql .Huii..project yang satu ini makan tahun dan usaha.So pagi ini Unid kena check betul ke yang dideploy tu, ada error ke tak? Memang ada gak la kepanikan pagi tadi but alhamdulillah settle.

Sedang kerja sangatla teringin nak makan lasagna.Rasa cam nak drive jer pi QB tapi member from other office takleh nak join.So cancel makan lasagna kat QB memikirkan betapa tak bestnyer makan lasagna sesorang sewaktu demam.

Maka bermulalah misi membuat lasagna sendiri setelah mengadakan research recipe maka keluarlah idea nak memasak.Unid ni nama jer tengok recipe tapi haram nak ikut.Itu yang masak asik tak jadi jer.Ehekk..

Resipe terpulang pada anda sebab unid pun hentam after baca sana sini jer.

3 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sebiji tomato member dengan izin
dua sudu cili giling (sebab unid selsema so nak rasa pedas)
Setengah botol sos spageti kimbal (orang bujang la katakan)
Setengah paket daging kisar ramli(paket kecik ni, sesuai utk unid yang kecik)
6 helai lasagna , rendam ngn air panas sampai lembik.(Enam helai pun unid rasa banyak disebabkan unid makan sorang)
sebiji potato yang dihiris super nipis, kalo ada penyagat.Sagat jer.(Sebab tiba2 teringat lasagna milano kat klcc, ada lapisan kentang fuh)
Gula , garam , black pepper and mayonis secukup rasa.
Cheese..unid guna parmesan untuk tabur kat lapisan atas.Kalau letak bebanyak nanti muak pulak kan.


Ok.. cincang halus bawang.Tumis.Pastu masuk cili giling.Masak sampai masak la chili tu.Pastu unid campak kan tomato yang dicincang halus, sos spageti and daging kisar.Kacau and masak sampai kering...janganlah sampai kering kontang ok.Masa nak masak tu, masukkan sedikit garam, gula, blackpepper and mayonis.

Lepas tu, oleh sebab unid takde loyang 4 segi and unid tak nak guna loyang bulat tu(yang ini serius ikut kadar cerewet memasing nyer), unid ambik aluminium foil and bentukkan jadi macam acuan 4 segi yang match dengan kepingan lasagna tu.Unid guna tupperware empat segi sebagai model, jangan bakar dalam oven pulak tupperware tu.Refer pic below ya



Pastu unid hamparkan lasagna then sapu kuah yang dimasak tu.Ulang sampai yang kepingan sebelum kepingan last tu unid bubuh kuah and lapik ngan potato, tabur keju.Make sure la budget2 kuah tu masa sapu kat kepingan lasagna lapisan awal sebab end of lapisan silap ari bulan leh kehabisan kuah.So lapisan atas sekali unid tak sapu apa-apa disebabkan tak cukup kuah... kui kui kui.

Sila sapu kuah plus cheese kat atas ye, jangan ikut pic ini

Balut sebelum bakar

Ok ..pastu bakar dalam oven suhu unid bantai 150 darjah selama 30 minute.Kalau ikut instruction yang kat packet lasagna tu dia kata 25 minute jer.So suka ati la korang nak bakar berapa pun.Jangan hangus sudah yer.

Setelah masak ade beberapa perkara yang boleh improve
1)Make sure sapu kuah kat lapisan atas sekali, sebab kuah tu yang tolong bagi lasagna tu lembut.My case sebab syok dok sapu kuah kat lapisan bawah sekali bahagian atas tak cukup.So bahagian atas tu jadi kering.Terpaksa Unid tabur cheese plak

2)Make lasagna tu rendam sampai lembut.Cuba cari tips kat google.Sebab kalau tak berapa lembut, boleh jadi nanti rasa tepung.Terpaksa la sambung bakar lagi.

3)Sila la cari and google recipe sebenar selain sini, sebab sini memang pakai hantam jer tau.Tak dijamin tau!

Tada... final result dari amatur.Sedap  dimakan bersama Ribena :)


Nota: unid tidak bertanggungjawab atas sebarang result gara-gara anda ikut recipe ni.Tapi kalau jadi..alhamdulillah :P

Friday, January 20, 2012

Patah Hati??

Kreeiiukk..kreikkkk

Bunyi apa itu? Bunyi patah kut

Breeeeeeeennnngggggggg...

Bunyi apa pulak? Blender??

Blender apa? Juice hati ke tu?Mai secawan!! Rasa cam hancur lebur nih...sedap tak makan hati berulam jantung plus jus air mata berdarah.Wohoo...scary!

Tuesday, January 17, 2012

Improve solat

Have you ever wonder your solat is accepted by Him or not? Have you ever wonder how miracle the solat it is?

Untuk pengetahuan korang, Unid sangat sukar nak khusyuk.Serius for me solat is very tough.Maybe senang dari luaran, ambik wuduk, takbir , rukuk and sujud.Tapi untuk menghidupkannya , menghayatinya is very hard for me.

So sekarang sedang belajar cara-cara nak khusyuk dalam solat.Alhamdulillah terjumpa website ni.Amazingly how the trainer explain tentang surah al-Fatihah.Betapa beruntungnya menjadi Muslim kan?

Pada sesiapa yang ingin improve solat dan juga kefahaman tentang Quran, mungkin boleh ikuti lesson kat sini http://understandquran.com. Unid ambil English 2011.Sila ikut lesson tersebut dengan disiplin ya.Sekarang Unid baru sampai lesson 3.

Meh sama-sama improve solat.Teringin nak solat macam para sahabat, sampai tarik anak panah dari kaki pun tak terasa.Mungkin kalo sakit gigi masa solat pun tak terasa dah lepas ni.Amin :)

Saturday, January 14, 2012

Sepet

Yes... if you happen to know that most of my teammate Chinese. So they're Chinese look la kan as me Malay look.So memang la tak dinafikan.

Tapi kan ada la satu insiden yang buat Unid gelak sorang-sorang bila teringat.Adalah mamat Chinese yang boleh dikategorikan workaholic.Kalau duduk kat desk dia tu takde la tengok dia buka benda merapu ke aper ke (ke ada tapi Unid yang tak perasan :P).Jarang la dia bangun nak pi toilet ke atau ke pantry.Sekali duduk kat tempat dia, dah macam statue.Duduk jer and buat kerja.

Ditakdirkan suatu hari kami menghadapi situasi tensyen.Unid pun duduk menyibuk dekat meja dia while dia dok stare dekat coding dalam keadaan yang agak tertekan.

Lepas tu dia buka spect mata dia, and tenyeh-tenyeh mata dia kemudian berkata."Aduh.. mata sepet tak nampak."

Hahahha..terus unid gelak.Bukan ke engkau dah dilahirkan sepet.Aduyaii... lawak tul rasanya.Sampai sekarang setiap kali dia complain pasal mata sepet mesti unid gelak."You was born with mata sepet."Complain banyak pun tak guna.. hahahhaha.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012 and 1433

Yeah..macam biasa apa yang nak dibuat next year.Actually tak pernah pun ada azam before this.Kalau nak buat ..buat jer terus but ada yang keep berangan tapi pernah buat.So tau-tau masa berlalu, mimpi masih lagi menjadi.


Antara angan-angan yang saya nak buat tapi tak terbuat but now I am going to put it here.So dah macam ada plan dah ni...

1) Belajar menjahit..
2) Belajar menunggang kuda. Kalau boleh nak buat 1) and 2) for 2012 but depend on budget jugak yer.Tapi insyaAllah try salah satu dulu.
3)Consistent solat di awal waktu.Aduyaiii susah nih.Sesungguhnya solat amatlah berat.Memang la solat tak tinggal(kadang-kadang ada gak terbabas) tapi selalu di hujung-hujung waktu.Saya mengutamakan keseronokan dunia seperti tv , game selain solat.Untuk nak apply semua waktu maybe agak susah dan mengejutkan.So apa kata waktu subuh dulu.Subuh start esok pagi.Saya takde hal nak bangun pagi, malah without alarm clock pun saya selalu terjaga kul 5.Tapi nak mengangkat selimut tu yang sangat berat...wehh.So insyaAllah try maybe start esok for 6 months akan membiasakan badan untuk solat subuh awal.Maybe bila dah stick subuh awal maybe akan try Isya pulak. :) . Saya tahu ini antara yang paling mencabar, maybe saya akan terjatuh banyak kali.Tapi ini tak bermaksud solat-solat lain saya plan untuk lambatkan.Cuma saya narrow down sikit-sikit dulu.

Okay..tulis macam ini
Solat Subuh Di Awal Waktu (Latihan 6 bulan pertama)
Solat Isyak di Awal Waktu(Latihan 6 selama enam bulan selepas lulus Solat subuh di awal waktu dengan jayanya) Tskk.. Ya Allah permudah kan amin.. amin ..


4)Tahajjud sebulan sekali . Kalau difikirkan memang banyak peluang yang diberi untuk saya mengejarkan Solat Tahajud.Selalu terjaga sendiri di awal pagi.Tapi tu la, seperti yang dikatakan.. selimut itu terasa sangat berat dan mimpi terasa sangat lah indah, cuaca menjadi sangat dingin dan saya rasa macam mahu tidur selamanya.Saya jadi malas nak bangun walaupun waktu terjaga tu asyik terfikir, mesti ada sebab kenapa saya terbangun di pagi-pagi buta begini

So tulis yer begini… Solat Tahajud paling kurang sebulan sekali. (Uhukk..)

5)Puasa 3 hari sebulan.Nak puasa seminggu sekali memang lah aci kerat jari tak jadi.Ini pun belum tentu jadi.Tapi takper..kita listkan sebagai azam.Semoga Allah menguatkan semangat.Supaya takde la saya qadha puasa last minute.Dan takde juga terlebih makan dan menjadi buncit.

6)Start tanam pokok.Tanah dah ada tapi nak tanam pokok sebatang pun susah.Makanya target at least 10 batang pokok limau ditanam tahun ini.Go green yeayy..

Dalam semua-semua azam di atas, seriously yang 3,4 dan 5 tu la saya boleh agak akan mencabar keimanan.Huii ...huii.. berani tulis dalam blog ni.Takper..hopefully kalau umur panjang sampai 2013, dan pada hujung Dec 2012 saya akan bukan balik entri ni dah tickkan yang mana dah dibuat.Ya Allah permudahkanlah urusan saya.Amin.