Search This Blog

Wednesday, October 23, 2013

Blog ini sekadar terapi

Unid buat kerja gila disebabkan jiwa kacau lately.I reverted all old entries to draft mode.Konon nak lupakan semua kisah-kisah lama, and mula menulis sesuatu yang berfaedah dan bersifat ilmiah.KONONNYALAH.

So semua entries dulu-dulu dalam draft mode untuk beberapa bulan.Maka unid berazam untuk menulis benda-benda yang berfaedah kerana pada pendapat unid, segala post-post unid sebelum ni yang unid tulis since 2006 tak membawa faedah.Tetapi untuk menulis benda-benda ilmiah ianya memerlukan penelitian , kerja keras dan lain-lain. Dalam tak sedar, unid jarang menulis kat sini.

Maka blog yang ini bersawang.Unid sibuk dengan alam realiti , balik rumah nak mengadap laptop malas sekali sebab my job requirement adalah mengadap laptop lebih dari 8 jam.

Jadi untuk meluangkan masa memerah otak memikirkan bahan ilmiah untuk blog ini sedikit, malah seperti tak ada.Tak kuasa unid nak memtensionkan diri setelah seharian stress mengadap coding , IT stuff and jiwa kacau.

Hidup realiti bukanlah  seindah mana, as human being kita dicabar dan diuji.Unid mengaku unid pernah marah,sedih, buat benda-benda bodoh.

Tetapi menulis di sini,walaupun tak memberi faedah kepada orang lain rupanya banyak memberi faedah kepada unid sendiri.Kewujudan blog ini, walaupun isinya tah hapa-hapa dicompare dengan Namaku Nurindah seolah-olah stress ball.I write here without care.

Malam ini, unid perasan yang perasaan unid kelam kabut mungkin kerana dah lama tak merapu kat sini.Dah lama tak menaip with I don't care feeling.In the reality, unid terpaksa memikirkan hal orang lain malah kadang-kadang unid mendahulukan orang lain sekaligus memendam perasaan sendiri, maka biarlah blog ini menjadi peneman unid.

Unid sedar tindakan unid merevert semua entri lama unid ke draft , tidak membuatkan unid happy.Semua entri lama unid walaupun tak berfaedah mana tetapi ianya ada kenangan sendiri.Ianya pahit manis hidup ini.Kadang-kadang kita terlampau keras tentang diri kita sendiri.Kita tak mahu ingat yang kita pernah buat silap.Kita lupa, yang kita takkan jadi baik sekelip mata.

Unid sudah publishkan balik semua entri lama unid.Unid rasa lega gila.Jika anda membaca dan mengexplore blog ni, mungkin anda mendapati ianya sampah , cacat sana sini.Tak mengapa, ianya mungkin tak sesuai untuk anda.Maafkan unid ya.Jika anda suka penulisan yang teliti mungkin anda boleh berjalan-jalan di Namaku Nurindah. Itupun blog kesayangan unid, di situ unid menulis dengan teliti.

Nota:Seriously unid rasa lega setelah mengarut kat sini.