Search This Blog

Saturday, March 21, 2015

lepaskan saja

terlampau berharap membuatkan kita tak bergerak
kita masih lagi terfikir fikir mana tahu ada harapan
tapi hari berganti hari...yang ada cuma mimpi
kenyataan masih samar

jadi kenapa harus menunggu?
sedang masa tak pernah menunggu
kita tak tahu apa yang dirancang untuk kita
kita turuti apa yang hati  mahu
hati mahu apa yang ia mahu
berharap sesuatu yang tak mungkin menjadi milik kita

akhirnya orang lain sudah ke mana mana
kita masih di sini
beku dan statik

sedang akal sudah berkira
tangan yang berisi mana mungkin dapat menerima lagi
lepaskanlah kelukaan..dan berjalanlah ke depan
biarlah tangan ini kosong dahulu
dari terus menerus mengenggam kesedihan

walaupun masa depan itu kelam
sekurangnya kita tidak statik
mana tahu dengan tangan yang kosong ini
lebih senang untuk mencapai cahaya

-unid-
*mood swing*

Monday, March 16, 2015

Mimpi menjadi nyata


Vending machine yang ada milo,kopi,air buah buahan...panas atau sejuk dan yang paling penting
'IT'S FREE'

Cuba bayangkan masa sekolah dulu ada mesin vending free.Masa sekolah menengah ada vending mesin jual air tin...kalau hari dia sewel bayar untuk satu tin keluar bertin-tin.Rezeki jangan ditolak,lagi pula ada hari mesin tu telan duit tapi airnya tin tak keluar-keluar.

Sekarang ada vending machine kat office,company install dan yang best FREE.
Tapi bila tua-tua ni bila nak minum tu nak kena buat analisis sikit.
Takleh nak togok banyak-banyak kang terlebih gula pula.

Vending machine free, minumlah banyak mana.Tak perlu bayar....mimpi zaman kanak-kanak menjadi kenyataan.

Sunday, March 15, 2015

Seronok ke jadi kurus??

Badan unid jenis kedeking.Bukan gemuk.Tak pernah dalam status berat badan yang okay.Sentiasa underweight.Senang nak turun ... susah nak naik.

Tapi tak semestinya bentuk badan cantik...terlampau kurus sampai perut jadi buncit.Makan lah protein macam tak lut...last last terlebih protein pula dalam darah, isi tak ada jugak.Ada yang jelles sebab badan unid kurus senang nak shop baju.Tapi unid bukan jenis stylo pun...jarang sekali nak melaram,

Ada gak nak ada badan macam unid...takpalah nak badan macam siapa pun tak apa,tapi meh sini unid nak cerita dugaan yang pernah hadapi sebagai orang berbadan kurus.

#1 Senang nak tackle boyfriend?
Pernah jumpa orang berisi kata kat unid,'Syoknya badan kurus , mesti senang nak tackle boyfriend.'

Boyfriend?Saya tak pernah bercinta pun kak.Orang pun tanak kat saya.Orang gemuk pun banyak boyfriend dari saya.So takde kena mengena.

#2 Bukan taste lelaki
Seorang engineer lelaki selamba derk cakap kat my face.'Orang laki bukan suka sangat orang yang kurus kering ni.Kitaorang suka yang chubby chubby.'

(-_-)'' Nanges.Makanya membuatkan fakta #1 boleh jadi betul.

#3 Bila makan banyak.
Orang akan kata...wah seronoknya makan banyak tapi badan tak naik naik.Jellessnya jellesnya...

Kolestrol naik walaupun badan tak naik.Gula pun naik gak...naik darah gak ni.

#4 Bila makan sikit
Dietlar tu...patut lah kurus.

Aduh...time unid control makan sebab segala benda dalam darah naik.(-_-)" Nanges lagi

# 5 Badan kurus senang tenggelam
So ... so menambahkan fobia unid dengan air.Tapi tak kira...akan kurenangi juga.

#6 Ada jugak orang ejek.
Badan macam buluh.
Macam tengkorak.
Ko bela hantu raya eh?
Alahai...kurusnya.Makanlah banyak sikit..sian eh...(Mau kembung perut ni tau)

#7 Takde reason sangat nak beli baju baru.
Baju kat U still muat.So jarang lah shopping baju, asyik belasah baju lama.Padahal boleh jer shopping tapi akan instinct berlagak baik bisik kat telinga,'Ko nak beli buat apa?'Jadinya asik ulang baju lama ja.

#8 Takde rasa macam benda hidup
Orang lain makan...berat naik.Maksudnya ada effect...betulla tu, makan badan naik.
Ini makan makan tapi badan tak naik.Ishhh... membela la tu..bela cacing.Ha ha ha.

#9 Makan banyak tapi buncit.
Hah... kalau berisi orang tak nampak sangat buncit kan?Kalau orang kurus buncit-uiii pregnant dah ke?

#10 Kurus == cengkung
Cengkung.So nampak macam lagi tua.Kalau badan berisi, pipi chubby tak ke baby face tu.

Okay.Bukan unid tak bersyukur...tapi just nak bagitau badan kurus atau gemuk ke ada hikmah.Yang penting sihat, tu yang penting kan.Kalau sihat itulah yang terbaik.

Kurus dan lonely....sadis tul.