Search This Blog

Sunday, May 7, 2017

KLCar Free

Okay, remember yesterday aku berangan nak jogging kat KLCC park pagi pagi.So pagi pagi aku keluar dengan harapan nak berjogging dengan KLCC.Housemate aku tidur, tak dapat dikejutkan disebabkan masing masing jadi nokturnal malan tadi.

Maka masa naik tren aku dah berbelah bagi.Iskkk sebab tak pernah jogging dengan KLCC park pagi-pagi.Ade ke orang jogging waktu pagi?

Masa duduk dalam tren ni nampak seorang budak pompuan dalam pakaian sukan.Huh, ni mesti nak berjogging jugak ni.Aku terus tanya dia nak jogging mana.Dia bagitau dia join KL Car Free.Sembang sikit sikit, dia ajak aku join sekali.Ahh...mengantuk disorong bantal la kan.

Kami turun kat LRT Masjid Jamek.Ramai orang join termasuk tourist.Ada yang berbasikal.Merasa gak aku berjogging di tengah tengah bandaraya ni. Lepas jogging depa ajak join breakfast.Bertuah betul hari ni. =)

Betulla, kita boleh merancang.Tapi Allah akan improvekan rancangan kita.So sesiapa dok KL boleh lah kalau nak merasa berjogging tengah bandar.
http://www.klcarfreemorning.com/

Saturday, May 6, 2017

Workout

Aku biasa exercise pagi-pagi sebelum pergi kerja , malah during weekend.Routine yang aku buat masa weekday simple dari weekend. Workout ni kalau dah start berhenti susah nak start balik.

Aku amik masa yang lama nak start balik lepas masuk hospital hari tu.Memang banyak different bila buat workout dengan tak.Antaranya mood aku.Mood aku sangat cranky, pemalas dan negative.Kalau selalu workout boleh rasa mood tu lain.

Aku malas nak workout petang sebab aku takleh predict apa jadi sampai petang.Sekarang ni hujan pulak, kadang mood pulak dan kerja juga.Aku kerja dengan team yang timezonenya lain,memang boleh balik awal tapi kerja sebagai developer ni memang tak tentu.Bila dah petang aku dah dalam energy save mode, balik tu rasa nak get ready untuk tidur jer.Nak bercakap pun malas.Tapi aku takleh jadikan alasan untuk skip dari exercise.

So sekarang aku bangun pagi, lepas solat dan baca quran jap terus capai yoga mat.Petua dia jangan pegang handphone.Make sure dah save routine dan pilih routine apa yang nak dibuat siap-siap.Simpan offline.Masa nak buat baru nak review video workout memang akan habis masa mereview silap haribulan teralik tengok video lain.

Untuk weekday, aku akan start dengan basic warm up, workout dan basic cool down.Ini antara favorite video aku untuk weekday buat masa sekarang.

Basic warm up lebih kurang lima minit

Workout
The 7 Best Ab Exercises atau 10 Minute Ab Workout: How to Get a Six Pack.Aku sekarang berangan nak 6 pad. =)

Cool down

Untuk weekend memang aku cari yang panjang sikit.Lepas tu buat lah apa apa fun video.Weekeng ko just nak buat terus workout tanpa review pun takper, sebab tak yah pi kerja.Workout la sampai petang pun takper =)

Ini my playlist aku:Unid Workout. Exercise yang aku dah try aku save sini.Bila buat macam ni baru nampak banyak mana dah buat workout.Kalau tak , tak nampak kan.

Pada sesiapa yang asyik dok stress , try la buat.Kadang kadang ubat stress ni murah jer.Bila badan sihat hidup terurus sikit ya tak?

Besok berangan nak jogging pagi pagi kat KLCC park.Jom =)