Search This Blog

Monday, July 6, 2015

Rejeki

Wahh..lamanya unid tak mai sini,ada ke orang mai melawat?

Selamat berpuasa ").

Petang tadi,elok ja unid buka pintu ( baru balik kerja),hosmet unid tanya,

"Unid!!! Nak makan durian tak?"

Arrr...terus unid terbayang hari tu nak dekat seguni durian terbuang.Nak makan dua orang,tapi seguni.Mujur free.

"Takpe unid.Lesson learnt dari hari tu.Sebiji ja rini."

Fuh..lega.

"Unid nak makan masa berbuka ka lepas terawih?"

"Lepas terawihla.Kang nanti sendawa takut pengsan pulak satu saf."

Rejeki jangan ditolak kan?:)




Wednesday, April 1, 2015

April Fool

Hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia.Sebelum hari ni shopping complex sesak sebab orang pakat beli barang.Walaupun gomen claim takde apa,beza barang tak banyak tapi disebabkan ada kedai dah siap siap annouce something like this, 'Pre April Sales before PRICE INCREASE'.Hah,ada sesiapa nak jamin harga murah selepas gst.Unid pun berharap iklan iklan kat tv tu real...tapi hummm.

Semalam atm penuh,mesin atm jam...unid terpaksa cancel hasrat nak keluarkan duit.Orang queue panjang giler, member cakap kat stesen minyak pun sama.Gila kan,rakyat Malaysia termasuk  unid panik.Bertuahlah kalau tak panik.

Hari ni pagi pagi buta terkam pi atm,beratur juga sebab banyak mesin atm takleh guna.At last, disebabkan unid nak kena rush pi airport naik bas unid keluarkan guna meps.Taktaula charge berapa.Okay dari depan sunshine nak ke airport naik bas rapid penang nombor 401E.Unid tunggu sekejap ja, dalam setengah jam dah sampai.Tu pun teralik, tau tau dah sampai.


Okay, sakit hati betul bila perasan aku terlupa beli luggage masa nak pi,tapi beli masa nak balik.Dah tu tatau apa jadi bila nak beli online ja Airasia cuma keluarkan option untuk credit card ja.Perkara yang sama bila aku nak beli emergency tiket kat mak dan aku dulu, takde option untuk online transfer.Tatau la kut kut ada spesifik time dia akan disablekan online banking.Tapi dulu yang paling sedih, member aku nak tolong guna credit card dia pun takleh ,system jam.Berdarah hidung aku nak bayar tiket bila beli manual.

Sekarang tengah makan mc d kat airport.Actually nak cari makanan berkhasiat sikit,tapi mahal dowh.Aku kat airport ni pun bodoh bodoh habis seratus.Satgi nak pi Sabah.Aku betul betul harap percutian aku ni boleh menenangkan fikiran aku.Serabut dengan macam macam masalah.Aku bertuka jadi negative ...senegative negativenya.Fikiran aku nampak hitam ja, takde solution yang nampak.Aku memang dalam keadaan putus asa dan down gila.Menangis berhari sampai mata bengkak, dah tu kat office kerja pula banyak.

*bilalah blogger ni support microblogging macam Dayre tu.Dia automatic compilekan post aku untuk sehari so tak payah la nak mengarang panjang panjang.

Saturday, March 21, 2015

lepaskan saja

terlampau berharap membuatkan kita tak bergerak
kita masih lagi terfikir fikir mana tahu ada harapan
tapi hari berganti hari...yang ada cuma mimpi
kenyataan masih samar

jadi kenapa harus menunggu?
sedang masa tak pernah menunggu
kita tak tahu apa yang dirancang untuk kita
kita turuti apa yang hati  mahu
hati mahu apa yang ia mahu
berharap sesuatu yang tak mungkin menjadi milik kita

akhirnya orang lain sudah ke mana mana
kita masih di sini
beku dan statik

sedang akal sudah berkira
tangan yang berisi mana mungkin dapat menerima lagi
lepaskanlah kelukaan..dan berjalanlah ke depan
biarlah tangan ini kosong dahulu
dari terus menerus mengenggam kesedihan

walaupun masa depan itu kelam
sekurangnya kita tidak statik
mana tahu dengan tangan yang kosong ini
lebih senang untuk mencapai cahaya

-unid-
*mood swing*

Monday, March 16, 2015

Mimpi menjadi nyata


Vending machine yang ada milo,kopi,air buah buahan...panas atau sejuk dan yang paling penting
'IT'S FREE'

Cuba bayangkan masa sekolah dulu ada mesin vending free.Masa sekolah menengah ada vending mesin jual air tin...kalau hari dia sewel bayar untuk satu tin keluar bertin-tin.Rezeki jangan ditolak,lagi pula ada hari mesin tu telan duit tapi airnya tin tak keluar-keluar.

Sekarang ada vending machine kat office,company install dan yang best FREE.
Tapi bila tua-tua ni bila nak minum tu nak kena buat analisis sikit.
Takleh nak togok banyak-banyak kang terlebih gula pula.

Vending machine free, minumlah banyak mana.Tak perlu bayar....mimpi zaman kanak-kanak menjadi kenyataan.

Sunday, March 15, 2015

Seronok ke jadi kurus??

Badan unid jenis kedeking.Bukan gemuk.Tak pernah dalam status berat badan yang okay.Sentiasa underweight.Senang nak turun ... susah nak naik.

Tapi tak semestinya bentuk badan cantik...terlampau kurus sampai perut jadi buncit.Makan lah protein macam tak lut...last last terlebih protein pula dalam darah, isi tak ada jugak.Ada yang jelles sebab badan unid kurus senang nak shop baju.Tapi unid bukan jenis stylo pun...jarang sekali nak melaram,

Ada gak nak ada badan macam unid...takpalah nak badan macam siapa pun tak apa,tapi meh sini unid nak cerita dugaan yang pernah hadapi sebagai orang berbadan kurus.

#1 Senang nak tackle boyfriend?
Pernah jumpa orang berisi kata kat unid,'Syoknya badan kurus , mesti senang nak tackle boyfriend.'

Boyfriend?Saya tak pernah bercinta pun kak.Orang pun tanak kat saya.Orang gemuk pun banyak boyfriend dari saya.So takde kena mengena.

#2 Bukan taste lelaki
Seorang engineer lelaki selamba derk cakap kat my face.'Orang laki bukan suka sangat orang yang kurus kering ni.Kitaorang suka yang chubby chubby.'

(-_-)'' Nanges.Makanya membuatkan fakta #1 boleh jadi betul.

#3 Bila makan banyak.
Orang akan kata...wah seronoknya makan banyak tapi badan tak naik naik.Jellessnya jellesnya...

Kolestrol naik walaupun badan tak naik.Gula pun naik gak...naik darah gak ni.

#4 Bila makan sikit
Dietlar tu...patut lah kurus.

Aduh...time unid control makan sebab segala benda dalam darah naik.(-_-)" Nanges lagi

# 5 Badan kurus senang tenggelam
So ... so menambahkan fobia unid dengan air.Tapi tak kira...akan kurenangi juga.

#6 Ada jugak orang ejek.
Badan macam buluh.
Macam tengkorak.
Ko bela hantu raya eh?
Alahai...kurusnya.Makanlah banyak sikit..sian eh...(Mau kembung perut ni tau)

#7 Takde reason sangat nak beli baju baru.
Baju kat U still muat.So jarang lah shopping baju, asyik belasah baju lama.Padahal boleh jer shopping tapi akan instinct berlagak baik bisik kat telinga,'Ko nak beli buat apa?'Jadinya asik ulang baju lama ja.

#8 Takde rasa macam benda hidup
Orang lain makan...berat naik.Maksudnya ada effect...betulla tu, makan badan naik.
Ini makan makan tapi badan tak naik.Ishhh... membela la tu..bela cacing.Ha ha ha.

#9 Makan banyak tapi buncit.
Hah... kalau berisi orang tak nampak sangat buncit kan?Kalau orang kurus buncit-uiii pregnant dah ke?

#10 Kurus == cengkung
Cengkung.So nampak macam lagi tua.Kalau badan berisi, pipi chubby tak ke baby face tu.

Okay.Bukan unid tak bersyukur...tapi just nak bagitau badan kurus atau gemuk ke ada hikmah.Yang penting sihat, tu yang penting kan.Kalau sihat itulah yang terbaik.

Kurus dan lonely....sadis tul.