Search This Blog

Thursday, November 24, 2011

Azam Rumah Baru

Untuk beberapa hari saya takleh online memalam sebab line dah ditransfer ke rumah baru.Agak sunyi sebab malam I used to watch youtube, baca blog, googling before tidur.Tapi takper, sesi mengemas bermula.

Paling benci pindah rumah sebab kena kemas, hopefully ada rumah sendiri so tak perlu nak berpindah randah.
Dan harapnya rumah baru ni bakal merubah hidup saya dari pada pasif kepada active.

Antara benda-benda yang popup kat kepala saya bila saya dah pindah nanti...

1)Banyakkan makan makanan berkhasiat, maksudnya kenala main masak-masak.
2)Improve blogging, maksudnya menulis benda-benda yang berfaedah dari ikut sukati saya.At least saya tak rasa menyampah sangat bila tengok balik tulisan saya.
3)Nak belajar menjahit.Saya confuse sebenarnya, saya suka memasak ke menjahit.Takperla..try dulu.

Wednesday, November 23, 2011

Perasan

Siapakah saya?

seorang yang perasan comel padahal tak.
perasan glamour padahal takde orang kenal pun.
perasan bijak padahal otak semput sentiasa..

isk..cubalah belajar bersyukur dengan apa yang ada!

Tuesday, November 22, 2011

Instant Pleasure


human chasing for instant pleasure, and everyone know it's never last...


i tot about it lately because sometimes I give up with my life.Give up because i faced unsolved obstacles since i couldn't remember.Bad thing is, nothing i can change and  i have no choice   except suck it all.


sometimes i  pretend to be strong but most of the time i fall.either i fall or pretend to be strong still the situation is the same.it's with you from the start like you cannot choose your parent.you need to bear with it forever-something like that.Something like you feel you want to run away but you could not, therefore you just stand there, face it with all unbearable pain.


so when i pray to hard  to get away from it, i just asking myself...am i looking for instant pleasure or maybe like sleeping pills that can make me forget for awhile.because sometimes the issues that you faced, is not for you to solve but for you to face...


errkk..whatever seriously this entry is suck...forgive me

Monday, November 21, 2011

Kalau tak ikhlas tak payah...

Ini entri emo, dan memang untuk melepaskan emo.Lantakla sapa nak baca.Seriously I don't care.

Orang lain nak berbini, engkau pun sibuk nak berbini. Masa muda kemain lagi layan bini elok-elok,ye la kan barang baru.Bila lama sikit kau buat halai balai.Makan minum dia engkau tak tanggung.Baju dia pun kau tak pernah beli.Anak-anak engkau pun dia yang bela.Dah tu makan minum engkau dia pulak yang tanggung.

Seriously lelaki tak sedar diri.Bila anak isteri tegur, kau keluarkan perkataan neraka celaka sial.Seriously, macamlah dengan memaki hamun anak bini engkau bakalan masuk syurga.

Dah tu engkau mengungkit semua benda yang kau bagi.Rumah buruk yang anak isteri duduk pun engkau ungkit.Beras yang kau baru belajar-belajar beli pun kau nak ungkit.

Padahal engkau beli beras bukannya sebab engkau ikhlas nak bagi anak-anak makan.Sebab engkau yang nak makan.Kalau ada kenduri, engkau makan kenduri sesorang then biar anak bini makan nasi dengan garam.Tak tanya pulak anak bini nak makan apa.Tapi bila anak bini beli lauk tahu buat muka tak malu makan.Dah tu, anak beli ngan duit biasiswa pulak tu.

Beli ubat gigi pun kau beli untuk kau sesorang.Padahal selama ini engkau belasah ubat gigi yang anak-anak beli.Bila anak tak beli, engkau beli and kau sorok untuk kau pakai sesorang.Ini just small matter, ubat gigi.Benda-benda yang lain macam yuran sekolah, baju sekolah makan minum anak, semua isteri kau yang bergaji ciput tu yang sara.Engkau gaji lagi besar dari bini kau, just beli rokok .Ohh ya , kau ada mention pasal bil electric and bil air yang kau bayar.

Gila.. ada ke bapa yang mengungkit benda-benda gini.Benda-benda itu kan wajib dia kasi, itu pun dia kasi sebab dia rasa nak kasi.Sebelum ni nak dekat puluh tahun jugak dia tak kasi.Tak paham kenapa la lelaki begini bernikah and ada anak.

Engkau bukan kutip isteri kau dari tepi jalan.Isteri engkau asalnya duduk dengan famili dia elok-elok.Lepas kawin dengan engkau , kau salahkan dia pulak.Kalau dah tak suka ceraikan awal-awal.Tak payah nak ungkit sana sini.

Dah tu dengan anak yang bodoh pun nak berkelahi juga.Siap cakap eh.. bil air bil api rumah ini aku yang bayarlah.Kalau kau tak kawin pun , kau still kena bayar semua benda-benda tu lainla kalau ko nak duduk dalam hutan.Anak engkau sekolah sampai habis belajar kau tak perlu pun susah keluar duit, malah makan minum engkau pun anak guna biasiswa untuk beli.Padahal duit engkau lima kupang pun kau kedekut nak kasi semata-semata nak beli tembakau.Apahal kau nak ungkit-ungkit benda-benda yang sepatutnya seorang bapa tak perlu ungkit pun.

Kalau dah rasa susah sangat ada anak, lain kali jangan kawin.Bini engkau pun lagi senang jadi andartu dari menanggung biawak hidup cam engko.Anak-anak engkau pun dah berapa kali tanya diri mereka kenapalah mereka dilahirkan bila kau dok complain-complain sana sini.Urrghhh..buat anak pandai, jaga anak tanak...

Paling menyampah bila dia kata,"Kalau tak suka blah..."

Selama ini bini dia dok bertahan bukan sebab suka, anak-anak bertahan bukan sebab suka.Kalau tak kerana agama and memikirkan darah daging mungkin dah lama diorang blah and tinggal nko sesorang.Jangan perasan sebab engkau bapa,anak-anak itu hamba.Dan sebab agama menyuruh anak-anak hormat ko, ko confirm masuk syurga.Bila Allah suruh taat pada satu-satu individu, itu maknanya individu tersebut ada tanggungjawab.And setiap tanggungjawab akan disoal bukannya jaminan untuk nko masuk syurga and bagi  nko hak untuk pilih sapa yang sesuai untuk masuk syurga atau neraka.

Syurga and neraka tu still hak Tuhan, patutnya nkau sebagai bapa sedar bahawa menzalimi anak bini tu dosa besar.Nampak jer  cam alim ilmu agama tapi tong kosong.

Siapa yang makan cili silakanlah merasa pedasnya.Cuba tambah tempoyak kut-kut nak sedap sikit!

Tuesday, November 15, 2011

Rumah Idaman

Akhirnya good news... dapat juga rumah sewa yang diidam-idamkan setelah lebih dari sebulan ke dua bulan lebih mencari.

Punyala sakit masa mencari, boleh dikatakan browser bookmark penuh dengan calon-calon rumah.Bil telefon meningkat almost RM100 sebab call sana sini.Itu tak termasuk nak arrange time untuk tengok rumah.

Rumah yang mula-mula tengok somewhere at Ivory Plaza.Satu bilik kecil RM300, tapi yang agak menakutkan living with couple.Bathroom pula bukan dalam bilik, tak sanggup nak ambil risiko tu.

Second house, somewhere near USM also.Parking fail, sebab apartment tu atas bukit.Parking takde, so kena parking kat bawah bukit... satu hal pula nak mendaki bukit tu.

Third, yang ini hampeh.Malas nak citer.Refer kat previous entry.

Lepas balik dari tengok rumah yang hampeh tu, terus Unid buka mudah.my. Tup-tup nampak rumah yang cantik gila and price dia really reasonable.Terus unid call and set kan appoinment.

Lepas tu baru confirm dengan kawan in case dia nak tengok sekali.Dalam hati, minta-mintalah kali ini jadi because I really takda masa nak chasing the house plus kerja kat office bertimbun.

So malam jumaat lepas , kami tengok rumah tu.Ada tiga bilik, tapi bilik yang paling kecil dijadikan bilik iron baju.So cuma ada dua bilik saja.Lengkap dengan katil, TV, aircond, washing machine fridge , sofa etc.Rasa cam tak caya.Terus setuju and nak bayar deposit malam tu juga.

Tapi tuan rumah cakap, nanti dulu sebab ada ramai lagi yang dia dah setkan appointment nak tengok rumah.Dia pun dah penat.Dia kata hari selasa nanti baru dia boleh confirmkan.Lagipun dia sangat memilih tenant yang bakal nak sewa kat rumah tu.So far dia cuma sewakan dekat orang-orang yang  dia kenal.

Sedih jugak.Balik rumah terus call mak, mintak dia tolong doakan sama-sama.Sebab apa saya nak rumah tu

1) Security- Ada guard, kenderaan takleh sesuka hati masuk.

2)Parking - Tuan rumah tu nak kasi 2 sticker

3)Fully furnished and the house is beautiful.Siap floor pun laminated.Even lampu pun cantik.Sape yang tanak.

4)Price dia murah.

5)Deposit dia nak sebulan jer.

Sepanjang weekend saya takleh tidur, mak cakap macam tunggu result exam.Memang lah, nak cari rumah yang perfect bukan senang.Saya sangat malas nak deal dengan agent yang money oriented.

Hari Isnin, waktu lunch hour saya tengok rumah lain.In case kalaulah saya tak layak untuk masuk rumah yang saya idamkan.

Rumah yang saya tengok ni, dekat dengan rumah yang saya sewa sekarang.Flat, tak furnish RM450.Tapi parking seriously fail.Sampai jalan tu cuma boleh masuk satu kereta sahaja sebab kiri kanan orang park.Plus terpaksa la berhimpit untuk beri laluan in case kereta bertembung dari arah berlawanan.Tapi tuan rumahnya jujur, itu yang menyebabkan saya suka.

On the way nak balik ke office tu sesat, banyak kali gak la terpaksa pusing balik.Takper, banyak jalan baru leh belajar.

Tak lama kemudian, tuan rumah idaman call.Dia tanya “Nak lagi ke rumah dia?”

Huihh..tak sangka sebab dia promise Selasa, rupanya hari Isnin dah call.

Alhamdulillah.Semoga semuanya dimudahkan.Sekarang tengah tunggu time nak jumpa and sign agreement.

Sunday, November 13, 2011

Meniaga bukan menganiaya

Dah hampir sebulan lebih Unid mencari rumah sewa.Sebab nak pindah , tuan rumah sekarang nak jual rumah dia.Sewa sekarang RM700, two bathrooms and 3 bedrooms.Rumah partially furnished with tiles, built furniture, fan and heater.Berpatutan.

Sekarang tengah hunting rumah sewa baru, which is susah sebab Unid takde member sangat kat penang.Lepas tu, quite concern about several issues such as security , parking , price.Of course la jarak dengan tempat kerja mestilah tak terlalu jauh and tak jam sangat.

Yang agak menyusahkan adalah sini pakai agent.Seriously, I am not sure how they work but I think for me is really irritating because you read advertisement from the owner with the certain price but then after a few hours, the same house with the different contact number and different price.My personal thinking, the owner shouldn't have problem to find tenant here.The tenant also don't have problem about looking for house because nowdays we have internet.Then difficulty here when we need to go through agent that required us to pay more while we can simply contact the owner himself.

Why we have middle man why we can simply talk to the respective person directly?Maybe some say, it's just business but I don't like it except the owner find difficulty to post or sell his product then they may need agent.

Nak dijadikan citer, my friend nampak satu adv, dekat mudah.my.It said furnished house RM700.It's near with our working place.Then she contact the number , it's agent.

Malam tu, kami pun jumpa agent tu, and he brought us to the house.Bila sampai jer, first thing unid perati adalah how the environment.It's quite crowded, dengan gerai-gerai makanannya.Maybe sebab tengah bandar.Lepas tu, parking surely tak cukup sebab mostly kereta park di bahu jalan besar.

Takper..takper.So kami tunggu dekat ground floor apartment.Dalam hati, okay jugak apartment ni.Lepas tu si agent ni call and cakap-cakap ngan someone.Rupanya rumah yang nak ditengok bukanlah apartment yang agak cantik tempat kami tunggu tu.Kami dibawa berjalan kat satu kawasan flat.Owh..okay, takperla bukannya kisah sangat pun.

So lepas naik lif, at last kami pun masuk and tengok rumah yang diiklankan.

.
.
.

Tak terkata...sebab fail.Kipas takda.Rumah tu sekarang diduduki owner, so ada barang lagi yang sedang dikemaskan.So apa barang yang nak ditinggalkan?

Dia kata mesin basuh...mesin basuh tu ntah berapa tahun punya tah.
Katil?Rasanya satu bilik jer.Kipas pun dia nak angkut juga.

Lepas tu dengan excitednya, agen tu tunjuk kabinet dapur."Owh, yang ini pun dia tinggal."

Unid renung kabinet tu.Buruk!Buruk gila...rasanye dah berpuluh tahun dah kabinet tu.Tatau la nak panggil kabinet ke apa, rasa benda tu patut buang tak pun bagi free jer.Even bagi free pun kena fikir banyak kali sebab kotor.Harus, kabinet tu hancur lepas kena cuci!

Saya tahu and dia tahu that is a junk.Dan saya rasa barang yang ditinggalkan pun adalah junk.Yang mana owner tu pun rasa rugi nak angkut dan kemungkinan besar rosak.Sebab, kipas yang buruk pun dia nak angkut juga.Jadi apa yang tinggal? So sampah pun nak dijual plus, it's quite expensive for sampah.

JUNK.

Okeh, saya tengok tingkap takde langsir, even paku untuk sangkut langsir pun takde.Untuk rumah yang tiga bilik , satu bilik air without fan plus JUNK, saya rasa tak berbaloi RM700.Tiles dia pun saya rasa kotor and tak berkenan.

In other word, rumah tu kalau saya sewa pun, saya kena beli banyak benda.Atau lebih mudah lagi rumah tu kosong.Lagi baik saya sewa flat kosong RM400 and then saya beli barang baru.

Lebih panas lagi, bila agent tu tunjuk what we need to pay.Booking fee RM200.Oklah standard lah tu.Agent fee RM350 and then agreement fee RM150.Itu not included 2x Deposit + Utility deposit.That's why it's better to  negotiate with the owner directly.

Kami balik dengan hati yang kecewa.Ciss..patutlah dia tak letak gambar.

p/s:Saya bukanlah cerewet and berlagak.Tapi kalau dengan harga tu saya boleh dapat yang lebih, kenapa saya nak bayar for nothing.

Friday, November 11, 2011

Single or Married - It's not a status but it's responsible.

unid nampak ader member tulis something macam ni

"Single is not status but it's mean you are not depend on others bla..bla "

lepas tu, ada plak hamba Allah ni reply

"Married is not status but it's mean other people are depending to you bla..bla "

Humm.. I think life ni, even kawin ke tak still depend to others.Hek..tapi nak juga share pengalaman unid and kengkawan yang single and yang pernah jadi single yang bahawasa nya single does not mean nobody depend on you.So sesiapa yang single and pernah single boleh la baca kalau suka.

Scenario satu.
Single worker : Akak kerja tak weekend ni, Isnin dateline?
Married worker:Tak boleh, anak-anak akak takde sapa nak jaga.So part akak kamu tolong backupkan eh.Takper Isnin ni akak tengokkan

Humm.. kesian kat si single tu, kerja dia kena buat, kerja orang pun kena buat gak.Kadang-kadang diorang tak mintak tolong, tapi bos pula yang masuk campur. "Dia ada urusan famili, so kamu tolong settlekan part dia okay."

Scenario dua
Married guy : Korang yang single-single kenapa nak balik awal? Balik malam pun takper , bukannya ada anak nak jaga pun.

Humm..itu kata salah seorang senior saya dulu waktu saya sibuk-sibuk kemas nak balik, padahal dah pukul 8 malam lebih dah.Tak consider ke saya ni driving jauh.Pastu suruh kerja weekend sebab kitaorang ni single, mana ada kerja lain nak dibuat, so datang jer la office buat kerja.Ciss... sakit hati bila ingat.Apa, ingat orang single ni takde mak bapa , adik beradik nak dijaga?

Scenario tiga.
Single friend A : Kak B, nanti kita ada buat jamuan.Kak B datang lah yer.
Single friend B:Sorry, takleh la A.Akak kena jaga anak saudara akak, parent diorang ada hal.

Humm.. yang pasal Single Friend B ni kan, sepanjang Unid berkawan dengan dia, susah nak ajak dia keluar sebab alasan kena jaga anak saudara.So macam mana la Single Friend B ni nak bersosial kan?

Scenario empat
Married child : Eh , kamu tu bujang lagi, takde tanggungjawab .Tolonglah jaga emak.Kami ni dah kawin, ade husband, anak nak kena tengok.

Humm.. yang lebih sedih tu si Married Child tu tak sempat pun nak jaga parent, dah kata kawin awal.Lepas tu asik bagi alasan dia dah kawin untuk elak berbakti terhadap ibu bapa.so single child pula yang kena jaga emak..takper pahala tu.Jaga parent insyaAllah banyak pahala tu.

Itulah antara scenario-scenario yang berlaku.Tapi sebenarnya orang single ni takdela sakit hati sangat sebab single, cuma kadang-kadang apabila kahwin dijadikan alasan untuk mengelat tanggungjawab, dan single dijadikan alasan untuk memikul tanggungjawab itu yang jadi sakit ati tu.Plus lepas tu ada plak orang pandang serong,"Dia tu tak kawin sebab  bla.. blaa..."Especially dari makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap.

So far, bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri yer, kebanyakan orang single yang unid kenal  adalah orang yang banyak berkorban.Cuma berapa kerat yang menghargai mereka.Dan banyak juga orang yang berkahwin bersusah payah, mana tanggungjawab untuk famili dan orang lain lagi.Cuma itulah, kebanyakan orang fikir bujang itu senang, dah kawin tu susah...padahal semua orang nak kawin kan?

Lagipun sebelum anda kawin, anda pun pernah single kan? so scenario di atas mungkin pernah dialami oleh anda sendiri.

p/s: nanti kalau kawin , tulis pasal masalah orang kawin plak ye.

Monday, November 7, 2011

Ikhlas

Apabila isteri menolak poligami , maka isteri digelar bukan isteri solehah.Ya memang salah kerana poligami dibenarkan.

Apabila isteri meminta suami berlaku adil ... dia dilayan seperti peminta sedekah.

Tentang aurat perempuan...merata-merata kempennya.Alhamdulillah

Tentang larangan merokok?Kelihatan kita masih lagi keliru tentang hukumnya.

p/s:apabila agama digunakan untuk kepuasan diri sendiri, tiada keikhlasan.(moga Allah melindungi kita dari sifat munafik)

Selamat Menyambut Aidil Adha

Saturday, November 5, 2011

Email

Saya tambah features untuk email user lepas sistem generate report.After code, saya test.Tapi email tak sampai-sampai pun, yang sampai kat diri saya sendiri.Beratus-ratus pulak tu.

Nak tengok file log, access denied pulak kat server.So terpaksa bergantung dengan Appworx log.Saya pening kepala, sebab rasanya email dah saya configure betul, kenapa system ambik email saya yang saya hardcode dalam properties file.

Cuak...takper teruskan debug.Sampailah suatu saat, saya tengok log file print beratus-beratus email.Beratus-ratus?OMG, dalam database saya ada satu user jer, napa sekarang beratus-beratus.

Mata saya berpinar-pinar.Panik.Sebab? Ini cuma testing, jadi saya cuma nak test untuk satu email, email teammate saya yang juga developer.So kalau dia dapat, kira pass la test saya.Takkan la pulak saya nak test dengan real email.

Tapi sekarang log file print beratus-ratus email, menunjukkan bahawa sistem menghantar email ke beratus-ratus user...yang saya tak tahu siapa?

Tangan saya dah shaking menaip, saya panik.Gila, tiba-tiba email sampai ke user yang tah mana-mana.Buatnya sampai ke CEO ke tak ke haru.Ada 700 lebih email yang diprint, itupun stop sebab tiba-tiba error.

Mula-mula sebelum saya habis baca log file, saya curse sebab error.Tapi sekarang saya agak bersyukur dalam panik.Nasib baik error, kalau tak sampai berapa ribu email dihantar tak taula.

Saya serabut, saya copy semua email , check dekat database.Semuanya orang saya tak kenal dan saya tak tau position mereka.Matilaaa..matilaa..inilah one of the worst mistake yang pernah buat.Mungkin kena fire sebab expose data ke outside.

Saya mula draft email untuk dihantar ke 700 user untuk mintak maaf sebab tersilap bagi email.Saya bagitahu colleague saya, yang email dia saya guna untuk test.

"Cuba you tanya user tu, randomly ada tak mereka dapat email tu?Sebab saya tak dapat email pun."

Betul.Dia tak dapat pun email.Tapi saya rasa, why not saya email jer.But dia tak bagi, dia cakap siasat dulu then barulah hantar apologize email.

Oleh sebab dia senior saya, maka  saya dengan muka tak malu, tanya la user-user yang mana saya boleh cari.

Tapi bukan senang jugak nak tanya, sebab diorang tak kenal kita sapa.Question yang kita tanya sometimes ditreat macam threat.Manalah tau kut-kut saya nak korek rahsia ke apa.

Tapi dengan susah payah tanya dua orang user, jawapannya agak positif."NO.Tak dapat pun email tu."

Pelik, melalui log file, sepatutnya dah selamat dah email.Tapi saya happy, happy sebab diorang tak dapat email.Saya lebih rela system saya error daripada ianya error salah hantar email.

Saya check balik query, dang! Join tidak dibuat dengan betul.Menyebabkan sistem cuba fetch the whole data from one table.Aduh, saya dah test sql statement ni tapi test saja la.Saya LUPA attach yang saya test ke dalam code.

Akhirnya, selidik punya selidik, ada satu parameter kat Appworx yang boleh diconfigurekan sama ada kita nak send email ke tanak.Dan configuration adalah tanak hantar email.Itu sebab walaupun beratus-ratus email dia dapat tapi dia tak send dekat user, tapi send dekat saya.

Syukur..syukur sangat-sangat.Bayangkan, kalo configuration tu yes for email.Confirm saya kena pecat sebab email tu dah selamat sampai.

Kemudian bila dah settle, my colleague kata,"Nasib baik you tak hantar apologize email lagi.Bayangkan kalau you dah hantar."

"Apa salah hantar apologize email?"Sebab saya fikir, minta maaf takkan berdosa kut.Kalau saya tak salah, tak perlu maafkan.Kalau salah at least saya dah minta maaf.

"Humm.."Dia cuba nak terangkan kat saya."Tak salah, but this is about reputation.Usually people tend to think negative.Kadang-kadang kita tak salah, but then kita minta maaf.For example in your case just now, user will think how you do the test.If yes, you are wrong it's okay to apologize."

Betul jugak.Kalau user tak dapat pun email tu, tiba-tiba dapat apologize email from me what will happen.

At least, saya bersyukur saya dapat error ni.Saya dah betulkan sql tu and tukar configuration.Email kali ini betul-betul punya.

p/s:Rasa cam patut jer belanja colleague saya KFC, tapi buat masa sekarang dia banjer dulu.Ahaks