Search This Blog

Wednesday, August 27, 2014

Nasi Arab

Assalamualaikum
Dah lama tak makan nasi arab, rasa macam bertahun dah.Yang terakhir di sebuah restoran kat Bertam.Dekat area pulau unid tak sure kat mana sampai member unid ajak ,'Jom makan kat restoran syria'.

Restoran ni nama dia Al-Syami, berdekatan dengan USM di kawasan Bukit Gambir.Masa kami pi tu tengah hujan so tak ramai sangat orang.Restoran tu kecil sahaja tapi unid suka.Tuan punya restoran adalah seorang wanita Syria yang berusia 40 an tapi awet muda.Sudah ada seorang cucu, tapi rupa seperti  awal 30 an.Kawan unid sepanjang makan asyik dok berkira nak tanya apa rahsianya awet muda.

Ini rupa menu dia, bila owner ambil order terpegun jap bila dia tulis order dalam bahasa Arab dengan lajunya.Deh...yela dah dia orang arab.


Ini teh arab, manis secukup rasa dan ada daun pudina.Unid suka.

Ini nasi ayam mandy... untuk seorang tapi bagi unid boleh bagi portion ni dengan orang lain.Sedap tapi banyak.Ayam dia serius lembut, macam ayam tandoori tapi ayam tandoori yang unid biasa makan tu keras.Yang ni lembut gila.Suka sangat =)

Ini salad Arab.Ini pun bila dia tanya untuk seorang ke dua orang orang, unid mintak untuk seorang jer.Tapi portion dia , tiga empat orang boleh melantak.


Ini member unid pesan.Tak sure pula nama dia.Roti dengan ayam dan kambing.

Makanan sedap dan harga sangat berpatutan.Unid makan nasi mandy dan teh tu harga around rm15 ja.Kebanyakan menu dia around Rm10 - rm 15 , which is considered cheap la kan.

Okay, my friend managed to ask the owner the secret.Guess what?Takde pun secret, dia cakap dia makan jer tanpa pantang cuma dia kata mungkin sebab dia tak pakai  makeup.Sebab dia rasa makeup tak baik untuk kulit.

Sunday, August 24, 2014

Kucing-kucing sekarang

Assalamualaikum

Chak.Rajin pula unid update blog hari ni.Secara jujur, memang jarang atau boleh kata tidak la unid merajin nak bukak laptop waktu cuti sekarang ni.Sibuk kemain dengan anak buah, basuh pinggan, basuh kain , jemur kain, teman mak pi pasar, balik rumah tuk,tengok tv, tidur (weh...larat hangpa baca no..)

Kali ni unid nak introduce kucing-kucing kat rumah unid yang masih lagi hidup, cergas dan gemuk di rumah.

-TOMOK-
Kucing ni antara kucing paling tua berbanding dengan kucing-kucing yang lain.Masa dia datang ke rumah, size dia besar penumbuk saja.Kecik dan comot.Nama Tomok tu berasal dari Comot.Kucing ni liar tapi tak garang langsung.Cuma dia penakut dengan orang especially lelaki.Dia liar tapi paling manja dengan emak.Kalau kami panggil jarang dia datang , tapi kalau emak yang panggil laju ja.Sekarang dia jarang ada kat rumah, kalau balik pun memalam sebab nak makan.Kadang-kadang dia akan datang malam-malam pastu senyap-senyap tidur kat hujung kat kaki orang.
.
.
.

Nah, comel tak Tomok ni?
*src*

Haha..gurau ja.Ini hah gambar yang betul.Kadang-kadang pukul 7 pagi boleh jumpa dia  tidur dalam semak.
 Kalau perasan kucing ni sama dengan kucing yang unid letak dalam banner unid.
Comel dak..comel kan, kan?

Yang ni dah hilang kecomelan tu.Tidor sampai tak sedar dunia.

-TUAH-
Okay, ini kucing kesayangan adik bongsu unid dan kucing paling berat dalam famili.Juga bela dari kecil.Kucing ni paling kuat makan, buncit sampai orang asyik tanya kucing betina ke?
Sebab perut dia menggeleber.



-RAIN/REN-
Kucing ni datang rumah waktu dalam keadaan hujan lebat.Dia basah dan kurus kering, jadi dinamakan Ren.Kucing ni favorite semua orang sebab macam cerdik sikit.Masa buat makan-makan kat rumah hari tu, ramai orang datang.Kucing lain semua hilang, dia jer layan main dengan budak-budak.Seronokla budak-budak main kejar-kejar ngan dia.Sampai Pakteh mintak nak bawak balik.Kadang-kadang bila nampak anak-anak jiran main dia excited nak pi join jugak.



-IBU-
Kucing ni kami panggil Ibu sebab masa dia datang rumah perut dia macam dah lepas beranak tapi tak sure anak-anak dia kat mana.Dia akan datang rumah waktu pagi dan petang cuma untuk makan.Masa tu dia still pakai rantai, tapi kami pun tatau kucing ni kucing siapa dan kenapa dia datang rumah kami semata-mata untuk makan.Lepas tu lama kelamaan terus dia menetap di rumah kami.Sampaila termengandung lagi, sekarang dah beranak.Anak dia kesemua dua ekor, tapi seekor mati masa dilahirkan.Kucing Ibu ni sangatlah garang, dia tak kira anak kucing ke bapa kucing semua dia serang kaw-kaw.Memang kadang-kadang sampai berdarah kucing lain so kami ambil keputusan untuk kurung dia dalam sangkar.Sampai dia insaf la kononnya, tapi bila bebaskan dia, terus dia melilau and attack kucing lain, maka terpaksa la kami kurung dia.


-BUBU/TABU/BABU-
Huh...ini anak si Ibu tadi.Comey tapi garang jugak ikut perangai ibu dia.Dah la kuku dia tajam, dia sentuh pun dah rasa sakit.Dia dilahirkan dalam kurungan bersama ibu dia.Lepas rasa diri besar sikit dia selalu curi curi keluar dan masuk dalam rumah.Sekarang mostly dia akan masuk dalam rumah, ditinggalkan ibunya sorang-sorang dalam kurungan.Suka betul la dia bermain dalam rumah dengan kucing-kucing yang lain.Yang peliknya, dia buang air kat hujung bilik air.Tatau dari mana dia belajar, sebab kucing lain semua berak luar rumah, dah kata rumah kampung.Kucing lain semua keluar dan berak kat luar, tiba-tiba dia jer perasan duduk bandar berak dalam bilik air.Sabar jer la.(u_____u)||




Okeh..itu sahaja kisah kucing-kucing unid untuk kali ni.Kalau rajin unid update lagi.
Bye, take care.


Thursday, August 21, 2014

Stress lagi

Ohhoo..Penat la baca blog ni.Asyik post pasal stress jer.Ha ha ha.Seriously bukan unid sorang jer stress, orang lain pun stress.So just nak share perkara-perkara yang melegakan stress bagi unid.At least after that, walaupun ada masalah unid boleh kembali senyum dan fikir langkah-langkah seterusnya.Bila stress memang takleh fikir, nak menggila jer.Asik negatif jer kan.So kena cari jalan keluar untuk jadi positive.

-NANGES-
Okay, ini langsung tak sengaja.Paling benci bila air mata automatic keluar bersama hingus hingusan bila stress.Serius , unid tak sengaja.Pandai pandai jer  sistem badan keluarkan air mata.Bila stress atau sedih, air mata keluar tak kira mana.Malu betul...dengan hingus meleleh.Kadang-kadang takleh nak sorok, terjumpa orang sure kena soal,'Selsema ka?'Terpaksa la menipu kata ya.Serious, langsung tak comey.Tapi apa nak buat, secara tak sengaja air mata,hingus keluar.Ajaibnya lepas habis semua keluar, perasaan akan lega sikit.(T-T)


-MENGASINGKAN DIRI-
Unid terpaksa korbankan cuti kalau stress.Tak boleh duduk office kalau rasa tak productive.Dah tu kalau stress, sensitif level tinggi.Kalau duduk kat office , ada risiko untuk memalukan diri, marah dekat orang lain.So kalau stress hal rumah yang dipenuh family, saya lari menyendiri.Sebab bila kita stress, kita kadang-kadang banyak nyer jadi kurang beradab dengan orang lain.Yela, sebab fikir kita ja stress ...orang lain tak stress.Especially pula kalau start rasa dengki dalam hati.Orang senyum pun kita nak stress.So elak berjumpa dengan orang ramai.Kalau jumpa sahabat yang memahami pun bagus gak kan?


-TIDUR-
Wah..lepas penat menangis ...happy nyer tidor.Tidur adalah cara mudah untuk mengasingkan diri tanpa melibatkan pengasingan fizikal.(-_-)zzzz
Stress sebab bergaduh ngan kucing ibu.Kroohh krooh

-BACA BUKU-
Yup..cari buku buku yang okay.Buku motivasi yang realistic, sebab setengah buku motivasi tu lepas baca lagi stress.Tak pun bacaan yang ringan ringan lain.Baca buku ni boleh memudahkan proses tidur bagi unid. =)

-SENYUM-
Okay...bila dah nanges...rasa lega.Cuba untuk senyum.Jumpa orang senyum.Sayang pahala senyum tu, jangan biar orang luar terbabit dengan masalah anda yang mungkin takda kaitan pun dengan mereka.Senyum juga adalah satu cara to tell our body that everything ,will be fine...InsyaAllah.

-MENULIS-
Hah... sebab tu la korang terbaca blog yang stress ni.Minta maaf yer.Saya sedang stress nih.Cuba tanya penulis-penulis yang hebat, kut kut depa stress masa menulis ? =)

-MAKAN-
Owh.. I like, tapi kena jaga gak.Makan terlampau kang kena penyakit, lagi stress kang.

-MIX WITH PEOPLE-
Dinasihatkan lakukan apabila stress tu reda sikit.Unid tak keluar dengan orang waktu stress level tinggi.Tapi bila dah puas nangis, tidur atau bila rasa macam  boleh dah handle sikit ni baru unid start ajak orang keluar.Tak semestinya berbual pasal masalah sendiri, dan tak semestinya keluar dengan kawan rapat, just meet new people, greet them.Bergaul dengan manusia akan membuatkan kita tak fikir sangat tentang masalah.Just dengar orang bersembang, try memahami secara tak langsung mengurangkan sedikit rasa stress.At least otak kita tak fikir pasal kita kita jer, akan fikir pasal orang lain gak.Dan mana tahu tiba-tiba ada jalan yang tak disangka.

-SOLAT-
Ambil wudhu, solat ..menangis la.Mintak dari Dia.Dia yang bagi stress , so Dia yang bagi pengajaran and jalan.

Tu jer setakat ni antara benda-benda yang unid rasa unid buat.Manusia memang tak dapat lari dari masalah.Ada masalah yang sempoi, boleh tulis dekat blog dan habis.Ada masalah yang kita jer tahu and simpan dalam hati.Tapi tak ada apa yang complicated pun sebenarnya, sebab memang fitrah manusia ditimpa masalah.

Masalah , stress mengajar kita jadi matang.Jangan biarkan stress membuatkan kita lupa yang kita ni banyak kelebihan.


Senyum...insyaAllah semua akan okay. (=


Nantikan entri akan datang...Stress tak berkesudahan.Ha ha tipu jer la =)


Stress

Assalamualaikum 

Hi incik blog, lama tak jumpa.Muka awak nampak selebek jer.Kesian.Mana unid , tuan awak yang kelolo tu?Ntah.Ok olooo siannya.

Puff..gila berhabuk blog ni.Tu la asyik jadi stalker jer, main facebook jer.Rajin baca blog orang, blog sendiri dilupakan.Mintak maapla ncik blog, selain jadi stalker, main muka buku , saya juga busy dengan kerja.Well , workaholic...kerja cam nak mamp tapi tak kaya-kaya.Isk Isk.Stress.

Ok, ignore all yang karut marut kat atas.Well, I am back.Actually hari ni ialah hari yang sewel buat aku.Iskk..bukan tiap-tiap hari ke sewel.Haah...hari ni lebih sikit.

Tapi takper, walaupun aku stress jangan risau.InsyaAllah aku belum lagi reply dengan cara kurang hajar dekat kengkawan.Belum lagi buat muka masam tak fasal dengan kengkawan.I still managed to smile, pastu bila orang tengok muka basah sebab penuh hingus dan air mata,depa tanya."Selsema ka?"

Aku akan angguk-angguk jer sambil senyum.Stress kalau pendam terlampau sekali dia keluar memang takleh nak brek.Air mata ni keluar sendiri tau.Kalau  ada orang yang nak beramah tamah sangat, dengan jujur ikhlas, aku akan jawab ,"Nanti boleh tak, sekarang ada issue sikit."Dengan penuh sopan santun...chewah.Terima kasih, ramai yang concern pasal aku rupanya =)

InsyaAllah..aku still lagi manage control hawa nafsu untuk tidak memaki hamun ataupun tarik muka empat belas darab lapan tolak sepuluh bahagi lima kali tujuh ...(takyah la baca yang ni) mengarut.

Takper, semua ni dugaan.Makin dah tua ni memang bakal berjumpa dengan perangai orang pelik-pelik.Ke aku yang menapous?

Bila kita ajak join activity semua tak nak, belakang kita kutuk kata kita tak ajak.Well, mintak maap la yer I ajak you waktu weekend jer tu pun you always say 'NO'.Pastu suddenly datang berita kat aku bunyi,'Asal hang tak ajak dia during weekdays'. 

Minta maaf lagi sekalik, saya just kawan bukan secretary merangkap PA atau sewaktu dengannya yang kena check anda  punya schedule, lepas tu siap  ada plan B to predict in case anda tak jadi nak ikut plan B.Pastu nak kena ada ramalan soalan-soalan dari anda, juga kena prepare jawapan-jawapan bernas.So takdela kena marah,'Eh, awak tak tahu ke saya ni sibuk.'

Saya boleh ajak setakat mampu, kalau ada cadangan, bagi tau.Kalau lupa , ingatkan.Takyah nak merengek bagitau kat orang lain so orang lain boleh tegur saya.Bunyi macam saya ni kuli anda instead of kawan.Adei...it is not funny okay.Macam kanak-kanak ribena.

Anda tahu schedule anda macam mana, and kalau anda suka nak spend time with your friend so sila la datang and buat usul sendiri.Tak perlu nak expect orang melutut ajak you join itu ini pastu bila bila diajak always NO.Bila tak ajak pun salah.Confuse!

Kawan anda ni manusia biasa.Jika lupa ingatkan...jika salah tegur.Ini diam...pastu emo sesorang.Bila terlupa nak bayar hutang, after quite long time tiba-tiba teringat,'Eh ...hutang ko aku tak bayar lagi.Eh..ko pun dah lupa eh?'

Boleh direply -'Saya tak pernah lupa, saya cuma nak tengok sejauh mana anda ingat.'

Okey, tarik nafas dalam-dalam.Letak dalam kepala, dalam seratus orang mungkin seorang dua ja yang macam ni.So biarkan mereka.Teruskan hidup macam biasa, perbaiki diri supaya lebih contribute dalam persahabatan.

Kadang-kadang kita banyak kawan yang caring pasal kita, take care kita tapi kita expect too much from them, lepas tu takleh nak accept kalau depa tersalah sikit.Kita lupa yang kita jadi kawan yang always take, if kawan kita bagi benda yang kita tak suka..kita marah dia.Tapi apa yang kita bagi kat kawan kita?So lambat laun kawan yang mula mula baik akan tinggalkan kita.Mereka kawan jer, kalau ibu pun boleh buang anak dalam tong sampah.Belajar belajar la give and take in relationship.Takut nanti yang kekal dengan kita cumalah stok stok hipokrit.

Kawan biar beribu, bermusuh jangan sekali, bersahabat biarlah yang terpilih.