Search This Blog

Friday, October 24, 2008

Personaliti berdasarkan tarikh lahir

I was born on 27th February .

Tarikh Lahir pada 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


Bulan FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

p/s : Betul ke?

Wednesday, October 22, 2008

Cerita Dulu

Entry kali ni banyak kontroversi la plak.Fact on this entry :

1. Is not confirmed that the victim inside this writing is me or other person.So please don't jump to the conclusion.It's ok for you to assume who is the daughter but when you write the comment don't simply assume I am the daughter.
2. The main objective of this entry is to show you what happens to the child whenever marriage is fail or the bad of parentship.So it is warning to all of you because this is real thing happens.
3.Lagi satu don't simply assume Unid Nak Kawin? Hadei la... After read the comments, I reread this entry again and again, so far nothing mention that Unid will get married.So it's quite irritating when people asked me those question.


Pada zaman dahulu, adatlah perkahwinan diatur oleh ibu bapa.Maka ada seorang gadis dikahwinkan judengan seorang lelaki yang mempunyai latar belakang yang baik.Bijak.Dibandingkan dengan gadis ini belajar pun tak habis.

Maka sudah menjadi adat Melayu.Isteri mesti melayan suami, memasak, membasuh dan mengasuh anak-anak. Yang pasti bila suami balik kerja semua mesti tersedia. Hatta air basuh tangan mesti disediakan. Bila bersuara, suami lah yang betul.Jika ada teguran dari isteri dibidas, ahh perempuan tahu apa?Maka terdiamlah si isteri. Dan apabila jangkaan si isteri betul pun dimarahi juga.Kononnya salah isteri mendoakan perkara tersebut supaya terjadi.Maka diam dan patuhlah si isteri lantaran ingin menjaga hati suami dan mengelakkan pergaduhan.

Dan apabila suami isteri sudah mempunyai anak, urusan anak-anak juga diurus isteri.Jika anak-anak mahukan sesuatu jaranglah mereka berani bersuara secara terus dengan si bapa. Semua melalui ibu, hatta duit sepuluh sen pun terpaksa melalui proses birokrasi. Maka hubungan bapa dan anak menjadi sangatlah renggang.Jika bapa bertanya sepatah, maka sepatah dijawab anak. Jika adapun perbualan, ianya lebih kepada monolog di mana sang bapa akan bersuara lebih dan akhirnya si anak akan bersetuju ataupun berpura-pura setuju.Segala luahan perasaan semuanya kepada sang ibu.

Maka suatu saat si bapa sudah berputus asa untuk bekerja.Dia berkata kepada isterinya, “Cubalah kau rasa kerja macama mana pulak?” Maka si isteri demi kelangsungan hidup anak-anaknya mencari pekerjaan.Sehingga muntah darah namun diteruskan juga.Si anak menjadi belas, mahu berhenti belajar semata-mata menolong ibu.Ibu berkeras, selagi ibu hidup anak-anak mesti belajar.

Dan tugas isteri semakin berat, dia masih lagi suri rumah kerana si suami enggan mengambil alih tugas isteri.”Ahh.. Aku bukannya tak tahu tapi inikan tugas perempuan “Tegasnya.Maka tugas sang isteri menjadi dua kali ganda.Suri rumah dan juga pekerja yang menyara anak-anak juga suami.

Pernah si anak mencadangkan supaya bercerai kerana memudahkan mereka untuk mendapatkan pertolongan.Yalah jika menjadi ibu tunggal kan banyak sumber boleh membantu contohnya wang zakat dan badan-badan kebajikan yang lain.Sekarang walaupun ada bapa tapi seperti tiada bapa.

Ibu menolak.Mempunyai bapa penting supaya anak-anak bersatu.Dia menahan diri kerana anak-anak.Jika tidak kerana anak mungkin dah lama dia meminta cerai.Jadi sang ibu bersabar hingga akhirnya anak-anaknya membesar.Suaminya berubah tetapi oleh kerana pengalaman yang pahit membuatkan anak-anak menjadi kurang mesra.

Maka si ibu di suatu petang bertanya kepada anak gadisnya,” Bila mahu berkahwin?”

Sang anak terdiam.Perlahan dia menjawab,” Tanak jadi macam ibu.”

“Ahh..bukan semua lelaki macam tu, ada yang baik”Ibu berkata ingin menenangkan.

“Bagaimana nak tahu lelaki tu baik ke tak?”

“Ibu akan doakan supaya anak dapat suami yang baik.”

Anak terdiam lama.Semua ibu akan berkata begitu.Tapi kali ini dia cuma menjawab dalam hati.Jika nasib dapat lelaki yang tak baik bolehkah dia berpatah balik?Bagaimana nasib anak-anaknya nanti?Sejarah akan berulang lagi.Sang anak akan menerima nasib yang sama macam si ibu.

Jika si anak menahan kehendak hati, tidak jatuh cinta dan berkahwin.Bukankah itu lagi selamat?Si anak hanya menderita seorang diri,tak perlu membiarkan keturunannya menderita.

Bagaimana?

Bagaimana?

Menjadi anak susah bukan?Tak dapat menentukan apa yang diigini.Tidak dapat menukar ibu atau bapa atau adik beradik.Jadi siapa yang boleh menentukan?
Mungkin lelaki atau gadis sebelum berkahwin boleh menentukan bagaimana masa depan anak-anak mereka?

Mungkin puncanya kerana sang suami tidak mencintai isteri sepenuh hati mungkin sebab itu perasaan belas dan kasih sayangnya agak kurang.Berbeza dengan perempuan, sekali melahirkan anak dia menyayangi anak sepenuh hati jadi demi menjaga anak, dia mesti berbakti dan taat pada suami.

p/s: Pengalaman yang buruk di masa kecil sangat membawa kesan di waktu dewasa bukan?

Telur Dadar Nene

Apabila Nene mahu bercerita, semua orang mesti dengar, kalau tak dia akan merengek, “Dengarlah …dengarlah ni-
“Iya tengah dengarlah ni.”

Nene bercerita tentang resepi telur dadar yang dibuat jiran.
Mula-mula pukul telur.Lepas tuh masukkan sedikit gula.Kemudian tuangkan separuh dari bekas telur tersebut ke dalam kuali yang panas.Masukkan kicap dan sos di atas telur.Kemudian tuang baki telur ke atasnya.Tunggu sehingga bahagian bawah masak kemudian balikkan.Setelah masak terus angkat dan hidangkan.

“Sedap!”Nene mengakhiri ceritanya.”Adik dah try buat hari tu tapi mak tak puji pun.”

Emak berkerut cuba mengingat bilakah dia makan telur buatan Nene.

“Mungkin sebab adik buat hangit, sebab tu mak tak puji.” Nada suara adik sedikit sedih.

Aku renung mak, mak renung aku.
“Hangit!Macammana nak puji.”Bidas emak.
Aku sengih.Hangit – boleh diterima ke?

Thursday, October 9, 2008

Yang penting tu apa?

Balik raya kat kampong sebelah abah,aku berjumpa dengan ramai sepupu, dari kecil sampai la yang besar.Bapa saudaraku menceritakan perihal anaknya yang berumur tiga tahun.

Anaknya bertanya, “Abah, yang penting tu apa bah?”

Si abah terkelu, memikirkan kepelikan soalan tersebut.Semalaman dia memikirkan apakah yang patut dijawab untuk soalan tu. “Yang penting tu apa bah?”Kenapalah anaknya yang berumur tiga tahun bertanyakan soalan begitu.Puas dia memikirkan jawapan.Apakah yang penting?

Keesokannya, tatkala dia mahu menjawab, anaknya dengan selamba berkata, “Yang penting selamatkan kucing hitam tu!”

Rupanya si anak mengajuk cerita kartun kat TV. Aku tersengih dan tertanya-tanya, kartun apalah agaknya yang ditonton oleh sepupuku.

p/s:Dalam kehidupan ini yang penting tu apa ya?

Raya 2008

Raya datang lagi. Macam biasa, rumah aku riuh rendah. Ada yang kaki mengusik, ada yang    pantang diusik.Happy bercampur pening. Isu-isu yang sama jer setiap kali raya.

1.       Tempoyak kesayangan mak.Selalu jadi rungutan.Nak dibuang mak tak kasi.Sayang katanya.Sudahnya tempoyak memenuhi peti sejuk sampai musim durian tahun depan. Nak kata makan tempoyak tetiap hari tu takde  la sangat. Ada la sambal tempoyak.

2.       Kerongsang dan butang baju melayu. Selalu jadi punca masalah.Selalu kehilangannya menjadi misteri.Last-last aku keluar beli kerongsang , 10 biji.Itu pun masih macam tak cukup. Pening! Tu belum masuk isu anak tudung lagi!!

3.       First time missed sembahyang sunat raya, bagi adik-adik aku la. Aku still under MC.Boleh ke missed sebab asyik bersembang sambil makan ketupat. Sudahnya pergi masjid lambat, dan termiss solat raya.Pergi la tapi patah balik bila  diorang  tengok semua orang dah keluar masjid. Abah balik tanya,” Tak nampak pun hangpa kat masjid?” Adik-adik aku bagi alasan pergi masjid lain pastu tok imam sana sakit perut. Poyo punya alasan

4.       Saudara mara belah emak datang dengan empat buah kereta waktu malam.First time rumah aku terima tetamu sebanyak tuh.

5.       Rumah aku still under construction.Cuma ada la improvement dari tahun tahun lepas. Atap yang bocor dah diganti, kalo tak macam taman tema  air setiap kali hujan.Dinding dapur baru naik sebelah. Dinding bilik yang kami adik beradik selalu musnahkan waktu kecik-kecik diganti dengan dinding baru.Kalau boleh nak jer aku siapkan rumah cepat-cepat tapi duit tak cukup. Tambahan bulan nih aku banyak habis duit kat road tax and saman.Bila lah rumah nak siap; naik pening bila pikir.

6.       Raya kedua  balik kampong  belah mak.Dah nak malam baru balik.Raya pertama dah balik kampong belah abah.

7.       Raya ketiga, adik-adik lelaki bising nak makan sate lagi padahal raya pertama dah makan dah.So diorang pon pepandaila nyalakan api dari sebelum maghrib sampaila selepas isyak, api pun tak menyala-nyala lagi.Mak aku turun pi tengok ,”Adei la bila la nak boleh makan nih.Nyalakan api pun tak betul.Orang letak la kayu kecil-kecil dulu pastu baru leh tambah arang.”

Ami merungut,” Telo la cakap takyah guna kayu kecil pon takper, pakai jer arang jer terus.Ajaran sesat”

Sudahnya kami , geng pompuan dah tertidur tak sempat nak makan sate bebudak tuh.

8.       Raya keempat.Emak kerja, aku diassignkan memasak.Oleh kerana tak ada apa nak dimasak aku pun bantai la asam pedas ikan kembung, masak kicap hati ayam pastu tumbuk sambal belacan.Asam pedas aku ingat nak buat style Melaka tapi cair la pulak.Petang tuh after hantar adik ke asrama, aku pon mencari nasi.Biasala selera makan tak tentu.Semua benda yang aku masak habis.Tension!Dah la aku pon belum makan lagi.

Angah : Wahh..Masakan along laku hari ni.

Ami : Tak sedap pun

Aku: Tak sedap pun habis

Ami: Ami tak suka asam pedas tuh

Nene: Adik suka (Nene memang hantu asam pedas)

Ami :Ami makan  petai jeruk jer

Aku: Petai pun, sambal belacan along habis.

Memanglah kalau semua berkumpul semua jadi sedap.Makanan tolak batu dengan kayu sahaja, semua habis.Kalau semua tak ada, tinggal kami empat beranak, makanan yang paling mahal pun tak habis.

9.       Raya kelima. Pergi kenduri rumah kawan emak.Sesat punya fasal aku makan banyak sampai dua kali hidangan(Nasik 3 kali tambah, mak aku pun terkejut.Bukan main nak amik berkat agaknya). Malam tuh hantar adik-adik yang study kat KL, diorang naik bas malam dari Kulim. Sunyi lah balik . Pasni aku asyik ngadap muka Nene jer la.

10.   Raya keenam.6 October 2008 .Pagi kat ofis. Sunyi.Semua orang masih mood raya. Tengahari dapat call from mak, Abang Ki meninggal accident. Arwah meninggalkan isterinya yang sarat mengandung.Aku terus emergency leave.Balik rumah , tengok emak yang baru pulih dari pitam.Balik kampong terus ke rumah Maklong.Muka maklong bengkak akibat menangis, “Entah dugaan apa lagi ..”Dia bersuara perlahan.Isteri arwah berjujuran air mata, tak henti-henti.Tak sanggup nak tengok, aku naik atas memencilkan diri, menghadiahkan apa yang patut pada arwah. Suasananya memang lah menyedihkan.Arwah pernah berkata pada isterinya, “Jika baby lahir 8 hb October, samalah birthday nya dengan abang.Boleh lah ganti abang.”

Salah seorang teman sepermainanku waktu kecil sudah mendahuluiku. Aku?

 

Tula conclusion raya tahun 2008. Ada yang manis, masam semua ada.Cuma ada yang diceritakan dan ada yang tidak.

Buih-buih di lautan

Last time aku naik feri. Lama gila tak naik, rasanya mungkin aku pernah naik waktu universiti kut. Ada kenangan pelik jugak bila aku terkenangkan. Seingat aku, aku pernah naik feri selepas dipelawa oleh seorang perempuan cina berambut pendek macam lelaki.Ala- ala tomboy gitu. Dia mendapat tahu aku tak pernah naik feri, jadi dia terus ajak aku naik feri.

Yang peliknya, aku bukan kenal pun perempuan tuh, dekat stesen bas Butterworth tuh la aku terjumpa ngan dia.Pelik sebab aku boleh ikut orang yang tak dikenali .Nasib la perempuan tuh tak buat apa-apa yang pelik.Dia seorang guru, namanya aku tak ingat. Terima kasih, at least  tu lah first time aku naik feri.Kami naik feri pergi pastu patah balik.Humm..tak berapa ingat sangat lah.

Dulu selalu balik kampong dari UTP melalui butterworth. Masa  tu teruja sangat tengok feri, sebab stesen bas tu kan dekat pelabuhan. Rindu masa muda dulu. Masa tuh sangat energetic. Best kan kalau masa boleh dip using-pusing semula.

Bila naik feri, selalu tengok kat bawah. Cari obor-obor. Kadang-kadang nampak ikan.Tapi kali ni tak nampak pulak, tatau mana hilangnya. Yang tinggal buih-buih. Buih-buih laut?Terus aku teringatkan cerita duyung. Bukan cerita little mermaid by Walt Disney tu. Cerita tu cerita kartun yang aku pernah tengok waktu kecik.Lukisan dia agak seni, macam ada unsur awan larat.Mungkin bagi budak-budak lukisan tu takde la cantik sangat.

Macam biasa cerita duyung fall in love dengan putera daratan sehingga sanggup menukarkan suaranya dengan sepasang kaki.Putera tu layan dia dengan baik, dia pun seronok sampai perasan yang  putera tuh pun jatuh cinta dengan dia juga. Tapi akhirnya putera itu berkahwin dengan puteri dari negara lain.Hubungan duyung dan putera tersebut tak lebih dari adik dan abang sahaja.

Majlis perkahwinan diadakan dengan penuh meriah di atas kapal. Puteri Duyung bersedih. Di waktu malam, duyung tuh termenung di atas kapal. Kakak-kakak duyung merayu kepadanya.Mereka menyuruhnya membunuh putera tersebut supaya dia dapat kembali semula ke laut dengan menggunakan pisau hikmat.

Puteri duyung mengambil pisau tersebut, dan pergi ke peraduan  putera dan isterinya.Pada mulanya dia mahu membunuh putera tersebut tapi tak sampai hati.Last-last nya dia pergi cium putera tu dan berlalu keluar. Puteri duyung menunggu matahari naik dan kemudiannya terjun ke laut bersama-sama pisau hikmat tersebut. Dia bertukar menjadi buih-buih di lautan kerana sumpahan cinta tak berbalas. Kalau ikut boleh jer dia bunuh putera tu tapi dia tak sampai hati.Kasihan.

Moral of the story,  aku pun tak sure sebab masa aku tengok cerita tuh aku pun kecik lagi. Masa tuh aku cuma pikir buang masa sahaja jatuh cinta sampai nak tukar suara dengan kaki. Kan lagi best jadi ikan duyung duduk dalam laut, boleh makan seafood tiap-tiap hari.Kan?

Minggu Yang Gelap

Isnin 15 September

Aku call pusat penghantaran  tu, nak bertanyakan kurier yang dikirimkan dari KL.Suara seorang perempuan menjawab.”Bila sampai eh?”

“Esok kak.”Katanya.

Aku pun dah beritahu abah dan adik kalau ada orang yang datang menghantar kurier.Petang tuh aku balik.Tak ada pun kiriman.Kecewa sedikit.Tapi tak apalah, minta-minta la tak ada polis, atau kemalangan berlaku.Ye lah road tax aku dalam kurier tuh

Selasa 16 September

Aku call pusat penghantaran tuh.Melalui internet aku dapat track ke mana kurier aku.Lebih kurang pukul satu lebih status out of delivery.Macam biasa perempuan jugak menjawab, “Esok kak.”

“Confirm ke?”

“Ye kak confirm.Esok sebab tak sempat.”

“Okay.”Still aku bersabar.Balik rumah, macam biasa tak ada apa-apa penghantaran.Mungkin delivery guy tak sempat sampai , ye lah bulan puasa takkan la nak kerja sampai petang.

Rabu 17 September

Aku malas nak follow up sebab aku confirm hari ni mesti sampai.Seorang member ofis mengoferkan diri untuk call pusat penghantaran tersebut tapi aku malas nak follow up.Sampai lah hari ni.

Balik rumah petang tuh, aku tanya abah.”Tak ada pun”.Kiranya dah seminggu aku bawak Ceri keluar secara haram la.Panas juga hati nih.

Khamis 18 September

Pagi – pagi aku call pusat penghantaran tuh.

Aku : Nak tanya pasal kurier saya bila nak sampai?

Operator: Dah hantar dah semalam tapi tak ada sapa.

Aku:Hah, ye ked ah hantar semalam?Kenapa tak ada sapa call pun?

Operator wanita:Ye, tapi tak ada orang.

Aku:Habis tu camana?Hari isnin pun awak cakap hari selasa, tapi tak sampai pun.Ada jer orang kat rumah tunggu

Operator:Dah tak da orang.Orang kami pun ada hari tertentu pergi sana

Aku:Habis tuh camana nih?Bila saya boleh dapat nih?

Operator:Esok la, esok akak ada kat rumah tak?

Aku:Mana ada.Saya kerja.Tapi adalah orang kat rumah tu.Sepatutnya awak call saya ke kalau ada masalah.

Operator:Habis tuh camana?Akak takde kat rumah

Aku:Okay .Kalau saya tuka alamat ke Kulim camana?Bila boleh dapat?

Operator:Esok

Aku:Esok jugak?Confirm ni, kang nanti hantar hari Sabtu problem pula sebab saya takda.

Operator:Ye sampai esok.

Aku pun memberi alamat ofis kepadanya.

Aku: Boleh tak awak ulang alamat saya tuh, kut-kut tersalah

Dia pun mengulang sehingga sampai ke line poskod tuh dia diam.Bengang

Aku:Kenapa?

Operator:Tak payahla ulang-ulang!!Kan dah sampai kat sana .Buat apa nak ulang-ulang?

Aku terdiam mendengar suaranya yang kasar.Tak apalah, dia kerja kat pusat penghantaran, mungkin dia lagi tau nama-nama kawasan.

Selepas tuh dia letak tepon.Air mata aku rasa cam keluar gak nih, sebab ye lah jarang orang berkasar ngan aku.Pompuan pulak tuh.Kalau lelaki memang la ada yang kene telan.Tau-tau jer air mata kuar, terus jer aku lari gi toilet.Tension tul.Teringin aku nak jadi cam orang lain boleh jer maki-maki hamun.Susahlah aku cenggini, asyik kena buli.

Lepas tuh aku mengadu kat agen aku kat kl, message jer la.Tau-tau jer dia call balik aku.Bengang la dia sebab company dia yang guna service pusat penghantaran service tuh.”Asal Unid tak cari jer manager dia?”

Malas tul aku.Tau-tau agen aku tuh pi serang HQ pusat penghantaran kat KL.

Tengahari aku dapat call dari operator.Dengan suara kasarnya, tak ada salam pun, “Akak ke yang call kat Dato Keramat tadi??”

“Takde lah, agen kut.”

“Ni akak, ni no pon BM, kurier akak akan dihantar ke BM.So akak call la diorang”

“Ok”

Petang aku balik rumah, tanya abah aku samada dia ke mana-mana tak Rabu kelmarin.

“Tak.Abah tunggu kat rumah.Pagi adalah abah kuar setengah jam jer  beli ikan”

Sah.Samada delivery guy tuh tak reti nak jenguk atau tanya orang ataupun diorang memang tak hantar pon kurier tu.Cam tak logic plak, ada ker orang susah payah cari rumah lepas tuh tengok cam takde orang terus blah.Kalau  orang kampong sendiri nak gi kenduri logic la.Ini kerja, larat ke dia berulang kali nak jenguk rumah aku.

 Jumaat 19 September

Pagi-pagi aku dah call cawangan BM.Malas nak kasi muka dah.Operator nya kata confirm kurier aku akan sampai hari ni.

Tengahari, aku call balik.Aku nak mintak no tepon delivery guy tu, kut-kutla sesat pulak.

Operator : Kami pakai contractor.Contractor takde pickup , so takde no pon diorang.

Aku:(Blur) Habis tuh camana awak track

Operator: (Maybe dia dok refer info aku) Eh, salah nih akak .Alamat akak kat KK mana leh hantar kat BM …bla..bla…………. –

Aku:Ehemmm..baru jer pagi tadi  saya call korang cakap kurier saya ada dan hari ni akan sampai.

Operator: Ohh..ye ke? Kejap ye.    Ohhh..ada-ada

Aku cam nak pening, muntah pun ada.: Boleh tak saya nak no tepon orang yang pegang kurier saya.

Operator tuh lantas bagi no tepon delivery guy tu.

Aku call pulak Nasrul bukan nama sebenar.Suka hati lah aku nak letak nama apa pong.

Aku: Encik Nasrul ada pegang kurier saya.

Nasrul:Ya.

Aku:Bila boleh sampai?

Nasrul:Dalam tengahari la kut.Atas kul dua camtuh

Aku:Confirm eh?

Nasrul:InsyaAllah kak, kalau saya tak mati.

Aku:Takper saya doakan awak tak mati lagi. (Memang aku dah tak larat nak tunggu dah)

 

Petang.At last, akhirnya sampai jugak kurier aku.

Nasrul: Cuba akak tengok alamat nih? (Dengan muka menyindir)

Aku tengok KULIM, pastu poskod pastu Bukit Mertajam.Bodoh betulla sapa yang tulih alamat nih.Kulim kat Kedah.Bukit Mertajam kan kat Penang

Nasrul: Alamat pun tak betul.Banyak saya dapat alamat macam ni ( Nak sound aku la tuh)

Aku: Tak, bukan saya yang tulis.Saya dah suruh operator awak ulang sebab saya nak check alamat tuh.Tapi dia tanak, dia dah tau katanya.

Nasrul: Ooohh..kurang ajar  tul orang tuh.

Huh…macam-macam orang aku jumpa.Penatlah layan orang.Penat…layan Mr. Leno juga yang best.