Search This Blog

Saturday, December 31, 2016

11 Perkara yang unid ingat tentang 2016

Wah cepatnya masa berlalu.Tak sedar diri makin tua[baca:perlu ke nak perli perli?]Here beberapa pengalaman yang tak dapat unid lupa sepanjang 2016.

#1 Start menulis journal
Journal yang hardcopy;guna buku dan pen.Bukan online such facebook,blog etc.Unid start dengan 5 minutes journal method.Kemudian improvise ikut suka hati sendiri.Belum lagi berdisiplin untuk tulis,lukis,doodle [baca:sukahati] tiap-tiap hari.Percaya atau tidak- harapan mimpi yang kita tulis akan menjadi kenyataan.Itu cara kita set our mindset rupanya.Jadi belajar untuk tulis perkara perkara baik, kalau tak baik pun tulis dari positif perspective.
Yang cekelat tu travel log, yang pink tu 2016 log.

#2 Tukar kerja baru, pindah balik KL.
Saat semorang nak balik and duduk dekat kampung, unid ambil tindakan drastik.Mungkin suka mencari penyakit.Terlampau selesa sampai bertanya kat diri sendiri, apa yang aku nak buat lepas ni tapi blur.Hingga suatu hari tergerak untuk challenge diri sendiri.Lagipun adik adik dah besar, semua terjaga dan berdikari.So inilah masanya untuk unid 'melompat lebih tinggi'.

#3 Dah sampai London
Walaupun atas urusan kerja, tak sempat nak explore bagai tapi at least dah pergi.Alhamdulillah.Yay.Musim sejuk, takde salji - I was like walking lollipop.Bulky, so kita letak gambar tasik la yer instead of me.
Royal Park.I missed those squirel.Cantik pula pic yang unid capture ni.

#4 Kena block dengan immigration due to PTPTN
Okay, bayar PTPTN betul betul ya.Kalau bayar ala kadar , tak cukup peratusan nanti kena blacklisted.I took that as experience,my fault nyway.

Yang paling best,unid tak panik, tak nanes pun.Tenang jer unid bagi tau dekat pramugari to postpone the flight.Kalau unid nanes, burnt duit company.Mujur open tiket.Itu bezanya bila company guna ejen.Memang tiket mahal tapi boleh ditunda mengikut keperluan.Mahal sebab nak jaga kepentingan company dan juga airline.Kalau tiket sendiri-- alamatnya alta la vista babeh.

Tips: Jika ada luggage check in, dan anda diblok dari fly, cepat cepat uruskan bagasi.Jika tidak, nanti bagasi anda meninggalkan anda keseorangan di sini.Tahu tahu jer anda dapat pic selfie.=)

#5 Travel ke Japan
Kenangan tak boleh lupa,tak tidor malam study itenary.Belajar to keep calm and be positive.Belajar tahan marah.Belajar banyak benda seriously.I am grateful with those experiences.

Tips : Knowledge is power when you are travelling by your own.

Japanese is great because the peoples are great.Malaysia also great, in order to make it greater, we OURSELVES need to change.Don't talk about kebersihan kalau sampah kat rumah malas nak buang, bilik air malas nak cuci dan katil bersepah.Just my two cent, we have more than enough people yang complaining,comparing and  talking.This is the time WE NEED  TO START WALKING.NOW!!![baca dengan garang dan cubit telinga sendiri]
Now I know I don't have many pictures of myself.Mencabar betul nak cari gambar sendiri.
#6 Dah boleh berenang.Yay
Unid belajar berenang dah lama.Mula mula belajar basic dekat kondo pool dari seorang cikgu Cina yang cantik.Serius cantik weh, tall, dark[tan] and beautiful. Belajar breaststroke teknik.Extend a few classes sampai sampai rasa boleh.Tapi disebabkan tu kondo pool yang airnya tak dalam, asal penat jer boleh berdiri dan berjalan dalam air, unid tak gain water confident.

Sambung plak berenang dengan cikgu lain dekat public pool di Seberang Jaya.Gigih practice , petang merempuh jam after office hour untuk swim.I plan nak belajar freestyle tapi nak berenang tempat dalam cuak pula.Tak berani lagi, berenang ke tepian jer dulu.

Sekarang pindah KL dan dah habis pun belajar freestyle.Paling best, dah tak takut air dah.Berani jer terjun kat dalam pool yang dalam.Sekarang cuba disiplinkan diri untuk swimming dua kali seminggu.

Tips: Swimming need practice, kalau tau tapi jarang berenang kebarangkalian untuk lupa sangat tinggi.

#7 Hiking dan more workout
Seriously , sampai kadang kadang terpaksa miss.Let list out kat mana dah unid explore since pindah  KL ni untuk tahun ni.

  • Broga
  • Lata Medang
  • Lepoh
  • Bukit Wawasan
  • Bukit Cerakah [baca:boleh consider ke?]
  • Bukit Kiara
  • FRIM.Ada hari yang unid cycling pula

#8 I am certified Salesforce Platform Developer 1
I failed last time.But sorry ,my name is not give up.I belajar balik, fokus and pulun.Study macam nak rak.Mana sekarang sibuk study untuk travel, kejar dateline kerja, study untuk exam lagi.

Dalam tren, buka handphone study.Nota tempek, tepi katil, tepi cermin,kat pintu bilik.Mujur kat toilet tak tempek.At last, 30 Dec 2016 I passed the exam.Now I passed, I need to make sure it is worth.

Tips:Bertahun tahun jadi programmer bukanlah tiket untuk anda pass exam especially kalau belajar sendiri.Jadi kena bersungguh-sungguh kalau nak pass.

#9 I learned to prioritize my self
I have to be nice bertempat, be firm.People does not respect nice people, they use nice people.You can be nice , people likes you and that's it.I need to learn to be firm in chasing my goal.I could not waste my time anymore, sebab I dah takde masa.Last time, my principle of life is I won't leave my friends buruk macam mana pun.

Unid dapat la title yang macam ni,'Ohh unid tu takper..ko buat la macam mana pun, dia sabar aje.'Kena buli, sabar. Kena tinggal sabar.unid nak tinggal orang kena marah pula.

Now I learned 'pilih kawan, tapi jangan cari musuh'.Kawan selfie, kawan melepak merata.Bila kita susah, depa sibuk memanjang.Bila kita senang, kita busy pun depa sanggup call,sanggup check schedule kita and prioritize hidup kita semata mata nak entertain their need.Be careful ya.

Everyone have their own goal, and make sure nobody drag you away from your goal.Ingat tak masa sekolah, ada spesis spesis yang asal kita nak study jer datang mengacau.Tapi bila kita tidur, depa diam-diam study.Bila keluar result, depa pass and say good bye my friend.They will call you back bila depa rasa nak berseronok lagi.I learned this.Berhati hati dengan orang negatif, orang yang suka ngutuk orang, yang suka cari gaduh,suka berdrama,batu api,parasit dan asyik nak release tension jer.Sebab ada satu masa,anda paling ke belakang dan lihat,'apa yang aku dah buat?'

So now, you meet me and notice that I act differently, adalah reason di sebaliknya.'Unid not nice anymore.'[nyanyi lagu 'We don't talk anymore']

#10 Masa
I seldom bagi alasan busy untuk cari excuse buat benda penting yang lain.Sebab, selagi unid boleh melepak, tengok tv, layan FB and youtube maknanya unid masih lagi ada masa.

Semua orang Allah bagi 24 jam, melainkan kalau hari tu ditakdirkan kita mati.Makanya kawan kawan; 24 jam yang sama untuk ibu anak sepuluh,24 untuk orang single,24 jam untuk perdana menteri,24 jam untuk CEO.Yang cantik sekali, saat kita merungut takde masa, ada lagi orang yang buat banyak perkara perkara walaupun depa lagi banyak tanggungjawab dari kita.Mungkin kita takde keberkatan masa, sebab selalu membazirkan masa.=)

Jadi tak boleh nak cakap sorry takde masa nak exercise, takde masa nak membaca,takde masa nak buat benda berfaedah.Jika masa kerja sibuk , cari ruang weekend.Kalau weekend banyak buang masa, jangan fikir kita boleh buat benda berfaedah jika kita free waktu kerja.Kalau masa yang sikit pun kita boleh buang, masa yang banyak mesti lagi banyak terbuang.

Jadi instead bagi excuse, cuba cari ruang.Unid try buat, unid usahakan selit untuk buat sesuatu.Tahu tahu rasa masa itu cukup untuk banyak perkara yang berfaedah.=)

Stop giving excuse, start using the opportunity.

#11 Pisang montel
Seriously unid tatau pisang montel tu wujud.Selama ini ku ingat mitos sahaja.
34 tahun hidup baru tau pisang montel wujud.Sadis weh.


SELAMAT TINGGAL 2016.MOGA MOGA 2017 LAGI BAIK.AMIN.

Sunday, December 25, 2016

Makan Gaji

Sedar tak sedar dah hujung 2015.Alhamdulillah masih lagi hidup, sihat walafiat.Blog saja macam tak cukup nafas.Jarang benar update.

Unid blame facebook and youtube but actually it just me who loves to give excuses.Selalu buka blog, tekan new post, lepas tu blur.APA YANG AKU NAK TULIS NI?

Cuba fikir, eh macam tak ada apa yang menarik dalam hidup ni.Betul ke?Rasa macam dah tua , tak layak nak berblog.Pelik kan?Semua tu ALASAN.

Bila tau tau masa berlalu, and eh banyak lagi benda tak achieve.Kita tengok kawan-kawan dah resign ada career baru.Oh, depa jual kek,jual tudung,MLM,insurance dan macam-macam.Alaaa ..aku kat sini makan gaji.And again kita salahkan kita makan gaji dan bersedih sorang sorang di balik kerusi office.

Orang lain berhenti kerja dengan goal, kita kerja makan gaji kita tak set goal.Kita pikir takpalah masuk pukul 8 balik pukul 5.Gaji masuk.Yang jenis workaholic pulak , syok kerja siang malam sama gak , TAK SET GOAL.Company dera macam nak rak pun tak per, sabar....seronok bekerja.

Tak terfikir, dalam masa setahun kerja aku patut achieve apa, if the company tak bagi apa yang perlu kita buat.Takde... kita bengang dengan company kita gossip gossip belakang jer.Kita kerja macam kalau takde company tu matilah kita.Jadi buruk company tu,kita kena sabar dan kerja.Lama lama kita biar...kita mula rasa bidang kita tak membawa ke mana-mana.Kita biarkan toksik meracuni fikiran kita,'ehhh kalau kau pergi kerja tempat baru, tempat tu pun sama jer.' At least sini kita dah tau.You see, most of us got certified and degree and at the end of the time, setakat ini sahaja MINDSET kita.

Kita dalam COMFORT ZONE, lagi worst tak comfort pun kita usaha nak menyelesakan diri.Lihat dekat luar, orang lain makan gaji but they develop their career.Dulu ada orang kata kat unid,'sampai bila hang nak buat programming and makan gaji?'

I stress, so I look up for other alternative tapi tak menjadi.Dan bila tak menjadi, alaaa hang tak sungguh-sungguh.The issue is tak minat.Tapi nanti dibalas pula,'alaa, aku dulu pun tak minat gak..tapi sekarang minat.'

You see, nobody know you better than yourself.Dan kita tercari cari apa yang kita minat dan buang masa.Bila kita tak minat kita sedih bila gagal dan putus asa.Itu keynya.

Nampak tak, Unid bersungguh kerja makan gaji, tapi unid silap unid tak set goal.Unid takde set nak gaji banyak or buktikan that I am good programmer.

While if you masuk MLM,INSURANCE they will emphasize you to set GOAL and WORK for it.

But I didnot do it because I just makan gaji.I wasted my time too much .I am not going to waste it anymore.

Orang lain sepuluh tahun buat programming, dah jadi macam-macam.And I jadi programmer 10 years, I still say umm...what I am doing?and I am looking for excuses again.

Bila terlampau lama selesa, ada satu masa kita akan terfikir--apa yang aku buat selama ni.Berangan nak gaji banyak, tapi takut nak amik exam.Takut nak berenti kerja.Kita cuma bermimpi ...but kita takut untuk bangun .




Friday, December 2, 2016

When we start telling the stories...

I noticed at this age, I stop sharing and explaining myself too much.Not because of the listener issue but I just realize this is how I keep my self strong.

Why? It's normal when people have their own view when listening to our stories.That is not purely their fault, they are not tree or cat.They are human, they listen and analyze and try to judge and give opinion.It's either they try to help or just pretending to help but at the end of the day they will have their own perspective.It is impossible to force people to be neutral while ourselves also struggling to be neutral when we becoming a  listener ourselves.

When I was in young age, I used to believe that telling people about your problem will help to reduce stress and might probably solve the issue.But actually not all issues are applicable for solution,and it 's depending on WHY you are  telling them at the first place.Some of the issues do not need solution but it need patient and positive thinking.

If we are really seeking for solution,then we need to open our heart with other people's opinion.They will list out their solution based on their own view.They will ask and ask, and sometimes we find it annoying to answer all.It's one of the consequences when we start telling the stories.Then we analyze which one that can be applied in order to solve the issue.In this case, their opinion and perspective will give us an idea to move forward.Bear in mind, not many peoples are listening to understand, some are just listen in order to reply.It may break our heart when we get the feedback.So do not tell the stories if we set some expectation on answer.

It is so funny when they give feedback ,we  reply abruptly;
YOU ARE NOT IN MY SHOE.

REMEMBER DARLING, our path of life never same with others.It may look same, but it is different.If we are insist on how our own shoes are so different with theirs, we might want to reconsider asking them to try our shoe at first place.

Most of the time, we are telling people not because we want the solution but more on telling the stories about our pain.Because we thought, sharing is caring.Yeah, it will depend on how we expect the SHARE will be look like.

It may reduce stress if we tell them once or twice but if we keep telling our pain again and again, will it cure?NO.Remember, the people who listen to us,
;they are just HUMAN.If we just keep telling them without any intention to listen to their opinion or whatsoever and keep repeating it again and again what will happen?

Imagine yourself , become a listener to your friend regarding on their pathetic family again and again.Can you resist just to be a listener?Yeah, you can yes .Good friend is a good listener but is it helping your friend ?Believe me, sooner or later we will try to solve it.We could not stand to be a listener forever-- and when the time come we will expect our friend will decide to help themselves.As I said, some difficulties in life are not meant to be solved, but we can just change our own perspective to be patient and positive and keep going.

I used to tell people last time, about sorrow and painful thing while I was in it.How the world is so cruel, giving me no choice...bla bla...I have good friend that just do nothing but listen but it does not help to cure my issue.Now we have Facebook, Blog , we can write about our sorrow and pain but will it help?

WHY?

Talking about the problem consume time , energy and brain processing.So need to make sure the talk will solve the issue.But if it just complaining, it waste the time and help us go no where.Imagine you are hungry, you order food and food is bad.The hunger is bad enough, the food is bad enough and I am complaining how bad both situation.So it already bad and it goes worst.

Hunger + Bad Food + Negative thinking + Complaining = Stress Increase

now compare with this :

Hunger + Bad Food + Postive thinking + Looking for solution= stress decrease

Scenario above is just simple analogy in life.Our life is not easy, it is complicated but believe me there a lot of other people face the same.Some of us have miserable parent that we could not choose, some of us have sickness that still no cure,some of us live in miserable country -- we can keep telling people but with only our own self can raise and work on it.All of the challenge is bad enough, you can tell people but face the risk.It  is either can help you and destroy you.You are lucky if you got a good listener that willing to lend their ear to listen  forever .But DO NOT OVERUSE IT. Keep telling and complaining will help you to GO NOWHERE.How you can go anywhere if most of the time/energy you spend on story telling and complaining?

We are mad because people does not listen, but sometimes our issue is not worth to be tell yet.There some of issue and pain should be endured amd it will be a great memories in future.

I faced a lot of difficulties during young time, now when I rewind it,I think at certain condition I will be more successful if I was not wasting too much time complaining and stress.If I tweak it to positive , it may result differently.

I went through my blog history, my facebook wall in the past.Some of it just despair and when I think of it, it bring me no where.It is not beneficial for reader and doing no good for myself.I feel ashamed and try to delete and found out that I was  wasting my time doing the clean up.So I should learn how to take it easy and let it go.Positive way, that's is how I grow.

All the pain and difficulties can be just a regret or complain or it can be beautiful poem.


Friday, September 30, 2016

Hijrah

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Awal Muharam Isnin ni.

Cepat masa berlalu, rasa macam singkat benar setahun.Macam macam benda jadi , macam macam benda kita belajar.Ada orang yang baru mengenali kita ada orang yang meninggalkan kita.Lumrah.

Masuk Oktober genap la 7 bulan unid menetap di KL setelah 6 tahun di Penang.Kenapa pindah jauh dari famili, ada orang tanya? Alasan unid untuk berpindah dari KL bukanlah untuk berjauhan dari famili tapi tukar angin.Akan ada satu tahap yang kita tertanya tanya apa yang kurang dalam hidup, akan ada satu tahap semua jadi mendatar.Seriously 6 tahun di Penang menandakan unid sangat di zon selesa.Bosan.

Jadi tukar ke KL.Banyak perkara yang unid bersyukur lepas unid pindah.

Bersyukur sebab dapat kawan kawan baru.

Bersyukur sebab bekerja di tempat baru.

Bersyukur ..bersyukur...

Selamat tahun baru , salam awal muharram. Moga moga esok lagi baik dari hari ni.

Bye.

Tuesday, August 9, 2016

Gaji

'Dalam semua semua gaji kita paling sikit.Kita rasa rendah diri'

Sedih aku dengar.Ini semua gara gara seorang malaun sibuk bagitau and bertanya gaji orang.Dengan alasan, ala nak tau jer...kita kan kawan.Yela...kalau nak tanya gaji orang kena bagitau gaji sendiri dulu kan.Kemudian ditakdirkan cerita gaji engkau paling tinggi, and check check ada pula yang paling rendah.So bila dah segroup tau estimate gaji semua orang, agak agak orang yang bergaji rendah tu nak rasa happy ke?Tambah pula umur lebih kurang sama.Serius cilaka bila unid fikir balik.

Ini yang membuatkan aku tak pernah rasa nak reveal or menyibuk hal gaji baik bonus dengan orang.Jangan kata bagitau, ambil tau gaji or bonus orang pun aku tak ingin.Kalau ada gak malaun nak menyiasat aku tipu jer(nasiblah).Bukan unid punya style nak menyibuk hal gaji bonus orang.Cukuplah apa yang unid dapat, kalau unid rasa kecik unid bagitau bos.Kalau unid rasa cukup unid dok diam diam.

Dulu masa muda muda dapat gaji ciput selepas setahun kerja , ada seorang dak baru fresh grad sibuk figure out gaji staf.Lepas tu nak compare compare.Boleh tak diam...kau rasa gaji kau sikit kau mintak dengan bos plus mintak sekali upkan gaji kengkawan kau tanpa perlu kau annouce gaji kau kat semua staff.

TOLONG JANGAN SHARE JUMLAH GAJI KAU TAK KIRALAH KAU PALING TINGGI ATAU RENDAH...LEPAS TU INSIST SEMUA ORANG SURUH SHARE GAJI.

Sebab?seumur aku idup aku tak pernah jumpa lagi suasana yang membuatkan kau aman bahagia bila kau share gaji kau.


  • kalau gaji kau tinggi tapi kau sibuk sibuk check gaji orang kebanyakannya yang aku jumpa bukanlah terdiri dari orang yang rendah diri.
  • kalau gaji kau sikit tapi kau sibuk sibuk check gaji orang lepas tu mulalah kau nak compare kerja , and audit segala.kau takleh tengok orang gaji besar duduk saja, mulalah kau nak kutuk.


Zaman tok kaduk dulu, ada seorang senior staff pesan .

Is there any point telling everyone that your salary is 15k, 20k while you know not many people surround you not earn that much?

Setakat ini yang tanya acah acah tu bukan yang nak tolong upkan gaji jer ke apa.Even dengan famili pun unid tak pernah reveal true salary sebab?Ada adik ipar duai sepupu sepapat dan banyak lagi yang unid rasa tak bagitau lagi baik dari bagitau.

Nak sedekah tak perlu check gaji ke tak.Nak zakat perlu , so bagitau pihak zakat jer dan juga bahagian percukaian.Yang lain lain tu tak perlu, melainkan kalau ada sesiapa nak offer naikkan gaji unid lepas unid bagitau hahahh =)

Nampak benda ni kecil kan?Dalam kita dok seronok kita gaji besar kita terlupa nak jaga hati orang gaji kecik.Tapi bila tiba tiba bila orang sebaya kita dapat gaji lebih dari kita, mulalah kita nak audit dia pula.

Melainkan kau tak pernah reveal  tapi orang nak tau jugak.So yang itu biarkan jer, yang sengsara orang yang jadi penyiasat persendirian tu.

Kelakar bila orang cakap, I gaji tinggi sebab I usaha keras,dulu I susah.So padanlah dengan kerja I.

Hello...pakcik tua yang berhempas pulas kerja non stop kat construction area.Ada dia dapat gaji setimpal?Tentera yang masuk hutan sampai bengkak bengkak kaki, tu tak termasuk bila berperang macam nak rak bila tua end up jadi driver taxi.Tak boleh nak merasa hidup senang.So boleh kau kata you deserve it?

If you think you really deserve it, yes you deserve it.Tapi please dont act like orang gaji kecik semua pemalas.Ingat rezeki Allah boleh tarik kejap jer.You never know other people background but you do know yours.So be thankful.

Paling sedih dalam dok ek ek gaji tinggi , orang yang gaji rendah tu pula yang banyak menyumbang dan menolong orang.Macam naik mercedes , kereta besar tapi naik sorang sorang.Gunanya untuk kau seorang.Beza dengan orang naik kereta kecik, tapi kereta tulah ramai orang naik, tolong orang sana sini.

Nak hati bahagia, pandai pandailah simpan rahsia.

Bye

Monday, August 8, 2016

Gusi berdarah...

Gusi berdarah...rasa macam berbulan bulan gusi berdarah.

Kau rasa gusi kau sensitive so kau tukar berus gigi yang paling lembut.Tetapi still berdarah.Lepas tu kau survey pulak ubat gigi, dek kerana takut hilang gigi lepas tengok iklan.Tapi gusi kau berdarah jugak.

Kau pun start pantang;tak nak makan gula... gosok slow slow.Still berdarah.Mulalah mencari petua di internet.Oil pulling, maka berkumur la kau dengan minyak kelapa.Rasa best , tapi gusi kau still lagi berdarah.

Last last ditakdirkan kawan kau ajak kau pergi klinik gigi.Dia nak dapatkan rawatan dan alang alang kau pun buat sekali.Doktor buat cleaning, beberapa tempat perlu ditampal.Padan muka, makin lama tak jumpa doktor gigi makin banyak kena tampal.

Masa doktor suruh kumur, keluar darah.Kau pun bertanya,
 "Doktor, kenapa gusi saya berdarah everytime saya gosok.Gusi sensitif ke?"
 "Ohh, bila ada plak memang akan berdarah bila digosok sebab inflammation.Tapi jangan takut, terus gosok bagi bersih dan jangan lupa floss."

Balik rumah biasalah berdarah.Especially sebab baru lepas cleaning kan.Terus menggosok dan start floss.Siap cari kat youtube how to brush and floss your teeth.Seriau jugak memfloss tapi gigih juga.Dah tua bangka baru nak belajar gosok gigi . =')

Tahu tahu lepas dua hari takde darah.Sekarang dah almost tiga minggu langsung tak berdarah.Macam mimpi saja.Eh,gigi aku cam tak biasa berdarah saja. So, jika gigi anda berdarah...cepat cepat jumpa dentist kasi cuci.Adalah plak yang berkarang, lepas tu gosok and floss betul -betul.Kalau gigi bersih tapi still berdarah sila rujuk doktor.