Search This Blog

Friday, December 30, 2011

Mari memasak

Dua tiga menjak ni Unid rajin bebenar masak.Tapi semua guna oven sebab tak sempat lagi nak beli gas, even call gas nyer number pun asyik tak dapat jer.Bila dah try main masak-masak ni jadi ketagih la pulak.Rasa cam best jer masak and makan masakan hasil penat lelah sendiri.Dulu ada housemate yang rajin memasak, sampai unid pun rasa hairan.Ye la , masak untuk seorang rasa cam rugi jer, baik beli jer kan.Tapi sekarang rasa cam kalau ada masa lapang suma meal nak masak sendiri jer.Dah tau dah kebestan nya.Antara faedah-faedah memasak sendiri yang unid rasa adalah ...(sila ambil nota jika cikgu anda suruh buat karangan tajuk ni.Tapi ayat kena ubah jadi BM yang betullah yer).

1) Sangat sihat.
Makan kat kedai tatau apa yang dibubuh.Maybe terlebih minyak ke terlebih MSG ke?Kalau masak sendiri boleh customize contohnyer, masak bubur pakai susu.Minyak leh letak sikit jer tak pun letak minyak zaitun.Method pula boleh pilih yang lebih sihat contohnya mengukus ke bakar ke.Sekarang ni main kita bakor jer...

2)Ikut keperluan tubuh.
Contohnya kalau terlebih weight, kita boleh masak makanan untuk kita control weight.Macam unid under weight so boleh lebihkan protein macam telur dan daging.Kalau darah tinggi , semua makanan kena kurangkan masin.

3)Menjadi lebih bijak dan kreatif.
Boleh otter resepi.. and boleh berkenalan dengan rempah ratus mana satu jintan manis and jintan putih.Dan juga pelbagai petua masakan dari dalam dan luar negara.Selain dari belacan , unid juga belajar tentang pelbagai jenis cheese.Takde la selalu beli cheddar cheese yang lapan keping tu, boleh try cheese lain macam mozarella ke parmesan ke.Tu tak termasuk orang putih nyer rempah cam rose mary ke thyme ke.

4)Pelbagai menu
Hari ni western food...esok Malay food.. lusa Chinese Food..tulat Indian food dan seterusnya.

5)Jimat.
Mula-mula nak start memasak memang akan rugi sedikit sebab mula dari kosong.Tapi bahan-bahan yang dibeli kebanyakan tahan lama kecuali sayuran dan bahan basah.So semakin hari semakin kurang barang-barang kering dan kita cuma perlu beli barang basah jer.Contoh.. lada hitam, gula, garam and rempah ratus kalau sebotol untuk orang bujang maybe tahan sebulan lebih depend lah pada penggunaannya.So anda tak perlu beli barang-barang macam ni setiap hari , just beli ayam ke udang ke depend on menu.Dan anda boleh makan lebih dari pada anda makan kat restaurant.Contoh 3 ketul peha ayam panggang yang anda makan di restaurant mungkin lagi mahal dari harga seekor ayam mentah.Untuk beginner beli la slow-slow depend on what resipe yang nak di try.Jangan angkut semua yer memang bankrupt punya.

6)Mengajar erti ketabahan dan risk management
Isk..Kalau nak dikira berapa kek yang bantat and hangus..sayuran yang rentung dibakar..nasi menjadi bubur ...menitik jugak la air mata ni.Ada satu hari tuh, unid bakar ayam plus sayuran pastu set time 45 minutes and 180 darjah celcius.Pastu pi mandi dengan perasaan berbunga-bunga.Dalam dok cium haruman rose shower foam tu tercium sekali bau cendawan hangus.Berlari keluar dari bathroom just to check oven.Tsskk..tabah jugak la hati ni.Takper besok bakar lagi tapi kali ni dah tau set time dah untuk sayuran maybe better guna aluminium foil . :)

7) Time management
Kena lah pandai urus masa kan.Balik office pukul berapa, berapa lama masa untuk memasak.Takkan la pukul 12 tengah malam baru nak buat dinner.Kalau nak masak breakfast, dah prepare siap-siap bahan-bahannyer.Bangun awal sikit.

8) Mengajar menjadi pembersih
Tak kira lah macammana suka memasak pun, suka tak suka kena rajin membersih dan mengemas dapur.Takkanlah lepas masak nak biar periuk belanga terperuk dalam sinki sampai berulat.Kang ada yang food poisoning.Kalau duduk menyewa ramai-ramai kenalah consider yang sinki tu for public usage.Jangan disebabkan pinggan mangkuk kita bersepah dalam sinki, orang lain nak basuh mug pun susah.Dah tu terpaksa pulak membasuh dan mengemaskan dapur yang kita sepahkan.Confirm kena kutuk kat belakang kaww kaww..

9)Menggalakkan sifat kerjasama(Ewahh..ayat BM A1)
Ini untuk kes yang suka makan masakan orang tapi tak suka memasak.Jadi muhasabah lah diri anda and tengok cam mana anda boleh membantu meringankan beban tukang masak dan menjalinkan suasana muhibbah sesama kita.

Contoh... tolonglah basuh pinggan ke apa ker.Jangan nak duduk baca surat khabar lepas tu complain bila nak boleh makan.Tak perlu nak masuk dapur kalau nak tolong.Tolong lipat kain ke basuh kain pun ok.Kemas ruang tamu pun okay.Sebab kadang-kadang tukang masak boleh get annoying jika terlampau banyak orang nak sibuk memasak.Too many cooks can spoil the food ..betul ke?Me personally pun tak berapa suka orang masuk dapur and kacau masakan unid.Pepandai yer engkau nak letak cili lebih..cili mulut tu karang :P

10) Menambahkan koleksi produk DIY for beauty skin
Saat potong tomato..avacado..timun or chili bakinyer tu boleh ditenyeh ke muka sebagai scrub.DIY ala-ala michelle phan.Maka muka anda bertambah licin dan berseri.Risiko tanggung sendiri ya?! :)

11) Meraikan cinta (sila ke toilet kalau rasa cam loya tekak)
Ini yang penting..happy dan puas hati.Selain dari memperbaiki diri sendiri, yang penting hati mau senang. The most important ingredient is love.Letak lah banyak-banyak kasih sayang dalam masakan at least untuk diri sendiri . (Boleh masuk dalam point ke? Masukkan jer)

So anda perlu satu sebab untuk memasak? Saya beri anda 11 sebab.

p/s : Uppss.. lupa satu lagi point .Anda juga berpeluang mengetahui tentang chef-chef yang macho dan hancem contohnyer Chef Sherson Lian ahaks.Lepas ni ramai la gadis dan lelaki tampan suka memasak .Akan keluarlah juga kiasan terbaru -Jika ingin memikat isteri, pikatlah perutnya dulu (Uhuk.. uhuk)

5 Rencah 5 Rasa episod 13

Ini antara resepi yang sempat salin.Ikutlah atas risiko sendiri ya, saya pun kalut-kalut jer masa salin tu.

1)Omelette Mee
Pecah kan 5 biji telur .Masukkan kucai.Garam.Lada hitam.Kacau sekali.Biarkan
Lepas tu campurkan mee kuning dengan loh see fun.Masukkan susu 3/4 cawan dan kacau.
Masukkan minyak ke dalam kuali.Masukkan campuran telur dan campuran mee tadi ke dalam kuali.Api jangan kuat sangat ye.Potongkan
cili merah ke atas mee.Masak sekejap jer sebab nanti nak masak ngan oven pulak.Kemudian angkat dan parutkan cheese mozarela and parmesan ke atas mee telur tadi.
Kemudian masukkan ke dalam oven selama 10 atau 11 minit.
Siap.

2)Yee mee bebola daging

Daging kisar keringkan.Tanak darah-darah yer.
Tepung jagung/ubi.
Bawang merah
garam
Telur kuning sahaja
Lada hitam
Sedikit oat

Gaul semua bahan sekali.Kemudian bentukkan bulat-bulat cam cekodok.Biarkan.
Kemudian bebola daging tu digoreng dengan minyak yang sedikit.Sekejap jer.Pastu angkat.

Untuk bahan sayuran.
Anak jagung.
Carrot.
Lada Benggala.
Bawang besar.
Tomato.

Kemudian tumis bawang and sayuran dengan minyak tadi.Pastu letak pati tomato, pastu letak air.Tambah gula , garam and lada hitam.Pastu cuka satu sudu besar.Masukkan sayur yg terakhir iaitu lada benggala.Pastu masukkan bebola tadi tu balik.Pastu hidangkan dengan yeemee.


3)Char kuteow sea food
Lala
Udang
Sotong
Fish cake
Minyak bijan
Lada
sos kicap

Gaul sume bahan dengan perisa 2 tu.Pastu masukkan kucai.

Pastikan kuali panas gile.Masukkan sikit minyak.Pastu udang.bawang putih and fish cake.Pastu chili boh.Sos tiram pastu kuew teow.Pastu kicap cair pastu kicap pekat.Masukkan kucai.serbuk perasa(ajinamoto kut).Masukkan sotong and lala.

Lastly masukkan telur kalau suka.Pastu taugeh kalau suka gak.Pastu hidang..tadaaaa...

Thursday, December 29, 2011

Kek bantat

Adalah satu hari tu teringin nak bakar roti / kek. Last-last pi sunshine beli  tepung kek instant cap Nona perasa pandan.

Balik office, terus jer masuk dapur.Disebabkan loyang kecik, saya pun bahagi dua adunan tuh.Suppose guna telur 4 biji, saya guna dua biji.Pastu pukul telur dengan margerine, lenguh.Berapa kali berenti.Sesak nafas jap.

Pastu masukkan tepung and kacau.Bila tengok adunan tu rasanya sikit jer cam tak padan pula dengan loyang saya yang kecil tu.Humm..tapi dah terlanjur bubuh jer la.

Saya tengok panduan kat kotak tu.Untuk loyang yang berdiameter 242cm.Mesti loyang tuh besar tu.Takper la, kire oklah saya letak separuh jer untuk semua bahan-bahan.

Lepas tu saya masukkan dalam oven, suhu dia dalam panduan ialah 180 darjah celcius selama 45 minute.Sambil tunggu kek saya masak, saya dok fikir agak-agak besar mana la loyang berdiameter 242cm tu?

Saya ambil measurement tape and tengok...eh tinggi saya pun dah 158 cm, kalo loyang dia 242 cm tak ke besar tub mandi??!!Biar betul ni.

Saya panik and tengok balik kek yang dibakar dalam oven.Owh.. cam nipis jer ni, silap hari bulan jadi biskut.Eh napa kat bawah dah garing kat atas belum?Belum sampai 10 minit pun.Eh..api saya bukak bawah jer??Alamak kek patut bukak bawah ke atas ke camana??!!Fail!! Saya cepat buka api untuk dua-dua.Isk..bab membakar pun tatau.

Tak lama kemudian, kek tu jadi garing... eh belum lagi cukup masa.Lama lagi ni..kalau tunggu selepas 45 minit leh hangus nih.
Humm.. panik lagi.Cepat-cepat ambik garfu and cucuk.. wah tak melekat.Dah masak.Terus tutup suis sebab takleh offkan oven directly.(oven cap ayam)

Dan akhirnya...kek dah siap!!! Tada..kek ke bingka pandan?
Kek Pandan Berjerawat
Adakah saya yang tak tahu yang diameter 242cm memang wujud?
Ciri ciri kebantutan
Stok breakfast untuk seminggu?

Tuesday, December 27, 2011

Braces always come out

This evening I  went to clinic again.One of the braces came out for about 3 days already.That was the result of trying to bite jeruk kelubi.I was warned by my sister but it was too late already.

The problem when the braces come out it feel like marble in my mouth.Imagine that one of the braces hanging out.When ever I try to talk the sound of krrkk ..krrkkk also come out.

Actually the braces come out is normal issue.I faced it averagely once a week.So I have to go clinic frequently to get it fix.I didn’t write the date at Braces : Chronological because it get too frequent till I feel there’s no point to jot it here.

So when wearing Damon braces, yes I won’t see the dentist for braces appointment frequently as stated in the advertisement.In fact, I haven’t done the ‘pulling’ yet.But I always see her assistant to put the braces back on my teeth.

I admitted that I quite disappointed with the issues.Some of my friend even ask me, why my case is too frequent.The concern is , I might get cheated by the dentist.But the dentist told me that’s normal for braces to come out in the early stage.It prove that my teeth is moving.I cannot expect the braces to be static on the teeth.Especially when my teeth originally in the poor arrangement.

The dentist statement quite make sense as my teeth making move.The different can be seen by my family even though I haven’t go through ‘pulling’ process yet.It ‘s like the braces is doing their job by their own.The reason why the dentist does not pull my teeth yet( I will get the proper word for this), is she said-for the early stage let the brace adapt to my teeth first.Usually it will take about two months or more.Once the teeth got more space then the pulling process can be done.

So I have to be patient, actually the case of braces come out decrease lately.It become once per two weeks.For today case, it is because I tried to bite jeruk kelubi.Jeruk kelubi is quite hard junk plus it’s very sour .

Sunday, December 25, 2011

Happy Holiday

Now it's end of the year.Peoples are off for holiday , being with family, eating , chatting , laughing.Hope everyone enjoy the moment.

What I read about Prophet Jesus (peace be upon him) in Quran.

And mention, [O Muhammad], in the Book [the story of] Mary, when she withdrew from her family to a place toward the east.(16)
And she took, in seclusion from them, a screen. Then We sent to her Our Angel, and he represented himself to her as a well-proportioned man.(17)
She said, "Indeed, I seek refuge in the Most Merciful from you, [so leave me], if you should be fearing of Allah ."(18)
He said, "I am only the messenger of your Lord to give you [news of] a pure boy."(19)
She said, "How can I have a boy while no man has touched me and I have not been unchaste?"(20)
He said, "Thus [it will be]; your Lord says, 'It is easy for Me, and We will make him a sign to the people and a mercy from Us. And it is a matter [already] decreed.' "(21)
So she conceived him, and she withdrew with him to a remote place.(22)
And the pains of childbirth drove her to the trunk of a palm tree. She said, "Oh, I wish I had died before this and was in oblivion, forgotten."(23)
But he called her from below her, "Do not grieve; your Lord has provided beneath you a stream.(24)
And shake toward you the trunk of the palm tree; it will drop upon you ripe, fresh dates.(25)
So eat and drink and be contented. And if you see from among humanity anyone, say, 'Indeed, I have vowed to the Most Merciful abstention, so I will not speak today to [any] man.' "(26)
Then she brought him to her people, carrying him. They said, "O Mary, you have certainly done a thing unprecedented.(27)
O sister of Aaron, your father was not a man of evil, nor was your mother unchaste."(28)
So she pointed to him. They said, "How can we speak to one who is in the cradle a child?"(29)
[Jesus] said, "Indeed, I am the servant of Allah . He has given me the Scripture and made me a prophet.(30)
And He has made me blessed wherever I am and has enjoined upon me prayer and zakah as long as I remain alive(31)
And [made me] dutiful to my mother, and He has not made me a wretched tyrant.(32)
And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."(33)
That is Jesus, the son of Mary - the word of truth about which they are in dispute.(34)
It is not [befitting] for Allah to take a son; exalted is He! When He decrees an affair, He only says to it, "Be," and it is.(35)
[Jesus said], "And indeed, Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is a straight path."(36)

AlQuran:Chapter Maryam(Mary)

Saturday, December 24, 2011

Kenduri

Pagi sabtu ni selalunya unid balik kampung.Tapi hari ni lambat sikit, mungkin lewat petang sebab nak attend kenduri kat Penang.Sesorang pula tu, serba salah dibuatnya.

Nak dijadikan cerita begini, adalah satu gerai makcik ni yang selalu unid pi makan during lunch hour.Dulu selalu pastu lately jarang-jarang.Sometimes sibuk sometimes makan menda lain.

Pastu lastweek tiba-tiba gerai nasi ayam fevret tutup, so Unid pi la kat kedai makcik ni.Lepas tu makcik ni kata,"Nanti lepas makan jumpa makcik, makcik nak bagi kad jemputan ni.Kenduri anak makcik."Lepas makan tu, dia bagi satu sampul surat kat Unid."Datanglah ye."

Untuk pertama kalinyer, unid rasa serba salah.Unid nak jer cakap "Takleh nak pi sebab selalu sabtu balik kampung."Tapi tak sampai hati.

Pastu try call member kut-kut ada yang free tapi mana nak ada especially sekarang musim cuti, semua balik kampung.Haru, nampak gaya kena la pi kenduri sesorang.

Untuk pengetahuan, Unid antara makhluk di antara berbillion makhluk lain yang mempunyai penyakit malas nak pi kenduri.Serius malas, even nak pi rumah jiran pun pemalas.Tatau napa..sometimes rasa stress bila ramai-ramai.In other word memang pemalas.Kalau ada kenduri kat rumah nenek ke sedara, benda yang unid buat basuh pinggan.Basuh sampai sakit pinggang pun takpe.Kalau boleh nak makan pastu balik jer tapi nampaklah tak sopan sebab rumah adik beradik kan.(hipokrit kat sini)

Tapi kadang-kadang pegilah jugak.Sampailah satu hari masa pergi kenduri member bersembang dengan seorang kawan ni.Dia cakap dia sedih kalau member kawin  tak jemput kenduri.Especially kalau member baik and rumah kenduri  tuh dekat jer dengan rumah dia.Sebab dia cakap dia nak share juga happiness member-member dia.Rasa cam sedih lah kalau best friend dia kawin tapi dia tatau apa-apa.

Ooohh..gitu ye?Unid dulu fikir, kalau tak jemput pun takper.Takyah pi lagi senang.Sampai ada satu hari member unid mintak address nak bagi alamat , unid cakap "Takyah bagi la..rumah kau jauh.Confirm unid takleh nak pi." Sebab unid rasa dari dia menghabiskan stem 30 sen untuk Unid yang tak datang betterlah dia bagi kat orang lain.Tapi sekarang bila diingatkan rasa nyesal pulak.Tatau lah apa yang member tu fikir pasal Unid.

Emak cakap, jemput kenduri tu sunat , tapi pergi bila dijemput tu wajib apabila kita berkelapangan untuk pergi.Ehehh..unid lapang sokmo pun tak pergi.Rasa bersalah ni.

Takperlah untuk kenduri makcik ni petang nanti unid pi.Pi sesorang pun takper dengan tujuan just nak memenuhi undangan.Sebab memikirkan makcik tu dah reserve kad and bagi by hand kat Unid(ayat perasan).

So lepas ni sedaya upaya lah unid pi kenduri orang and of course depend la kat kenduri saper and macammana.Takkan lah kenduri adik kepada kawan adik kepada kawan adik unid pun beria nak pergi juga.Budget-budget lah jugak.

Friday, December 23, 2011

Api

Saya balik awal.Mandi , tengok video yang osem!Sakit gigi mula menyucuk.
Saya on tv.Takde apa...melainkan kebencian.Baca paper pun dah jarang sebab citernya 'aku betul orang lain salah'.
Satu bangsa bergaduh sesama sendiri.Dua bangsa bergaduh antara bangsa.Manusia bergaduh sesama manusia.Siapa yang untung?
Saya ambik wuduk solat.Kemudian baca Yasin.
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!" (60)
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus."(61)
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"(62)

Yah..untuk menjahanamkan sesuatu kaum, method divide and conquer selalu berkesan.Dan nampaknya method ini berkesan untuk manusia.

Thursday, December 22, 2011

Discussion

Semalam nak dekat pukul 11 lebih baru tidur itupun sebab pc buat hal.Sebab? Pagi ni unid kena buat present investigation kat PM.Takde la investigate aper pun, tapi ada satu system lama tuh got some issues  then bos suruh study the code, comeout with the process flow of the system because nak identify which process yang lead to the issue.

Kadang-kadang system tu for old business process and business flow always change.Ye la kalau nak bagi laku  barang mestila cara penjualan tu flexible supaya customer tak terikat sangat.Then nak tak nak need to revise system supaya sentiasa updated.So at last during discussion, unid berjaya juga mengeluarkan suara, mengexplain and menjawab soalan-soalan.I was really nervous back then because usually my senior did this.I cuma programmer dok senyap-senyap kat belakang.Nak bersuara masa meeting pun rasa cam tak keluar suara.Tapi disebabkan my senior bercuti so nak tanak kenalah kuatkan semangat.Haishh... kenapa lah masa musim orang cuti semua issue nak keluar.

When I think about it, I really nervous till this morning.Even tidur pun tak lena.Sebab memikirkan kena conference with PM yang kat US tu.Memang la we always conference but somehow without the senior , it made me feel that I could not make it.

Ye la..nak berspeaking speakang satu hal.Selalu terlupa vocab satu hal.Nak handle and explain system satu hal.Macam-macam prediction.Buat nyer ter-explain benda yang salah camana?

Sedaya upaya tenangkan diri.I prepared myself already.I did study about the system.Just assume yang ini bukan student final year project presentation.Markah tak kena potong.Unid niat, whatever I try to give is something that going to solve the problem.I might be wrong, but I already studied it and I just give answer based on my investigation.Objective, untuk menolong PM and menyenangkan user.I might be wrong but hey I have to accept it.It’s okay if I m wrong and whatever feedback that given will be helpful for me later.Senang cakap, I just do my job okay and I give my best.

Alhamdullillah, I did well(ayat perasan bagus, abaikan jika perlu). PM said,”Hey this is very good job.Please send me this diagram so I can use it when meeting with user.”(Maka bertambah kembang la mangkuk).

So sometimes, bendanyer takdelah teruk sangat seperti yang disangka.Kadang-kadang bagus juga kalau kita stress and panik awal-awal.Maka kita akan take note and berusaha lebih.So bila dah lepas rasa happy sepanjang hari.Rasa cam nak shopping jer beli something untuk diri sendiri tapi takde duit. :O

Nota: Sebagai tanda penghargaan, boss suruh continue study and explain on other components. (-,-)``

Tahu-tahu jer dah tua ..eh

Sudah mau masuk 2012.Unid belek-belek blog ni.Eh...archive since 2006.Sekarang dah 2012.Sudah enam tahun rupanya.Tak sangka lama juga, kalau anak dah masuk tadika dah.

Tapi unid tengok penulisan unid.Takde isi sangat pun.Banyak ngarut-ngarut.Banyak emo.Memang unid emo pun and bila emo suka menulis.Suka menulis since sekolah.Dulu buat cerita pendek and bagi kengkawan baca.

Tapi tak serius pun.Sebab?Bapa tak suka unid menulis or melukis.Tak kisahlah walaupun unid boleh gak menulis and melukis tapi dia tak suka.Unid sorok sume tulisan/lukisan.Dan memandangkan banyak kesusahan hidup yang dialami penulisan dan lukisan pun cam terkubur.

Masuk U, terus tak menulis.Mau menulis tapi tak ada feel.Kosong and separuh jalan.Kalau mau ikut hati rasa macam nak tulis sahaja kisah hidup sendiri buat novel.Dari miskin sampai nak beli beras pun kena ikat perut sampai la sekarang still survive.Sekarang takde la kaya pun, malah banyak halangan yang perlu dihadapi.Tapi bila mau menulis, terfikir pula antara yang termasuk dalam halangan ini adalah kerenah orang yang tersayang(bukan pakwe or sewaktu dengannye okay).

Jika saya mahu menulis kisah hidup saya, saya terpaksa membuka cerita punca utama keberantakan hidup which mean saya akan mendedahkan keburukan sesetengah orang.Dan jika saya cakap, okay kita letakkan bukan nama sebenar, sahih-sahihlah orang boleh agak kalau saya dah kata kisah based on the true story.

Ada benda-benda yang susah nak diluahkan.Jadi bila benda utama tidak diluahkan, kadang-kadang kita akan terluahkan benda-benda yang remeh.Malah kadang-kadang unid terover benda-benda yang remeh.Sebab benda yang major susah nak diluahkan.

Contoh(Bukan kisah unid nyer,ini misalan sahaja)Jika bapa anda seorang penagih dadah? Adakah anda  dengan redhanya meluahkan kesusahan hidup anda di blog.Boleh tu boleh tapi susah kan?Anda mahu bersedih dan berkongsi dan dalam masa yang sama anda seolah-olah membuka pekong di dada.Ye la.. penagih dadah tu kan bapa anda.Kutuk banyak-banyak pun bapa anda jugak.Bila anda nak share dengan orang, orang pula kutuk bapa anda, mesti la rasa angin gak kan.Dan kalau orang tu comment cakap , takper sabarlah ye.Saya lagi teruk anak yatim.Anda rasa cam nak pelempang tak?Orang kadang-kadang suka comparing instead of listening/reading.Susah and complicated bila nak bercerita dengan orang sebab tak kira apapun itu bukan kasut mereka.So ada benda-benda terpaksa dipendam dan lama-lama menjadi dendam kan?

So yang terbaik, berdoa and mengadu pada Allah.Berserah dan berusaha takat mana yang boleh.

Ehhhh...melalut mana hala tah niSo walaupun rasa tak serius menulis tapi still menconteng kat blog.Sedar -sedar rupanya 6 tahun dah umur blog ni, rasa malu sendiri.Yelaa, baca balik previous entri rasa cam banyak yang negatif dari positif.But I really hope the reader in case kalau ada, jangan lah ambil yang negatif tu.Ambil and contohi yang positif dah la yer.

I will try my best, untuk improvekan penulisan especially message.I still believe that nothing wrong to share personal life.Sebab sekarang memang fesyen macam tu malah untuk case unid ni banyak kegunaannya.Unid sekarang kerja kat Penang, umur pun meningkat, all my friends dah kawin pun dah ada anak pun.Kalau unid nak tau perkembangan mereka unid akan refer kat facebook, blog.Nak call nak ngadu sumer tu kena fikirlah diorang pun dah ada famili.Tup-tup unid call tengah malam nak nangis-nangis tak ke kacau diorang,pulak tu nak menyembang sampai berjam.Marah husband diorang nanti.So I think writing is the best medicine, for me lah.Maybe not with the correct grammar even bahasa pun rojak-rojak jer but the point is, I want to tell something.I want to speak about something tak kisahlah orang baca ke tak.Cuma berpada-padala kan.Kalau kita tulis untuk mencetuskan peperangan tu kan tak baik kan.

Harapan saya untuk tahun baru
Bersabarlah dan bertawakallah.Langit tidak selalu mendung dan jika betul pun ia mendung, insyaAllah ia membawa hujan rahmat

Tuesday, December 20, 2011

Sakit Gigi memang boleh mencetuskan perang dunia

Siapa tak setuju? Lantak la...

Since after lunch gusi unid start gatal-gatal and sakit.Dan berlarutan and rasa cam semakin teruk.Mak aiihh...dahlah sekarang tengah busy.Busy and and stress because something come out during furlough.Dulu tak faham boleh tanya jer Ben 10.Sekarang? Sesorang terpaksa memahamkan diri.Unid ni slow.Susah nak faham mende.So kekadang lagi senang tanya what's problem and terus solve.Nak memahamkan isi tersurat tersirat dlm problem kadang-kadang lagi payah and the most tricky part.Once dah faham, insyaAllah solution tu senang jer datang, of course it's depend on what type of problem.

So berbalik bab gusi ni, bukannyer first time.Kadang once a week memang dia datang.Sakit...rasa bengang satu mulut.Sometimes rasa cam nak muntah.Of course usually bila sakit I takleh focus.Masa tu lawak semua jadi kering.Even bila tengok iklan cekelat Ferrero roche and ais kerim Magnum pun rasa cam berapi jer.

Sakit plus gatal.Rasa cam nak ambik garpu and garu jer gusi tu. :P.Pernah dulu gusi jadi hitam and gigi rasa longgar.Panik dowh.Buatnya sebab braces ni gigi tertanggal tak ke haru.Alhamdullillah few days later, gusi yang hitam tu ok, and gigi tu jadi sama.So sekarang kalau sakit tu, maknanya dia tengah dalam process la kan.Secara logicnya, kalau gigi bergerak , and gigi tu di dalam gusi harus lah merasa sakit sedikit.

Cuma unid fikir, mungkin my pain is still bearable sebab selalu dengar cerita orang pakai braces ni sakit gila.Tapi unid takdela tahap cam tu sangat, cuma I turn into hulk jer. :P

So walaupun kerja ada pending, Unid terus tutup laptop and balik.BTW,rasa awal pun still kul 6 lebih gak baru balik.

Monday, December 19, 2011

Freedom

Everything is slow... all in the vacation mode.

Suddenly it become silent atmosphere in the office.Not deadline, no rush,no fight.The job still going on but all in the slow motion .I wonder why sometimes the calmness turn to boredom.

I am starting to miss the time when everything become chaos. At that time, we see the heroic action all over the cubical.Of course when everyone in team turn on ,start get irritating and shouting out loud! What a lovely day.

Note: Need to appreciate the freedom before the bosses catch us

Sunday, December 18, 2011

Pic of My face Before till 16 Dec 2011

Some pic of me before and current wearing braces






Nota : Please ignore the aging face, I m still alive anyway :P

Friday, December 16, 2011

Memberi

Saya pergi bank keluarkan duit untuk bayar zakat.Pastu ada pakcik ni dok tunggu orang depan bank mintak duit untuk sekolah tahfiz.Saya memang kering kontang tapi rasa cam nak bagi juga.Sebab zakat yang perlu dibayar jumlahnya agak banyak, pastu dengan urusan pindah rumah lagi sangat memerlukan duit yang banyak.

Tapi saya rasa nak bagi jugak kat pakcik ni, so saya belek-belek not duit.Humm..saya nak bagi RM 5 tapi saya cuma ada not RM10.Jadi saya pegi kat pakcik ni and bagitau dia saya cuma nak bagi RM 5 so mintak dia pulangkan baki RM5.

Dia bagi tapi dengan menyindir lebih kurang, “Kalau untuk saham akhirat apa salahnya bagi banyak sikit, untuk dunia boleh pulak kita guna banyak.” Ayat yang diedit tapi lebih kurang gitulah ayat nya.

Aduh, saya diam.Cuma panas hati jugalah.Saya tak faham kenapa awak nak mempersoalkan  berapa orang bagi.Mereka berhenti dan beri duit tu pun dah besar rahmat.Even diorang bagi sekupang dengan ikhlas pun dah membolehkan darjat mereka lagi tinggi dari orang meminta.

Kalau yang beri ceramah tu bukan orang yang meminta, saya tak kisah sebab dalam radio memang saya dengar.Dan memang betul apa salahnya kalau kita beri lebih masa bersedekah.

Tapi bila orang yang meminta, menyindir dan memaki hamun apabila jumlah yang diberi sedikit, saya naik baran.Sebab? Dia tidak tahu mungkin orang yang memberi tu mungkin susah dan miskin macam dia, tapi masih lagi nak beri even sikit.Dia juga tak tahu, mungkin orang yang memberi tu sudah memberi berjuta-juta untuk orang lain tapi kebetulan untuk dia, tak ada budget yang banyak.Dan yang paling penting kita tak tahu keikhlasan orang berdasarkan berapa banyak jumlah yang diberi.

Saya teringat seorang pengemis di Pasar Baling.Dia sangat marah apabila orang memberi duit yang sedikit.Pernah dia mengoyakkan not-not RM1 dan taburkan ke tanah.Orang sekeliling cuma memerhati sambil menggeleng.

Pernah suatu hari dia sangat marah, kemudian menghayun tin bekas duitnya dan kebetulan terkena seorang makcik.Makcik ini melatah lantas menghayunkan beg tangannya terkena kepala pengemis tersebut.Orang-orang yang berniaga di situ ketawa dan berkata,”Ha.. kan dah kena.”

Begitulah kisahnya.Tapi ada beberapa orang  yang saya jumpa di Penang yang kelihatan sangat bersyukur.Banyak kali saya memberi kadang-kadang cuma seringgit dan mereka berkata,”Saya terima RM1 satu akak, semoga ianya diberkati Allah.”

Pernah saya terserempak dengan penjual kalendar untuk dana sebuah sekolah.Kalendarnya mahal RM20 kalau tak silap.Saya tak teringin nak beli kalendar tu, tapi saya still bagi RM2. Lelaki itu cuma berkata,”Terima kasih kakak.Saya terima RM2 akak bagi pihak sekolah kami,semoga ianya dirahmati.”Saya terharu sambil mengaminkan kata-katanya.

Kan bagus ayat tu.Semua orang takkan fikir banyak kali kalau ada duit sedikit, mereka akan beri.Kalau tak kebanyakkan orang akan fikir,”Alaaa.. daripada nak bagi seringgit , baik takyah bagi.” Dan kalau nak tunggu RM100 baru nak beri, rasanya lambat la sikit kan?

Nota:Jangan berputus asa ketika memberi.Teruskanlah memberi walaupun kadang-kadang orang yang meminta tak reti bersyukur, malah kadang-kadang penipu.Yang penting, ada saham kita di sana.

Wednesday, December 14, 2011

The model

My original teeth look like.You cannot ignore that the look was very horrible.Whenever I showed it to my sister , mother or whoever I met, they told me.”Urggh..seem nasty!”

Yes.Hope it will be better.







Monday, December 12, 2011

Okonomiyaki

Beberapa hari yang lalu, my friend share link about okonomiyaki.Since hari tu, unid berangan nak memasak okonomiyaki.Banyak gak la explore resepi kat Google.

Ditakdirkan suatu hari, teringin nak makan roti.So pergila round Queensbay, sebenarnya nak singgah Watson because some of my toiletteries dah habis.On the way nak ke car park stop kat kedai roti, malangnya most of the breads dah habis.Tinggal ciskek jer, takper la amik juga.Dalam meround-round kawasan roti and japanese food  kat Jusco ,tetiba terpandang satu makanan yang macam telur dadar.

Apakah ia? It’s okonomiyaki and cost me RM4.60. Yeay... akhirnya dapat gak merasa okonomiyaki.

Sampai kat rumah, unid bagitau housemate unid yang kebetulan pernah  study kat jepun.Dia cakap, “senang jer nak buat.Cuma kena cari tepung dia and kobis.Nanti-nanti kita buat ye.”

Nanti-nanti tu bila dah beli gas untuk memasak sebab sampai sekarang tak sempat nak beli.Masak cuma guna oven which mean kita bako jer!


Saturday, December 3, 2011

Kelaparan

Dengan rasminya, saya menetap di rumah baru.Tandas sudah dibersihkan,bilik air.Bilik-bilik selamat divacum and disapu.Dapur dan sinki sudah dibersihkan.Barang-barang yang tak guna dibuang, periuk belanga disusun elok.

Cuma keghairahan nak makan and masak di rumah baru agak tergendala sedikit disebabkan gas takde.Nak dijadikan cerita petang semalam saya mengexplore resepi baked potato.Berangan nak guna microwave sebab gas takda.Makanya saya bershopping seperti potato, telur , mayonnaise.

Malam tadi dengan penuh kelaparannya, menyediakan telur.Kemudian bukak microwave, tekan button semua tak menyala.Telur still jadi telur.Aduh , apa cerita ni.Last-last saya masak telur dengan rice cooker.Menjadila juga cuma melekat dekat rice cooker sebab tak letak minyak.

Saya nak order pizza domino guna phone tapi takleh guna credit card.Duit saya cuma tinggal RM20 jer.Try Mc Donald, tapi disebabkan masalah teknikal(staff mc d cakap) diaorang takleh hantar ke rumah.Sadiss...

At last, saya makan telur campur mayonnaise and redbean.Dan alhamdulillah dalam tupperware yang saya bawak balik dari office ada dua keping roti.Jadilah...