Search This Blog

Friday, July 29, 2011

Jealousy

He's laughing , talking with her girlfriend through phone.

She's burning  , hurting  while listening  to them.

Is neither his fault , nor  his girlfriend.Not even the girl who eavesdropping them.

It just not meant to be.So nobody should be blamed.

Bola

Semalam Unid SMS my housemate, ajak makan malam kat Cina Muslim.This week is the last week boleh makan.Next week puasa :P.

Dia reply."Nak dok rumah tengok Malaysia lawan Singapore.Kita order pizza nak?"

Pukul lapan malam, call pizza. Elok jer buka TV baru perasan tak ada channel TV1. Apa lagi, kelam kabut la kami mencari channel, memusing aerial.Fuh , sib baik jumpa TV 1.

Sambil dok tengok drama  game, pizza pun sampai.Gila kurang ajar delivery guy ni.Senyum pun tak , cakap pun hendak tak hendak. Tak macam yang sebelum-sebelum ni, bukannya suruh ko cakap tak renti and jadi peramah, tapi senyum la dengan customer.Saya sengaja ucap Terima Kasih dengan jelas tapi dia buat derk and blah, muka tu sombong, menjeling jer.Serius rasa cam nak penampar jer, ingat muka ko hensem ke buat macam tu.Taula ko angin sebab takleh nak tengok bola . Ha ha ha. Kurang asam giler.Takper...sabar-sabar yer Unid.

Aper pun biasa la Malaysia, banyak lagi yang kena improve.Kesian kat Apek, penat nak jaga gol yang asyik nak terbolos tu.,dah bolos dah pun satu! Yang Singapore mungkin kena pergi hospital kut lepas nih, sebab asyik jatuh jer kerjanyer.Yang tak tahan , part last tuh, pegang bola tanak lepas tuh.Tak per la, boleh la tidur bola makan bola lepas ni. :)

Nota : So pagi ni, breakfast ngan leftover pizza semalam.

Tuesday, July 26, 2011

Anak bulan

"Nak puasa di bulan Ramadhan kena tengok anak bulan dulu." Kata saya pada seorang sahabat non-muslim apabila dia bertanya.

"Jadi kalau tak jumpa anak bulan, kena cari sampai jumpa baru boleh puasa?" tanyanya.

"Humm..takdalah.Kalau petang tak nampak anak bulan, maknanya puasa jatuh lusa.Kalau nampak esok dah kena puasa." Saya terangkan padanya.

"Anak bulan tu bulat ke?" Tanyanya lagi.

"Humm..anak bulan tuh kecik.Mak bulan besar." Saya bergurau.Tetapi tiba-tiba saya pula confuse.Anak bulan bentuknya camana eh? Tapi tentulah bentuk sabit.Terus saya google, keluarlah jawapan hilal, crescent dan sebagainya.

"Bagi saya bulan cuma ada satu.Tak ada emak, bapa atau anak."katanya.Tiba-tiba saya nak gelak.Aduh, siapakah patut disalahkan.Tak sangka gelaran 'anak bulan' untuk bulan sabit rupanya menyebabkan dia salah sangka.

Jangan kata dia yang non-muslim, saya yang muslim pun confuse.Saya terus bagitau bulan tu memanglah satu, tapi kat Malaysia fasa bulan sabit digelar anak bulan.

"Ooohh.." Dia baru faham.Pelajaran baru untuk dia dan saya. :)

Nota : http://ms.wikipedia.org/wiki/Anak_bulan
          http://www.crescentwatch.org/cgi-bin/cw.cgi?action=0

Friday, July 22, 2011

TGIF : Planning

Hidup saya bakal berubah insyaAllah dalam masa dua minggu.Jadi sekarang sibuk.Masa depan saya bakal dipenuhi dengan komitment.Sekarang sibuk dengan planning.Semuanya perlu bersedia mental dan fizikal.

Mungkin bagi orang lain ianya sudah terlambat.Tapi bagi saya, ianya baru bermula.

Tapi semuanya masih dalam proses dan pertimbangan.Jadi biarlah rahsia dulu.

Wednesday, July 20, 2011

It's still September

Since I was small it was very hard for me to go out for trip.Even the school trips or with friends.Why?Because i don't have budget on that.I am poor.I got 7 younger siblings which I have to consider their needs rather to consider  myself.So usually I will decline the offer and try my best to forget it.


Now I am almost 30, I never go out from Malaysia.The place that I went maybe not even reach 10 places, or maybe just four places.Of course waterfall near my house is not in the list okay.I am talking about places that we need to plan and put budget on it.

Usually my annual leave is fulfilled with something like stay at home with family.Now I am getting older and I have enough money but I don't have friends to go out and travel.Reason? Most of them are married and sometimes my work does not let me go.

Okay, actually there a reason why I write all those stories above.There one incident that happened on lovely Tuesday.

We having like two projects that need our commitment in August and September.Actually I just completed one task for July and there some pending projects that have dateline around August and September.We cannot be certain on that because some requirements still pending and etc.

We have to give our vacation plan so it will be easy to manage the resources.Of course,I didn't have much plan because all the reason above-i don't have friends for any trip and don't have plan to go trip by myself.So my vacation is like only 2 or 3 days just for Ramadhan and Hari Raya.That's all.

So we send our  plan to our Project Manager.After that suddenly out of blue, my old friend ping me and ask me to accompany her to Sarawak.OMG, at last I have a  place to go with friend.We are so excited talking about hotel, tour, budget bla..bla. Actually she wanted to attend her friend's wedding plus we will have time to explore Kuching,Sarawak.I never been there so of course I was super duper excited.

So I resend the vacation plan again.Now it become a little bit controversy because my vacation will be in September.My teammate asked,  "Why so sudden?"

"It's out of blue."Yes, it's very bad month to go why we have a lot of incoming projects at that time.I knew that, but I am thinking if we can complete it faster, I will be able to go.But a lot of things still pending for the project to kick off.We haven't receive any final requirement , we not receive any fix schedule.All in the unsure-list yet, so there big possibilities that the project can not be completed in early September.

"Maybe you can put reason why you are not available in those date.Our concern is we might be seem to  force US team to follow our vacation plan."He advised.

Reason?So can I write something like this, "I am not available in those date because I have to go for vacation or attend wedding".Does it sound right?In the critical time, I am giving those reasons?

Okay.I become 'tawar hati' already.Suddenly I wanted to cry.It's like all my excitement gone.I open back my email.Read it and write something like this.

"Correction, is not in September.It is in November.Please let me know if the date is not convenient for you." I clicked Send.

"Humm...you're talking to me about September, even in your previous email also September.This is girl power." He typed to me.He surely read my email and feel weird.I talked and acted differently right?

I am not sure what his mean by girl power.Is it mean that girl always cheat, or girl always change their mind?Honestly , I don't give a damn with the meaning anymore.

The trip still happen in September.But I could not join it due to job commitment.Now, why I put November?

I don't have any plan in November.I am not sure myself what will happen to me in November.But I just put it because I mad maybe.Mad to myself.Surely I will find something to do in November, maybe alone.Who knows?





Tuesday, July 19, 2011

Sakit Gigi

Serious masa menulis takda mood nak menulis.Tapi digagahi jua.

SAYA SUDAH TIGA HARI SAKIT GIGI!

Saya mula terasa petang Ahad, sikit-sikit jer.Jadi tak rasa nak jadi teruk dalam masa terdekat.Lagipun Isnin kan kerja.Mungkin boleh bertahan sampai minggu depan, so boleh buat appointment dengan dentist.

Hari Isnin daytime waktu kerja.Memang terasa sakit tapi takde la mencucuk sangat.Ada issue dengan production, nasib baik saya tak ambik cuti hari tu.Kalau tak,penuh la inbox saya dengan issue critical dan mungkin saya boleh dapat heartattack selepas ambil MC.

Hari Isnin malam.Wow...serangan mula mencucuk.Sewaktu saya nak tidur.Sakit gila tak terkata.Rasa cam kepala jadi bengong.Tuhan saja yang tahu.Saya tak tentu arah, saya kena pergi klinik juga esok.Tapi klinik mana yang best kat Penang ni?Huii... malam tu juga saya menggoogle cari.Saya tatau saya tidur pukul berapa, tapi memang saya takleh tidur.

Pagi Selasa, gusi saya kurang sakit.Malam tadi cam nak rak, tetiba bangun pagi jer lega sikit.Mata saya bengkak sebab menangis.Saya kena pi office attend meeting and kemudian tengok dental policy.Lepas tu plan nak ambik half day untuk pergi dentist.Saya plan nak pi klinik yang kat kampung saya sebab saya biasa.

Mungkin kena drive like 70km tapi tak apalah, saya dah serik nak pi clinic sebarangan.Tapi clinic yang kat kampung tu tutup pulak hari ni.Aduh..what a bad day! Selepas menghadapi pelbagai issue, saya terpaksa buat appointment dengan dentist hari Rabu.Tapi bukan dengan dentist kat kampung.Dentist yang kat Penang selepas saya google.Hopefully oklah dentist ni.Hairan betul, walaupun dentist always in unwanted-to-see list, slot kat clinic gigi sentiasa penuh.Humm..ramai juga orang sakit gigi.Bayangkan saya book slot untuk esok pun dapat waktu petang.Nasib betul.

My teammate keep telling me to go and buy some painkiller, at least to soothe the pain during night time.Saya tak faham kenapa gigi sakit waktu malam?Kenapa tak waktu siang, waktu kita dok makan-makan?I mean waktu malam sakit macam minta nyawa, padahal kita tak makan pun.Jenuh saya sabarkan diri sendiri.

Oleh kerana takut kejadian semalam berulang, saya singgah pharmacy, bagi tau my condition.Sakit gigi, mungkin berlubang or bengkak especially waktu malam.Please bagi ubat yang dapat tahan sakit untuk satu malam.Tokey farmasi tu tanya bila appointment saya.So saya cakap esok Rabu pukul 3.So dia bagi ubat penahan sakit sampai pukul tiga.

Balik rumah, lepas makan terus saya telan ubat tu.Sekarang kul 9 malam.Takde tanda-tanda serangan lagi.Hopefully saya leh tidur lena.Tanak la meraung sesorang sebab sakit gigi.

Sakit gigi memang effect emosi.Saya nampak semua orang sangat kecik hari ni. :)

Friday, July 15, 2011

Antara Rambut dan Lontong

Lunch hour, saya nak makan sesuatu yang lain.Ada satu kedai tu, sebelah dengan my favorite Nasi Ayam.Ada jual macam-macam tapi selama ni saya tak pernah la order.

Tapi hari ni saya nak try.Lontong.Dah lama gila saya tak makan lontong.Last makan seingat saya masa saya kerja kat KL.Ada makcik tu jual waktu pagi.So pagi-pagi dah makan lontong as breakfast.Rasanya waktu itulah saya jatuh cinta dengan lontong.

Maka hari ini adalah hari pertama saya makan lontong semenjak saya kerja di utara ni.Saya pun excited bercerita tentang lontong pada sahabat saya.Sambil bercerita , saya menggaul-gaul lontong sebelum saya nak makan dan tiba-tiba uppss..

Benda hitam berjurai di sebalik kobis.Saya angkat dengan sudu dan tengok betul-betul.Yelah tak salah lagi, bukan bulu jagung tapi rambut.Walaupun kalau boleh saya nak nafikan, tapi itu sah sah rambut!

Mati selera saya.Serba salah.Nak bagi tahu ke tanak.Dahlah saya first time makan kat situ, ramai orang pula.Kalau saya bagi tau jatuh tak air muka makcik ni?Saya confuse.Selalunya untuk kes-kes macam ni saya diam dan bayar jer.Tapi kali ni nak diam lagi ke.Bercampur baur dengan kesian pula.

Saya tanya sahabat saya,"Macam mana ni?"

Dia cakap bagitau jer untuk lesson.So next time orang akan berhati-hati.Dalam keadaan serba salah tu, at last saya bawa mangkuk and tunjuk dekat makcik tu.

Reaksi makcik tu, "Ya Allah.Minta maaf nak.Makcik tak nampak..Nak makcik buat lain ke?"

Isk..nak ke tanak.Saya jawab nak walaupun sebenarnya dah tak de mood.Hipokrit!

Makcik tu pun hidang semula.Sambil mengunyah saya fikir macam-macam.Bagaimana kalau sebenarnya rambut tu memang ada dalam periuk since dia masak lagi? Macam mana kalau makcik ni, just buang jer rambut tu and hidang lontong yang sama? Macam mana kalau kena santau dan pelbagai pemikiran keji di kepala otak saya.

Akhirnya saya cuma berjaya mengunyah tiga ketul sahaja dek kerana pemikiran saya yang keji membuatkan saya tak lalu makan.

Masa nak bayar , makcik tu tanya, "Boleh makan ke tak?Kalau tak boleh tak payah la bayar."

Adesss..tapi saya juga yang order tadi."Takpalah makcik, susahkan makcik je."So saya bayar bukan sebab lontong tapi sebab kasihan.Next time takyah jadi hipokrit!

Korang pernah tak berperasaan macam ni?

TGIF : Awak kan programmer ...

Alhamdulillah, hari Jumaat.

First day saya bangun awal setelah beberapa hari/minggu saya lewat.Enam pagi.Kalau tak, Subuh lambat jer.Lately kerja bertimbun, dateline 20 hb Jul nak dikejar, once complete yang itu kena focus dekat other project yang target to be completed  at early Aug.Tak cukup nafas rasanya.

Tapi bukan saya seorang ye, tentulah bersama teammate yang lain.Dan itulah yang membuatkan saya masih bertahan, kerana bukan saya seorang yang rasa susah.

Sepanjang hidup jadi programmer ni, macam-macam fe`el dalam IT environment.Saya tak da pengalaman sebagai position lain selain programmer, tapi pernahlah  merangkap tester, business analyst dan technical lead pun pernah.Bidan terjun!

Jadi programmer memang la sakit kepala, mana nak fikir coding, bug yang comeout.Tapi sakit kepala kami ditambah jika requirement pun kami kena tulis sendiri, testing (selain unit testing) , support end customer, atau dalam kata lain nya  dalam SDLC tu kami pegang banyak role.Sebab? Dah awak programmer, mesti awak lagi faham pasal system, jadi apakata awak la yang buat semua.

At the end of the day, ada case yang programmer kena maki sebab design purchase order tak standard.Yang sakit hatinya tak ada siapa yang bagi design and guideline how to create purchase order, kami programmer terpaksa mencari kat Internet and at the end of the day business analyst maki while sepatutnya dia yang bagi segala requirement and design.Kalau pergi university, IT and Business is in different program, cuma ambik subject elective jer.

See, programmer akan jadi sakit bila pegang banyak title,the worst case apabila mereka fikir programmer ada kuasa kun fayakun.'Saya nak system cam mission impossible...ting!' Terus dapat system tu.

Saya pernah join company yang chasing for CMMI.Ada banyak role untuk every phase, so saya tanya, kalau role-role ni tak ada orang  nak buat macammana?Mereka cakap, programmer lah yang akan ambil alih role-role yang kosong tu.Lagi teruk kalau letak nama orang lain, tapi orang lain yang buat kerja.

So far, syukur since saya masuk company baru, PM, TL, Tester semua ambil peranan.Walaupun mereka sudah mengambil peranan, kami still lagi bekerja sampai ke malam,tapi still okay sebab kitaorang kerja still  on development task.So kalau sama-sama susah , sama-sama senang kan bagus.

Memang tak dinafikan semua kerja susah, tapi yang penting kita tahu scope kita, dan jangan sampai terbagi atau terbuat scope orang lain.Itu yang membuatkan hidup kita susah.Selalunya apabila sudah tak ada jalan keluar, mungkin kita perlu experience new environment. :)

Nota: saya bersyukur dengan kerja saya sekarang.Alhamdulillah, walaupun saya sibuk, saya tidak menganggur.

Thursday, July 7, 2011

Calculator

"It run for 1980084 milisecond." I told him while trying to figure out the number in minute.

"Open the calculator and divide it by 60."He told me.

I go to Google Chrome and type  '1980084ms to minute'.

He laugh."I thought you're going to open Windows Calculator." He said, still laughing.

I understand that but I feel that Google is easier than clicking for calculator. More importantly, I got the answer. :)

Haze @ Penang

Not sure inside or outside
Not sure top side or bottom side
Which one is safer?
Human, are we going to run?


Around 7.30 am


Around 2.00 pm

Around 2.00 pm

Tuesday, July 5, 2011

Jerebu

Saya puasa hari ni..jadi saya tak kuar lunch.Petang tadi keluar beli makanan untuk berbuka puasa.Cuaca mendung tapi tak nyaman.Mata berair..dada sesak. Jerebu.

Jerebu ...apabila cahaya matahari ditenggelami dengan asap dan udara yang kotor.Sekali pandang macam cloudy tapi bukan.Ooohh..cuaca buruk ni berpunca dari manusia.Oohhh... jika planet bumi dipenuhi asap-asap begini bolehkah kita lari ke planet lain?

Manusia sangat lemah, tapi kita selalunya lupa diri.

Nota:Perlukah saya memakai face mask esok?

Puasa Sunat

Sekarang musim orang puasa.Mostly puasa ganti termasuk la saya.Pada sesiapa dah habis ganti, mehla try puasa sunat pulak.Dapat pahala lebih and boleh praktis untuk Ramadhan.

Bila tiba bulan puasa tu, dah macam Pesta Makanan pula kat Malaysia.Pergilah kat Pasar Ramadhan,mostly orang beli penuh dua-dua tangan.Nasib baik takleh guna kaki.Sampah di bulan puasa lah yang paling banyak, pagi-pagi penuh sisa makanan kat tong sampah.Seronoklah segala kucing-kucing sesat, dapatlah makanan lebih.

Yang tak best nyer...MEMBAZIR.Untung kat Malaysia ni kan, makanan sampai terbuang.Humm..adakah ini puasa yang disuruh agama.Membazir itu kan sahabat setan.Penatlah kita puasa tapi still lagi berkawan ngan setan. Kawan Unid yang bukan Islam cakap, kalau dia puasa cara kita surely dapat sakit lagi banyak.Aper taknyer malas nak bangun sahur, ganti ngan supper .Masa berbuka makan cam tak ingat plus tak solat terawih.Susah nak explain cara sebenar kita puasa, sebab tak banyak antara kita praktis puasa yang sempurna.

Marilah kita praktis cara puasa dengan betul, so kita dapat pahala dan juga kesihatan yang baik.Ingat yang penting sederhana. :)

Monday, July 4, 2011

Skin Holy grail

This entry does not mean that I am beautiful girl... but so far my skin condition is consider okay except it's aging now....so need to look for better solution.Anggaplah ini entri perasan lawa... hi hi hi

If I have to choose some holy grail products , maybe the items below can be categorized into that.But of course it does not mean that I just stick to them forever.It just  that I like to use them if I have no intention to try other new product.I always keep buying and using them on off.So far they are doing very good job.But what to do... I prefer to be a lab rat.

1-Simple Toner
I like it because it safe to me and cheap.It does toning job well.I tried Hada Lobo, Eucerin, Nivea and etc.Hada Lobo nice but I am very lazy to do toink toink ritual.Eucerin also nice but Simple toner is cheaper.Nivea...not sure but I think Simple toner is better.But now I am trying Nutox Skin Refining Astrigent.


2) Total Olay Effect
I started using Olay since in university.I've been loyal to Total Effects moisturizer on and off.I suggest to my sister and my mom and it's like magic to them.I tried their Eye cream, Olay Regenerist Night Cream,facial wash and Total Effect Serum but I think only the moisturizer works for me.

3) Eucerin White Solution Facial wash.
I like it.It cleans my face and does not feel dry.It cost more that RM20 so usually I buy during promotion.Now to even cut cost, I just use this at evening.In the morning I use  cheaper facial wash. :)

Before this, I am not really care about price but now I just thinking maybe I should spend my money on supplement.

4) My always favorite brand: Eucerin
I used White Solution and Aquaporine lane for quiet long time, more than two years.

I believe that we should use skin care based on skin requirement, and skin always change.Sometimes dry , sometimes too oily plus aging.

All product above treat my skin nicely but I am not sure how they treat yours.So try on your own risk :P

p/s: I still in journey finding good eye cream.

Sunday, July 3, 2011

Kucing dan Kereta

Last Friday, saya time off. Sebab? Nak hantar Ceri for major servis kat Perodua Seberang Jaya.Pagi-pagi lagi saya berkonvoi ke sana from rumah.Sambil tu bawak kucing saya si Abi sekali sebab nak singgah kat vet di Kulim.

So after sampai, discuss apa yang patut, maka saya pun meninggalkan Ceri saya di Service Centre and tumpang kereta adik saya.Kami singgah kat Kulim untuk Abi treatment.

Abi makin teruk, langsung takleh bergerak cuma boleh buka mata and nangis sikit-sikit waktu dia rasa lapar ataupun dia rasa nak membuang.

Kat klinik tu, ada dua ekor kucing yang datang for treatment on the same morning.Seekor tu nama dia Boiboh, dia tak sakit tapi owner dia cakap mau kasi potong sebab suka pancut-pancut.Kesian Unid tengok kucing tu, cuak jer muka dia.Yang seekor lagi nama dia Michli, kalau tak silap la.Michli selsema and batuk.Tapi dalam semua-semua tu, Abi la paling kritikal.

Bila jumpa doktor, doktor pun cakap dia tak jamin jangka hayat Abi.Sedih giler masa tu.Tapi dia kata mata Abi masih lagi ligat and bersinar.Dia cakap Abi still young and masih bersemangat untuk hidup.Dia suntikkan vitamin and bagi ubat untuk rangsangkan antibodi.

Sepanjang dua hari ni, Unid memang habis masa jaga Abi.Suapkan makanan, atur dia membuang.Ada satu malam tu, dia kencing atas tangan.Dia mengiau sebab dia nak kencing, Unid ingatkan dia mengiau sebab lapar.So suapla makanan, dan dia memang lapar pun.Pastu tengah-tengah suap tu dia mengiau lagi and at last tak tahan dia pun terkencing.

Sedih la tengok dia, sebab cuba bayangkan kucing usually pembersih.Masa dia boleh berjalan sikit-sikit dulu, memang  by hook or by crook dia gagahkan diri untuk buang air kat tempat yang sepatutnyer.Sekarang dia cam lumpuh.Keempat-empat kaki dia cam lembik.Cuma mata jer bersinar-sinar bila dia lapar, waktu lain dia tidur.

Tadi pun dah suapkan dia sebelum balik Penang.Dulu pernah gak doa supaya dia mati, sebab kesian sangatTapi bila fikir balik, tak elok doakan kematian.Kita harus yakin dengan Allah yang menjadikan kita dari tak ada kepada ada.Allah yang menghidupkan Abi, maka Allah boleh menghidupkan dan menyihatkannya.Tetapi jika Allah mahu mematikannya, saya redha.Apapun kami sekeluarga harap sangat si mata besar dan bulat tu hidup dan cergas.

Pasal kereta Viva saya yang bernama Ceri tuh, hummpphh.. kena lebih kurang RM544.Takpalah, kita puasa jer bulan nih. :)