Search This Blog

Monday, July 8, 2013

I loike...

Benda ni dah lama tapi unid baru terhegeh-hegeh.Sibuk plus malas.Tengok blog orang lain ada button Like , unid pun teringin gak.Padahal tah sapa nak like pun tatau.

Bersusah payah gak la sebab sample yang di beri tu untuk button Like betul-betul bawah Post Title,tapi unid pikir baik la unid campak kat bawah lepas orang baca.

Akhirnya setelah berkali-kali blogger throw error message takleh nak compile template , unid pun dapatla hasil begini.So lepas baca, baru boleh fikir nak like ke tanak kan?

Code tu unid dapat dari Facebook... cer Google camana. :)



Nota:Baru sangat dapat tak sampai seminit tadi, so tak test lagi.Cuba try test tengok!! :D

Saturday, July 6, 2013

Kawan

Dulu unid berkawan ngan budak ni.Nak kata kawan unid ni baik sangat tu takde la sebab unid pun takde la suci mulia.I sangat sedar diri okay.

Tapi unid notice, bila berkawan dengan dia , dia ni jenis negatif.Negatif thinking.Ok, unid pun negatif jugak.Tapi dia nyer negatif tu tahap gaban.

Contoh:

"Aku stress kerja banyak"

"Sabarlah ... cuba rilex and tak a break.Lepas tu sambung balik."

"Tak.. I stress my team mate bla... bla.. "

Maka unid pun menadah telinga mendengar masalah dia, sampai satu tahap

"My teammate tu ada boyfriend , sikit-sikit berkepit bla...bla.."

Okay, ko stress dengan kerja ke? Atau ko stress dengan teammate tu sebab dia ada boyfriend? Unid suggest kat dia kalau ada masalah dengan teammate and teammate tu memang menyusahkan nko untuk meneruskan pekerjaan kau maka lebih baik ko bagitau bos.Just collect the proof and discuss it professionally with your supervisor.

Ohh..tidak.Solusi itu tidak diterima.Maka hampir setiap hari unid terpaksa mendengar ngumpatan melampau, bila dinasihat dia akan cakap ,"Ahh... engkau apa tahu.Aku ni stress."

Dalam setengah case, bila dia cakap dia stress and unid bagitau dia soh sabar dia cakap, dia kat sini sesorang takde sapa nak bergantung.Unid cakap orang lain pun sesorang... dia cakap dia lagi teruk sebab mak dia meninggal.Okay, ko stress pasal takleh buat programming pasal nko sesorang pasal mak nko meninggal.Orang lain boleh buat programming sebab diaorang tak sesorang and mak dia tak meninggal.Ok, I am confuse.

Senang cerita, I AM IN THE WORST CASE SCENARIO.NO OTHER PEOPLE WORST THAN ME.

Fine, kalau gitu unid senyap jer la.Letih nak nasihat, buang masa.So unid selalu alihkan ke tajuk-tajuk yang happy seperti kucing, cuaca dan etc.Kalau unid bercerita pasal masalah, dia akan bagitau semua masalah dia dan cakap dia lagi teruk.Takde plak dia nak nasihat unid suruh sabar.Bila kita stress, dia akan cakap I lagi stress tau.Fine , you win.Nak sangat stress , amik jer la.

Sampai satu hari , selepas raya unid perasan dia menjauhi diri dari unid.Last-last unid tanya kenapa.

Wah keluarla ayat-ayat menarik lebih kurang begini

"You berkawan dengan I sebab you nak gunakan I.You tanak jadi lonely etc."

"You selalu keluar dengan your teammate."

Seingat aku, setahun tak sampai sepuluh kali pun keluar makan dengan teammate, eh lima kali pun tak sampai.Makan ngan teammate tu pun kadang-kadang boss belanja, haper ke jadahnya nak jemput nko sekali kalo boss invite orang bawahan dia jer which mean my team.Tu pun unid akan bagitau dia , takdela tinggal dia terkontang kanting.Selama ni pun, muka unid juga muka tembok ajak dia makan sama.Dia jarang ajak unid pun.Maybe sebab tu kut dia rasa dipergunakan, sebab I ajak dia makan, padahal dia tak ajak pun I makan.Yela kut.

"I tahu I di pihak mana you di pihak mana."

Mula-mula unid macam blur, apa yang unid dah buat sampai dia meroyan gini.Apa dosa unid?Sepanjang unid berkawan dengan orang, well unid tak perfect dan sahabat-sahabat unid pun tak perfect tapi we never leave our friend bila susah.Dan unid punya prinsip pun macam tu, tak kira buruk macam mana pun member unid, selagi unid leh tahan unid tahan.Tapi unid takde la sampai nak dump people.Cuma harus bersabarlah, sebab unid akan tegur apa yang unid boleh tegur, dan member unid pun selama ni main tegur jer unid. Kalau dah  unid perangai buruk takkan unid nak expect orang puji plak kan?
Tapi disebabkan dia tak boleh ditegur, maka unid tukar role unid sebagai pendengar sahaja.But seem apa yang unid buat , is never been enough for her.

Ok fine.Unid cakap kat dia , unid mintak maaf atas segala.Wahh .. memang rendah diri la unid masa tu.Dan memang masa tu unid pikir maybe unid ada silap mana-mana.

Dia tak bertegur sapa ngan unid.Unid senyum dia paling muka lain.Wohhoo... hinanya unid.Sampai balik rumah unid ngadu kat mak.Mak cakap sabar, kalau bukan salah kita tak perlu risau.

So unid rilex... mana pun unid pi sesorang.Walaupun dia tak rapat ngan unid , dia selalu tanya isu kerja dengan member unid.Tapi dia buat tak nampak jer unid , walaupun isu yang dia tanya tu unid tau.Dari dulu pun dia tak pernah tanya pasal kerja, dia cuma bagitau dia stress.Kalau unid suggest pun dia tanak dengar nasihat unid .So topic yang unid selalu sembang dengan dia banyak pasal kucing.So I always look happy and stress-less girl bila bersembang ngan dia.

Tiba-tiba saat dia mintak tolong member unid tu, member unid tu cakap , "Unid is the expert on this."

AMBIK KO.Unid boleh ingat muka bila dia terpaksa tanya unid. Unid bagi solution kat dia sepenuh-penuhnya.Dari A sampai Z, kalau dia tak ingat kerja sangat la.

Lepas tu, baru nampak dia nak rapat dengan unid.Tiba-tiba dia tanya unid, dah ok ke braces unid.
Kalau okay boleh makan sama-sama. Banyak kali tanya pasal braces dan pemakanan unid.Asal masuk toilet jer itu lah yang ditanya.

Padahal masa dia cari fasal ngan unid pun , unid dah pakai braces.Malah unid siap statement  lagi, unid boleh temankan dia makan walaupun unid maybe tak berapa nak lalu makan.And hello, pakai braces tak semestinya unid tak boleh makan.Selama ni unid makan jer, apa kau ingat sekarang braces unid aku dah okay so unid boleh makan lah ngan dia.Masa ni, baru unid paham dia ni jenis apa.Jenis yang whatever happen , dia still takkan bersalah.So sebelum ni, dia cari gaduh ngan unid, refuse tanak makan disebabkan BRACES. Ohh sangat tak logic.

Masa ni baru unid nampak hikmah aku 'diputuskan' oleh dia.Selama ni dia cakap unid mempergunakan dia, padahal apa kes unid nak gunakan nko.Ko kereta pun takde, duit pun tak banyak.Ko nak balik kampung, unid yang drivekan ko shopping buah tangan kat famili ko.Ko sakit, unid yang drive ko gi klinik waktu office hour.Siap tunggu lagi sampai ko ambik ubat.Dan unid confident , tak banyak orang lain yang tolong ko sampai macam tu sekali and yet ko claim unid mempergunakan ko.Bagus.

At last, unid jumpa member lain yang kebetulan jugak berkawan ngan nko.And guess what, tak payah buka mulut citer pasal nko, diorang dah complaint perangai ko.Yang lawaknya, bukan diorang yang tinggalkan nko, nko jugak yang tinggalkan diorang dengan pelbagai alasan yang tak boleh diterima.

Unid pernah jugak nak berbaik semula,ingatkan nak buang yang keruh ambil yang jernih.Sehingga ada satu insiden yang terjadi, unid malas nak cerita di sini.Tapi unid sedar yang dia bukanlah bahu tempat menangis dan yang paling nampak , silap ari bulan unid dipergunakan lagi sekali and di dumpkan sekali lagi.Bongok sangatlah unid kalau nak sua tengkok untuk disembelih lagi sekali.

Now nko balik jadi lonely, rasanya itu kut yang kau suka.Boleh type kat facebook ayat-ayat mintak simpati and lonely.

Well, unid pernah nasihat kat nko,kita kena usaha cari berkawan.Tapi ko mention God is enough for me. Bukannya unid marah ko claim gitu tapi janganlah ko ingat Tuhan tu hamba nko.Yes, God is enough for everyone and more than enough tapi sebagai manusia kita kena berusaha.Kalau nko nak berkawan dengan orang, tapi ko asyik expect orang jer buat baik dengan nko and terima nko seadanya padahal ko tak macam tu, jangan kata orang... monyet pun lari.

Berkawan ni give and take.Akan adalah rasa kecik hati somewhere tapi ada jugak rasa gembira somewhere.But at the end of the day, ko takkan berpatah arang dengan kengkawan ko.Tapi kalau ko dah start nak berpatah arang, walhal salah sahabat kau tu boleh ditolerate maknanya sendiri fikirlah.

Sahabat tu cermin diri, gunakan ianya untuk memperbaiki diri jangan pula bila tengok dalam cermin muka hodoh terus nak pecahkan cermin tu.

Nota: Anda kebarangkalian besar takde kena mengena dengan entri ini.Malah ayat-ayat di atas tidaklah terlampau sama dengan real situation.So tak perlulah perasan diri.Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Thursday, July 4, 2013

Mulut Celupar

Sembang ngan member pasal makan.Tiba-tiba dia cakap:

"Mulut celupar."
.
.
.

Terdiam, apsal dia cakap unid mulut celupar?Ada salah cakap tang mana-mana ke?Bengang plus blur sebentar.

"Betul kan ...suka makan tu dipanggil mulut celupar?"

"Hoh.." Salah faham rupanya.Nasib baik la dia confirm balik, kalau tak bakalan makan pelempang. :D

"Gluttonous in Malay apa?"

Unid google... kut-kut jumpa makna yang sesuai .Maknanya...



suka makan=rakus? Oohh ... sangat tak sesuai.Contoh ayat:

saya suka makan = saya rakus.

 ERKKK...

Tapi gluttonous lebih kepada cara makan melampau... tamak. Suka makan tak semestinya tak tamak.Suka makan tak semestinya gelojoh.

Still dalam kepala otak mencari , ada ke istilah lain untuk suka makan?

glut•ton•ous (ˈglʌt n əs)

adj.
1. tending to eat and drink excessively; voracious.
2. greedy; insatiable.
[1300–50]
glut′ton•ous•ly, adv.
Pandai-pandai la cari sendiri.Malas nak pikir.