Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Maaf Zahir Batin

saya tau saya banyak bersalah dengan kawan saya nan seorang ni.walaupun dia bukan seagama , tapi dia sangat baik dan penyabar orangnya.kadang-kadang saya termalu sendiri.

"saya minta maaf, i am sorry if i did something that hurt you." kata saya.

dia terpinga-pinga."how should i react?" saya tahu, dia tanya tentang bagaimana dia mahu membalas kata-kata saya dengan ayat yang sesuai sempena kedatangan aidilfitri.

"what? you don't want to forgive me?" macam biasa saya buat-buat garang."better you forgive me."

"okay..okay.. i forgive.i forgive you." katanya dengan muka merah. :)

Aduh, unid dalam minta maaf pun boleh lagi mengugut.

Monday, August 22, 2011

Fasting story

One of my friend approaching me. He is nice non Muslim guy.

"What time you break-fasting?" He asked what time of Iftar.

"Maghreeb prayer time.Here around 7.30 pm." I answered.

"Oohh.. yesterday I went to Bazaar Ramadhan around seven.I thought it already time so I ate in front of peoples." He said.

I laughed. "Are you fasting? The Iftar time only apply to fasting peoples".

He shook his head."I thought it is not polite to eat at front of fasting people."

Subhanallah.May Allah guide him.

Thursday, August 18, 2011

Terawih Adik

Adik baru lepas solat Isya. Dengan telekung sembahyang dia termenung di atas tangga, sedang memikirkan sesuatu.

"Kakak, boleh tak sembahyang terawih empat rakaat?"

"Kenapa tak buat lapan jer?"

"Adik ingat nak buat dua jer, tapi rasa cam dua tu sikit sangat.Nak buat lapan rasa cam banyak pula."

Haishhh..dah pendek pun nak dipendekkan lagi?

monkeys!


They sent MONKEYS ?! Patutla .

Tuesday, August 16, 2011

Murtabak

Jiranku dengan baik hatinya memberikan murtabak sorang sebungkus kat kami.

Tapi Unid sudah kenyang.Dah pukul 10 pm lebih, memang la murtabak tu wangi, panas dan ummpphh.Tapi perut ni kalau disumbat mesti pecah.Perut unid takleh masuk banyak-banyak.Old machine!

So simpanlah buat sahur...uppss.. breakfast. Makan lebih kurang pukul 7 pagi (exception untuk perempuan sahaja). Bau dia still ok, nak dibuang sayang so makanlah.

Lebih kurang pukul 9 pagi di office.Kepala pening semacam, rasa berputar.Nak muntah! Bwweekkkk...
Lebih kurang dua kali unid muntah, keluar murtabak.

Selama ni unid sahur roti , kurma ngan susu tak pernah muntah.Rasa cam bertahun tak pernah muntah.Haih..muntah memenatkan ditambah pula kat office.Kalau kat rumah surela tidur tak sedar dunia, di bawah jagaan ibu tersayang.

Tapi tulaa, kalau makanan beli ni, memang tak tahan lama.Cepat basi.So natijahnya, kalau rasa nak basi atau rasa was-was tak payah la makan.Kalau tak muntah, cirit birit dan sebagainya.

Tepon ngadu kat emak, emak cakap "Perut tu kosong.Tu la kurang makan."

Eh..selama ni makan sikit tak pernah muntah, tiba-tiba makan banyak muntah pulak.

Wednesday, August 10, 2011

Jambatan Pulau Pinang

Malam Ahad, selepas berbuka sepatutnya saya balik ke Penang tapi ntah kenapa hati jadi takut and was was.
Setelah mendengar pujukan emak dan adik, saya memutuskan untuk bertolak ke Penang keesokan paginya.

Pagi Isnin, sesudah Subuh saya terus drive.Jalan dari kampung sudah sibuk.Pekerja-pekerja kilang sudah mula keluar.Semoga Allah merahmati kita yang mencari rezeki yang halal.

Pukul 7, saya sudah sampai ke simpang masuk ke Jambatan Pulau Pinang.Jammmmm..hish teruk benar ni.Lane kanan pula yang jam.Rupanya depan ada accident melibatkan tiga buah kereta.Kereta yang tengah-tengah tu la teruk, depan belakang kena.

Kemudian selamat masuk tol , tapi jalas atas jambatan sungguh slow.Rupanya dekat tengah jambatan tu ada juga accident.Yang saya nampak dua buah kereta.Perjalanan diteruskan lagi.

Sungguh slow walaupun dua buah accident yang saya nampak sudah berlalu.Hampir sejam kami stuck atas jambatan.Banyak tekan brek dari dari tekan minyak, kereta auto tak perlu tekan minyak pun- angkat brek automatik kereta jalan sendiri dengan slownya.

Dengan kereta polis lagi mencelah di atas jambatan yang macam sardin tu.Humm...kekadang datang juga imaginasi yang menakutkat, bayangkan kalau Tuhan hantar tsunami ke, habislah kami di atas jambatan.

Rupanya betul-betul di pertengahan jambatan tu ada eksiden.Pegawai peronda kelihatan sibuk.Saya nampak body yang ditutup dengan kain putih di lane kiri.Cuma yang terdedah kaki sahaja.Rasanya mayat penunggang motosikal.

Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali.Siapa tahu pagi yang kita rasa indah ini, ada orang yang menangis sebab kematian.Ntah bila giliran kita pula.

Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati dan berdoalah.Semoga Tuhan melindungi kita dari kecuaian, kelalaian dan juga menjadi mangsa samseng-samseng jalanan.

Nota : Pagi Isnin tu, Alhamdulillah saya sampai office pukul 8.15 walaupun kelihatan banyak halangan

Tuesday, August 9, 2011

Names of Allah

Very soothing, very informative in really beautiful way.




Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)
Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)
Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)
Oltof binaa
(Show gentleness to us)

Credited :  http://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/asma-allah/

Thursday, August 4, 2011

MC Policy yang saya tak faham

Saya demam selsema.Sudah hari keempat.Saya sangat tak larat.Saya sudah menggagahi diri hadir ke office sehingga kelmarin.Pagi ini , selepas sahur saya penat dan betul-betul tak larat nak pergi office.Jadi saya fikir, takpalah saya cutilah hari ini.

Kemudian di waktu sedikit tengah hari, saya berasa sedikit kuat.So mungkin saya boleh berjalan ke klinik.Kebetulan, ada satu klinik panel tu yang saya jumpa betul-betul dekat rumah.So mungkin saya boleh pergi ke situ.

Saya jumpa doktor, doktor check , dia kata tekak saya pun ada merah-merah sikit.Dia akan kasi ubat batuk , selsema, demam dan bagitau ubat-ubat yang dia kasi tu mengantuk.Kemudian dia tanya saya nak continue kerja tak petang ni . Saya cakap pagi ni pun saya tak kerja sebab tak larat, so better doktor bagi MC satu hari.Doktor nampak pening-pening tapi dia tulis jugak.Saya pelik kenapa susah sangat nak bagi MC. Kitaorang entitled sick leave for 14 days, yang saya punya berlambak lagi, macam tak bersentuh pun lagi.Kalau doktor tak bagi, lebihan 13 hari, 14 hari tu boleh carry forward ke?

Memang saya akui, ada orang yang senang-senang jer mintak MC, dah tu senang dapat.Contoh, "Ahh..nak mc la hari Isnin ni." Senang jer kan.

Yang peliknya, yang pekerja workaholic jarang pula dapat MC walaupun sakit atau demam.Rasa sangat terkilan apabila kita kerja macam nak rak sekali selsema and batuk pun still kena pergi office.To be honest, quality of  our work takkan sama dengan quality waktu kita sihat.

Di kaunter ketika saya ambil ubat, bila kerani confirmkan MC saya satu hari, dia cam bengang.Saya cakap kalau saya sakit, saya boleh kerja dari rumah.So, tulislah MC berapa hari pun, saya still lagi boleh kerja dari rumah.Dia tengok saya dengan muka yang tak percaya, " Kerja dari rumah?"

Inilah satu penyakit, saya memang kerja kilang.Tapi saya bukan operator pengeluaran ataupun yang berkaitan dengan manufacturing atau yang memerlukan saya hadir secara fizikal.Saya kerja di building yang luar dari kilang, buat IT programming.Saya langsung tak tahu macama operation dalam kilang dan sebagainya.Kerja saya boleh dibuat di rumah online.Malah kalau ada issue, saya boleh support dari rumah sampai pukul 2 , 3 pagi.Tapi of courselah kerja dari rumah memerlukan reason seperti sakit dan sebagainya untuk memudahkan attendance system.

Tapi apabila dia menulis dekat borang "Normal Shift", saya tahu dia menganggap saya kerja kilang.Plus, dia blur dan tak percaya apabila saya mengatakan saya boleh kerja dari rumah walaupun sakit.Aduh, kalau kita kerja nak mampus sebelum ni, and bila kita sakit kita nak rest salah ke?Kalau ikut hati, mahu saja saya cakap, sila lah check sick leave saya yang berlambak.Check juga waktu kerja saya, banyak yang terlebih dan mungkin boleh check juga job scope saya.Tapi saya diam malas nak bertekak.Tambahan pula suara saya pun hilang sebab batuk dan selsema.

Lepas tu dia sound saya," Lain kali kalau nak MC, kena datang pagi."

"Pagi tadi saya demam mana saya larat datang." Saya bagitau dia.

"Bukan kira larat ke tak.Kalau nak MC memang kena datang pagi.Kalau doktor tak bagi , at least boleh kerja"

Owhh..saya sangat tidak faham.Kalau kau dah tak larat, kepala memusing macamana kau nak drive.Bila kau rasa boleh berjalan sedikit dan pergi klinik , doktor assume ko sihat walafiat? Masalahnyer kalau betul sihat, kenapa hidung berair? Kenapa saya batuk? Doktor pun check dan confirm kan saya selsema.Tak perlu jadi doktor pun, semua orang tahu saya selsema.Dah tu bertimbun ubat doctor kasi.

Saya betul-betul tak faham policy sick leave.Better cuti sick leave tu tukar jadi annual leave.Senang kitaorang nak ambik bila pergi klinik ke mana ke.Kalau tak sakit, buat burn jer sick leave.Malah kalau sakit pun, doktor tanak kasi MC tapi  kasi ubat-ubatan yang ada side effect seperti mengantuk dan sebagainya.Lain kali kalau tanak kasi MC, kasi ubat yang telan jer terus sembuh.Senang.

Rest is the best medicine.Especially kalau workaholic.Ubat-ubatan tu just bantuan saja.Kalau demam sikit-sikit tak perlu ubat pun , minum air banyak ,amik vitamin dan rehat secukupnya insyaAllah lega.Tapi kalau tak cukup rehat, demam yang sikit-sikit tuh boleh jadi parah.Masa tuh sick leave yang 14 hari tu pun belum tentu cukup!

Nota: Sebab tu bila saya demam selsema, saya malas nak pergi klinik.Sebabnya buang masa.