Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

Saturday, February 8, 2014

Masa untuk bertukar...

Salam tahun baru... tak habis lagi aura ye dak?

Dalam semua azam... azam yang paling susah nak buat ialah ubah sikap, ubah pemikiran.Kadang-kadang kemain azam nak berfikiran positif sepanjang tahun tapi bila ujian menimpa rasa cam terus from hero to zero.

Berfikiran positif ni bagi pendapat unid tak terhad bila ditimpa musibah sahaja, tapi  banyak termasuk macam mana nak memositivekan pandangan terhadap orang lain.

Bila kita positivekan pandangan kita terhadap orang lain, secara tak langsung mengurangkan perbuatan mengumpat ye dak? Ada ke umpatan-umpatan yang berunsur pujian?Rasanya umpatan tu more tu kutuk-kutuk orang la kan.

Ari tu ada terdengar satu ceramah  kat radio, unid tak ingat dari sapa.Tapi bunyinya lebih kurang begini.

Apabila kita jumpa air yang kita tak nampak atau hidu tanda-tanda kekotoran maka berpeganglah pada anggapan yang air tu bersih.Sedaya upaya elakkan syak yang air tu tak boleh pakai dengan memikirkan ntah-ntah ada burung berak atau yang sewaktu dengannya.

Bayangkan dengan syak wasangka kita membuatkan kita tidak boleh mendapatkan faedah dari air tersebut, kita sanggup menyiksa diri tahan dahaga hanya kita berasa air itu kotor walhal sifat kotor tu tak nampak atau tiada bukti yang nyata.

In other word, bila dengan mata, hidung , telinga kita  tidak dapat mengesan perkara-perkara yang kotor, maka fikirlah ianya perkara yang baik.Tak usah pulak nak memikir benda benda buruk atau was was.

Kurangkan was was kerana ianya senjata setan.Bayangkan kita was was tentang satu makanan tu pastu kita pi share kat facebook , kalau kita dah kaji dulu takper la.Kadang kadang sikap was was boleh menganiaya orang lain.Seeloknya kaji dahulu.Kalau unid tak lupa ingatan, ada orang sharekan gambar babi yang tergolek dekat supermarket kemudian memberi amaran begitu begini, sekali datang pula pengumuman dari pihak supermarket yang menyatakan gambar yang ditangkap itu adalah kambing import.

Banyak benda yang kita tak buat sebab was was, dan kita suka hidup dalam was was.Kalau kita was was dan simpan seorang diri takper jugak, ni was was dan sebar pada orang ramai, lain la kalau pi report atau bertanya pada pihak yang berkenaan.

Apatah lagi zaman sekarang di mana maklumat banyak, maklumat banyak tidak menjadikan kita bijak  tetapi menjadikan kita mabuk pulak.

Jadi dia pesan, tuntutlah ilmu dan gunakan ilmu tu untuk menutup was was.Jangan guna hawa nafsu semata.Pernah dengar tak orang excuse tak solat apabila di luar kerana takda telekung,padahal jika ada ilmu kita akan tahu yang telekung bukan syarat sah solat.Gitu jugak peluh, peluh tidak menghalang kita dari solat.

Masa dulu-dulu waktu solat  dah nak habis still unid mandi sebab rasa tak selesa badan busuk.Mandi pulak kemain lama sampai terlajak waktu pulak , lepas tu emak sound unid.Mandi bukan syarat wajib untuk solat (mandi hadas x kira ya), wudhuk ya.So kalau rasa badan tak bersih tapi sebenarnya dah bersih dari segi rukun  teruskan solat jer.Ikut rasa ni kang tak solat pulak jadinya.

So samalah dengan orang, seeloknya kalau dah nampak orang yang baik kurangkanlah rasa was was.Berprasangka baik tak bermakna tak berhati-hati.Berhati hati dan prasangka buruk tu rasanya lain kan ?Contoh kita bersangka baik dengan kawan kita tapi tak bermakna kita boleh bagi  password facebook kita kat dia kan?

Itu yang unid dengar, and hopefully unid boleh belajar.Yang baik tu dari Allah , yang buruk dari unid yang lemah dan naif ni.

Sebenarnya nak tunjuk unid buat banner baru.Sambil trouble shoot coding and tunggu code deploy ke server sempat lagi unid mencuri masa edit pic.unid edit simple simple.Ingat zaman uni dulu, suka benar edit picture.Habis semua anime discreen shot kan semata nak buat wall paper la aper la.


Ni gambar tomok.Kucing famili unid.Comel dak?


Tada... ni banner baru lepas edit guna pixlr.com . Senang takyah install install software photo editor, direct edit kat web jer.

In banner lama.



Jumpa lagi.bai..