Search This Blog

Saturday, January 31, 2009

Self Doubt

Self doubt is natural from time to time, but never forget that you're very special.

Your creativity is like solar energy -- stronger when your outlook is sunny! So today, if you feel like you are running out of good ideas, run outside. Be confident in your ability to think up new ways of doing things and know that you can always rely on your sharp brain to come to the rescue -- eventually. While self doubt is natural from time to time, you need to remember that you can fix things if you just keep working at them and thinking positively.


What do you want actually?

Don't know.Sometimes I wish someone kidnap me and send me to other world.

What world?

Don't know.Any where.

Like what? Where? How about here?

I DON'T KNOW.DAMMITTTT...

Wednesday, January 28, 2009

Sony

Kucing hitam berekor kembang kelihatan ligat bila diacah dari luar sangkar.Nampak nakal dan gagah.

“Kucing ni jantan ke betina?” Aku bertanya sambil mencuit kucing tu, geram.

“Jantan.” Jawab budak lelaki yang berumur lebih kurang lima tahun , mengacukan pistol mainan ke arah kucing tersebut.

“Nama apa?” Aku bertanya lagi.

“Sony.” Sepatah budak tu menjawab.

“Sony Ericcsson.” Aku mengangkat kening , mengusik budak tu.

“Tak. Sonia.”

Heh. Aku terdiam.Ooohh…kucing hitam jantan itu namanya Sonia

Saturday, January 24, 2009

Funny Name

Ha ha ha .. So funny

Your movie star name: Banana Wannik

Your socialite name is Mek Da New York

Your fly girl / guy name is N Hus

Your barfly name is Pop Corn Ribena

Your rock star name is Mint Jet

Your Star Wars name is Nurshi Husero

Your punk rock band name is The Sad Computer

Wahahhaha (^3^) Poo Pooo .....

Bukit Bendera

Pada hari kejadian tayar pancit, aku bersama rakan berhiking ke Bukit Bendera. Kami sampai awal tapi di permulaan salah Hutan Lipur Teluk Bahang.Sampai di sana ,kami merenung papan tanda “Penang Hill Forest Challege “, trail yang terpanjang di Penang dan mengambil masa lebih kurang lapan jam. Anda berani? Kami berpandangan antara satu sama lain. Gila ? Aku dah lah first time hiking.Kang nanti ada yang kena kendong. ;P

Last-last kami menukar permulaan dari Kebun Bunga.Parking kereta kat sana dan mula mendaki dari sana.Mula masuk hutan lebih kurang kul 11 lebih la. Dalam perjalanan, memacam jugalah yang kami nampak. Monyet, semut mutiara (Unid seorang je panggil semut tu semut mutiara),air yang mengalir dari batu. Dugaan yang paling sakit adalah tangga dan juga jalan tar yang mencuram.Berpusing-pusinglah aku dibuatnya sebab nak jaga kaki supaya tak sakit.

“Kenapalah tak naik tren je? Kan senang?”

Ya , memang senang tapi perasaannya takkan sama dengan mendaki. Udara yang dihirup jadi tak sama, t-shirt rm 10 pun rasa cam biasa, ais kacang pun mungkin tak sesedap mana. Kenapa ya?Aku cuma rindukan perasaan menghargai, menghargai apa sahaja walaupun benda tu kecil.

Perasaan yang seperti seorang pengembara yang haus di padang pasir yang terjumpa lopak air.Lopak air yang mungkin kotor tapi itulah kegembiraan yang sukar digambarkan.

Berdiri di atas puncak Bukit Bendera setelah aku bersusah payah mendakinya adalah sesuatu yang tak dapat digambarkan. Semua jadi best walaupun ianya hanyalah biasa.Rasa badan berpeluh, rasa mengah dan rasa lenguh kaki semua jadi hilang begitu sahaja ketika sampai. Terlupa betapa penatnya kami sampai terpaksa berhenti beberapa kali, siap makan sandwich lagi.

Turun dari Bukit Bendera lebih kurang 6.30 petang, berlari-lari mengejar bas. Dah lama tak buat. Rindu betul.

Sampai stesen bas pelbagai hal berlaku, naik bas hingga ke destinasi terakhir Batu Feringgi, last-last terpaksa turun kerana terlepas destinasi yang sepatutnya iaitu Kebun Bunga.Tukar naik bas Rapid Penang pula.Oleh kerana bas tak masuk Kebun Bunga,kami terpaksa berjalan kaki.

Kawasan Kebun Bunga waktu malam amat menakutkan.Dari cerita yang didengar, kawasan itu kawasan hitam. Anjing-anjing yang menyalak seolah mahu menerkam. Ada seekor tak bertambat, memang sedia mahu menerkam tapi nasib baik di seberang jalan.Jika anjing tu berakal mungkin dah lama diterkamnya kami.

Memilih jalan belukar kerana takut orang jahat.Kawasan perumahan yang sunyi, di setiap rumah ada anjing dan ada poster Rakan Cop. Cuba berjalan laju dengan kaki yang sakit, tangan memegang handphone bersedia untuk mendail talian kecemasan kalau berlaku apa-apa.Aku berdoa sungguh-sungguh dalam hati. Masa tu terpikir, anehnya perasaan takut ini.Ianya jarang berlaku dan sangat menakutkan. Aku memikirkan mereka yang dilanda peperangan. Perasaan takut yang aku alami mungkin sudah biasa bagi mereka.Mungkin perasaan gembira itu aneh bagi mereka.

Akhirnya kami sampai ke kereta, masuk cepat-cepat, bergerak laju dan menarik nafas lega.Seorang rakan memberitahu ada beberapa orang sedang berkumpul di suatu tempat sedang memerhatikan kami, mungkin kerana tadi ada polis membuat rondaan.Kami bernasib baik, yalah hanya kereta member satu-satunya yang masih ada di situ. Kalaulah ada orang khianat pancitkan tayar, pecahkan cermin bagaimana? Sedih. Aku di Malaysia takut diserang orang sendiri, mereka di luar takut diserang orang asing.Pelik.

Kami menunggu giliran untuk menaiki feri.Hampir berjam juga tunggu, kereta dah berbau peluh dan stokin.Perut mula lapar.Dalam lama menunggu tiba-tiba dapat tahu feri akan bertolak pukul satu pagi. Haiyaaaaaaaaaaaaaaaa…kalau tau awal-awal lagi naik jambatan.

Akhirnya sampai juga ke seberang setelah merentasi jambatan, berhenti makan sekitar kawasan Butterworth.Tapi perut aku menolak, makan sikit jer dah tak abis. Mungkin sebab terlampau lama menahan lapar.Dah jadi devil’s friend.

Akhirnya sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.Tidur dalam keadaan letih, esok nak menguruskan tayar pulak. Tapi banyak pengalaman, susah nak dapat tuh. Sebelum tidur aku terpikir semut mutiara.Semut yang buntutnya bulat kaler merah.Setiap kali berjalan seolah-olah ada mutiara merah di belakang semut tu.

ZZzzZZZZZ






Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License

Tuesday, January 20, 2009

Tayar

Sabtu 17 January

Hari ni aku berjanji dengan member nak hiking Bukit Bendera. Sebelum apa-apa kena isi minyak dan angin dulu. Pertama kali aku akan memandu Ceri masuk Penang.

Lebih kurang pukul 7.00 pagi, aku memandu Ceri menuju ke stesen minyak kat Kilang Lama.Ceri berkelakuan pelik. Aku tak tahu kenapa, tapi pelik tak macam selalu.Sampai stesen minyak, tempat isi angin rosak. Mungkin boleh isi kat highway nanti.Isi minyak dulu.Aku pun isi minyak. Full tank beb.

Dalam perjalanan ke Mimos, Ceri semakin bertambah pelik.Something wrong with the tyre.Aku gagahi dengan 40 km sejam.Aku onkan lampu emergency lamp.Tayar ku berbunyi rasanya satu jalan leh dengar. Habis lah.

Sampai Mimos terus turun tengok tayar. Habissssss……Lubang .Member ku cuma menggelengkan kepala.
"Dari jauh boleh dengar kereta Unid.Asal bawak jugak?”
Aku terkelu.Tak tahu nak jawab apa. Mungkin tanak orang tunggu dan mostly sebab aku bodoh. :P

“Teruk dah ni.Memang kena tukar tayar baru”

Aku mengeluh.

“Camana?Jadi tak nak hiking ni?”

“Jadi. Balik nanti baru fikir pasal tayar ni.” Tayar ni melibatkan aku, Ceri manakala hiking melibatkan banyak orang dan sudah dipelan awal-awal.

Apa pun hiking dulu.Member ku memandu keretanya.Dan sepanjang hari tu telinga dan mataku sensitive.Tegak jer telinga bila orang sebut tayar. He he he.

Oleh kerana masa hiking pun berlaku pelbagai yang tak dijangka, pagi Ahad lebih kurang pukul 3.00 pagi baru sampai.Aku memutuskan untuk tidur di rumah member, esok bangun lepas rest cukup baru melawat Ceri. Selamba kan?Tatau kenapa tetiba jadi sangat selamba.

Ahad 18 January pukul 4.00
Aku dan member menukar tayar spare.Kemudian survey tayar di kedai sekitar Kulim. Dua ja sebab banyak kedai yang tutup.Akhirnya aku memutuskan membeli tayar baru. Terbang RM120.

Masalah selesai lebih kurang pukul 6.30.Kemudian aku bertanya kepada member ,” Nak pi Tesco Sungai Petani tak?” Gila kan?

“OK”

Jadi kami pun pekena ayam RFC untuk pertama kali.Begitulah akhirnya kisah Ceri yang malang.


Malam tuh aku balik, my housemate menasihatkan aku supaya menukar tempat parking. Mana tahu kut-kut ada yang tension dengan aku.Kurang percaya tapi akur sahaja.

Mungkin aku ada buat salah, dan menyakitkan hati orang… dan alangkah bagusnya jika ada orang berterus terang menegur kesalahanku.Setahuku parking ( kalau itu boleh dipanggil tempat parking yang sah la) tu tak ada kepunyaan sesiapa, tapi jika ada yang mahu apa salahnya dia memberitahuku.Tanak berdepan pun tak apa, tulis saja nota ,”Parking ni saya punya.” Aku akan faham.

Semoga tayar itu pancit kerana paku bukan kerana tindakan manusia.Because deep in my heart, I want to believe that I live with good people.

Adegan yang Jarang anda lihat



Adegan yang pertama kali anda lihat


Adegan yang tak mungkin anda lihat. Ceri Naik Marah . He he he


Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License

Friday, January 16, 2009

Heaven

15 January . Continue from previous post

Gloomy morning. I forced myself to smile. Avoid any conversation and praying that nobody will recognize my balloon eyes.

Actually if I plan to start working, there bunch of work that can be done, but I just open Windows Media Player and listen to head banging song with high volume until my ears become itchy.

I joined my friends having lunch at pizza. I knew I just force myself. I feel guilty to my colleagues, I should at least pretend that I love to eat, but sorry I can’t. I was tried my best solving Sudoku.I used to play with it inside LRT long time ago.

At evening, my friend Gtalk me.”If I want to go Mengkuang Damn, do you want to join?”
I replied, “Yes” I wondering what it will look like.

She drove me and when I reached to the place I become speechless. It’s like all my sadness fly away. I feel free, I feel happy and I just say to myself.”How come here got such miracle place?”

Maybe for you, it just plain lake but for me it’s like heaven. I don’t know why I feel peaceful and feel like I am the happiest woman in the world. So funny but that’s what I feel. I feel like God give me His blessing. This is all I need. It’s simple but I just need it.

Happiness is not come from money, people but it is from our heart. Be happy sound simple but it is the hardest thing to obtain.


Watching the lake scenery, feeding the fish as well as feeding ourselves with goreng pisang, take a light walk, have conversation .I feel like I am in heaven.

Thanks for my friend that bring me to such nice place. If you’re guy, I will fall in love with you straight away without fail. Just kidding, she might giggle while reading this. Oggy, if you happen to visit me here, I will bring you to the place. It might be simple but I like it.

And on that breezy evening, I start to talk like first time I get my mouth.:P

Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.

Who will save me from myself?

14 January

I SMS my friend last evening. A lot of thing happens, and I really desperately need someone to talk. She kind of busy so I just let it be. At night, while I was fighting with myself trying to sleep, she called.

“Hai”
“Hai” Long idle.
“Are you fine?”
“Yup” Long idle
“How’s your family?”
“Fine”
“What are you doing right now?” She tried the best to break the ice

“I am fine. Trying to sleep –“I cheated but she knew and I knew she knew. I could not bring any words. It’s like my tears explode. Then I tried to tell her what I feel and what happen slowly under blanket.
And she likes “Uh? Ooo.. I could not hear you …”

Of course, because my voice was slow, my explanation was upside down but she just patiently listens to me.

“I hate myself. I feel like I am alien or something. I want to be like other-“I cried.

“Don’t Unid. NO!” She cut my voice firmly.”Just be yourself. There is no other Unid in this world. You’re the most unique person. You cannot be someone else.”

I cry. “But it cannot be helped right??!If you lose, you will start comparing yourself with other person-“

“No.Don‘t ever try it. Just be happy, be yourself”

At last, I just agreed with her. I am losing myself, little by little, bit by bit until I don’t who I am. I am missing myself and try my best to save it.

After long conversation, I tried to sleep with my eyes swollen up like balloon, I just wondering how I going to cover it tomorrow. I must admit, I can be very weak sometimes.

Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.

Wednesday, January 14, 2009

Good to back for Work

After a few days, my heart had broken, my tears bursting. Every night, before sleep I was thinking “What should I do?”

Then I realized nothing. The worst thing is because I cannot do anything. I just close my eyes and pretend that I am strong. Am I?

It’s ok. Tomorrow got a lot of work to do. I hope I will be drowned in it.

Monday, January 12, 2009

Sang Bintang

Aku terlihat satu bintang di langit.Tak pasti samada bintang ataupun satelit.Bintang nan sebutir itu bersinar-sinar.

Sang pelita berkata dengan bangganya.”Bintang sudah tidak berguna.Kamu sudah punya aku.Cahayaku lebih terang dari bintang”

Sang angin menghembus kencang, pelita terpadam.Ahhh..seterang manapun pelita masih lagi perlu dinyalakan.

Cuma ada sekarang

Ahh..Hampir setahun aku duduk di sini. Aku teringin nak mengambil kelas Mandarin, tapi setakat nih tak berjumpa lagi kelas. Rasa macam nak belajar berenang , itupun tak tau kat mana.Nak melancong , pompuan banyak songeh pula kalo merayau sesorang.Leceh kalau nak backpack.

Nak sambung study, duit tak cukup.Nak beli rumah, pendapatan tak berapa nak stabil. Aku mengeluh melihat cermin, “Alamak kedut” Nak beli segala anti penuaan juga mahal.
Banyak benda yang belum tercapai tapi kekadang usaha sendiri pun belum tentu cukup.Umur makin meningkat, tau-tau banyak yang terbuang.

Uhhh…Aku mengeluh.Bagaimanalah agaknya negara-negara yang dilanda peperangan.Aku di Malaysia aku asyik risau takut tua nanti takda apa-apa, diorang kat sana dilahirkan memang untuk mati dibom tak sempat nak memikirkan hari tua.

Aku di sini makan ikut suka hati, dekat sana berpuasa sepanjang masa.Sana tak ada yang sempat memikirkan masa depan,rancangan untuk sambung belajar atau kahwin.Mereka cuma ada sekarang. Kekadang aku menyoal kenapalah aku ini dihidupkan?Tapi kalau didengar oleh kanak-kanak di Gaza mungkin mereka akan menyampah dan menyumpahku.Aku yang hidup begini masih lagi mempersoalkan takdir, padahal mereka di sana dilahirkan untuk mati serta merta. Hidup mereka pembaziran kah? Aku terkelu sendiri.

Aku memang manusia yang tak tahu diuntung.Merungut tentang benda-benda kecil. Bayangkan kalau kita tak ada masa depan, yang ada cuma sekarang?Apa yang nak dibuat eh?

Antara tangisan dan senyuman

Aku membaca sebuah buku himpunan cerita-cerita pendek dari Asia Barat. Ceritanya ringkas, buku kanak-kanaklah katakan.

Seekor dubuk melalui sebatang sungai.Dia ternampak seekor buaya di tepi sungai, lalu menegurnya.

“Apa khabar Encik Buaya?”

Sang buaya mengeluh.”Aku sebenarnya sangat sedih dengan nasibku ini.Ada kala aku menangis apabila mengenangkannya tetapi orang mengatakan ‘Itu air mata buaya sahaja’. Tak ada siapa memahamiku”

“Aku pun begitu juga.” Ujar sang dubuk.”Ada suatu hari, aku melihat matahari naik.Hatiku benar-benar bahagia lalu aku tersenyum, tetapi orang berkata ‘Ahh..itu sekadar senyuman dubuk sahaja’. Padahal aku senyum betul-betul dari hati”

Pengajarannya , suka duka orang biasa tidak dipandang sama oleh orang yang kaya dan terkenal.
Ps: Maaf jika penceritaan semula ini tak bagus. Unid guna ayat sendiri sahaja

Thursday, January 8, 2009

Thursday Blues

In the morning, I saw Mr Sun shining in the blue sky.In the evening, still I saw Mr Sun shining in the blue sky but with the white cloud.
And here I am, in the blue shirt indeed.

Wednesday, January 7, 2009

Kulim

January 06

Aku ke Kulim, mencari kedai gambar.Lalu di Kilang Lama, kebanyakan kedai dah tutup.Belum pun pukul 9.00 malam.Tetiba rasa semacam.Semacam keluar sesorang memalam kat Kulim ni.Pelik, selama ni aku tak sedar pun yang aku lonely ranger tapi sekarang macam senang jer terdedah dengan anasir-anasir jahat.Dulu aku tak pernah rasa takut.Mungkin sebab populasi penduduk di sini kurang padat dan memang banyak kedai dah tutup melainkan kedai makan.

”Kak, kedai gambar mana kat sini?”Macam biasa mukaku tebal.”Ntah..”Jawapan yang mengecewakan.Akhirnya aku memandu ke Pekan Kulim dengan harapan ada kedai gambar yang masih dibuka.

Nasibku baik, ada kedai gambar.Terus aku masuk buat gambar segera.Lupa pakai lipstick pula, mintak-mintalah gambar tu jadi cantik.Ye lah taklah malu sangat kalau nak tunjuk lesen . :P Sebaik sahaja gambar tu siap , tauke kedai dah mula nak tutup kedai. I am so lucky.Aku bersyukur.

Dalam perjalanan balik aku teringatkan kata-kata kawan satu ketika dulu.
”Berani betul Unid ni sesorang.”
“Tu la..kalau saya tak berani nak keluar atau jalan sesorang”

Jarang antara mereka yang menawarkan diri untuk menemani tapi ramai yang mengkritik.Habis?!Kalau nak berteman baru boleh buat semua benda rasanya aku mungkin terperuk di rumah, malah nak masuk university pun janganlah harap.

Bukanlah merungut tentang kehidupan, tapi fakta nya ini kehidupanku.Dari kecil dah nak tak nak kena berdikari.Kena kumpul duit nak masuk university, jual buah kat sekolah , jual goreng pisang ,kerja kilang dan macam macam dugaan.Ketawa menangis sendiri.Dan sebagai manusia , aku kepingin juga nak hidup macam puteri yang semuanya tersedia, tapi menjadi puteri pun belum tentu senang hati.

Jika aku takut keseorangan, aku tak ke mana pun.Bukannya seperti aku berbangga sendirian tapi inilah hakikatnya.Hidup aku bukannya ada super hero datang tolong selamatkan keadaan. Kalau aku rasa tak mampu aku minta tolong orang, bukannya ego sangat but that's fact of life.Actually aku sangat suka ditolong dan menolong orang.Aku cuba berkawan dan teringin ada kawan yang ramai.Aku tak suka menjadi kera sumbang walaupun aku sedar social skill aku masih di tahap zero.Aku akan cuba yang termampu.

Dan seperti biasa di saat aku keletihan tentang kehidupan sendiri ada juga yang berkata,
“Teringin nak jadi macam Unid.”
“Jadi Unid senang lah”
"Best la jadi Unid"
Aku rasa macam nak menjerit, “Bersyukur dengan kehidupan sendiri boleh tak??!!”

p/s:Baru dapat SMS dari adik cerita pasal kucing yang tak ketahuan tunggu aku balik. Nanti aku balik, aku peluk korang puas-puas ok.Masa tuh jangan nak sombong-sombong lagi.

Ketam

January 05

Aku pergi Jusco dengan officemate, mencari raket.Kemudian terbit pula idea gila tah dari mana nak makan Nasi Goreng Ketam dekat Kuala Juru.Jauh sehhh…

Dah lama aku tak drive malam bawah cahaya lampu.Punya pedalaman restoran Paksu Mee Udang ni. Tapi akhirnya puas hati dapat makan ketam sampai nak pengsan. Jangan jeles :P


Moving

January 04

I am moving out.Since aku balik Kedah bulan May aku berulang alik dari rumah Aku memang mengharapkan yang aku dapat rumah sewa.Syukur, thanks God dapat juga. Bukannya aku benci duduk di rumah tapi aku rimas . Walaupun mak aku bukan lah mengongkong sangat tapi sifatnya yang  mudah risau membuat aku rimas.  “Alah..Along memanglah tak paham perasaan mak sebab Along tak da anak”

Hadeila.Aku dah besar, lagi pun lagi tiga tahun nak cukup 30 (Tua benor).Dari kecik aku biasa berdikari tiba-tiba bila besar aku nak dimanja-manjakan rasa cam rimas pula.Manja pun bertempatlah.Aku tahu pukul berapa aku patut bangun pagi dan aku jarang bangun lambat.Aku bukannya liar.Tapi kalau asyik disoal siasat yang tak liar pun macam nak jadi liar.

Akhirnya aku dapat bilik yang aku boleh menangis sebebasnya, tunjuk perasaan sebebasnya, menulis sebebasnya.Bilik aku mungkin jadi kemas atau selerak sebebasnya.Depend on my mood.

“Maaf mak, along sangat sayangkan mak.Sebab tuh along fikir elok along keluar.Kalau kat sini along boleh pilih samada nak makan atau tanak sesuka hati.Along boleh stress sesuka hati.Jadi emak takkan susah hati bila tengok along muram ke apa.Along cuma nak masa untuk along.”

Emak juga paham, aku kerja balik tak tentu.Ada time lambat dan waktu tu dia akan mula risau.Itu antara sebab lebih baik aku duduk tempat lain.

Dan kucing putih ku, si Abang yang control macho.Aku jarang rapat dengan kucing ni, especially kucing ni yang jenis control punya kucing.Bukan jenis manja.Tapi setiap petang dia akan duduk di laman, melihat kereta lalu lalang, menunggu kepulangan ku.Sebaik sahaja kereta aku masuk ke laman, dia akan masuk ke dalam rumah buat derk macam takde apa-apa.Begitu rutinnya setiap hari, menunggu aku pulang tetapi tak menyambut kepulanganku. Macam mana nanti kalau tunggu –tunggu tapi tuannya ini tak pulang.Itulah …ego sangat.Mahu tapi malu.He’ll get used to it.

Friday, January 2, 2009