Search This Blog

Thursday, June 20, 2013

Puasa

Korang dah habis ganti puasa?? Haipp... jawapan dari lelaki tak diterima okay!

Unid baru terkial-kial sambung ganti.Punyalah lama tempoh Allah bagi chance untuk ganti, waktu last-last minute gini juga yang dicari.Unid...biasalah mudah lupa.

Hari tu unid puasa ganti, salah sorang officemate unid non muslim perempuan terkejut

"Eh... bulan puasa dah start ke?"

Unid dengan muka seposen reply.

"Bukanlah.I puasa hutang yang tahun lepas punya."

Beberapa hari kemudian, seorang officemate unid non muslim lelaki dok belek-belek kalendar.Tiba-tiba dia cakap

"Eh , July sudah mau puasa.You ada berapa hari lagi nak ganti?"

"Enam."

"Wohoo..banyak tu.Camana bulan July dah nak start puasa"

Bertuah betul unid sentiasa diperingatkan.Moga-moga kami ditunjuki.Amin

Wednesday, June 19, 2013

Antara tekanan, manja dan nakal

Lately unid stress,

Ko ingat ko sorang jer stress unid!Orang lain pun stress gak!!

Kalau korang stress... jangan baca okay.

Tapi ya la, bila level of stress increasing, the level of  kenakalan unid ... eh unid nakal ke?!! Level kenakalan juga bertambah.Asyik nak cari mangsa ja.Kalau dapat seketul punch bag rasa  cukup syiok.Unid  nak pergi kacau and usik semua orang kalau boleh.Tambah pula kalau dilayan, makin merapulah hari tu jadinya.

At the end of the day...

You ni quite nakal and manja

Tiba-tiba rasa geli. Nakal tu acceptable tapi manja tu mai mana? Comel tak de ke?

Okay ... sila tadah baldi dan muntah kerana entri ni menggedikkan dan memualkan. Wahaa..

Sunday, June 2, 2013

Edited:Jamu Assam Kunyit

Masa mak unid kerja kilang dulu ada member dia dari Indonesia ajar dia buat jamu.Balik rumah mak try buat,lepas minum rasa berpeluh dan ringan badan.Tapi versi mak tu cam agak susah...kena cari pinang,sirih,daun cekur dan tah hapa hapa lagi.
Jamu sangat terkenal kat Indonesia,depa mula minum dari  waktu kecik lagi.Mungkin sebab tu ada member mak unid lepas beranak terus boleh buat kerja dan tak perlu berpantang lama-lama.
Baru-baru ni unid google pasal jamu.Terjumpa jamu Assam Kunyit.Tengok resepi dia ada version yang paling simple ada juga yang advance.
So unid buat yang simple ja.
Bahan-bahan:
1) Kunyit hidup (bukan kunyit serbuk yang siap diproses tu)
2) Assam jawa
3) Madu/Gula Perang
4) Halia (optional)
Cara-cara:
1)Kunyit dan halia tu disiang pastu dipotong dan diblender bersama air.
2)Masukkan assam jawa.
3)Masak sampai mendidih.
4)Campurkan madu secukup rasa.Boleh ganti dengan gula perang.Seeloknya elakkan gula pasir yang biasa tu.
5) Kacau sampai sebati dan tada...siap.
6)Sila tapis dulu sebelum minum
Masa unid first time buat,unid tak berani nak rasa.Ha ha...terus tuang secawan bagi mak minum dulu.Anak bertuah betul.
Mak minum secawan sekali harung,tak berhenti amik nafas langsung.Bila unid tanya sedap ke tak,dia jawab sedap cara ubatla.
Unid pun masa mula-mula minum tu terketar -ketar jugalah.Tapi bila dah minum rasa dia not bad.Sedap...sebab ada assam jawa.Tapi of coursela kalau letak jus oren sebelah,unid pilih jus oren dulu. :)
Memang lepas minum,badan berpeluh.Rasa ringan.Unid ada baca yang khasiat dia untuk melancarkan period,buang bau badan dan untuk kulit.Tapi tak elok minum tiap-tiap hari.Seminggu maximum 3 kali,pandai-pandailah muha google sendiri.
Unid buat pun seminggu sekali,bila turun pasar.Masa tu baru boleh cari kunyit.Lebihan ubi kunyit tu unid campak kat  tanah.Mana tau kut kut nak tumbuh :) .