Search This Blog

Monday, October 22, 2007

Sememangnya lebih dari cukup

Aku rasa aku dah tulis blog More than enough yang menceritakan betapa bestnya mendapat kereta baru.Aku balik kampung dari KL dengan memandu kereta tu.Sepanjang cuti raya, kereta comel tuh pon beraya sakan.Masuk kampung keluar kampung, lalu jalan berliku berlopak,tak ada tar, titi kecil yang tak ada penghadang.Kereta kecik aku betul-betul tabah.Dengan jayanya aku menghantar service pertama nya yang genap 1000 km ke Perodua yang terdekat.

So dah habis cuti, pada 20 haribulan sabtu lalu.Aku dan adik-adik aku bersedia untuk pulang ke KL semula.Semua barang dimasukkan ke dalam kereta dan kami bersalaman dengan mak, abah dan beserta adik beradik yang lain.Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin, bersedia untuk keluar dan memulakan perjalanan.

Jiranku yang ramah tetiba menegur, "Amboiii, orang kaya dah nak balik ke."Ramah.
Makku seperti biasa ,"Muha salam la dengan cik na dulu"
Aku pun keluar untuk bersalaman tapi jiranku berkata, "Tanak la salam kut pagar ja,mehla kat rumah"

Aku serba salah, meninggalkan keretaku yang masih hidup enjinnya, membontoti adik-adikku ke rumah jiranku.Aku ingatkan hanya bersalaman tapi jiran ku menyediakan nasi himpit dan minuman menyuruh kami minum.Serba salah nak menolak jiran aku yang baik hati ni.Tapi dalam hati teringat enjin yang masih lagi hidup dibiar lama.

Sesudah makan dan bersalaman, aku menonong ke kereta dan mendapati enjin sudah dimatikan.Aku assume mungkin abah yang matikan enjin tuh sebab terbiar lama lebih kurang 15-20 minit rasanya.Aku menghidupkan enjin dan mula reverse.

Aku heran kenapa minyak bunyi berderum-derum padahal aku rasa aku tekan slow jer,ye la dekat laman rumah mana ada orang pecut.Lagipun selama ni pun aku memang kena reverse dari laman dan pusing balik untuk keluar rumah.Abah aku memekik marah apabila belakang kereta terkena pokok bunga.Tapi aku macam blur, jadi aku ke depan keretaku macam ditolak ke depan walaupun aku menekan brek sekuat hati sampai berbunyi keriuk ,tapi kereta aku meluncur dan melanggar pokok ceri.Dumm!!

Aku terpana,kaku dan tak paham dengan apa yang berlaku."Awak tekan minyak kuat tu kenapa??Kenapa tak brek???!!"Abahku mula marah.

Aku tak paham,adakah yang aku tekan tadi minyak tapi kenapa ada bunyi keriuk2.Setahu aku brek aku yang akan berbunyi macam tu.Tapi katala apa pun, aku masih lagi blurr dan tak paham apa yang berlaku.

Kereta viva ku yang umurnya sebulan kemek bonet hadapan.Aku panik, teruk ke.Aku macam tak percaya, ye la selama nih aku boleh jer bawak merata tapi tetiba kantoi di halaman rumah.Panik blur semua ada."Jom buat report" Abah ku segera mengambil alih memandu.Kereta tersebut masih lagi berjalan dan tak ada warning kerosakan.

Aku ke balai polis Tawar, tapi disuruh aku buat laporan ke Baling.Sampai di balai, polis terus mengambil keterangan ku dan aku dikenakan kompoun .Langgar pokok ceri di laman rumah kena kompoun...isk sampai hati betul kereta ku ini.

Polis menasihatkan kami untuk membuat pemeriksaan sebab aku akan memandunya jarak jauh.So kami ke bengkel berdekatan.Abahku menyuruh mekanik mengetuk bonet depan sahaja itupun tak perlu rapi kerana kami berhasrat untuk membaikinya di KL.Begitu juga nasihat agenku.Mudah untuk claim insurance.

Tapi setelah itu mekanik tersebut mendapatai radiator rosak,kipas rosak, air turun macam air hujan.Secara langsungnya, kereta aku tak selamat untuk dipandu ke KL. Tuhan saja jer ketahui, bagaimana kelam kabut nya kami dari pagi hingga pukul 4 petang.Mencari workshop panel dan pelbagai.Ramai yang nak menolong tapi tentula duit alasannya.Malah abahku berkata ada broker yang siap menunggu di balai polis traffik untuk mengesan kemalangan.Dari pagi sampai petang aku kelam kabut.Handphone pulak tetiba habis kredit, terpaksa menumpang orang mencari kedai topup , dan pelbagai lagi.Tapi aku amat berterima kasih kepada agen perodua ku yang bersusah payah menolong walaupon hanya menggunakan telefon.

Sehingga semuanya kelihatan selesai, dan hari beransur petang aku bergegas ke bus station untuk membeli tiket.Aku cuma bertanya satu kaunter, dan apabila kerani aku berkata "Sorri dik, tiket dah habis.Hari selasa saja yang ada" Aku kecewa, terus pulang ke rumah dengan menumpang kenderaan broker bersama abah.

Bila sampai mak dan adik-adik menunggu kepulangan.Semua melihat aku dengan muka kasihan."Tiket dah habis.Selasa saja ada, jadi Along tak beli." Angah dan adik aku seorang lagi bergegas semula ke bus station yang sama dengan harapan ada tiket bas dari kaunter-kaunter lain setelah mengetahui aku cuma bertanya satu kaunter sahaja.Mereka pergi dengan bas, aku bersyukur kerana adik-adik aku sangat memahami aku.Mereka tak melenting bila mendapat tahu aku cuma bertanya satu kaunter tetapi berusaha pergi semula walaupun hari sudah lewat petang dengan menggunakan bas.

Bia dikenang semula peristiwa tuh aku masih macam tak percaya.Kereta baru dibawa ke hulu hilir akhirnya accident di halaman rumah sendiri pada hari terakhir ianya berada di rumah.Perasaan aku ketika kemalangan memang la berkecamuk.Rasa panik , menyesal membeli kereta dan pelbagai lagi.Kerana apa apa yang berkaitan dengan duit memang bermasalah.

Tapi mak aku menenangkan aku,ada hikmahnya katanya.Mujur di halaman rumah, kalau di highway?Mujur dengan pokok ceri kalau dengan orang macammana?Susah jugak aku nak terima.Petang hampir maghrib, aku menunggu kepulangan adik adik ku yang pergi membeli tiket.Aku membuat panggilan kepada seorang rakan di KL, menceritakan serba ringkas kejadian tersebut.Setelah berbual serba sedikit aku termenung di pintu, melihat ke arah pokok ceri kecil yang kulanggar pagi tadi.Pokok tuh macam tak terjejas tapi kereta ku sampai terpaksa claim insuran.

Adik aku yang bongsu duduk bersebelah dengan ku."Kenapa along duduk sesorang?"
Aku malas menjawab,"Tak ada apa."

"Along tau tak, masa along masuk dalam kereta tadi muka along lain.Lain sangat..."

"Lain ?Lain macam mana tuh?"

"Muka along bengkak, merah mata along pon merah..Adik takut sangat nak tengok muka along.Macam kena rasuk."Dia bercerita bersungguh-sungguh.

"Rasuk?!"Aku agak tersentap bila mendengarnya.Adik bongsu aku nih biasala selalu dianggap paling kecil,selalu dileteri dan kata-katanya agak jarang didengar.Biasala bongsu.Tapi kali ni bunyinya macam orang besar-besar.Tapi memang sepatutnya dia seperti orang besar sebab umurnya sudah 13 tahun.Tapi mungkin dia bongsu,jadi dia la selalu jadi mangsa.

"Lepas tuh bila along bawak kereta.Kereta bunyi mengaum-ngaum.Memang pelik la.Emak susah hati,mak cakap kat adik kalo nak jadi apa-apa jadi kat rumah.Tau-tau along langgar pokok ceri tuh"

Aku tak pasti sama ada nak percaya ataupun tak.Tapi pagi tadi memang aku perasan muka aku kat cermin memang pelik.Macam bengkak dan ada eye bag yang ketara padahal selama nih walaupun aku tidur lambat atau tak tidur langsung mata aku takkan ada eyebag yang sekembung tuh.Adik aku pun perasan.Tapi selepas kejadian,ketika aku bosan di bengkel aku sempat bertanya adik aku, eye bag di mata ku kelihatan ke tak lagi.Dia kata, sudah surut.Pelik.


Akhirnya adik-adikku berjaya mendapatkan tiket pada 21 hb pukul 10 pagi.Syukur.Apatah lagi salah seorang akan menduduki exam pada 22 hb.Aku bertanya adikku yang seorang lagi tentang mukaku yang pelik pagi tadi.Dia bercakap muka dan perangai aku pelik dari semalam.

Semalam aku memandu kereta ke Kuala Ketil untuk mengisi minyak dan mengeluarkan tunai.Dua adikku menemaniku.Sepanjang jalan aku merungut kerana aku tak suka jalan ke Kuala Ketil.Jalannya berbukit dan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit dan getah.Walaupon Kuala Ketil adalah bandar tapi untuk sampai kira kira 20 minit akan melalui jalan yang gelap dan sunyi.Yang membuatkan aku seram sejuk sahaja.

Aku cuma perasan yang aku sangat blur dan keliru ketika bangla di station minyak tuh marah kerana aku kelihatan susah payah untuk parking di tepi pam.Aku pon pelik padahal bendanya senang.Sampai adik aku yang terpaksa keluar kereta dan 'berkomunikasi' dengan bangla tersebut.Dalam perjalanan aku duduk di line tengah sehinggakan kereta lain marah.Aku cuma memarahi diriku sendiri kenapa lah memandu kereta seolah-olah aku baru sahaja belajar semalam.

Entah.Tapi kenyataannya di dalam laporan polis dan anggapan orang aku yang cuai.Dan aku akui aku cuai kerana aku cuai lebih senang diterima dari benda-benda pelik.Aku sendiri pun susah nak percaya.


Cuma malam tuh sebelum tidur emakku berkata yang salah seorang adikku bermimpi tentang ikan keli.Orang cakap ikan keli selalu berkaitan dengan masalah.Dia sendiripun berasa susah hati sehingga menangis waktu bersalaman denganku.Bukan dia saja menangis tapi adik beradikku yang lain.Dia berdoa, jika sesuatu yang buruk hendak terjadi,jadikanlah ia berdekatan dengan rumah.Dan aku melanggar pokok ceri.Dia menasihatkan aku sabar dan tabah.Banyak masalah yang aku telah hadapi jangan hanya kereta aku berputus asa.


Hari ni, aku masuk ofis dan memfakskan geran kereta kepada bengkel berkenaan.Harapnya masalah akan selesai dan takkan ada isu berkaitan dengan duit.Aku mintak tolong sangat,kerana duit yang aku ada untuk pendidikan adik-adik aku,ibu bapa ku dan bukan untuk kemalangan nih.


Aku mulai tenang dan berfikir kembali.Banyak hikmahnya dengan izin Allah.Harapnya ini adalah first and last accident yang berlaku.Aku tanak mengulang cerita-cerita yang sama jadi aku menulis dalam blog.Bercerita semula benda yang buruk memang menyakitkan hati.Titik

Wednesday, October 10, 2007

More than Enough

Actually it has been almost three weeks I got my new car. Perodua Viva in Jade Pearl color. I planned with my sisters to surprise mother. We keep telling her that we will going back home with bus and the ticket was already bought. She believes it(I hope so).

I brought all adventure with my cutie including step into a deep horrible hole which hurt her and makes me worries all the time. But it's quite difficult for under probation driver driving in congested KL (This is my first car and I never drive any car except in my driving lesson). Traffic jam and holes is everywhere. It makes me think that my new Viva will turn into Flinstone car when it arrives at my hometown. Really please NO! (I pray harder).

It becomes worst when I have bad sense of direction. If I have to drive alone, I tend to explore all KL unintentionally. Not sure whether it is good or not but I keep believing that it's okay to be lost as long the earth is around.

Then the agreement letter arrived at my hometown, and my mom found out that I bought a new car. She gave me a call and insisted for the answer. I said yes, but maybe I will get it after Raya. One another lies .I was hoping that I can make her a surprise. Okay, she believes it (I hope).

Last time, I visited my younger brother at his college. He surprised when seeing me with the car."Is this yours?" "Yup, sorry then it just Viva.”I said proudly. I made him to promise to keep this secret away from our mom."Ohh…Okay."He agreed.

He went back one week earlier than us with bus. And I could not believe that he revealed my super surprise to our mom. I knew when my younger sister, Angah told me that Mi Goreng (my younger brother nick name, means noodles because his name end with Mi (Mee)) already told my mom how happy he was in my car.

Huhu...I could not believe it that Mi Goreng revealed a very important secret which I and my sisters Angah and Cah hiding it hardly from our mom. My mom called me and I tried my best no to answer it until Cah said, “I am giving up. Mom already knew. Please just answer her.”

Okay. And my mom said,” Is it okay to leave your new car there while all of you coming back with bus. Why not you just sell your ticket back, and come home with the car?”She get excited with the new car and keep telling me that she observed all the cars on the road to know how my car look like. Funny.

I just answer yes. The reality is, we never bought a ticket, and we just made it up in order to keep the secret. But now the secret was revealed but she still believes that we bought the tickets and insists us to sell it back. I am not sure whether I should tell her the truth or not. But it will become long story so better I save it for next time when I will be spending my whole week at my hometown. Okay, I assume the case is closed.

Last night I was shopping with my friends at Jalan Tar. It is very famous place for shopping clothes and related stuff with festival. I learned a lot of thing which are first, driver at KL (Malaysia) is not really professional even they passed and got experience in driving. In really congested traffic jam, one of the drivers can reverse his car and kiss my new car even my friend keep honking him to remind that we are all at the back congested and could not move so please stop reversing your car without the reason. Luckily my friend was driving at that time; he went up and ‘blames’ the driver. The driver insisted, “I am not reversing my car”

Of course you not idiot. If your reverse your car in the right way, we will notice by the sign lamp. But we could not notice it if you release your brake, without turn on the hand brake and of course the car will moving by its own. That is very basic I think, DO NOT RELEASE YOUR BRAKE IF YOU DON’T WANT TO MOVE. Luckily my Baby is safe, if not you will dead meat (Just kidding, but of course I’ll get angry).If there no repair fee then okay, but as human, anything involves money sometimes will make me angry.


Okay I am done with the bad mode. Let’s go to next paragraph.


I was shopping like hell last night, but not all for me.90% of my shopping is for family. If you have 10 members in your family you will see. I tried my best to buy something for every member but still I need to skip, I still do not buy anything yet for my three brother including Mi Goreng. Actually I am not sure what to buy. When I call mom, she said “No, no. You don’t have much money but yet you still to buy something. No. No.” She keeps refusing.


If I want to buy personally, I need to think in many perspectives such as what to buy, size, and cost. Mi Goreng will not simply use anything that I bought for him. He is quite picky for a man species. Other younger brother, Ekal, he is simple but he does not like formal, schema style. He is more to wacky style or in other word “Bad Guy” style. Jeans and no collar shirt .And my youngest brother Paiz, I am not sure how tall he is now. Back then, when I was at home he getting taller than me. I used to kiss his cheek if I going to leave the home. And because at that time he was little, I need to lower my position but last time I don’t have to. He keeps telling me that he is growing up when I used to lower my position by mistake.

For my younger sisters and mother I don’t have to think much. I just buy scarf, the only thing that I need to know is their clothes color which is easier. I also bought some brooches. Being female makes it easier. Then I bought shirt for my father even he said he already have one.”I don’t care. I want to buy it anyway” I said when my mom said no. It was my money anyway. And I was spending almost RM200 for a night. It hurt but I hope everyone is happy. For my three stoogers, I will get you something when I arrive at home.


Actually I want to make this Hari Raya Special for everyone. We faced a lot of difficulties and of course money is one of them. But I am happy because I have great family that cares each other. It is more special compare to other thing. I should not ask for more because it is more than enough.