Search This Blog

Monday, June 12, 2017

Shea

Unid baru tahu yang Shea Rasol meninggal.Terkejut sangat. Unid suka baca blog dia.Selalu bila pergi blog dia dah jarang post.Rindu jugak sebab suka penulisan dia.

Tahu tahu dia update tentang sakit dia.Rasa sedih dan rasa kagum masa tu.Sebab orangnya ceria jer dalam blog.Takde banyak sangat drama or cerita cerita negatif.Kebanyakan pasal fesyen.Rupanya dia diuji dengan kanser.Terkenang diri sendiri masa sakit seminggu.Tu pun rasa hazab giler, tataulah unid boleh tabah kalau diuji dengan sakit sakit teruk ni.

Tadi baru tau dia meninggal.Housemate bagitau masa buka puasa.Dah hari isnin unid baru tahu, heran kenapa ketinggalan sangat ni.Adakah penangan sebab uninstall facebook membuatkan unid outdated.Ada facebook pun unid ketinggalan zaman apatah lagi bila uninstall.

Bila teringin nak tengok facebook, buka manually type kat browser.Renyah, tapi sebab unid notice asal pegang handphone buka facebook.So ingat nak kurangkan, sekali terlepas berita.

Bertuahnya orang yang meninggal di bulan Ramadhan dan di hari Jumaat.Teringat arwah Sharifah Aini.Bila difikir fikir balik kebanyakan orang yang meninggal pada hari hari yang baik ni kebanyakan mereka menjaga hubungan sesama manusia.

Hubungan sesama manusia lah yang paling susah nak jaga.Susah nak jaga diri sendiri dari perasan baik.Susah nak jaga diri sendiri dari melihat aib orang.Susah nak jaga diri sendiri dari tak merasa nak menang sokmo.Diri sendiri suka menghakimi orang, ego dan degil.-_-||

Ya Allah , mudah kan kami nak jaga hubungan sesama manusia.Jauhi kami dari bergaduh dengan perkara perkara tak munasabah.Jadikan kami orang yang suka menerima nasihat.Jadikanlah kami hamba yang sentiasa membantu insan lain tanpa berkira.

Ya Allah, Engkau Yang Maha Memberi, jadikanlah kami hamba yang suka memberi.

Amin

Thursday, June 8, 2017

Ramadhan 1438

Selamat berpuasa semua.Sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan bulan puasa dah.Cepat masa berlalu, rasa kejap sangat unid duduk dalam tahun ni.Tiba - tiba rasa macam umur jadi tak relevant pulak.Yela, kalau setahun cepat berlalu tak sempat nak merasa tua lama lama kan?

Setakat ni unid makan masakan rumah bila berbuka.Kalau housemate tak masak, unid masak.Depend on sapa balik dulu atau sapa nak makan apa.Sekali ja buka puasa kat buffet luar , rupanya perut ini memang tak kena dengan buffet.Dia nak meragam, bukan pasal food poisoning.Tapi terkejut.Yela, cannot blame the perut.Sepanjang hari kosong tiba tiba ko campak kambing, kueh, cendol dan lain lain sekali gus.Mau tak tummy emergency team tak tekan siren.=)

Yelah, buffet kat luar harga around RM100.Gigih la unid nak makan nak cukupkan around that value, padahal perut cuma boleh masuk RM10. Memang serik lah, especially kalau kena bayar sendiri.Untuk orang yang perut tahan mungkin best sebab buffet memang banyak pilihan.

Antara yang best, kami housemate buka puasa sama sama.Bulan lain semua orang dinner asing asing kan.Bulan puasa sama sama hidang makanan dan tunggu azan.Sambil makan sambil layan drama atau apa apa kat tv.

Waktu kerja mostly unid suka balik awal, tapi sebab kerja dengan orang British maka meeting selalu akan start pukul 4 atau pukul 5. Rasa macam kita dah dalam energy save mode, depa kat sana energy bar still full.Gigih juga sebenarnya nak jadi ceria di waktu petang.

Sekarang tengok insta memang banyak orang post makanan.Unid memang tak kisah pun, boleh gak dapat idea nak masak apa.Honestly post makanan lagi baik dari post post viral yang tah haper haper.Zaman sekarang ni senang semua main klik ja.Kadang kita tak sedar pun, we make it worst by sharing the news.

Tipsnya, unfollow and unsubscribe la feed feed yang boleh mendatangkan fitnah dan negative feeling.Contoh kalau rasa annoyed dengan feed kucing, silalah unsubscribe. Selamatkanlah minda anda.It does not make sense to subscribe /follow if you hate it.

Penuhkan feed feed anda dengan benda benda positif.Most of us tengok phone, jarang yang nak buka Quran sambil berhimpit himpit dalam LRT.Kalau ada alhamdulillah, tapi kalau tak buat biarlah benda benda yang kat insta / facebook tu tak membuatkan kita negative.

Biarlah post post kita tak mengundang propaganda atau sindir menyindir.Post kan benda benda yang baik dan yang buat orang tersenyum.Banyak kut benda benda yang boleh disyukuri kat sekeliling kita ni.

Okay, selamat berpuasa.Nak siap pi opis ni.Bye