Search This Blog

Sunday, July 30, 2017

Wahhh ... template baru!! Cayaalah

Okay , dah banyak hari asal buka laptop jer research, asal research jer buka laptop. So hari ni persetankan semua itu. Hari ni unid nak update blog.

Bila dok klebek ... eh eh ada template baru la. =) . Maka saya pun menggunakan masa saya untuk mengupdate template.Let me know how you like it.Apa apa yang rasa boleh improve sila bagitau, kalau rajin I ikut.Kalau tak eh eh sukati la kan =)

Ohh, gambar pantai kat atas nan damai dan indah tu gambar pemandangan masa kat Lombok.Ko jangan ingat mak jemah sukati nak celop gambar orang pastu buat macam hak milik sendiri k.

Dah, enuff pasal template.

Beberapa hari lalu, unid berasa mood swing dan sangat moodies.Biasalah most of the time  sometimes I am just grumpy old beautiful lady.Tapi tiba tiba ada member nak datang KL sebab dia ada conference. So dia nak order kan makan tapi fret kalau dia tak sempat ambil so dia mintak unid tolong ambilkan.Dia bayar siap siap, so nanti ada orang deliver ja kat office.

Kebetulan hari Khamis lepas unid memang lemau, tengah terpikir should I work from home ke tak sebab lately I kerja macam sewel, dan nak marah diri sendiri pun tak boleh sebab I am workaholic.Tiba tiba dalam lrt ada call dari no yang tak dikenali, rupanya delivery guy. Hah ... nasib unid pi office, baru teringat yang member tu order makanan untuk hari Khamis.Unid boleh lupa langsung hari tu hari khamis,Nasib baik betulla rasa nak pergi office.

Okay, makanan sampai 3 tupperware , unid usung naik office.I have no idea what.I just assume that the food is for my friend conference.

Tak lama kemudian, my friend call.Dia tunggu kat Starbuck kat bawah.Maka unid pun mengusung lah makanan tersebut ke Starbuck.Sampai sana, dia dah siap belikan kopi dan cakap."Jom lunch."

"Eh, bukan makanan ni order untuk conference ke?"

"Isk .. saya order sebab nak lunch dengan awak la."

Unid blank.Mati mati aku ingatkan makanan tu untuk orang lain.Rupanya tiga container tu untuk kami berdua jer.Nahh

Daging

cendawan

salmon

sos

Vietnamese Spring Roll + Starbuck

I am speechless sebab rasa surprise.Padahal actually bukan surprise pun, surprise terjadi because I am so ignorant and not even care to ask. Huhu.

But I am happy, plus because makanan tu banyak siap share dengan my colleagues lagi. Alhamdulillah.Thanks God for being nice to me although I am always moody and grumpy.

Sunday, July 16, 2017

Sensation: The New Science of Physical Intelligence

Assalamualaikum.

Good day everyone.

Unid nak share buku yang unid habiskan baru baru ni  iaitu Sensation: The New Science of Physical Intelligence by Thalma Nobel.



Like the revolutionary bestsellers Predictably Irrational and Emotional Intelligence, Sensation is an exciting, completely new view of human behavior—a new psychology of physical intelligence (or embodied cognition)—that explains how the body unconsciously affects our everyday decisions and choices, written by one of the world’s leading psychologists.
From colors and temperatures to heavy objects and tall people, a whole symphony of external stimuli exerts a constant influence on the way your mind works. Yet these effects have been hidden from you—until now. Drawing on her own work as well as from research across the globe, Dr. Thalma Lobel reveals how shockingly susceptible we are to sensory input from the world around us.
An aggressive negotiator can be completely disarmed by holding a warm cup of tea or sitting in a soft chair. Clean smells promote moral behavior, but people are more likely to cheat on a test right after having taken a shower. Red-colored type causes us to fail exams, but red dresses make women sexier and teams wearing red jerseys win more games. We take questionnaires attached to heavy clipboards more seriously and believe people who like sweets to be nicer. Ultimately, the book’s message is startling: Though we claim ownership of our decisions, judgments, and values, they derive as much from our outside environment as from inside our minds. Now, Sensation empowers you to evaluate those outside forces in order to make better decisions in every facet of your personal and professional lives.[copy paste from Amazon]

Suhu,tekstur,berat,bunyi,rasa,bau dan warna sebenarnya mempengaruhi kita dalam hidup sehari hari tanpa kita sedar.

She is warm person . Suhu Warm kat sini bermaksud seorangnya mesra penuh kasih sayang, bila hangat ni selalu kita bayangkan dalam pelukan ibu, tidur atas kucing.Eh eh =)

Warm vs cold can be said generous vs ungenerous , good natured vs irritable dan lain lain.Secara tak sedar orang yang memegang kopi panas dan sejuk memberi kita perspektive berbeza.

Cold lonely night.Perubahan suhu boleh mempengaruhi mood tau.Pleasant,warm weather improves mood, panas buat kita jadi aggressive.

Tekstur.Hard people and soft people.Duduk atas pasir yang lembut, atau duduk atas batu batu yang kasar boleh mempengaruhi mood.Kalau rasa badmood tu check balik kut kut ada terpijak batu ke atau duduk atas kerusi keras.

Berat.Klip yang berat dekat resume boleh bawa impact yang besar tau tanpa sedar.

Warna merah tidak membantu kalau kita sedang menjawab soalan math, tapi ianya dapat membuatkan kita nampak menarik.Pasukan yang memakai pakaian yang ada warna merah mempunyai tendency untuk menang lebih berbanding yang tidak.Dalam dunia haiwan, merah adalah tanda mendominasi.Perasan tak Donald Trump dan beberapa pemimpin dunia memakai tie merah?

Unid suggestkan kalau rajin, bacalah buku ni. Sebab kita ni manusia jadi sense adalah basic.At least kita belajar pasal diri sendiri .So lepas ni kita lebih tau pasal diri sendiri. Walaupun buku ini berdasarkan kajian tetapi tak semestinya apply kat semua benda.Jangan pulak korang gaduh gaduh pasal kebendaan ni.Nah, unid share video ni, dia dah siap summarizekan dah =)








Sunday, July 9, 2017

Bersih

Baru baru ni lalu kat facebook feed tentang rumah yang kotor yang diduduki oleh pompuan pompuan single.

Unid langsung tak terkejut sebab dah experience duduk kat banyak rumah sewa.Cuma point kat sini unid nak betulkan:

  • mengatakan perempuan cantik rajin mekap pengotor adalah salah sebab pernah jumpa yang suka makeup tapi pengemas dan pembersih.Tahap OCD pun ada
  • mengatakan perempuan tak cantik , malas mekap adalah rajin juga salah sebab pernah jumpa juga
  • mengatakan orang solat pembersih manakala yang tak solat tu pengotor juga salah.Takut nanti kita kecewa bila berlaku sebaliknya .=)
  • melabelkan hanya perempuan yang perlu jaga kebersihan walhal lelaki tidak adalah salah sama sekali.
Point yang penting malas dan pengotor adalah penyakit yang menyerang tak kira bangsa, agama atau gender.

Pendapat unid MALAS dan PENGOTOR datang bersama satu lagi sedara bernama SELFISH.

Unid tak tau nak scopekan tahap mana pemalas dan pengotor ini tapi unid nak cakap as long diri sendiri terjaga dan tidak menyusahkan orang lain consider selamat dah.

Contoh: Cik siti( bukan nama sebenar) memang pemalas dan pengotor , dia meyewa bersama kawan kawan lain. Tetapi dia pastikan 
  1. Dia buang sampah dia sendiri , langsung tak sentuh tong sampah orang.Dan make sure bau tak memeningkan kepala kawan kawan lain.
  2. Bila dia guna bilik air , dia make sure dia berus dan cuci bilik air lepas guna melainkan bilik air tu dia sorang jer pakai(master bed room)
  3. Dia make sure takde pinggan mangkuk dia yang kotor bertenggek kat sinki.Dia memang membasuh pinggan mangkuk sendiri selepas guna.Kalau dia masak, dia bersihkan sendiri.
  4. Dia memastikan tapak kaki dia tidak mengotorkan ruang tamu dan ruang public lain dalam rumah.
  5. Dan lain lain yang dibuat untuk memastikan tak menyusahkan orang lain.
Okay, walaupun cik siti bukanlah rajin dan pembersih sangat tetapi disebabkan dia concern tentang pencabulan hak orang lain membuatkan dia sebenarnya pembersih bagi unid.Setiap kali mandi make sure cuci bersih dan buang sampah sendiri. Yang berlambak, sampah pandai buat tapi orang lain yang buangkan kan?Lepas makan minum,mug pinggan bertenggek kat sinki tunggu housemate lain tolong cuci baru guna balik kan?[statement ni bukan untuk anda yang rajin dan pembersih ya]

My personal experience berhousmate ni :

Dua benda yang unid sangat cerewet, bilik air dan dapur.

Ruang tamu, tempat tengok tv unid boleh tolerate lagi as long takda bende mengundang lipas.

Jenis rajin masak tapi tak suka mengemas.Pernah bagi pinjam periuk nasi baru, lepas masak dibiar jer.Bila unid find out dah berkulat nasi dalam periuk.Bukan sekali dua tapi selalu.Periuk belanga bertimbun kat sinki, kadang unid biarkan juga, balik dari kampung tengok pinggan mangkuk yang sama siap ada ulat lagi.Yang kelakarnya bila kita elok siap basuh terus dia masak atau guna, padahal makan sesorang jer.Sorry, I tak boleh brain orang rajin masak tapi pengotor macam ni.Skill memasak ni kena satu set dengan pembersih, buat apalah masak sedap tapi kotor.Selfish, sebab layan hobi memasak, masak sebab lapar tapi orang lain yang kemaskan semua.

Sampah kat dapur.Langsung tak buang,Beli bihun sup, laksa , dengan memasak bagai tapi buang sampah dekat dapur.Pastu biar berulat.Yang tukang buang tu takpalah malam baru balik kerja, housemate lain yang terpaksa hadap bau.Stress unid especially bila unid jarang makan kat rumah tapi unid yang kena check sampah buang ke tak.Unid memang takde mood nak memasak kalau dapur kotor.Especially everytime nak masuk dapur , unid terpaksa clean up other people stuff.Selfish, buang sampah kat tong sampah public instead of bilik sendiri tapi orang lain yang tolong ikat, angkat lepas tu buang.

Sinki. Bertenggek mug kat sinki tak basuh.Esok nak minum ambil mug yang baru,dah berceretek dengan mug kat sinki.Pastu amik mug unid dan atur kan dalam sinki juga.Last last unid sorok mug unid dalam bilik.Selfish, guna pinggan mangkuk tapi biar kat sinki.Orang lain terpaksa cleankan sinki sebab nak guna.Unid basuh mug sambil maki.

Fridge full of crap. Makanan bungkus, balance lauk, sayur yang berkulat.Takde inisiatif nak check langsung apa yang boleh pakai ke tak.I remember first time I masuk rumah tu, terus clearkan fridge.Dua tiga tahun expired pun ada.Selfish, orang lain pun nak guna fridge tu juga.Everytime depa nak guna terpaksa habiskan masa buat audit dan tanya korang barang mana nak dibuang.

Bilik air , mandi berak tapi tak pernah care dinding berlumut ke lantai licin ke.Ingat lagi unid basuh sambil pakai facemask dan rasa nak pitam sebab bau chemical.Sampai hati lah orang orang yang menganiaya hosmate hosmate yang lain dengan menjadi pengotor.Kalau diri sendiri yang jatuh masa guna takpa la.Kalau orang lain.Selfish.

Unid notice disebabkan perangai pengotor pemalas ni mereka ambil kesempatan atas orang lain.Masuk rumah, lantai bersih berkilat, dapur bersih dan bilik air pun .Rasa nyaman jer kan, tapi bukan depa yang bersihkan.Depa ingat rumah tu pandai bersihkan diri sendiri kut.

Depa masuk melenggang kangkung, yang jadi hamba abdi tak bergaji adalah housemate yang tak tahan kotor.Bila suruh kemas,bagi alasan,"sorry i tak tahan habuk." rasa macam nak baling jer.Tak terpikir ke kawan yang vacumm lantai tu pun bukan tahan habuk.Kalau tak tahan pakai face mask, kalau tak tahan lagi cari alternative buat bende lain."Takpala you vacuum, I will make sure bilik air bersih okay?" Kut kut nak sejuk sikit hati ni.

Tu tak termasuk yang guna alasan kerja.Macamlah another housemate tu tak bekerja.Yang heran time makan ada pulak masa, bila nak basuh pinggan terus takde ya.Maaflah, orang orang gini suka buat excuses.Ada satu kes, sampai my other housemate tolong basuhkan baju sebab tak tahan bersepah.Maka naik lemak ler budak ni.Sampai satu hari my housemate dah stop basuh baju dia.Dengar pulak dia merungut ,"Alah baju dua lai pun tanak tolong basuh"

unid snapped, terus menyampuk,"then hantar dobi."

dia reply,"baju dua lai pun nak hantar dobi".

unid angin,"Kalau baju dua lai pun dobi charge, imagine orang lain basuhkan baju kita walaupun selai."

Untuk orang macam ni memang unid berkira , sebab kalau dibiar naik lemak.Lagi melampau.Sabun mandi, sabun basuh semua cekau yang orang.Tak beli sebab pikir guna yang orang lain tak luak.Rajin masak , tapi barang dapur jarang contribute.Seronok masak tapi barang semua orang punya.Yang tuan punya barang makan tak seberapa.Semua bermula dari sifat malas dan pengotor, lama lama jadi selfish.Sometimes people memang tak berkira tapi dek kerana orang yang suka ambil kesempatan orang jadi marah.Sama la kalau semua kerja wife yang buat, husband duduk rilek jer tv. Langsung tak pernah contribute apa -apa dalam rumah ke luar rumah, lama lama wife akan bising.Orang macam ni maybe akan sedar bila wife dia mati atau wife dia sama sama pengotor.Kalaulah pasangan sama sama rajin dan pembersih  kan sweet.

Bila pikir dalam dalam , maybe sebab tu lah orang jadi huru hara,bergaduh ipar dua, mentua menantu.Unid sendiri pernah hilang respect dengan orang orang macam ni.Unid bukan pembersih tahap OCD, unid punya pembersih hanyalah tahap aku sedar diri.In other word, bila unid cakap kotor, selalunya memang kotor gila. =)

Kalau lah pengotor tu masalah kecik , takkan ada statement "KEBERSIHAN SEPARUH DARI IMAN"

Kalaulah sifat pemalas tu kecik, takde Nabi ajar doa untuk hindarkan sifat malas.Kalau terasa dengan statement ni baguslah.Jom lah sama sama jadi rajin dan pembersih.Nak jadi rajin dan pembersih bukan senang.Unid tak rajin mevacumm sebab vacuum tu rosak sikit but unid make sure sapu.Rumah sekarang paling kurang dua hari sekali, kadang tiap hari.Tak kiralah pukul 12 malam ke, unid sapu jer.Sebab serabut tengok.My other housemate rajin vacum walaupun vacumm patah, yang nak kena control bila guna.Hari tu unid try pakai vacum dia, rasa lelah.Masa tu terpikir,macam ni lah dia rasa lelah vacum.Mana vacum tu corong dia patah so terpaksa membongkok tapi sebab dia lagi suka vacumm dari menyapu dia pilih vacum.

Takde alasan untuk tanak jadi pembersih dan rajin.Jepun bersih sebab rakyat dia.Kalau nak Malaysia bersih, kita kena jadi pembersih.Jangan nak compare park Jepun dengan kita, kalau sampah pun kita buang merata.Jadi pembersih, mudahkan kerja majlis bandaran.Bagi depa fokus untuk buat benda lain yang lagi berfaedah dari nak tolong kutip sampah yang kita tinggal berselerak kat taman taman.

Orang takkan tolong kita sampai bila bila tanpa kita tolong diri sendiri  , silap haribulan orang menyampah nanti.Sebelum saat tu tiba , jom la jadi rajin dan pembersih.





Friday, July 7, 2017

Syawal 1438

Assalamualaikum.

Raya ni meriah alhamdulillah seadanya.

Persiapan raya pun biasa biasa ja.Unid dan anak menakan sama sama demam.So merasalah sama berjaga malam sebab badan Akil panas.Kesian betul sebab Akil ni bukan jenis yang selalu menangis.Tapi bila demam dia meracau dan menangis.So kitaorang berjaga sebab jelumkan badan dia.

Sehari sebelum raya unid gigih buat biskut raya.Everyone know yang everytime raya mesti ada cerita unid dan biskut raya.Ada satu tahun tu, buat cookies rasa sedap tapi keras nak mampus.Yang sakit hati tu, unid ikut resepi kut.Hangin sebab ikut resepi still tak jadi . Kali ni unid buat biskut mazola dan biskut halia.Mula mula ingat nak buat german cookies yang glamer tu tapi tak jumpa tepung kentang.

Maka unid pun duduk di satu sudut sesorang start mengukur tepung etc.Orang lain sekali sekala masuk jenguk.

Tragedi biskut mazola
Ikut resepi kat blog mana tah.Sebijik sebidun , siap letak peanut butter.Emak unid pun heran sebab selama dia buat tak pernah letak peanut butter.Tapi takper kita ikut resepi.Yang lawaknya, resepi tu takde plak explain pasal berapa lama nak bakar dan berapa suhunya.Maka unid pun menggoogle pasal macam mana nak bakar biskut.Jumpa satu statement bakar dua puluh minit guna api bawah pada suhu 160 celcius.

My workstation


Bila membakar tu biasalah bau sedap.Adik adik pun datang menjenguk oven.Kembang semangkuk rasanya unid.Sekali atas cantik, bawah hitam legam.Haduh, mujur first batch.Lepas tu terus modify suhu sendiri.Baru jadi.
First batch hangit.Ko hade?Satu hal pulak nak mengikis yang hangit tu,


Hasilnya takde la buruk  sangat tapi takdela sedap sangat.

Tragedi biskut halia
Ini ikut resepi kat Google gak.Lembik gila so takleh ikut acuan.Mula mula adik adik unid ngeri nama dia.BISKUT HALIA? Tak tahulah rumah orang lain ada ke tak.Acuan tu bentuk burung, tapi sebab lembik burung jadi daun.

Biskut ni bagi unid sedap.Tak keras sangat tapi tak lembut sangat.Tapi honestly unid tatau real biskut sepatutnya rasa macam mana,

Hari Raya pertama kitaorang beraya kat rumah tok timah.Walaupun tok dah takde tapi meriah sebab rumah makcik dekat dengan rumah tok.Satu gambar pun unid tak ambil except dekat kereta.Tah macam mana boleh lupa tah.

Hari raya pertama adalah hari yang sibuk sebab ada ahli keluarga yang bertunang hari raya kedua.So berjagalah kami semalaman menyiapkan hantaran.Unid tukang gilap buah dan gunting bunga jer.Unid tak kreatif, mintak maaf la.

Apa yang penting? KERJASAMA

Nenas tu adik ipar buat dari gula.
Dia bungkus gula dan balut dengan sponge and hias macam nenas.
Dia kreatif so sesapa yang berkenan nak tempah sila kan =)

Hari kedua, beraya kat rumah tok sebelah emak. Makcik Kah buat laksa macam biasa.


Biasalah kat kampung , aman damai =)

Alhamdulillah =)




Alhamdulillah semua selamat dah. Selamat Hari Raya semua.Jangan lupa ganti puasa ya =)



Sunday, July 2, 2017

Big Mistake

Mostly people yang kenal unid they will know yang unid jarang pakai makeup.Bedak pun jarang.Selalu pergi office dengan sunblock ja. Itu sahaja.

Akan tetapi my favourite is to watch makeup video kat youtube.Pendek kata, kalaulah skill ni boleh didapati dengan hanya menonton youtube, dah boleh jadi mak andam dah unid ni.

Tapi kan tu la, setiap kali beli alat solek mesti mereka tu mereput dekat almari.Ada yang disentuh sekali lepas tu terperuklah kat situ.Last last unid sedekah kat orang.Sampai member seorang tu dah perasan,'Unid beli tak pakai.' Kalau dia shop dengan unid dekat Guardian or Watson dia akan ingatkan,'Jangan beli...sebab you tak pakai.Membazir."

Last time masuk wad seminggu, lepas tu berehat dekat kampung seminggu.Masa balik KL, jejak jer
KL Central I told myself, I don't want to look sick.So terus beli lipstik Revlon.Suka giler kaler dia.

Tapi tula lipstick jer la yang lekat,adala improvement kan.Pakai lipstick =) .Mascara dah expired terpaksa buang.Beli eyeliner...termenung eyeliner tu kat meja solek sebab tak terpakai.Ini consider penyakit mental ni, suka beli mekap tapi tak pakai pakai.

Baru baru ni 28 June, masa balik office tah setan mana tah merasuk unid.Unid masuk sephora.Rasanya ini adalah kali kedua unid masuk Sephora.Sephora kan banyak mekap.So memang confuse unid.Jadi excited.Termenung dok belek satu satu.Tatau nak beli apa.Sales Assistant tu ikut jer unid, jemu dia sebab budak ni berjam jam belek satu pun tak beli.

Last last unid tanya Sales Assistant."Carikan saya maskara yang bagus.Yang mudah pakai , senang cuci."

Dia datang bawak satu mascara ni.Okay try try. "Okay I ambik la yang ni." Sambil cekau satu lip crayon.

Masa nak bayar...deng. Maskara tu berharga RM125 . Jap rasa nak meninggal jap.Maskara apa yang aku amik ni.

Balik rumah baru google sambil maki diri sendiri.Dah tu, yang unid beli ni version yang full punya , ada yang mini yang murah sikit.

Termenung unid tengok maskara ni.Bedak pun malas pakai , macam mana nak rajinkan diri pakai mascara ni.Takkan tanak pakai kut... mahal kut.

Adeh, nak tak nak terpaksa la unid memaksa diri memakainya.Hopefully rajin la kalau tak membazir gila kut.Hopefully ada hikmahnya. =)

Ke ada sesapa nak beli dari unid ni?Unid jual RM90 nak?

Ha ha ha

Tok Timah

Selamat Hari Raya semua.Update sikit.

Unid plan balik raya 19hb June petang tapi 16hb pagi dapat berita nenek unid sebelah bapa[tok timah] sakit dan tak sedarkan diri.

Maka tukar plan, beli tiket 17 hb June.Serba salah juga nak bagitau member sekerja sebab unid cuti lama juga, tapi diorang cool.Maka 16 hb June unid kerja macam nak rak , especially hari tu deployment date.Sambil curi curi masak untuk berbuka sambil buat deployment.Aci la kan.Sebab tanak buat kerja halfway.

Esok 17hb pukul 6.45 pagi dah keluar rumah sebab nak chase tren ETS pukul lapan.Mujurlah LRT takde buat hal.Sampai sungai petani tengahari terus shoot ke rumah Tok Timah.Tok dah tak sedarkan diri.Sayu pulak sebab tak bercakap dengan dia.

Esoknya unid demam selsema, rasanya sebab tak cukup rest.Yang lagi sedih berjangkit pulak dengan anak menakan.So imagine la hidup kami, memang tak cukup tidur sebab nak jaga baby yang demam panas.

20 hb June , tok timah meninggal waktu pagi.Masa tu adik unid on the way nak buat medical check. Rezeki tok meninggal di bulan puasa pada umur 86 tahun.

Banyak kenangan unid dengan tok( nenek ) dan che(datuk) sebab masa kecik kecik unid banyak habiskan masa kat kampung. Main kat sungai, sawah dan macam macam la.Tok jenis yang suka menghabiskan masa dekat luar.Bercucuk tanam bagai. Bila dia sihat sikit penuhlah laman tu dengan sayur sayuran.

Masa kecik dia pernah masak pucuk paku dengan putih telur.Rasanya lemak lemak.Sekali dia bagitau tu bukan putih telur tapi OTAK LEMBU. Trauma jap unid..Unid memang tak makan otak apa -apa pun sampai sekarang.

Unid ingat masa unid tidur kat kampung , antara sedar tak sedar tok akan datang betulkan selimut dan kelambu.Masa tu tok tak aware unid jaga.Tapi tulah nenek mana tak sayangkan cucu kan.

Bila tengok balik gambar raya, takde satu pun yang unid tangkap masa beraya kat rumah tok timah.Dalam tak sedar mode nak bergambar takde masa beraya rumah che.Rindu tok dengan che.Moga moga roh mereka dirahmati Allah. Amin.


A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on