Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

Archwire

08 June 2012

Dah hampir 7 bulan unid pakai braces.Archwire dah tuka 2 kali.Kali kedua tu rasa best jer.Sebab tak sakit, takda rasa gatal-gatal gusi, gusi berdarah atau sewaktu dengannya.So maknanya, gigi tak bergerak, kalau bergerak pun sikit jer kut.

Oleh sebab tak sakit, maka jaranglah unid pergi klinik.Okay-okay ..08 June 2012 Jumaat lepas unid pi.Doktor check-check kemudian dia komen, 'Cepatlah gigi you gerak.Kalau gini tak sampai 2 tahun dah boleh buka'.


Maka doktor pun request untuk tukar archwire.Kali ini archwire yang lagi keras.Wah..lepas tukar archwire ni terus rasa sakit.Masa tukar archwire yang kedua tak rasa sakit pun, tapi yang ketiga ni macam pakai yang first, cuma bibir rasa tak seksi jer. :* . Maka esoknya, majlis pertunangan adik disambut dengan penuh kecewa dek kerana menahan air liur dan perut.Makanan best-best and manis-manis pulak tu.


Ok dah.Meh kita baca tentang archwire tu.Pemakaian braces semua melibatkan 4 Fasa.So Unid baru masuk second phase.

Ok dah.Meh kita tengok apa benda archwire tu.


PHASE I: INITIAL LIGHT ROUND WIRES
The initial phase starts tooth movement, rotation control, leveling, aligning, arch form, and prepares for the second phase of archwire sequencing


Kiranya phase 1 ni untuk warming up.So takdela mengganas sangat(tapi sakit gak memula tu), ye la kalau ganas-ganas sangat kang terus tercabut semua gigi.Tak fasal kena tukar pakai gigi palsu pulak.


Dalam phase 1 ni, ada dua archwire.Seperti di bawah.Kiranya lebih kurang 4 months pakai .014 archwire , then after that pakai .016 around 3 months.


.014 Damon Copper Ni-Ti  >>Start tooth movement, leveling, begin arch form development, prepare for next archwire.[Unid dah lepas]
.016 Ni-Ti SE >> Used occasionally as second archwire in severely crowded adu


PHASE II: HIGH-TECHNOLOGY EDGEWISE WIRES
The second, or high-tech edgewise phase, is the “heart and soul” of the Damon System. This phase starts working on torque, root angulations and levels, completes rotation control, continues arch form development, consolidates space in the anterior segments, and prepares for the third phase of archwire sequencing. It is critically important to take a panorex and evaluate root and bracket position before proceeding to the major mechanics phase of treatment

Okay , sekarang unid baru masuk Phase 2.Cuba baca tu... wah kerja kuda.Maknanya Phase 2 ni dia akan mengganas la kut.Untuk menghabiskan Phase 2 , Unid kena pakai lagi 3 archwire lagi.Wah tak sabar nak tunggu doktor tukar.

.014 x .025 Damon Copper Ni-Ti. >> The workhorse of the second phase. Placed in upper and lower well-prepared arches.[Sekarang in progress]


018 x .025 Damon Copper Ni-Ti >> Excellent wire to prepare for insertion of the working stainless steel transition wire.

017 x .025 Damon Ni-Ti >>Used with 20° of anterior torque and reverse curve; superb for division 2 second wire. If only intrusion needed, use the same size wire without the torque in the anterior.


.019 x .025 Damon Ni-Ti >>Used with 20° of anterior torque and reverse curve. Great follow-up wire on challenging division II cases. If only intrusion needed, use the same size wire without the torque in the anterior.




Nota:Tak larat nak baca semua phase, kalau nak tau sila ke http://www.ormco.com/products/damon/education/archwire-sequencing.php


Kat bawah ni gambar archwire yang unid ambil.Haish..orang nak pasang archwire, unid pula sibuk ambik gambar.

[auto pos entri]

Friday, June 22, 2012

Makanan

Hahah.. lamanya tak upload gambar makanan.Suka mengenang kembali apa yang dimasak dan selamat ditelan dan selamat dikuburkan.

Breakfast... wah cam lengkap jer

Tu bukan mee ye..tapi spageti pasta yang disupkan.Unid tak beli mee basah sebab tak tahan lama untuk dibuat stok

Spageti Udang

Masak ala mee kari

Beli chicken steak lepas tu kapitkan dengan roti.Letak cheese.. wallah.Terbaek~
[autopost entri]

Thursday, June 21, 2012

Projek : Curtain

Okey saya cuma ada masa dari Selasa hingga Sabtu pagi untuk menyiapkan curtain.Total semua 7 tapi sebab curtain kat dapur and bilik abah tu dikonsiderkan tak penting sebab kesuntukan masa maka saya harus menyiapkan lima curtain.

Tiga di ruang tamu, dua lagi di bilik.Curtain kat ruang tamu kaler krim corak bunga-bunga merah.Yang dalam bilik kaler hijau plus gold.

Mau lebam jugak dibuatnya sebab Selasa sampai Jumaat kan kerja.So cuma ada masa waktu malam sahaja.Dan waktu malam pun tak berapa panjang disebabkan balik kerja pun lambat.Hari Rabu bangun pagi cam demam... terus terpaksa ambik half day.

At last siap juga... lepas majlis settle baru sedar lebam biru kat betis.Tah berlanggar apa tah.Hari isnin kerja tapi rasa badan dah demam.Penat...orang lain yang bertunang , unid pula yang demam :P. Apa pun ... give thanks to Allah.Alhamdulillah~








[autopost entri]

Wednesday, June 20, 2012

Projek :Baju kurung

Beli kain ni harganya ...RM25.90 4 meter.Kualiti kain out, sebab berbulu bulu.

Baju siap cuma spoil dekat leher dek last minute kena tukar pakai lis disebabkan masalah teknikal[mesin jahit tu tah apa angin dia, cantik jer benang atas tapi benang bawah buruk]Dah tu unid tak perasan, terus tebuk, sekali tak melekat...Ahaks kain dah berbulu, dah susah nak ditetas atau dijahit balik.So pakai lis...end up leher luas dowh.

Kain pun cam ada spoil sikit sebab getah tu amik ngam -ngam ikut pinggan.Sudahnya longgar sikit.

Memang banyak dugaan, banyak tetas dan jahit, termasuk lah  tak familiar dengan mesin jahit.Pastu rajin pulak jahit lis kat baju.

Dah siap tak sempat basuh... terus resmi.Terus canang kat semua orang baju jahit sendiri.Bangga siut walaupun menggeleber sana sini.



Monday, June 18, 2012

Ironi?


Budaya yang biasa...

Contoh 1
Luar biasa jika anak perempuan tidak diajar memasak, bangun awal, mengemas rumah, malah berkebun.

Biasa jika anak lelaki tak tahu buat kerja rumah, jangan kata kerja perempuan kerja lelaki seperti membersihkan laman rumah kalau anak lelaki tak nak buat pun tak jadi kontroversi.Malah biasa untuk anak perempuan disuruh sediakan semua untuk anak lelaki,walhal anak lelaki bangun ...nonton tv, main bola.

Bila ditanya..'Biasalah lelaki..'.Kalau perempuan sudah jadi umpatan dowh.

Contoh 2
Biasa jika ibu bekerja, dengan duit kerja tu lah banyak keperluan rumah di support.Balik kerja, memasak , mengemas... jarang ibu bekerja skip kerja rumah.

Luar biasa ada bapa yang rajin memasak , membasuh dan mengemas.Kalau ditanya kenapa...'Lohh..itukan tanggung jawab perempuan'.


Contoh 3
Pong pang pong pang label perempuan yang tak menutup aurat murahan.Tapi jika ada isteri bertudung litup, perempuan seksi masih dijeling.Jika ditanya..dijawab 'Rezeki...'

Malam-malam pula surfing porno, fikir-fikirkanlah.

Contoh 4
Kalau lelaki merokok...walaupun rokok itu haram.Itu biasa.Cuba kalau perempuan merokok, mintak simpang dijadikan isteri, doanya

Contoh 5
Kahwin 4 itu sunnah yang digembar gemburkan.Tapi bila disuruh adil bising.Silap haribulan isteri dimaki hamun.Solat...puasa ... tepuk dada tanyalah iman.

Contoh 6
Jika perempuan buat list... untuk calon idaman dikatakan cerewet.

Kalau list lelaki... cuba lah check facebook ke memana mesti banyak ciri-ciri perempuan solehan lagi banyak dihebahkan daripada ciri-ciri suami yang dihebahkan.

Contoh 7
Bila nak masuk meminang anak orang... marah sebab apalah perempuan nyusahkan nak hantaran tinggi.

Tapi bila anak sendiri dipinang... pandai pulak buat alasan untuk mintak hantaran tinggi-tinggi.Sudah jadi bapa, bukankah anda sudah ada kuasa untuk mansuhkan hantaran?Kebanyakan hantaran tidak diputuskan oleh si anak, tetapi ibu bapa.[Adakah anak pompuan state dia nak hantaran berapa berapa?Tak nah jumpa lagi la takat ni.]