Search This Blog

Friday, January 25, 2013

Makanan

[autopost enty]

Makanan. I am thinking about gaining weight after remove my braces.My objective is 60 kg. What my friends response?

Are you insane?50 kg is good enough for you. Ha ha ha
Careful unid.Nanti nyesal .60 kg tu berat sangat tau!

Aisshh...makanan...begitu indah yet menyiksakan saat-saat daku memakai gigi besi.






Tapi ku TELAN jugak semuanya.

Thursday, January 24, 2013

Labi and Tuah

Okey.

This is Labi.


I donno why... but he remind me to this

Source


Tapi ye, that's how Labi criteria look like.Muka dia selalu garang.He seldom bite or mad at human but easily piss off by other cat (most of the cat).

Now we got new comer called Tuah.He still a kitten and very naughty.He seem like tak makan saman, he will kacau other cat, human without thinking about risk.And he likes to kacau Labi.

He seem like everything about Labi, he loves Labi's tail yang panjang mengurai.He loves Labi cheek yang tembam and he will pow Labi without thinking that Labi can telan him bulat-bulat without noticed by others.Yes, sebab Labi badan dia besar, kalau dia telan Tuah , rasanya kami tak perasan kut. :)

Labi: Takde tempat lain ke nak tido


Tuah terlentang tidor after bermain dengan ekor Labi

Tuah: Yah...main dengan ekor .

Labi: Kat sini la kau nak menempel!
Tuah:Auuwwww.





Sempena cuti maulidur rasul

Assalamualaikum and Peace be Upon You :)

Hari ni cuti sempena Maulidur Rasul.Meh la sama-sama selawat ke atas Baginda Nabi S.A.W.Semoga kita akan jumpa dia kat sana nanti amin.Masa ni juga luangkan masa practice sunnah and belajar tentang baginda.

Hari ini unid plan nak siapkan baju kurung.Actually kain bajunya sudah ada, tapi disebabkan baju asalnya rosak so unid buat baju jer la. Baju kurung biru kosong.Alhamdulillah, tengok dah siap pun.
Nampak gayanya lepas ni kena cari manik untuk hiaskan.

Wednesday, January 16, 2013

Pagi

Hari-hari yang penuh stress dan sibuk.Namun setiap pagi sentiasa segar
Jika hujan ,ianya sejuk menyamankan.Jika cerah,matahari yang terbit membawa khasiatnya.

Semoga Allah memberkati mereka yang berpagi-pagi.Semoga unid termasuk dalam golongan yang berpagi-pagi.

Nota:while having heavy breakfast.

Sunday, January 13, 2013

Rubber Band

[Assalamualaikum and  Peace Be Upon You]

What is rubber band?Yang ini pun rubber band.But that's not the rubber band that I mean.Yang unid nak cerita ialah rubber band for braces.


Yang macam ini.Kecil-kecil color putih.Tujuannya adalah untuk membetulkan overbite(jongang).Gigi unid dah sama tapi still jongang.So rubber band akan menarik gigi supaya masuk ke dalam.


Doktor suruh unid pakai every day 3 times perday.Adui... unid cuma boleh buat dua kali sehari ja. Mula-mula pakai rasa sengal dan gatal gusi.Agak susah bila nak makan, bukan agak la..memang susah. Unid tak faham kenapa gambar rusa dengan bunga-bunga di gigi kat paket rubber band ni?

Beginilah cara memakai rubber band.Seksa tak?Hari tu bila Unid pergi office suddenly my teammate tegur.Why your face like got something in your mouth?Memanglah got something inside my mouth, it's rubber band!
[credit]


Thursday, January 3, 2013

Si Tuah

Anak kucing baru yang dibela.Namanya Tuah.Bukan unid yang bagi nama tau!

Wednesday, January 2, 2013

Blogging from S3


Note:Edited thru laptop.Deng!Gedabak gila pic yang update from mobile.
First time tulis blog dari phone dengan menggunakan Blogger apps.Coool lah!
Pic di bawah adalah muka budak yg muflis selepas beberapa minutes dapat pegang s3 pada hari Sabtu 29 dec 2012.Kiranya antara gambar pertama from my s3.

Tuesday, January 1, 2013

The Awesome 2013

Assalamualaikum [Peace be Upon You]

Welcome 2013.A year that have a lot of rumors.Well it 's here anyway. Banyak benda nak dibuat, umur makin banyak tapi rasa singkat.Wahaa :)

Unid asyik memikirkan apa yang nak dibuat untuk tahun 2013.Well , I should grab opportunity to learn and achieve something right.Masa adalah nikmat yang paling berharga.

Focus on attitude , inner / outer health
Perlu fokus pada attitude, penampilan and kesihatan.Umur makin meningkat perlu jaga supaya sentiasa sihat sampai akhir hayat.I will face the future with bright attitude.Positive future ... InsyaAllah.[Tiba-tiba teringat kat Maher Zain :) ]

Focus on financial management
Well, penting ni.Asyik kerja tapi tak pandai urus gaji.Bahaya kan.So tahun ni, unid akan cuba focus and monitor on financial management.Kat mana nak melabur , bagaimana nak monitor.Kadang-kadang bila statement datang buat tatau ja sebab tak faham.Kali ni hopefully , setiap kali ada surat/report tentang kewangan unid boleh faham.Tu tak termasuk cara nak uruskan hutang.Huii...banyaknya benda nak belajar.

Belajar agama
InsyaAllah , unid tak akan lepas peluang untuk attend kelas-kelas yang meningkatkan kefahaman unid tentang Islam.Kelas agama agak susah didapati kat sini, tapi unid berharap Allah permudahkan ini untuk unid.

Motorcycle/Horse
Yang ini still under consideration.Sebab kelas-kelas begini memerlukan komitment yang tinggi.Sama seperti kelas menjahit sekarang, almost every Saturday I was booked.Belajar naik motor ni penting, sebab boleh dipakai semasa darurat.Belajar naik kuda ni impian.Teringin dari dulu tapi rasanya tak sepenting belajar naik motor.

Banyakkan menulis
Tulisan banyak, tapi yang berfaedah ni kurang.So I hope in 2013,I can focus writing something good to read.


Banyak azam,tekad untuk berubah.Baguslah semua orang berkeinginan untuk menjadi lebih baik.

I should face the awesome 2013 with attitude B-)


Flash back 2012

Assalamualaikum [Peace be Upon You]

Dah berlalu 2012.Rasa macam baru ja sebulan dua , cepat sangat masa berlalu sekarang ni.

Well, unid nak flash back a few things yang terjadi dalam 2012.Moga-moga unid menjadi orang yang bersyukur.

Menjahit
Unid masuk kelas jahitan.Dah hampir complete semua class cuma tinggal satu class je lagi.Alhamdulillah, Unid berjaya menjahit beberapa helai baju kurung dan one of it for my mom.Emak unid banyak complaint tapi at last it turn up to be her favorite baju kurung.Well done for me.Unid ingat lagi, masa pagi raya emak menjerit bila unid jahit cangkuk kain terbalik.Tapi boleh la pakai :).Selain tu, unid jahit simple curtain sempena adik unid kawin.Tak adalah cantik sangat tapi jimat cost.:)

Unid juga dah beli mesin jahit portable, brand singer. :)

Rumah
Alhamdulillah, tahun 2012 adalah first time kami sambut raya di rumah yang agak okay dibandingkan dahulu.Dahulu tak ada tandas yang selesa, tak ada sinki basuh pinggan dan dapur yang selesa.Bocor sehingga kadang-kadang terpaksa guna payung di dalam rumah.Timba, besen terpaksa disediakan bila hujan lebat.Bila angin kuat rasa sangat takut, takut rumah terbang dibawa angin.

Tahun 2012 , rumah dibaiki.Walaupun tak sebesar mana tapi sudah ada dapur dan tandas yang selesa.Mungkin boleh diperbaiki lagi di masa hadapan, tapi bukan sekarang.Nak dapat yang satu ni pun seksa.So sekarang rasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Kenduri kahwin
Tahun ini angah kahwin, and unid dapat adik ipar.First time kami buat majlis di rumah semenjak unid tinggal kat sini.Sebelum ni kami tak pernah buat kenduri kendara.Penat buat kenduri rupanya, banyak benda yang perlu difikirkan.Alhamdulillah kami sekeluarga dapat buat kenduri ni, walaupun tak adalah semewah mana.Just cukup kan syarat kenduri.Makanan cukup, orang yang datang kenyang siap boleh tapau lagi.ALHAMDULILLAH.

Moga-moga perkahwinan adik unid kekal sampai ke syurga.Amin

Emas
Unid berjinak-jinak membeli emas sekarang ni.Sebelum ni unid tak ada barang kemas.Jika ada pun digadai emak untuk keperluan kami sekeluarga.

Sekarang nak kumpul balik, bukan semata-mata kumpul tapi niat mengikut sunnah.Kalau boleh biarlah sampai unid layak memberi zakat emas.

Dalam tahun ni juga, unid hilang rantai tangan.Yang paling malang, unid cuma sedar selepas beberapa hari hilang.Sedar pada suatu pagi saat unid memegang stereng kereta, so it become untraceable. Tapi tak apa, Allah akan ganti yang lagi baik.Kecewa tu memang kecewa, tapi kita kan mempunyai banyak nikmat lain yang perlu disyukuri dari yang perlu ditangisi.


Kereta
Si Ceri ni agak manja tahun ni.Unid tak salahkan dia, unid agak abaikan dia sejak berpindah di Penang.Jarang dibasuh dan sentiasa kotor.

Dalam masa sebulan dua kejadian tayar pancit. Mula-mula kat depan , kemudian beberapa minggu lepas tu tayar belakang.Dan akhirnya kena tukar keempat-empat tayar.RM RM mana mau cari.

Baru ni, windscreen retak.Well it caused by clumsy lorry.Ianya buat unid terfikir, kadang-kadang kita tetap ditimpa kemalangan walaupun kita sudah cukup berhati-hati.Unid followed lori tu jauh.Anggaran dalam empat buat kereta boleh muat di hadapan unid, tapi setakat itu sahaja yang unid boleh jauhkan.Jika unid jauhkan lagi, unid mungkin dipenyek oleh lori lain yang mengekori belakang unid.

Nasib baik juga unid apply windscreen insurance.Walaupun menghadapi masalah membuat laporan polis, tapi akhirnya unid berjaya claim tanpa menggunakan laporan polis.Hikmah dari kemalangan ini, unid berjaya mendapat geran original dari bank. :)

Samsung Galaxy  S3
Well, unid tutup tahun 2012 dengan membeli handphone yang costnya almost RM2k .Unid tak beli guna package dari syarikat telekomunikasi.Well, hutang perlu dihabiskan secepat mungkin ya Unid.

Handphone unid Nokia E66 sudah berkhidmat selama hampir 4 tahun.S3 adalah handphone keempat dalam hidup unid.I like it.Hopefully, ianya akan menolong unid menjadi lebih productive untuk tahun-tahun yang mendatang.


2012 yang bijak.
Mungkin banyak lagi yang terjadi di dalam tahun 2012 yang unid lupa nak tulis.Tapi yang penting, tahun yang lepas mengajar banyak perkara.Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita nak, tapi kita akan sentiasa dapat apa yang kita perlu.KEHENDAK dan KEPERLUAN adalah berbeza kan? Deng! Teringat kelas ekonomi dulu-dulu. :P