Search This Blog

Thursday, December 30, 2010

Bola yang menggilakan

Tatau la kenapa lately.Nyanyuk betul.Asyik salah tengok kalendar jer.Pukul 11 pagi meeting ingatkan pukul 7 pagi.Nasib baik la jugak.Kalau pukul 7 pagi  meting tapi ingat pukul 11 pagi, tak ke lagi haru.

Malaysia menang bola.Tak tengok pun dah tau sebab status update kat FB berlambak-lambak.Tapi esok company tak cuti.Takper la..tak kisah pun (baca dengan nada sedih) .

Yang tak bestnyer pasal bola nih, pemain cool jer, yang melampau si supporters la.Maybe lepas nih, tak perlu tengok bola..kita main baling mercun , botol , suluh laser dan pelbagai lagi .Asal bola jer bergaduh.Nak jadi peminat ekstrem tak perlu lah membuat onar di padang.

Anyway, ayat biasa...tahniah pada yang menang... great game to both players, takpe yang kalah cuba lagi.Malaysia pun dah lama giler tak menang, enjoy tu enjoy gak tapi jangan lupa diri.

Kepada yang bercuti esok, selamat bercuti. 

Majulah sukan untuk kita semua.

Sunday, December 19, 2010

Betul-betul mengamuk

Seriusly, kenapa ler selalu unid asik terkena customer service yang cam bangang. Maybe not all tapi boleh dikatakan 70% of my life I have to face with those service especially bila barang/service yang kita beli buat hal.

Antara yang unid ingat dan ban adalah satu delivery service tu. Bila orang suruh repeat balik address, dengan sombongnya bercakap , "Eh, kiteorang tau la alamat kat mana sume!" Ok, fine.At the end of day , delivery guy tu sampai dengan muka sombong nya tunjuk address ,nak blame unid,"Huh, tengok alamat pun salah macamana nak soh hantar cepat." What the ****, padahal salah orang yang menulis alamat tu jugak yang berlagak sombong tadi. Fine , tu kisah dulu.BTW, Unid dah ban dah delivery service tu.

Yang ini plak, kes hari ini. Unid beli jam, mahal ok RM80.Tak kira mahal ke tak it is my money. First day beli bawak balik rumah, buka kotak tup tup tak jalan.Fine...sabar, besoknya pi balik and complain..good dia bagi baru. Dua tiga hari lepas tu, bukak kotak balik, tarikh pulak tak betul.Dah adjust tak jalan.Fine... sabar pi balik complaint, dia adjustkan.

Fine , dua tiga hari  lepas tu stuck balik.Seriusly Unid rasa jam tangan pasar malam lagi berkualiti. So pegi balik and complaint. Sambil berbual-bual hal peribadi dengan member dia, tah sembang pasal sape tah, dia adjustkan tarikh tu. Setakat adjust tarikh dari 9hb ke 10 hb, budak sekolah pun tau.Kemudian dia pas balik kat Unid.Unid cakap, "Sorry, tolong repair balik.Saya dah adjust banyak kali , dia still stuck jugak lepas dua tiga hari."

"Alah kakak adjust tak betul kut." Selamba jer dia cakap cenggitu.Unid sengih tapi rasa cam geram jer.Sabar sabar."Hari tuh dah datang, ada budak tuh adjust jugak, still tak jadi".Unid bagitau dia, of course I smile.Boleh tak tolong jangan treat customer bodoh sangat.Jam jer ok, bukannya super computer, sesapa pun boleh adjust tarikh and time.We did it all the time rite?

"OK, tiga bulan." Dia cakap selamba.Please note, dari mula Unid jumpa dia sampai ke habis muka masam mencuka.Senyum pun tak, dahla cakap kasar.Seriusly Unid memang rasa nak meletup, tapi control ...control.

"Tiga bulan?" Terkejut weh..nak repair jam pun amik masa tiga bulan.

"Haah, nak kena antar KL bla..bla....."

"OK." Then Unid try nak explain kat mana rosak mintak dia tolong tengokkan betul-betul.Unid takde pulak nak guna bahasa kotor, maki hamun pun tak.My voice still under control walaupun dalam hati nih rasa cam nak meletup. My concern is, after 3 months the issue is not solved, so better I explain betul-betul.


"Nanti kiteorang anta kedai tahulah dia nak buka kat mana...bla..bla .." Dia potong cakap Unid.

"Boleh tak repair tempat lain dekat Penang?"Mana lah tau ada, so bolehlah Unid pi sendiri and hopefully lagi cepat.Jam tuh Unid beli nak buat hadiah.With those problem, nak kena postpone pula, kesian adik unid nak pakai jam tu.Kalau dah tiga bulan, hummm.

"Jam nih maybe leh siap dalam dua minggu, tapi saya bagitau akak tiga bulan sebab kalo saya bagitau akak dua minggu, nanti kalo akak call tak siap  akak  MENGAMUK pulak."

Humm.. notice ayat di atas, kalo sesapa rasa ayat tuh bersopan santun, maybe Unidlah yang terlalu sensitif. Tapi memang from the start Unid dah terasa, dah layan customer cam derkkkk jer, dah la tak senyum, muka masam pulak tuh. Pastu plus dengan ayat yang sangat sombong.Seriusly , kalo dia manager, super market tu akan bankrup dalam masa seminggu.Maybe dia stress, tapi bukankah itu kerjanya?Macam lah customer sangat happy nak datang dua tiga kali ngadu barang rosak.Buang masa ok.

Unid blah dari situ with smile yang dibuat-buat.Rasanya mostly Unid banyak bersabar and mostly Unid halalkan jer barang-barang yang rosak, kekadang rugi balik.Tapi disebabkan selalu sangat terkena macam ni, Unid rasa Unid patut amik tindakan as customer.

Fine, you want to see me mengamuk. I already wrote an email to your management. I hope they won't terminate you because that is not what i want but please in the future , take note - CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Tolonglah layan customer elok-elok especially bila customer tuh cuba sedaya upaya jadi polite.Kalo customer kurang ajar pandai pulak nak buat kerja elok-elok, kalo customer baik layan cam kiteorang ni amik barang free dari kedai awak.

My mood nak shopping takde, I just went there , hantar jam and blah due to the incident.

Monday, December 13, 2010

Silent Therapy

the house ...

and the neighbor

the couple ...

and the lonely ranger

daylight

save for the night

hdtv ...

jakuzi from the river's bank

smell the roses ...

loves vegetable


speechless ...

Sunday, December 12, 2010

Light

I-City, Shah Alam . Shower with colorful light :)




Big world

it's a big world
Anak seperti kain putih, terserahlah apa warna pilihan mu.

p/s:  credit to this little girl. her curiosity inspire me

Thursday, December 9, 2010

Tiba-tiba rindu

Entah kenapa rindu sangat dengan tok sebelah abah.Mungkin sangat jarang balik.Sibuk memanjang.Asal nak balik jer ada jer yang menghalang.

Rasanya weekend ni nak balik berbaktilah kat tok sebelah abah.Kampungnya agak pendalaman.Sejuk dan sunyi.Kalau rasa stress ngan bising dan crowded balik kat sana adalah pengubatnya.

Maybe masa Unid untuk restkan minda. Dok ngan reramai and bising lelama pun boleh jadi sakit juga.

Wednesday, December 8, 2010

Slave

We hate to confess that we are slaves of God, but we actually slave to money, lust, greedy human.It won't go anywhere...

Tuesday, December 7, 2010

Something that not meant to be

Today  is public holiday. I forced myself to go out, because definitely it will be difficult for me to go out at other time.Yes, despite being excited girl, who seem really loves mall, shopping and etc. ,in reality I am not like that.So funny, because I thought I was that girl, but actually I am not. Most of the time , I stuck inside the house.

I was looking for good present for my friend's birthday and it took me hours to choose it, at last I ended up buying a black coffee mug.Okay, I was unlucky because it was NO PLASTIC BAG DAY. So I have to snatch some plastic bag while buying takoyaki.

When I was walking to my car, accidentally the plastic bag contains the present slipped from my finger. At that time, I felt thankful because the mug was inside the box.Hope no break.

When I arrived at home, I opened the box, guess what ? The mug was broken. I just bought it and hoping it will be a great present for my friend and that's how it end.Broken into four pieces.

Sad.But I can't do anything except planning to buy new one and of course it will take a long time as usual.

Monday, December 6, 2010

Tahun Baru 1432H

Selamat tahun baru.Seronok sebab dah baca doa akhir tahun dan awal tahun.Harapnya unid akan jadi orang yang lagi baik.Jika tak sempat habis hujung tahun ni, minta-mintalah Unid pulang ke pangkuan-Nya dengan happy.Unid tak minta banyak, cuma

  1. Unid harap dapat control moody ni.Terlampau kerap terasa hati, cepat marah. makin kerap pula menangis nih.
  2. Harap Unid sentiasa redha dan bersyukur, sebab susah nak buat ni
  3. Minta-minta diberi kekuatan untuk bersabar.Susah nak buat waktu diuji, senang cakap kalau tak kena batang hidung sendiri kan?
  4. Minta Tuhan permudahkan urusan dan berharap Tuhan sentiasa redha dan sayang kat saya. :P
  5. Lagi..umm saya minta semua orang yang mendampingi saya sentiasa ditunjuki dan diberkati
  6. Uihh..banyaknya...(kata tadi cam tak banyak) . I wish you also always happy and calm.
  7. Dan ...
Dah berjela-jela jadinya. So I wish dalam hati jer la. :P

Sunday, December 5, 2010

Template baru

Unid tiba-tiba rasa jemu dengan template lama. Cuba tukar-tukar, tapi rasanya lebih kurang sama jer dengan yang dulu.