Search This Blog

Monday, May 30, 2011

Zaitun

Dalam al-Quran, buah Zaitun adalah buah yang glamor.Kenyataannya buah zaitun memang banyak khasiat dan kegunaannya.Pergilah memana, insyaAllah senang dijumpai di Malaysia walaupun kita bukanlah pengeluar buah zaitun.

Buah Zaitun saya selalu guna untuk membersihkan muka waktu petang sebelum saya cuci muka dengan pencuci muka.Kadang-kadang saya apply kat rambut lepas syampu.

Banyak kegunaannya and antara yang saya tahu,

1 - Mencantikkan kulit, especially untuk kulit kering
2-  Menurunkan berat badan
3- Mengurangkan sakit sendi

Humm..tapi kali ini saya nak try minum pula.Satu sudu setiap pagi.So saya challenge diri saya untuk dua minggu, ambil satu sudu olive oil setiap hari.

Pasal olive oil, boleh Google.Antara link yang saya suka ialah http://dailydose.typepad.com/suzy-levis-daily-dose/2009/11/olive-oil-what-one-tablespoon-a-day-can-do-for-you.html

Siapa berminat, mehla kita buat sesama :)

Thursday, May 26, 2011

Pirate of the Carribean

Owhh.. saya dah lama tak tengok wayang.Hampir setahun ke? Yerp rasanya hampir setahun.

Tapi semalam saya tengok Pirate of the Carribean (POTC) 3 D. Owhh...ini first time saya tengok movie 3 d.3D dah ada kat Queensbay and saya baru jer tau.

So me and my housemate pun tengok , wayang start dari kul 9.25 pm sampai la 11.45 pm.Citer dia tak banyak action , nasib baik la jugak kalau tak mesti seriau bila rasa pedang tu mencucuk cucuk muka.Tapi rasanyer takde effect sangat  pun 3d ke tak melainkan subtitle jer.Mungkin unid jer yang rasa camtuh.Tapi citer dia memang kelakar.

Tapi satu jer yang Unid confuse, kalo mermaid semua betina and masa musim mengawan diorang makan kelasi-kelasi lelaki, camana pulak dia orang nak membiak?Hi hi hi ... takper abaikan jer. :) . Pastu yang lawak masa last -last tuh orang Sepanyol datang, boleh plak diorang hancurkan tempat tuh and kata 'khurafat' nih.Punya lah berusaha berlayar cam nak rak, last-last untuk tujuan yang lain rupanya, tak sama ngan orang lain. Suspense jer! Nak tau , tengok la sendiri.

Akibat balik lewat dan tidor lewat, seharian saya pening di office.Berpinar-pinar nak muntah, nasib baik server down (selalunya saya yang rajin mengamuk kalau server down, sebab banyak pending kerja).Tapi untuk hari ni saya bersyukur.

ps: tak sabar nak tengok Kungfu Panda 2

Wednesday, May 18, 2011

Abi dan Cacing

Masih ingatkah anda tentang si Abi.Humm.baru-baru ni my mom found out yang dia kecacingan.Perutnya mengeras dan dia mula tak lalu makan.Tak bermaya cam nak mati seperti adik beradik nyer yang lain.

Aduh, my mom risau.Dia call saya tanya nak buat camana.Saya pun taktau last-last saya cakap cuba try bagi Zentel ubat cacing tuh.So emak pun belah empat tablet Zentel tuh dan bagi dia makan satu per empat.Takleh bagi semua sebab dia baru nak masuk dua bulan.Manusia pun makan satu dos jer untuk enam bulan, kalau bagi sedos kat anak kucing tu, rasanya isi perut dia pun keluar sekali.Haih, inilah masalahnyer duduk kat kampung, susah nak cari doktor haiwan.

Jadi selepas makan ubat tuh, Abi ada muntah muntah dan berak.Humm..cacingnyer adalah berbelas ekor , tak padan dengan perut emak kata.Eeii...geli pula den nak membayangkan.Selepas dua hari Abi menunjukkan tanda-tanda nak pulih.Sudah lalu makan.Takleh lambat serve , merah jer mulut dia membebel kat kita orang.

Yang kelakarnyer bulunyer luruh, humm..maybe symptom ubat kut.Hopefully you get well soon.

Sebelum

Selepas

Ayin

Ini lah Ayin, adik beradik si Koa yang hilang tu.Ayin ni sangat pendiam.Buat lah apa pun, susah benar nak dengar suara dia.Kekadang penyek cam mana pun tak bunyi. Cuma bila dia balik dari meronda pagi-pagi, lapar, dari luar rumah dah dengar dia bunyi.

Dia jarang balik rumah.Kadang-kadang sehari tak balik, kadang dua hari.Selalu outstation, maybe dia masuk rukun tetangga kut.Bila balik selalunyer around lapan pagi, dia akan mengiau dari jauh.So my mom dah faham dah, anak dia balik and kelaparan.

Tapi semenjak kucing tompok ni ada, jarang dia berjalan.Takutlah tuh.Takut si Tompok rampas kuasa dia di rumah.Tapi Tompok  dah memang sah-sah tak suka kat dia.Mesti si Tompok ni memula ingat Ayin ni kucing baru datang cam dia, ye lah masa Tompok datang Ayin outstation.So dua ekor ni memang susah sikit la nak ngam.

Selalunyer Tompok la cari pasal.Humm..tatau la korang, pepandaila settle kan masalah korang sendiri.

Ayin, the Golden Eyes

Koa, Missing in Action



Tomcat

Berita sedih tentang kucing saya.FYI, Koa hilang.Hilang dah hampir tiga minggu lebih.Cam takde harapan jer nak jumpa balik.Emak sangat sedih, ye la anak yang dibela dari kecik dah hilang.Kemungkinan accident, sebab biasalah rumah kami tepi jalan.

Tapi yang peliknye, datang pula kucing tompok yang gemuk pendek kat rumah kami.Kucing tu bersih, sangat debab and bertambah debab sejak mak beri makan.Rasanyer macam bertuan tapi duduk kat rumah kami cam tak mau balik jer.Tatau la tuan kamu risau ke tak.

Kucing tompok nih manja, dah tu vokal pulak tuh.Pandai jer menyahut bila orang panggil.Tak macam Ayin, abang si Koa.Ayin ni mute, I mean sangat pendiam.Okay sambung balik cerita si tompok nih.

Dia kuat makan, tu yang syok tuh bagi nasi makan.Bagi whiskas lagi la makan, tak tinggal sebiji pun.Kita orang memang syok peluk dia sebab dia padat cam guni beras.

Sifatnye yang tak baik adalah dia suka cari gaduh.Baru datang rumah kami start nak halau kucing-kucing lain, especially Ayin.Humm.. memula bapa saya asyik backing dia jer yelah suma Ayin yang salah.Emak saya backing Ayin, sebab Ayin kami bela dari kecik.

Sampailah satu hari bapa saya nampak Tompok sedang mengacau Ayin yang sedang tidur.Hah..kan dah tau sapa yang salah.Tapi kitaorang tak marah pun. Just hopefully diorang dapat bebaik suatu hari nanti.

Lihatlah gambar Tomcat (Tompok) yang gemuk ni.Kucing sapelah agaknyer ni?

Tengokla mata hijaunyer.

Gemuk pendek

Luka kat dahi tu sebab suka cari gaduh

shake hand...besar kan tangan dia

samseng kampung dusun

Monday, May 9, 2011