Search This Blog

Sunday, April 30, 2017

Naik bas

hari jumaat lepas unid balik kampung naik bus.selalu kalau naik bus memang unid ambil bas malam, kalau lewat lagi bagus.kiranya unid naik bus tu untuk tidur dan esok pagi sampai baling.

tunggu dekat tbs, bus tu on time 11.30 dah sampai.tapi elok jer unid naik bus tu tengok ada orang lain tidur tempat unid.budak pompuan cantik giler.unid gerak dan bagitau ni tempat unid.dia muka selamba cakap, tempat dia ada orang lain duduk so dia duduk tempat unid.unid tanya balik, habis tu macam mana ni yang awak duduk tu seat saya. boleh dia buat tak tau dan sambung tidur.iskkk... isskk.. muka cantik tapi kan ...(unid seriusly maki dalam hati). kalau ikut baran memang nak buat scene jer.tarik nafas jap, terus pikir dari aku deal dengan dak pompuan ni better aku deal dengan budak yang ambil seat dia.(walaupun dari segi logik tak patut kan)

unid bukan tanak duduk tempat lain, tapi dah beli single seat kut.yang seat single lain suma penuh.nak duduk kat kerusi yang double seat satu hal pulak nanti kalau penumpang yang naik nanti ni lelaki.lagi pun that's my right kut, my seat. unid terus pi dekat seat yang budak tu claim tempat dia tapi orang lain duduk.budak yang duduk tempat dia lelaki, so terus unid tanya.

dia cakap sebab tulis seat dia.ahh sudah , walaupun beli dekat easy booking selalu ada problem macam ni.tiba tiba nyesal beli tiket bus yang bukan plusliner atau tranasional.

sepanjang unid negotiate ngan budak lelaki tu, budak pompuan yang duduk kat seat unid tidur seperti tiada apa apa berlaku.unid plak yang bernegotiate bagi pihak dia.kut kut la nak berdiri kat situ , at least buat muka kesian.Hantu betul.

tengah tengah kami berdua dalam konfuse sebab budak lelaki tu pun taknak berganjak , ada pompuan lain  bagitau takper nanti bus stop kat sekian sekian baru tempat duduk ditentukan.yela dik, kalau sampai kat kulim baru nak decide nak duduk seat mana tak guna.at least decide awal awal , so ko boleh settle dekat seat ko dengan tenang.

last unid cakap,'okay, akak duduk dekat seat lain.in case, kalau tiba tiba yang naik nanti duduk sebelah akak tu lelaki kita tukar ya.'

budak tu angguk.so duduk la aku dekat kerusi lain sampai kat jalan duta, kebetulan yang naik tu lelaki.terus aku suruh budak yang duduk single seat tu replace tempat aku. mudah jer dia bangun kasi seat tu.

yang budak pompuan yang ambil seat aku tu buat derk jer tidur. dalam hati unid,'ko jangan bangun dan nak claim ni seat ko pulak.' kecik ati aku bukan sebab dia duduk seat aku, tapi sebab dia boleh buat derk jer macam takde apa apa berlaku.sudahnya aku yang terpaksa fight.orang luar mungkin nampak , eh akak ni kan garangnyer. well, at least better than diam and buat muka lembut tapi actually ambil hak orang.

dalam hidup ni memang ada orang yang ambil hak kita tapi rasa tak bersalah.kalau dia join dan negotiate sekali memang aku takkan marah.at least boleh plan duduk sesama , banyak jer solution kalau nak discuss.tapi ko decide ambik hak orang dan pretend macam takde apa-apa.orang lain pulak yang bersusah payah disebabkan ko.kalau orang cakap cantik tapi bimbo pandai pulak nak marah.

so sesapa yang jenis nak berjalan tapi tanak drive, duit minyak pun tanak totong atau jenis suka nak makan makanan orang, tapi makanan sendiri sorok tanak share. jenis malu nak bertanya(malu konon) tapi suruh orang lain tanya kan tanpa memikir yang susah payah orang yang tolong ko , sorry to say. anda termasuk dalam golongan begini.dan unid memang pantang orang macam ni.jenis jenis memanipulasi orang dan berlagak baik.biar garang asalkan tak nyusahkan orang.

Wednesday, April 12, 2017

Flat atau kondo

Flat atau kondo.Unid ingat sangat ada seorang member cakap:

Jangan ingat duduk kondo best.Nak masuk kena access card, lupa access card beratur la kat pondok guard tu depend depa nak bagi masuk ke tak.Tu tak termasuk dengan management law lagi.
Well,unid pernah menyewa kondo sekali tapi takde masalah except parking.Memang nak masuk kena access card.Susah jugak kalau tiba tiba mak ayah nak datang atau tiba tiba terasa nak jamuan ke apa.Tapi best dok kondo ni, besar dari flat.Management maintainkan kebersihan semua.So unid still berangan nak berumah kondo sebab rasa macam lagi practical untuk orang bujang.

Sehinggalah unid pindah kat KL, rumah sekarang.Kondo juga.Unid suka sebab terjaga dan secured cuma rumah ni memang banyak maintenance.Bayangkan tak sampai setahun berapa biji bulb kena tukar.Nak kata overload power ke tak rasanya sebab masing masing particular.Takde lampu buka sampai 24 hour, kalau pi kerja tu siap masing masing cabut plug lagi.Kat rumah sendiri pun unid tak buat macam tu tau.Last time switch apa tah terbakar, panggil management betulkan.Kena bayar banyak jugak.Unid still lagi tak faham, kenapa mahal sebab maintenance fee dah bayar.

Beberapa bulan lepas, sinki tersumbat.Suruh technician management tengokkan , dia tuangkan asid and charge RM60 lebih padahal unid tau asid tu murah ja.Memang mahal so unid nak tau unid turun tanya management.Sebab dah bayar maintenance fee bulan bulan, kalau nak charge pun takkan sampai bertriple fourth times padahal tuang asid jer.Management reply,"Oh kalau cik repair dalam unit rumah check charge yang diambil terpulang kepada technician tersebut." Ohhh selama ni ingat pakai technician management murah.Okay next time kena panggil orang luar la gitu.

Thursday, April 6, 2017

An apple a day keep the doctor away

An apple a day keep the  doctor away
Actually peribahasa ni simple tapi dalam.Sebiji epal sehari menjauhkan diri dari sakit.Ada sebab dia tulis an apple a day instead 7 apples a week.Sebiji epal setiap hari tak sama kesannya 7 biji epal sekaligus untuk seminggu.

Sebiji epal sehari untuk setahun, tak sama kesannya dengan 365 biji epal sekaligus.Kunci sini adalah CONSISTENT -istiqamah. Amalan yang kecil, diamalkan setiap hari, dijadikan habit baru berkesan.

Kalau nak sihat, kena jaga tiap tiap hari.Nak pandai kena usaha tiap tiap hari.Takkan sama orang yang study seratus buku sehari tetapi tidur untuk hari hari lain dengan orang yang membaca buku setiap hari.Walaupun sehelai sehari.

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang kecil.

Wednesday, April 5, 2017

Gemuk

"Banyak kali kena rejek dengan laki sebab gemuk.Tu yang nak kena diet."
"Kalau kurus senang la dapat pakwe."
Tak salah since 2004 unid dengar rungutan rungutan seperti di atas.Sekarang dah 2017, still ada jugak yang bersedih.Tak salah nak sihat dan kurus, tapi kalau nak mengejar lelaki...LUPAKAN JER LA.
unid adalah living proof membuktikan bahawa orang kurus tak semestinya senang cari pakwe.i tak pernah bercinta tau.*sila muntah ijo*
Bukan sebab aper...takut once dah jadi kurus sekali tak jumpa jodoh terus patah hati berulam jantung.Sebab jodoh tu takdir Allah , bukan pasal kurus, gemuk ,putih atau hitam.

Sunday, April 2, 2017

Shiny Sunday : Masjid Jamek

Hi,

Amacam weekend korang? Saja nak update weekend unid kat sini.

Sabtu
1 - Unid dah alih pokok cili dan mulberi ke pasu yang besar sikit.Dah letak baja, sembur penghalau serangga organik.Sakit hati betul tengok kulat-kulat putih menghurung pokok cili.Semut api kerumun pokok mulberi pulak.Mencabar betul tanam pokok atas apartment ni.Ikut hangat hati ni, nak jer cabut pokok pokok tu tapi bagilah peluang kan.Kut kut dengan ketabahan mereka boleh hidup subur.Boleh lah merasa sambal belacan mulbery.Amin.

2-Kemas almari yang kat dapur.Memang niat nak kemas, tapi ditakdirkan semalam ada gelas jatuh dari almari tu.Tengah syok syok update blog boleh tiba tiba gelas jatuh kaca bersepai.Ini mesti ada tindak balas graviti yang menarik narik gelas tu tanpa disedari sesiapa.

3- Memasak.Rasanya lama giler unid tak memasak.Hosmate dah tegur,'Ikan you yang mahal tu tergolek dalam peti sebelum you sakit.Termasuk dua ekor kembong.'Unid  lupa langsung pasal ikan ikan tu, semalam siap  beli ayam.Nasib baik bila goreng rasa ikan ikan tu okay lagi.

Ahad
1-Pagi pagi buta unid menyental dapur.Dapur tu dah bersih, cuma dekat tungku.Mencabar jugak nak mengorek sisa sisa tumpahan makanan yang melekat sejak bila tah.Tapi puas hati bila dapat cuci.
2- Pi Masjid Jamek.Lama giler tak pi tiba tiba teringin nak pi.Kalau nak tengok unid silalah tengok kat video ni.Malas nak amik gambar bagai, terus buat video.Canggih tak?Oh yang rantai tu actually satu gerai ni buat promotion.3 RM10.Housemate berdua dah pilih rantai tangan, so nak cukup kan korum dorang libatkan unid sekali.Actually unid jarang GILA shopping accesories sebab jarang pakai.Tu yang kena sound,"Make sure pakai tau." Eh sukati diorang jer.

3- Terbabas beli tiket ke Padang.Promo..Opps... =/


Unid doakan weekend korang baik baik saja bersama mereka yang tersayang.Amin =)





Saturday, April 1, 2017

Sakit

aku masuk hospital hari tu sebab H1N1.Tarikh keramat 6hb sampai 12 hb Mac aku kat hospital.

Macam mana aku boleh kena?Ntah, memang takda idea macam mana boleh kena.Hari Sabtu tu pi hiking kat hutan komuniti Kota Damansara.Sihat jer.

Sorang member geng hiking tidur kat rumah sampai Ahad.Ahad pi shopping barang barang keperluan.Malam siap buat video review buku.aku tidor lambat, masa tengah malam tu rasa sejuk.Batuk tapi takdelah teruk sangat.

Pagi Isnin memang tak larat nak bangun.Dalam hati , kenapalah nak sakit hari Isnin?Malas nak pi klinik sebab selalu Isnin dan Jumaat memang hari glamor orang amik MC,malas nak menunggu kat klinik. Tengah berkira kira samada larat ke aku naik lrt, nak work from home laptop tinggal kat office.Last-last sambung tidur,terjaga balik around pukul 9 gitu.Pi drive klinik, memang slow lah sebab rasa tak larat gila.Kalau ikut hati memang tanak pi klinik, nak tidur jer.

Masuk klinik macam biasa menunggu.Bila time jumpa doktor, doktor check eh panas ni.Dia tanya symptom symptom bunyi macam denggi.Kemudian dia ambil darah nak check.aku dah letak kepala atas meja doktor tu, sorry memang tak larat sangat.Sebab suspect denggi dia buat surat refer untuk hospital.

Dia tanya.'Larat ke ni?Nampak macam tak larat ni.Nak saya call ambulan ke?'Adui, bunyi macam extravaganza la pulak aku naik ambulan.'Takpa la doktor, saya naik grab jer.' Doktor asyik pesan suruh direct pi hospital.Dia refer hospital Columbia Asia sebab dekat dengan rumah.