Search This Blog

Sunday, February 22, 2009

Nasi masih menjadi beras

Semuanya bermula saat aku terlajak tidur sampai kul 8.30 pagi. Pening kepala.Lepas tuh mengemas dan berdobi. Perut berbunyi-bunyi.Nak masak apa eh?Ayam semalam aku dah habiskan buat sup.Hari ni tak ada apa-apa nak dimasak.Takpa la hari ni telur mata jer la. Malas nak keluar pi beli pekakas.

Aku pon membasuh beras dan menanak nasi.Lebih kurang kul 2.00 aku dapat SMS dari mak.

“Anak mak makan nasi lagi?”

“Nak goreng telor jer hari ni” Aku membalas.
“Makan lauk telor je ke?Kasian anak mak.” Perli orang tua ni.

“Mak masak apa hari ni?”
“Masak lemak udang, sambal belacan, ulam pucuk mengkudu.” Menguji kesabaran tul.

“Macam kena balik jer ni.” Aku teruja.
“Balik la saying oi” SMS mak macam memekik balik suruh makan tengahari.

Takapalah.Aku ingat nak pi library jap.Minggu depan jer balik.Aku kuatkan semangat.
Perut aku berbunyi.Cepat-cepat aku bukak periuk tengok nasi.Eh, asal nasi nih masih jadi beras???

Alamak lupa onkan suis rice cooker.Huwaaaaaaaaaaaaa..camni betul-betul kena balik.

p/s: Saat ni aku dah selamat mengatasi kelaparan dengan nasi putih telur mata. :)

Friday, February 20, 2009

Hipokrasi

“Unid tanya lah. Kita segan lah dengan lelaki.” Kata-kata ni selalu aku dengar dari kecik sampai la besar. Nak tanya cikgu pon , muka tembok ni jugak yang disuruh.Yang paling menyakitkan macamlah aku ni takda perasaan malu.

Dahla tu bagi alasan segan dengan lelaki, lagi aku nak muntah. Dating ngan pakwe sampai pagi pegang tangan tak malu pula. Aku bukan nak kutuk pasal dating, tapi nak kutuk pasal alasan. Buat alasan pon janganlah macam lah awak alim sangat. Kalau betul alim then memang aku tak kisah. Nih hipokrit. Memang nak termuntah.Malu biar la bertempat, mak aku selalu bising bila soh aku study and tanya orang.

Depan orang suara baik jer, belakang kutuk cow cow.Aku pon serupa gak. Bila pikir-pikir balik manusia ni memang hipokrit.Bila keluar cerita artis kawin lari ngan pakwe yang lagi muda semua orang kutuk cam diri tu sempurna.Tapi bila kena tang batang hidung sendiri pandai pulak cakap dah jodoh.

Bila kes orang bercerai pandai jer bagi nasihat, begini la begitu la. Bila time terkena diri sendiri nasihat orang pon dah takleh diterima.

Adik aku menonton cerita Korea, biasa la cerita cinta.Kisahnya si hero ni lupa ingatan bercinta dengan seorang gadis.Kemudian kekasih lama si hero ni cam terhegeh-hegeh kat si hero ni.Adik aku selamba cakap, “Nyampah la pompuan jahat nih.” Merujuk kepada si kekasih lama. Aku menyampuk adil ke kata dia perempuan jahat.Dia cuma nak balik kekasih dia jer.

Nilah yang selalu buat aku menyampah dengan cerita cinta, asal jadi hero ngan heroin mesti baik. Tak kira la si hero ni rampas heroin from husband dia ke, atau sebalik nya tapi sesiapa jer yang menentang cinta diorang mesti jahat. Betul ke jahat?

Aku rasa sebagai manusia kite selalu claim diri kita baik tak kira la kita bakal kawin lari ker, kawin ngan orang muda ke tanak kawin ker mesti baik punya la. Kalo orang lain kawin lari kena kutuk, kawin muda kena kutuk ,tanak kawin pon kena kutuk.Pulak tuh pandai plak buat keluar hujah agama , sekali diri sendiri yang buat.

“Tu la unid.Selalu macam nih.Kita tak pernah buat cam tu tau.” Nak termuntah, padahal aku baru sekali buat silap tu, tu pon pasal terlupa.Nak tegur takper la, jangan buat cam aku ni jahat sangat and engkau tuh super baik.Tegur pulak like u want to tell the whole world.Memang la aku hangin.

Kekadang memangla patut tegur menegur ni, wajib menegur kalo ada mende tak betul, tapi janganlah sampai menjatuhkan air muka orang .Pastu perasan bagus.Lagi elok kalo tegur orang dengan ikhlas.

Penat. Makin dewasa nih makin banyak pulak hipokrasinya. Aku nak muntah, aku tanak tenggelam dalam hipokrasi.Selamatkan daku.Tolong…aku mau keluar dari segala hipokrasi dan kebendaan ni.

Ada satu pepatah yang buat aku terdiam, terkena batang hidung sendiri beb.

Bercerita benda yang tak betul tuh fitnah, bercerita bende betul tapi buruk tu ngumpat.


p/s : Kena zip mulut aku lepas ni, mungkin potong jari sekali. Idea menulis ni datang waktu aku bangun kul 12 malam sebab takleh tido.Bukak laptop dan tup tap.Sebab tu mamai sikit.Sorry ok

Thursday, February 19, 2009

Bongok

"Bongok kan?"

Aku tersengih. Bukan kerana maknanya tapi sebab lama tak dengar dan tengok perkataan tu.Tengok ejaan pun rasa cam nak gelak.

Unid Bongok, Ngok Ngek ... He He He

Wednesday, February 18, 2009

My Forever Lover

Sometimes I just choose further than usual way going back home just to see the sunset. Maybe some people think that I only waste my fuel and time. Every evening I can see sunset clearly from my office’s window. I never bored with the sun and the sky. And I can stand forever just watching them.

When I was little, I used to lie down on the ground and look up the sky. Wondering where the clouds go with my black white cat named Panda lying next to me.

Watching the sun, moon, star and sky makes me feel alone, feel little but yet that is the greatest feeling. I just wondering where is my place in this world between those greatest creatures?

This morning, I wondering what title of surah that I want to read, then I choose to As- Syams. I feel grateful to God who creates Sun and Sky that becomes my inspiration in this life.

By the sun and its brightness.
And by the moon when it follows it.
And by the day when it brightens it
And by the night when it covers it.
And by the heaven and its Maker.
And by the earth and its Expansionist.
And by the soul and Him who perfected it
Then inspired its and it piety

Surah Ash-Shams 1-8



p/s : I hope my friends feel peaceful whenever they read my entry

Creative Commons License
This work by unid is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License