Search This Blog

Friday, December 1, 2017

Update : Awesome 2017

Update : Tarikh Tutup Penyertaan adalah 18 Dec 2017 .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul.

Wahhh... pejam celik pejam celik dah masuk 2018.Lohh..lagi dua tahun lagi nak 2020.Yay.
Mesti masing masing sekarang tengah kalut nak settlekan goal tahun 2017.Huhu tula sapa suruh buat kerja last minute.

I know that most of us berkobar kobar nak masuk 2018 dengan azam dan semangat baru.Masa ni explore segala kedai buku ushar calon calon notebook, planner yang berkenan.Unid target untuk tahun depan unid nak yang simple simple jer.Kalau boleh nak yang practical.

Bercakap tentang notebook, planner etc, I GOT A VERY GOOD NEWS to all of you.Untuk julung julung kalinya unid nak buat give away.Yela bila browsing those notebooks rasa macam nak beli semua jer hahah.Comel comel dan cantik cantik.Ada tebal ada nipis, ada yang plain ada yang lengkap dengan planner template.Selalunya unid akan rambang mata, it's either end up unid beli terlebih atau unid tak beli langsung.Untuk melayan nafsu membeli lebih dan mengelakkan rasa bersalah terbazir, unid decide nak buat hadiah kat korang, my dearest reader.Yay.

Sweet tak I? Sweet kan, penuh bersemut screen ni. 🐜🐜🐜🐜🐜

Ini syarat-syaratnya :
1- Terbuka kepada rakyat Malaysia yang beralamat di Malaysia.Doakan rezeki di masa hadapan supaya boleh bagi to everyone.
2- Sila pilih entri dari blog ni [unid.blogspot.com] selain dari entri ni.Tulis komen di entri tersebut.
3- Ciri ciri komen
  • Jangan komen di entri ini.Entri ni untuk soal jawab mengenai Give away ni jer atau yang berkenaan.Kalau ada pun contoh komen yang unid buat supaya korang boleh refer.  
  • Mulakan dengan ayat 'Awesome 2017'
  • Kemudian sertakan sebab kenapa anda suka entri yang anda nak komen tu atau  kata-kata positive dan nasihat-nasihat yang baik.In other word, tulislah apa-apa yang anda fikir kan baik.Rileks rileks jer.
  • Sila tinggalkan email untuk unid contact.
4- Anda boleh pilih sebanyak mana entri yang anda nak comment. Tapi unid akan pilih DUA PEMENANG secara undian.Contoh kalau Cik Siti komen untuk 200 entri , hanya sekali sahaja nama Cik Siti dimasukkan dalam undian.Mati kut kalau nak masukkan nama Cik Siti 200 kali.Yang ini kira nasib la kan. Akan tetapi ada hadiah special untuk mereka yang berusaha.Sila rujuk syarat hadiah special.
5- HADIAH Special akan dipilih berdasarkan sebanyak mana entri yang anda komen dan juga keunikan komen komen anda.Maknanya anda tidak digalakkan untuk copy paste komen yang sama untuk entri berlainan.
6-Tarikh mula penyertaan adalah 1 Dec 2017 which mean today dan tarikh tutup penyertaan pada 18 DEC 2017  25 Dec 2017.
7- Pengumuman akan dibuat pada tentatively pada 27 Dec 2017  minggu berikutnya.I'll try my best to hantar hadiah before 1st January 2018.
Total hadiah adalah TIGA.DUA untuk acara undian dan SATU untuk special.Cubalah mana tau yang undian pun anda menang yang special pun anda menang juga.

Pemenang akan menerima sama ada buku nota atau simple planner.Tengoklah yang mana unid rasa best nak bagi.Maybe salah satu note yang awesome ni menjadi milik anda.Nampak tak betapa sweetnya unid cari hadiah untuk korang.Eh... bersemut lagi.🐜🐜🐜

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on


Tapi yang lagi special, NamakuNurindah blog pun gatal nak juga buat give away. Hah... boleh try join sekali kat situ situ kut kut nasib baik.Sila rujuk syarat penyertaan di Namaku Nurindah untuk join acara 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU di sana.

Okay tu jer.

Bye.Jumpa lagi.
πŸ’–unid

Saturday, November 25, 2017

Berdikari ...konon

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda sekalian.

Apa yang anda buat di hari Sabtu yang indah nan permai ni?

Unid dari semalam lagi dah atur itenari.
* Breakfast
* Swimming with my housmate .
* Jump kan kereta
* Attend meetup on AI stuff

Breakfast
Kami makan kat LRT Taman Melati. Nama tempat Mak Tam Nasi Kukus Ayam Dara tapi kedai nasi kukus tu tutup waktu pagi.Maybe bukak waktu malam.So kami try makan roti canai kat situ.Situ macam ala ala medan selera cuma unid assume mungkin meriah lagi waktu malam.

Pagi ni unid bantai roti bom dan roti canai.Unid kalau bab breakfast memang breakfast like a king.Janganlah kau sua biskut biskut.Tu yang perut leh tahan sampai petang.Alhamdulillah unid suka sebab sedap.Rangup kat luar lembut kat dalam gitu.Memang boleh makan lagi kat situ.Dekat jer dengan rumah.#alhamdulillah.

Swimming
Berbulan jugak unid tak swim.Lama lama tak swim takut terjun terus tenggelam.Dahla bantai roti bom dan roti canai.Hah berat kalori tu.Untung batu tenggelam =).

Yang bestnyer kali ni, my new housemate tau berenang.Dia yang suggestkan berenang kat sini.So takdelah unid terkial kial nak kejar masa swim kat UIA .Swim kat UIA best, cuma it opens to public on weekdays dan dari pukul 5 hingga 7 saja. Nak rush balik kerja lepas tu berenang, heh ada hari memang rasa tak kuasa.
It is doable tapi kena usaha lebih sikit.It's okay, I will make sure I allocate some time on weekdays. Good thing I sekarang dah ada option untuk terjun pool hari weekend.#alhamdulillah.

Jump kan kereta
Actually bateri kereta unid kong beberapa hari yang lalu.Unid figured out masa nak keluar dinner bersama sama  kawan.Unid memang cuak bila tekan pager lampu tak nyala.Pusing kunci lampu accesories kat dashboard tu langsung tak nyala.Check lampu semua tutup.Unid syak bateri tapi sebelum ni takdela sampai lampu accessory gelap terus.

Eh... Ceri baru balik Cherating buat hal pula?

Waktu malas nak pikir, lagipun dah la malam.My friend tanya."Are you okay? Still nak pergi dinner tak?"

Unid okay jer.Pergi dinner naik Grab.Tak kuasa unid nak stresskan diri malam malam.Lately I am really take care of my mood.Masalah ni lumrah hidup kan, so kita choose happy dalam menyelesaikan masalah instead of sad, angry while solving something.I don't want to buy anti age cream mahal mahal.Unid nak senyum jer untuk awet muda.

Jadi unid simpan jer la kes tu untuk keesokan harinya dengan harapan Unid dapat jump kan dengan kereta housemate.Malangnya keesokan harinya unid terlajak kerja.Memang tak sedar time tu, terkurung buat kerja dalam gua sampai member call ke ape suma tak perasan.My phone was outside the 'cave' at that time. Maka kes tu terperam sampai hari ni.

Hari ni bangun awal plan nak swim dulu.Nak breakfast dulu, swim then lunch bagi perut kenyang dan happy baru check issue ni.Maybe lebih kurang pukul satu gitu kut.

Kami try jump, cuak jugak sebab ada spark bila unid letak pengapit jumper tu kat bateri.Ini bukan first time unid jump kereta tau.Jump kereta sendiri pernah, tolong jump kan kereta orang lain pun pernah.Cumanya benda ni dah lama buat.Yang kelakarnya masing masing jaga space bila unid nak kapit  jumper tu kat battery.Unid pun gigil masa nak letak, macam Fear Factor.Sua tangan nak kapit pastu tarik balik.Takut.Risau kut kut aku terkangkang rentung kat situ.Padahal spark tu kejadian biasa.Biasalah wanita kan suka berdrama.-_-



Bila dah selamat kapit, member unid hidupkan engine kereta dia.Lampu depan kereta  blinking.Ohh..baru teringat masa malam nak pi dinner tu unid asyik tekan tekan pager sebab nak buka pintu.unid tekan balik pager  baru lampu depan stop blinking.Check lampu accessories nyala.Sah, issue bateri.

Tapi bila unid try start engine still bersin.Hacoomm hacoomm =P. Banyak kali jugak start engine still juga bersin.Siap tunggu lagi beberapa minit nak bagi power masuk kononnya.Tak jalan gak.

Masa ni start risau sikit, takut bukan masalah bateri.Unid memang berdoa dari first time found out case ni  supaya ianya cuma masalah bateri sahaja sebab bateri memang kena.It's part of maintenance.Dua tahun atau setahun sekali memang kena tukar.

Yang membuatkan unid risau sebab unid baru tukar wire kat engine, tukar power window suis dua minggu lepas.Walaupun perkara tu takde kaitan tapi risau gak sebab pomen yang buat.Manusia ni lumrah buat silap.Takper kalau buat silap tapi yang jenis buat silap bajet suci murni ni tu yang unid pantang sikit.

Dulu pomen mana tah patahkan unid colok minyak hitam penutup, dia diam diam jer letak gam gajah konon nak cover bagi nampak benda tu tak patah.

Bila adik unid kebetulan check kereta unid, dia tanya "Along, benda ni patah Along letak gam eh?"
Dia siap tunjuk pemegang colok minyak hitam tu depan mata unid.

"Ehh... Along tak terasa yang tenaga Along mampu nak patahkan pemegang colok tu."

Moody jugak dibuatnya sebab tak tau pomen bengkel yang buat kerja ni.At least bagi tau customer, jujur lepas tu bagi compesate discount ke, ini tak diam diam ko lumur gam ye.Sampai sekarang bila orang check depa tanya unid ape hal ngan colok tu.

Okay, balik issue engine kereta unid yang still tak hidup ni.

At last my housmate suggestkan pergi bengkel beli bateri and suruh pomen datang tengok sendiri.So dia drive ke bengkel.Discuss gitu gini dan selamat duit unid dua ratus lebih.Bila pomen pasang jumper pun sama.Still bersin, padahal dia jump ke bateri baru.Masa tu dubb dubb juga jantung ni.

Ya Allah panjangkanlah usia Ceri.amin.

Kemudian dia keluarkan bateri lama tu, terus masukkan bateri baru instead of guna jumper.Nahh ... baru hidup kereta unid.Memang lega alhamdulillah.Tahu tahu dah pukul 3 lebih baru settle semua termasuk selamat pergi kedai dan shopping sabun basuh.

Honestly, I am very proud of myself sebab kadar moody unid  kurang sampai kan peram kes kereta ni berhari hari baru settle.Boleh pula jaga emosi, takdelah mengamuk ke, stress ke apa.Boleh jer happy sepanjang beberapa hari ni macam takde issue.

Secondly, I learned that my weakness is I am too comfortable being alone.Contoh, kalau nak makan selalunya orang perempuan akan fikir nak makan dengan siapa.Kalau takde siapa nak teman makan, they rather to tapau.Unid pula kalau lapar terus fikir nak makan kat mana.Unid boleh makan sesorang dan buat benda banyak sesorang.Jogging ke, belajar something new ke, apa apa jer la yang rasa boleh dibuat seorang diri.Which mean, kalau orang nak tunjuk perasaan kat unid dengan memulaukan unid memang tak jalan.Perasan kejap, pastu lantak kau la.Tak kuasa aku.

Tadi plan awalnyer adalah selamat jer jump unid pergi bengkel sendiri walaupun my friend offer.Yela, tak perlu la nak follow kereta kan.Dah hidup engine kira jalan la kan.Tapi member unid insist, she said what happen if tiba-tiba mati tepi jalan.Kalau tak mati tengah jalan pun, what's wrong if she helps me.

Actually the whole of today conversation was  related to this.She gave me advice that sound like this,"You need to make people feel that you need them." unid  always takut menyusahkan orang dan always need to have clear intention.Contoh, kalau unid minta tolong orang tapi orang cam blur blur reply , I will end up doing my self.Sama lah dalam kerja pun.Kalau orang macam nak buat ke tak ni, terus unid settle kan. I am kind of takleh terima rejection.Hahah, takut kena rejek so aku end up sesorang.Ego, keras kepala huii..

As human, we feel proud to help other people.We need to give chance for other to feel proud helping us-unid.

#alhamdulillah semua berjalan lancar except meetup on AI  discussion tu, sorry la masa tu unid maybe tengah jump kan kereta.

Jumpa lagi.
πŸ’–unid

Tuesday, November 14, 2017

Ubah

"Takper la, kau kerja doktor.Gaji banyak."

"Takper la, kau dah success.Jual apa jer , laku.Aku nak start jual sehelai tudung pun siksa."

"Takperla, kerja kau flexible.Tak macam aku 9-5.Tu pun kadang-kadang lajak kut."

"Takper la, hidup kau senang.Bolehlah nak happy.Aku susah nak happy macam mana?"

"Takper la, anak kau ramai.Aku dua orang jer , dua dua kahwin semua jarang balik."

"Takper la, anak kau sikit.Aku lapan jenuh nak urus weh duit pun habis banyak."

"Takper la,kau single lagi.Boleh lah pergi merata.Takde commitment."

"Takper la.Kau dah kahwin, aku ni tatau bila nak dapat jodoh."

"Takper la...

And the list is goes on, non stop.Apabila disuruh buat perbandingan apa yang kita takde,cepat jer kita compare dengan orang lain.Dan bila kita compare dengan orang lain selalunya kita akan check apa yang kita tak ada dan apa yang orang lain ada.Hasilnya kita yang merana.

Kita jarang nak check apa yang orang lain ada dan apa yang kita ada.

Itu yang membuatkan kita tak yakin, sedih, negatif dan jealous.Bila kita susah, kita compare dengan orang yang kita nampak senang bukan dengan orang yang susah.

Yang ini unid sangat respek dengan mak unid.Dari kecik bila sesuatu yang buruk berlaku dia akan tegaskan, "Takper la, ada orang yang lagi susah.Sekurang-kurangnya ..."

Dia akan gunakan perkataan "sekurang-kurangnya atau dalam English "at least.." disambung dengan ayat yang menyatakan kenapa kita patut bersyukur.

Kadang-kadang unid rasa annoying juga.Sampai ada satu tu dia keluarkan ayat."Lembu yang takde akal tu pun berusaha nak hidup.Takkan manusia yang ada akal ni tak boleh.Takkan Allah nak biarkan kita padahal dia bagi kita hidup.Selagi kita hidup mesti ada jalan.Kita yang kena usaha cari jalan tu." Amboi, lembu pun keluar.Tapi logiknya, jika binatang dan pokok tak pernah putus asa kenapa kita manusia nak putus asa?

Ayat-ayat di atas sebenarnya memberi peluang untuk kita putus asa dan berhenti berusaha.Manusia dilahirkan untuk berubah.Manusia tak dilahirkan semula jadi pandai, menarik, kaya dan cantik.Manusia yang hebat selalunya dicabar dengan pengalaman pengalaman yang hebat.Kita mungkin tak sedar perkara yang buruk yang terjadi sekarang adalah pengalaman yang hebat.

Kita menganggur sekarang, semua orang mencemuh.Kita boleh habiskan masa kita dengan mengarang ayat,"takperla..." atau bina hidup.Suatu hari nanti kita akan lihat pengalaman kita menganggur tu adalah titik permulaan sesuatu yang hebat.Soalannya bila kita nak mula tulis titik permulaan tu?Ianya takkan terhasil dengan berangan tanpa usaha.

Rugi bila kita abaikan perkara-perkara buruk yang terjadi ni tanpa mengubah ia menjadi hebat.Antara contoh ayat yang typical.

"Takper la dia pandai bahasa English, aku tak pandai."

Instead of guna ayat tu as a full stop dan berhenti berusaha, fikir balik dan tanya soalan pada diri sendiri.

"Kenapa aku tak pandai English?"

Adakah sebab aku tak belajar?Eh... aku dari tadika dah start belajar bahasa English.Logik ke kalau dari kecik belajar tapi tak reti lagi.Adakah aku tak belajar bersungguh-sungguh?Eh, aku belajar dapat A lagi dalam English SPM.

Habis tu kenapa?Tengok balik dalam diri.Allah nak tunjuk jalan tu.Jawab soalan tu dengan jujur, inshaaAllah mesti Allah bagi jalan.

"Adakah sebab aku takut nak bercakap dengan orang?Kenapa takut bercakap dengan orang?"

Takut salah.Takut kena gelak dengan orang. Jika bukan takut, teruskan bertanya lagi "kenapa" kat diri sendiri.Tapi kalau dah rasa jawapan tu tepat, mari kita kaji masalah ketakutan tu.

Sometimes kita admit dengan jawapan tu  tapi kita akan akhiri dengan ,"takperlah kau berani.aku pemalu."

Tu godaan setan untuk kita putus asa.Especially kalau nak buat benda benda baik.Cuba kalau mengata belakang orang, takde lah pulak istilah pemalu atau takut.

Takde orang dilahirkan jadi berani.Masa baby kita takut macam macam.Kita takut dengan mop, berus sabut, topi keledar dan bermacam macam tapi sekarang kita berani kenapa?

Berani adalah skill, kena practices baru jadi berani.Takut nak travel sesorang, cubalah sekali.Jangan pula pi travel without study, jangan terjun laut tanpa ada safety jacket atau swimming knowledge.Itu bukan berani, itu bodoh.

Keyakinan, keberanian boleh dipupuk,same goes with happiness, hardworking, pembersih and other positive attitude Semua boleh dilatih.Jangan tunggu lama-lama nak jadi manusia yang lagi baik dari semalam.Setkan objective untuk diri kita.

Walaupun kita kata nak ubah diri sendiri susah tapi sebenarnya nak ubah orang lain lagi susah.Tak percaya trylah ubah orang lain, you may end up mengumpat setimbun, tak bercakap setahun and last last apa yang berubah?Silap silap kita pula yang berubah jadi lagi buruk.

Sebab tu orang kata, nak ubah dunia , ubahlah diri sendiri.

Jadi bila kita start rasa negatif dan start membandingkan diri dengan orang lain,cepat cepat stop dan bersyukur.Listkan apa yang kita perlu buat jika betul kita nak benda benda baik yang berlaku kat orang lain tu jadi kat kita.Terus grab buku dan tulis.

Percayalah perkara-perkara baik yang kita selalu nampak jadi kat orang lain tu come with price.Pricenya adalah usaha keras.Tapi jangan pula kita cakap ,"anak cheta tu lahir jer kaya, takyah nak usaha keras."

Itu kesilapan utama kita sebab kita fikir nikmat tu dalam bentuk kekayaan jer.Cuba fikir, kalau kita usaha keras dan jadi kaya, ianya membuatkan kita manusia yang lagi baik sebab kita pernah berusaha.Jika katalah kita dah berusaha tapi still tak kaya, usaha keras kita mungkin membawa perkara yang lagi baik dari kekayaan.Allah janji akan bagi sesuatu yang baik untuk orang yang berusaha.Jika tak ada usaha, kekayaan pun boleh jadi perkara yang buruk.

Tau tak coca cola, ianya dihasilkan dengan secara tak sengaja.Yang buat coca cola tu sebenarnya nak buat ubat penenang.Tapi tah tersalah bancuh so secara tak sengaja terhasillah minuman yang sekarang ni dikenali sebagai Coca Cola.Ini unid baca dari buku Sometimes you win, Sometimes you learn. Bayangkan punya eagernya nak menghasilkan ubat penenang.Mesti kena baca banyak buku , buat eksperiment beberapa kali tapi takdirnya tak menjadi ubat penenang, jadi soft drink pulak.

Ingat.

"Those things that hurt, instruct"-Benjamin Franklin





Jumpa lagi .
πŸ’–unid

Saturday, November 4, 2017

Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini unid nak sambung balik cerita unid kat Padang hari tu.Sesiapa yang nak baca pengalaman unid di Bukit Tinggi Padang siri pertama sila ke sini.


21 Ogos 2017- Isnin:Danau Maninjau dan Rumah Buya Hamka
Macam biasa unid akan bangun awal dan jalan jalan kawasan sekeliling.Unid ialah seorang morning person lebih lebih lagi kalau waktu mengembara.Rasa rugi kalau terlepas suasana pagi.Hari ni itenari ke Danau Maninjau, Rumah Hamka tapi pagi pagi mari kita explore tempat yang boleh dicapai dengan berjalan kaki.

WAKTU PAGI adalah waktu paling seronok melihat penduduk tempatan memulakan hidup.Mereka terkejar kejar menghantar anak sekolah dan bekerja.Segala drama yang selalu terjadi di waktu pagi dapat kita nikmati dan belajar.

Kami berjalan kaki ke Jam Gadang.Tahukah anda mesin yang menggerakkan Jam Gadang ini adalah sama seperti jam besar kat Big Ben? Yang lagi best, mesin ini hanya ada dua unit dalam dunia ini. Satu di Jam Gadang, BukitTinggi dan lagi satu kat jam yang Big Ben, London.

Dekat kawasan Jam Gadang ni selalunya hari Ahad ada senam robik.Masa hari Isnin pun ada tapi sekumpulan kecil saja.Mereka ni bersenam robik diiringi dengan lagu tempatan.Mungkin sebab itu senam robik kat sini boleh diterima oleh pelbagai golongan usia.


Berdekatan situ terdapat  Taman Monumen Bung Hatta.Kawasan tugu ni macam taman kecil di tengah tengah jalan.Bung Hatta ialah seorang tokoh negarawan yang terkenal di Indonesia.
"Selama dengan buku kalian boleh memenjarakan ku di mana saja,kerana dengan buku aku merasa bebas."
Kebanyakan orang berjaya yang betul betul berjaya sangat suka dan ilmu pengetahuan kan?

Nak marah betul dengan diri sendiri masa nak tengok gambar diri sendiri ni.Kalau sesiapa travel dengan aku memang kenal yang aku bab bergambar out sikit. Rasa macam budak kecik pun ada.Tiba tiba member jerit unid, nak amik gambar. Hah ... okay.Bajet muka posing cantik la konon. Sekarang bila kelebek nak bubuh dalam blog rasa nak pelempang jer diri sendiri.

Saya tengah test structure tiles kat sini.
#nomakeup #nofilter #mukacontroltapinya #kimmek =)


Lepas tu balik hotel dan bersarapan.Kali ini kami tidak bersarapan di luar tapi di hotel.Yang kurang bestnya tentang Hotel De Kock Cafe ni, ianya memang tak sesuai untuk morning person sebab staffnya masih tidur lagi di sofa-sofa.Jadi bila kami menempah nasi goreng rasa macam tak best sebab kakak yang bekerja kat situ pun macam kelam kabut memulakan kerja.Rasa tak syok pulak sebab nampak dia baru datang kerja kemudian kelam kabut layan kami.

Ini pengalaman baru bagi unid sebab berdasarkan pengalaman pengalaman yang lepas, staff akan bangun lagi awal pelanggan.Yang ini kami terpaksa cuit cuit pulak suruh depa bukakan pintu sebab kami nak keluar. =)

Macam biasa Zainal yang pick up.Nasib baik supir ni punctual.Member unid request nak tengok Pasar  Kuning sebelum pergi ke Danau Maninjau sebab Pasar Kuning tutup awal. Ditakuti kami sampai balik senja.Jadi better tengok Pasar Kuning dulu.Pasar Kuning ni bangunan yang menempatkan kedai kedai pakaian.Teringat Pekan Rabu yang unid selalu singgah masa sekolah menengah dulu.Lebih kurang begitu.
Bangunan Pasar Kuning tu kat belakang saya

Cuaca hari ni memang kurang menyokong. Sepanjang kami ke Danau Maninjau hujan lebat.Seriau juga bila melalui selekoh selekoh tajam menaiki bukit.Sekali rasa macam jalan Cameron Highland, ada sekali macam jalan Penanti nak pergi Mengkuang Dam.Dengan kabusnyer, unid perasan macam Zainal pun risau bila dia slowkan volume lagu Minang favorite sebab nak fokus kat jalan.Walaupun jalan kurang bagus tapi kenderaan kat sini saling bertolak ansur.

Unid tanya Zainal, pasal sikit sikit honk, malah boleh bagi laluan pulak tak perlu pakai traffic light banyak-banyak.Dia jawab ,"Kami tidak memikirkannya sebagai satu peristiwa. "Maknanya takde simpan dalam hati kut.Kalau unid tiba tiba ada kereta kurang ajar, mungkin unid naik hantu juga.Honk dekat sini bukan tanda marah tau, tapi sebagai alert.Unid perasan Medan dan Bali pun sama.Honk tu kebiasaan, nampak orang lalu jer honk, motor lalu jer honk.Kalau kita fikir bahawa orang honk nak bagi kita alert kita tak marah kan.

HUJAN LEBAT dan berkabus.Memang masa banyak habis atas kereta.Pemandangan berkabus, takleh nampak tasik.Zainal tunjuk kat situ tasik tu sebab dia tau situ tasik.Tapi unid tak nampak apa.Sedih juga rasanya tapi benda ni kan luar bidang kuasa kita.

Masa sampai dekat Rumah Kelahiran Buya Hamka baru hujan seriat sikit.Masa kami sampai rasanya mereka baru habis dengar kuliah kut.Member unid naik masa tengah kuliah tu, unid pulak terus ke toilet.Rumah Buya Hamka ni kecil saja.Tapi unid bayangkan betapa seronok masa kecil Buya Hamka sebab rumah dia di dalam kawasan Danau Maninjau ni.Sumber air penduduk di sini adalah danau yang luas terbentang.


Bawah tu ada ayaq tau tapi hujan tau jadinya tak nampak tau
Kerbau takde, dia kat kandang sekarang
KAMI tak berenti banyak tempat sebab hujan.Ada satu tempat tu unid berenti takdan beberapa minit terus masuk van balik.Puncak Lawang ke tasik ke semua tinggal mimpi sahaja sebab hujan.Tapi kami sempat berhenti dekat tempat pembuatan gula.Banyak pokok tebu dekat sini, rupanya tebu memang salah satu sumber ekonomi kat sini. Tempat yang kami berhenti tu masih mengekalkan pembuatan gula secara tradisional menggunakan tenaga kerbau.Tapi masa kami pergi tu kerbau tengah berehat kat kandang.Beria ria pekerja kat situ nak gerakkan kerbau tu semata mata nak tunjukkan kami proses pembuatan gula tapi kami takmau.Rasa kesian pulak kat kerbau tu.Sejuk sejuk nak kena gelek gelek pula.

Gula tebu kat sini dibentuk macam gula melaka atau gula kabung.Ada yang size besar besar dan berbau harum.



Singgah makan bila dah turun dari Danau Maninjau.Jus terung belanda.Sedap
Disebabkan hujan dan tak banyak aktiviti member unid cadangkan ke Pasar Atas.Pasar Atas ni dekat saja dengan Jam Gadang.Harga macam mahal sikit kat sini kata member unid yang dah survey harga kain kat kedai kedai sebelum ni.

Rezeki yang halal tu bermacam cara.
Menyediakan khidmat memayung untuk mereka yang tanak kebasahan.

Lepas tu kami berlari dekat sebuah mall berdekatan.Hujan lebat sungguh.Kami masuk mall cuci mata lepas tu keluar tunggu Zainal.Balik hotel dan berehat. Lepas mandi keluar kejap pergi spa sebelah hotel tu. Kemudian tidur sambil layan cerita Hindustan alih suara Indonesia.









22 Ogos 2017- Selasa:Misteri Lobang Jepang dan Tembok besar

Rumah Potong Hewan
Dinas Kebakaran a.k.a BOMBA
HARI INI unid tekad nak ke Lobang Jepang.Melalui Google map jaraknya tak jauh pun. Maka pagi pagi kami dah keluar rumah. Melalui pasar pagi.Seronok bila tengok sayur sayur segar dan gula tebu yang berbuku dijual kat sini.Sini avakado bersepah macam pisang.Kalau kat KL boleh dikatakan buah mahal tu.Unid berpisah dengan member unid sebab unid nak masuk pasar pagi.Kami buat perjanjian jumpa kat Lobang Jepang.

Masa ni unid dah tak bergantung dengan Google Map, unid tanya jer orang.Untung sebab bahasa lebih kurang sama.Orang tempatan pun ramah dan sudi menolong.

Lobang Jepang ini adalah kubu Jepun di bawah tanah.Kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi, kaunter jualan tiket belum lagi dibuka.Tetapi ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pekerja di situ dan meminta wang sebelum kami memasuki kawasan tersebut.Naluri unid mengatakan dia bercakap benar jadi unid bayar jer dan alhamdulillah memang lelaki tersebut pekerja di situ.





LOBANG JEPANG belum lagi dibuka waktu tu maka kami bergambar dulu dekat atas.Oh, Panorama Ngarai Sianok ni adalah di atas Lobang Jepang.Jadi kalau nak google Panorama Ngarai Sianok pun takper sebab tempat yang sama.

Lepas tu pekerja tadi menghampiri kami dan bertanya samada kami dah sedia nak masuk Lobang Jepang.Dia juga bertanya samaada kami memerlukan guide atau tidak.Rupanya dia menawarkan diri untuk menjadi guide kami.Guide di sini tidak ada bayaran fix, terpulang kepada kita nak bayar berapa pun.

Happy lagi sebab belum masuk
                             
Lobang Jepang agak gelap dan menyeramkan actually.Masa unid pergi tu unid takde lah rasa takut sangat, tapi bila pulang kat Malaysia unid mengalami masalah tak boleh tidur.Unid takde rasa takut berhantu ke apa tapi rasa macam trauma orang orang yang diseksa dan dibunuh Jepun tu melekat sekali.

Dalam lubang tu luas macam gua, banyak lorong dan ruang.Memang patut pun ambil guide especially time tu kami berdua saja.Ada satu tempat tu tertulis Dapur dan betul betul dekat dengan penjara.Dalam otak unid terpikir kenapalah dapur dekat penjara ya?Masa tu tengah pikir mesti saja orang Jepun buat dapur dekat penjara jadi bila memasak menambahkan siksa tahanan yang kelaparan tu.Itu yang unid fikir, masak sedap-sedap biar depa yang kelaparan tu bertambah seksa.

RUPANYA itu bukan dapur untuk memasak.Tapi dapur yang digunakan untuk menyiksa dan membunuh tahanan tahanan dari penjara.Pening kepala unid sebab susah nak hadam betapa kejamnya manusia bila perang.Mayat tu tak ditanam tapi dicampak jer ke gaung melalui lubang kecil.Ya Allah, bayangkan tahanan yang masih hidup tu mendengar sahabat sahabat mereka didera dan dibunuh depan mata mereka.Allahuakbar.Sakit kepala unid, masa menaip ni rasa berat gila.
Tak kiralah secanggih mana pun kubu tersebut, yang membinanya adalah tangan tangan kasar tawanan perang.Memang menyedihkan.Takleh nak bayang perasaan tawanan tawanan ni betapa depa rindukan keluarga, dipaksa buat kerja kasar, diseksa.Makan minum dan pakaian tentulah langsung tak terjaga.Mesti tenaga diperah gila gila.Kalau tak bermaya takkan dirawat punya tapi mesti dibunuh.Lepas tu perangkap orang baru untuk dijadikan buruh paksa.Unid rakam video jer, tu pun sampai sekarang tak berani bukak.

Lepas tu kami keluar terus ke Janjang Koto Gadang atau pun Great Wall Koto Gadang.Bagi tau kat guide tu siap siap supaya dia bawa ke tempat ke luar dari Lobang Jepang.Kena jalan kaki sikit melalui rumah orang.Berhati hati sebab banyak kera, sila sorokkan makanan dalam beg okay.
Sebelum naik tangga tembok tu kami berhenti makan pisang goreng dekat warung berdekatan.Sekurang kurangnya baru bertenaga sikit nak daki tangga.
Mula dengan bismillah.

Agak licin disebabkan hujan

Monyet ni tanak makanan, dia cuma nak duduk sini.
Bila kami berlalu, dia stay.Rupanya dia memang penunggu kat situ

Dari sini kita boleh nampak Panorama Ngarai Sianak,
 di mana terdapatnya Lobang Jepang.
So kalau mayat dibuang,faham fahamlah buang kat gaung mana ya.




Honda jer boleh parking tau,jangan main main =)

Lepas tu kami terus ke hotel,
dalam perjalanan terjumpa angkutan dan terus naik.
Seronok sangat sebab merasa naik public transport kat sini.
Sampai kat hotel terus order makan.Malam sebelumnya kami berbincang untuk tidak ke airport dengan Zainal sebab nak kurangkan kos.Jadi kami plan nak pergi dengan hotel transportation.Dengan pihak hotel kami  sudah discuss malam sebelum untuk tidak mengambil pakej yang ramai, nak naik berdua walaupun bayar agak mahal sikit.Plannya nak berjalan jalan kejap tapi  transportation hotel tak punctual.Sejam lebih kut tunggu jadi tugu kat bawah tu.

Memang maki dalam hati.Tak sempat pun singgah kat mana mana malah sampai airport dalam masa kurang dua jam.Mujurlah airport dia kecik, yang mana turun jer dari kereta terus kau boleh check in.Kalau airport kat KLIA2 mau kau dah berterbangan nak masuk tempat check in.

Nak marah kaw kaw atas kereta risau takut driver mogok terus tinggalkan kami.Jadi tahan marah dalam hati jer la masing masing.Duit dah bayar siap siap masa checkout tadi.Berdrama jugaklah.Tapi tulah kan pengalaman yang Allah nak bagi kan.
Walaupun begitu sis lega sebab dapat menggayakan jubah yang baru.
Ini jubah hitam pertama sis
TAMAT.

Alhamdulillah bersyukur unid sebab settlekan entri ni.Kasihan korang penat baca.Terima kasih banyak banyak.Kalau ada apa apa cadangan untuk improvekan blog ni sila bagi tau ya.Sebab unid baca dari laptop unid, mungkin dari laptop or phone hangpa lain.

Kalau nak baca yang part satu sila ke sini :Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 1

Moga bermanfaat, jumpa lagi.

ByeπŸ’–

Sunday, October 22, 2017

Bukit Tinggi , Padang 2017 :Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini unid nak share pengalaman unid di Bukit Tinggi, Indonesia pada 19-22 Ogos 2017.Dua bulan baru nak kuar cerita kan? Ishh...ishh....*Tepuk dahi sendiri*

Unid bahagikan kepada dua bahagian sebab entri panjang sangat.Unid kan suka membebel.Dua tiga muka surat tak cukup, jadi sebelum anda kelabu mata dan naik hantu sebab kena scroll lebih baik unid buat dua bahagian.

Sebenarnya unid tak terfikir nak pergi ke Indonesia lagi  kerana awal tahun ini unid baru sahaja explore Lombok. Jadi ingatkan nak berehat sekejap dari pengembaraan ke Indonesia tapi ditakdirkan tiba tiba member ajak pergi.

Percutian kali ini unid simpulkan bukan adventurous sebab ke mana mana dengan supir.Jadi mungkin sesuai untuk orang yang tak suka kerenyahan atau yang travel bersama famili.Cumanya bersupir atau travel agent ni  kurang adventurous.Yelah, dah pergi mana mana pun supir bawakkan.Semua story yang kita dengar dari supir, restoran atau kedai pun supir yang recommendkan.Kalau kita tak study lagi teruk, ikut jer supir. Berhenti kat satu spot selfie sikit done.Sesuai untuk mereka yang tak nak perah otak study bagai.

Unid buat itenari lepas tu cari supir, jadi takdelah rasa macam tak belajar apa-apa.Kalau nak bersupir ni seeloknya beramai ramai.Kalau berdua memang sakit sikit sebab dia kira harga satu kereta plus upah dia bawa.Kereta paling kecik pun Avanza.Ye lah sapa nak buat bisness dengan kereta kancil kan.Last setelah ditolak dibahagi kami pilih Aldi.Harga dia paling berpatutan buat masa sekarang.

18 Ogos 2017-Jumaat : Tidur di airport

Oleh kerana flight waktu pagi, langkah paling selamat adalah berada di airport pada malam hari sebelumnya.Unid naik Skybus dari KL Central.Masa unid explore KLIA2, banyak sebenarnya tempat yang kita boleh tidur contoh CAPSULE.Harga untuk semalam taklah mahal sangat kalau share. Kami tak boleh nak tidur jadi banyak bermain dalam airport.I think around 4 am, member nak cuba diskaun voucher untuk Plaza Premium Lounge. So untuk pertama kalinya unid merasa duduk di lounge.Dalam tu ada makanan, bilik tidur,shower dan kemudahan lain.Nasi lemak dia sedap.Ramai pulak orang makan nasi lemak kat situ.Cukup lemak dia dan sambal dia pun sedap.

Lepas makan , duduk kat sofa dan terlelap.Bangun jer pukul 6 so terus pergi solat.Yang paling best, disebabkan ada masalah teknikal kami berpeluang stay dalam Premium Louge tu PERCUMA. Rezeki kan.Mula mula my friend plan nak belanja sekali dua dua dapat free =)

Nota :

  • Dapatkan tidur yang cukup kerana tidur cukup sangat mempengaruhi mood.Share dengan member untuk book hotel kat airport kalau perlu bermalam di sana.
  • Study penting samada backpack atau pakai travel agent.Itu tujuan mengembara kan, mencari ilmu.Study sebelum pergi ke sesuatu tempat untuk kita kenal tempat itu lebih dalam dan mengelakkan kita berbuat sesuatu yang berlawanan dengan budaya.


19 Ogos 2017-Sabtu: KLIA2 to Minangkabau Airport
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Padang hanya mengambil masa lebih kurang sejam. Kami berlepas pada pukul 7.50 am (KUL) dan mendarat pada pukul 8.00AM(Padang). Perbezaan masa adalah sejam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau adalah kecil jadi tak perlu risau berlari lari kerana gate tak banyak.Pemeriksaan immegresen mudah walaupun ramai orang.Masa sampai Aldi dah tunggu dekat airport.Dekat luar tu ramai supir yang tunggu.Kalau nak adventure , boleh saja ambil supir kat sini.Bas DAMRI pun ada.



Kami plan tengok Batu Malin Kundang sebelum ke Bukit Tinggi sebab masih lagi pagi.Kedudukan airport lebih kurang berada di tengah-tengah antara Padang dan Bukit Tinggi.Disebabkan kami menginap di Bukit Tinggi , maka kami merancang untuk explore Padang pada hari pertama.

Malin Kundang ni mengisahkan anak yang derhaka kerana tak nak mengaku ibu kandungnya.Dek kerana patah hati, ibu Malin Kundang menyumpahnya menjadi batu.Cerita menarik dari supir.
  • Malin Kundang asalnya seorang anak yang baik.Dia sangat bijak berniaga, jika dia menjual segala keuntungan akan diberi bulat bulat kepada orang tuanya.Tidak mementingkan diri sendiri.Malin adalah bahasa Minang yang bermaksud alim. Jadi jangan terkejut kalau dalam perjalanan ada kedai bernama Pak Malin kerana malin bermaksud alim.
  • Dek kerana kemiskinan, Malin Kundang bertekad untuk mengubah nasib keluarganya.Walaupun berat , ibu Malin merelakan keinginan anaknya.Dikatakan akhirnya Malin berjaya sampai ke satu kepulauan yang subur tanahnya kemungkinan Malaysia.Maka Malin berusaha keras sampai berjaya. Dan dia mengahwini anak gadis orang besar di situ.Kerana malu dengan asal usulnya, Malin  tidak pernah menceritakan tentang keluarganya walaupun si isteri sentiasa memujuk kerana ingin tahu.
  • Sehinggalah satu saat dia berlayar ke tempat asalnya.Ini menurut supir, mungkin dia berlayar kerana ingin menunjukkan kepada isterinya tempat asalnya.Pada fikirannya ibu bapanya mungkin sudah meninggal dunia.
  • Akan tetapi ibunya masih lagi hidup, setiap hari ibu ini menunggu di pelabuhan kalau kalau Malin Kundang sudah pulang.Saat ibu tua ini mengecam wajah anaknya, excited dia nak berjumpa anak tetapi waktu itu Malin sangat malu untuk mengaku wanita tua yang miskin itu ibunya walaupun isterinya berkata, jika itu ibu kamu , megakulah.Akan tetapi Malin keras hati dan akhirnya disumpah oleh ibu yang patah hati.
Okay, itu cerita yang unid dapat dari supir.Jangan pula anda ambil cerita unid sebagai fakta ya, cerita itu mengikut pemahaman unid ya, unid nak share jer.

Batu Malin Kundang terletak di Pantai Air Manis.Pantainya tak sebiru pantai di Lombok. Malah arca kisah Malin Kundang juga menjadi tempat pembuangan sampah.Sedih juga melihat tempat yang kaya dengan sejarah tetapi kotor.


Rasa macam makan sate dengan kuah mee jawa.Tapi kecik.Jujur unid cakap mahal lagi dari sate sini.

Durian yang dicampur ais kerim.
Masa makan unid dah terfikir balik rumah boleh try buat.
Ais kerim campur dengan  durian.

Lepas tu kami mencari simcard.Unid beli XL macam kat bawah. Harga IDR25.000 . Dengar cerita dekat airport mahal, so carilah dekat kedai kedai topup.Beli ada benda ni mudah sikit nak berhubung.Sebab tu unid boleh buat live kat Facebook =)


Kemudian kami ke Air Terjun Lembah Anai.Air terjun ni berada di tepi jalan on the way nak ke Bukit Tinggi.Mula mula unid bayangkan bolehlah unid berendam tetapi memang tidak sesuai sebab air terjun ni bukan berada di dalam hutan.Ianya betul betul di tepi jalan.Sekadar celup celup kaki sahaja.


Dah celup celup kaki sikit, terus kami ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) .Terus solat jamak kat sini.Lepas tu makan nasi dekat Pak Datuk, restoran padang.




Makan kat sini.
Sorry tak sempat snap gambar makanan.
Gambar bumbung makanan jer yang unid sempat.
Lepas tu kami terus ke hotel.Hotel De Kock Cafe member unid book. Hotel ini lokasinya sangat strategik. Dekat dengan masjid, Jambatan Limpapeh,Jam Gadang, Lubang Jepun(Lobang Jepang). Boleh dikatakan semua walking distance.Bilik air dia bersih , katil queensize.Lengkap tv dan water heater.Hotel ini boleh dikatakan hotel bajet. Total kami bayar lebih kurang IDR1110000.Cuma yang kurang best adalah di bawah adalah bar.Pada waktu malam ada liveband. Agak bising.Lagi satu tangga hotel ini tangga besi gitu.Jadi susah juga nak naik turun especially kalau ada barang.Hotel ini tidak sesuai untuk orang yang morning person,sebab bila nak keluar waktu pagi nak kena kejutkan staf sebab nak buka pintu.Pengurusannya kurang memuaskan.Jadi unid tak mencadangkan hotel ini especially bagi family.Tapi kalau aim just nak tidur dan murah, takde masalah.Nasi goreng dia boleh tahan.Cuma untuk harga sebegitu mungkin ada hotel lain yang lagi bagus.


Bilik yang kami  book ada balkoni.
Perasan tak bumbung Minangkabau yang menghalang pemandangan.

Bilik air bersih dan water heater berfungsi dengan baik.
Bila supir tu hantar kami kat hotel banyak kali dia pesan kalau nak keluar bagitau dia.Tapi kami penat sangat mungkin sebab malam tadi tidur tak nyenyak.Memang tidur lena betul.

Nota:

  • Bergaul dan bertanya dengan orang tempatan adalah lebih baik dari menghakimi tanpa menyiasat.Ada masa kita perlu berhati hati.Jadikan pengembaraan anda happy tanpa perlu meletakkan debat politik, perbandingan budaya yang tidak sihat.


20 Ogos 2017- Ahad:Danau Singkarak,Danau Biru, Istana Pagar Ruyung

Seriously tidur lena semalam tapi still bangun Subuh.Sini syuruk 6.15 cik kak oii.Terang benderang.Unid dapat tahu inilah waktu Malaysia di zaman dahulu.Bukan dari segi bila cerah dan gelap.Tetapi dari segi jam.Waktu Malaysia ditukarkan mengikut waktu Kota Kinabalu pada tahun 1981 untuk menyeragamkan waktu Malaysia.Dan sebenarnya ini bukanlah pertama kali waktu Malaysia ditukar, waktu kita pernah juga ditukarkan semasa pemerintahan Jepun mengikut waktu Tokyo.

Jadi bila orang kata jam melayu lambat, mungkinkah ia merujuk masa kita yang dilewatkan. Rujuk PERUBAHAN WAKTU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Macam biasa unid akan bangun awal dan merayau rayau kawasan.Selepas Subuh, ada ceramah berkumandang dari masjid yang berdekatan.Muka muka orang kat sini sama seperti orang Melayu kita.Malah nama pun.Jadi susah nak beza mana satu pelancong dari Malaysia dan Indonesia di sini.Lepas tu kami singgah dekat sebuah gerai.Unid makan lontong dan kawan unid makan nasi uduk dan kopi O. Harga lebih kurang IDR32.000 .

Balik hotel lebih kurang pukul 7 pagi. Budak budak yang bekerja kat situ masih lagi tidur dekat kerusi.Mungkin penat sebab hotel ni waktu malam baru hidup.Ada pekerja perempuan masakkan nasi goreng tapi sebab kami dah makan kami bungkus nasi goreng tu.Itulah faedah kalau bawak tupperware =).

Kami naik dan bersiap untuk trip seterusnya.Kali ini supir bernama Zainal menjemput kami pukul 8.00 pagi.Ini salah satu ciri yang membuatkan unid suka dengan supir ni sebab on time.Kalau supir tak on time tak ke sakit hati.Baik naik public transport kan.

Kami ke Danau Singkarak dahulu.Untuk pengetahuan Danau Singkarak adalah danau yang terbesar di kepulauan ini.



Waktu unid pergi tu mungkin pagi lagi jadi tak ramai orang, unid pun tak sure adakah tempat yang kami berhenti tu tempat yang sepatutnya pelancong berhenti atau supir just berhenti sahaja kat tepi mana mana danau tu?Bila dah balik sini rasa macam lain pula pemandangan Danau Singkarak ni.Mungkin sebab banyak bahagian lain yang best atau masa kami pergi tu sangat pagi jadi orang belum lagi lepak kat situ.

Tapi memang luas okay, sejauh mata memandang.Kami berhenti sekejap sahaja sebab kami ke Danau Biru.Danau Biru yang kami nak pergi ni jauh,malah supir kami pun tak pernah sampai ke situ lagi.Dia ada jugak la berhenti untuk tanya orang dan call kawan dia tanya arah.Memang unid sengaja letak Danau Biru dalam itenari sebab cantik.Jadi rasa nak check betul ke cantik sebab setakat ni jarang jumpa blog pasal Danau Biru.

Jalan ke situ agak teruk sebab tak bertar.Unid onkan Google Map so far alhamdulillah Google Map tunjuk jalan yang benar.Mula mula was was jugak sebab jalannya agak di luar jangkaan.Tapi takde lah teruk sangat pun.Bila sampai rupanya ada jer orang kat sana.

Cantik, memang biru. Kawasan ini kawasan kuari.Tempat pengeluaran arang batu.




Cantik kan manusia yang dekat di hati tu.

Kat sini kami makan bekal kami.Puas hati sebab ke Danau Biru ni.Kalau ikut hati unid,memang nak turun tengok kat bawah.*Menyesal pun tak guna*

Lepas makan terus kami bertolak.Unid takde apa dalam plan because dalam itenari cuma Danau Singkarak dan Danau Biru.Unid tak expect kami ada masa nak berjalan lagi tapi rupanya awal lagi. Jadi Zainal bawa kami ke Istana Pagar Ruyong.Mujurlah dia bawa sebab rugi kut kalau ke Sumatera Barat tapi tidak ke Istana Pagar Ruyong.Ini tempat penting bagi orang Minang.

Istana Pagar Ruyong terbakar banyak kali.Antara yang paling latest pada tahun 2007. Jadi istana sekarang bukanlah yang asli.Orang cakap istana yang dulunya lagi besar.Susah unid nak bayangkan sebab sekarang pun unid rasa dah besar.Cuma barang barang kat sini tak banyak sangat dan unid sangat sure sebelum ni mesti lagi banyak.




Kami solat kat situ.Kat mana mana sahaja di sini surau dan masjid ada.Jadi tak ada masalah nak solat.Cuma tirai kat dalam masjid atau surau is not woman friendly.Ada yang tempat wudhuk pun bercampur.Setakat ini kat mana mana tempat masjid di Indonesia konsepnya terbuka.Jadi pandai pandailah korang.

Lepas tu berenti kat kedai kain sebab member unid nak shopping kain.Unid tak reti beli kain ni, seriously kalau unid beli jer mesti tak kena so unid duduk diam diam jer hahaha. Serik sebab banyak kali beli selalu tak sesuai.

Keluar dari kedai kain pun dah gelap, so kami pergi makan terus. Balik dan tidur untuk pengembaraan seterusnya.

Nota:
  • Naluri masa pengembaraan sangat kuat dan jangan ambil ringan.Solat jangan lupa.Doa musafir sangat mudah makbul.Jangan tinggal solat hanya kerana kita travel walhal tujuan kita travel adalah kerana Allah.