Search This Blog

Wednesday, August 9, 2017

Insta Quote in July

Dah masuk Ogos, just nak share with you gambar gambar yang unid capture bulan July hari tu.

Sekarang ni minat zaman uni  dulu start balik.Dulu suka print screen gambar anime lepas tu tulis lirik lagu la.Dulu mana ada camera phone kan.So bile ada scene anime yang best best tu print screen.

Sekarang amik gambar pastu suka letak kata kata syok sendiri .=) Hopefully anda pun tumpang suka jugak .

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on

Sunday, August 6, 2017

I am blue...dabb da ..

Birunya kan.Nampaknya template sebelum ni tak memuaskan hati sendiri.Ada beberapa kelemahan seperti susah nak login directly dan etc. Cuba try template template yang baru tapi nampaknya template lama juga mudah.Hummm..tunggulah template baru tu stable sikit baru unid try apply.

Korang weekend buat apa? Initial plan hari sabtu nak berhiking tapi stamina tak mengizinkan.Pastu berangan nak berkelah, tapi merujuk ramalan cuaca kat Lata Medang hujan.Jadi cancel juga sebab malas nak prepare makan bagai tiba tiba hujan.

Ramalan kata hari Sabtu hujan bagai tapi hari Sabtu cuaca baik gila.Maka unid ambil kesempatan berjogging.Oh rutin hari Sabtu unid adalah jogging, mengemas rumah.Unid tak perasan benda ni.Balik jogging singgah jap basuh kereta.

Sempat ambil video ikan lagi kat Taman Metropolitan Kepong

Balik rumah, campak baju dalam mesin basuh dan start menyapu.My housemate berbunyi,"Hah dah start dah rutin dia.Dah tau dah dia buat apa pagi Sabtu." Tapi Sabtu kali ni special sikit sebab unid memang nak aim rehat .Banyak hari rasa tidur tak teratur, macam busy tapi takdela productive mana pun.So unid tidur jer dua jam lebih which is siapa yang kenal unid they know that I am not 'nappy' person.Susah nak tidur siang tak kisahlah tak cukup tidur macam mana pun.I wanted to but usually unid jadi pening bila tidur siang.Unid akan tertidur bila betul betul penat.Tapi kali ni, after nap unid rasa refresh which is I am very thankful.Lepas tidur ,update blog template.Suma biru, puas hati unid.

Malam tu dah decide with housemate esok pagi nak jogging kat Taman Tasik Perdana.Okay, bercakap pasal jogging ni kan, I am not runner tau.In fact, unid tak suka pun lari.Unid jogging tu unid lari anak anak, berjalan jalan dan berhenti workout.Tujuan utama adalah nak menghirup udara segar sebab lemau kut kalau workout rumah tiap hari hari kan?Kalau ikut hati unid suka swimming walaupun tak pandai sangat.Tapi kan swimming ni sangat high maintenance.Habis kulit , rambut rosak dek air klorin dan matahari.So takleh buat hari hari, kecut badan rendam air tiap tiap hari.Tak pun, nanti tumbuh sirip dan bertukar menjadi mermaid.Huwaahh

Maka pagi tadi sesudah Subuh terus bersiap pergi Taman Tasik Perdana.Best kat sini sebab udara sejuk, pokok banyak.Bila berjogging dalam keadaan macam ni memang best, dengar bunyi burung-burung bagai.Lepas tu berenti workout sambil tengok tasik yang nyaman ni.Lepas tu singgah tempat komik dan ada tempat jual souvenier .Kat situ ada small cafe , so boleh breakfast kat situ dan feeling feeling macam tengah travel kat negara sendiri.


Balik rumah , basuh kain lagi.Semalam basuh kain pastu basuh lagi.Pastu cuci toilet pulak.Eh OCD ke aku?Tak .. tak.Then hari ni unid buat itenari untuk Padang plan hujung bulan ni.Seharian menggoogle , tengok map , email . Humm... boleh tadi travel planner ni =). Sambil layan tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia.Ha Ha Ha

Sekarang update blog,lepas ni lipat kain.Sapu sapu sikit dan iron baju.Get ready to embrace Isnin esoknya.

Itu jer la update weekend unid.Hopefully you guys have a nice weekend tu.


Thursday, August 3, 2017

You got to watch this...

I am  ery thankful because my interest on animals brought me to many amazing youtubers.Today I would like to share with you one of my faorite channels.

I guess I can blame Harlow the cute serice dog owned by a girl who has chronic illness.Imagine ya, lie in body that super sensite.Nak jalan banyak tak boleh, terkena asap takleh, terlebih cahaya takleh, usus yang tak berapa boleh digest.Bergantung dengan feeding tube.Ada narcolepsy yang boleh membuatkan jatuh tak sedar diri bila bila.

Bila unid tengok log dia, orangnya sangat ceria dan berdikari.Bayangkan membersihkan rumah, train anjing , jaga pemakanan anjing dia.Anjing dia makan raw diet tau, kita yang bela kucing pun malas nak gaul nasi hari hari.

Dia prepare dinner, cuci balik air.Bila unid tengok ni, Subhanallah sangat terinspirasi.log dia pula bukan sekadar journal harian, tapi dia juga buat ideo yang lengkap tentang penyakit dia, serice dog dan pelbagai lain.

Objectienya adalah untuk spread awareness.Bagus kan.Kalau rasa down dan malas mungkin boleh try tengok channel ni.After subsribe dia, unid rasa semangat nak hidup.Yela, dia yang sakit pun semangat, apatah lagi kita yang sihat ni.

Please la tengok ok =)

Sila pergi youtube and cari 'chronically jaquie' .

Nota:Perasan sesuatu tak?satu huruf kat keyboard unid tak function.Agak agak huruf apa ya? _EE .