Search This Blog

Monday, February 27, 2012

Pek Nga

Dinner for patient. Pek nga (tempek belanga), grapes, dates and milo. Eat while watching Qamar Bani Hashim.Thank you Allah :)

Sunday, February 26, 2012

Bekam

Hari ini pagi-pagi saya sudah terfikir nak shopping stock makanan.Lately saya banyak masak sendiri, masak simple-simple.

Pukul sembilan lebih saya dah merayau ke mall.Nampak booth untuk urutan kaki, RM30.Mengenangkan lately saya sakit lutut, maka saya pun try.Yelaa..rasa cam lama benar tak mengurut.

Masa saya diurut, tukang urut tu bagi tau, masalah buah pinggang saya..paru saya..dan segala organ dalaman saya.Aduii..sebab bila saya diurut serious sakit gile.Dia bagitau buah pinggang saya berat, kemungkinan kerana pemakanan saya.Terlebih protein.Alamak betulla.. lately memang saya lebihkan protein sebab ingatkan saya tak cukup protein.Tu tak termasuk kolestrol lagi.

Dia bagitahu leher saya, and lutut saya sakit.Dia juga tahu saya suka mandi waktu malam ketika memegang satu point kat tapak kaki.Saya pelik...macam mana dia tahu semua ya.Dia cakap , sebab tapak kaki adalah basement kita.Semua organ badan diwakili bahagian-bahagian tertentu di tapak kaki.Oohh..rasa lagi senang pula jumpa tukang urut dari jumpa doktor.Sebab?Kebanyakan doktor tanya saya sakit apa?kemudian bagi ubat.Tapi tukang urut ni bagitau tanpa saya perlu  mengadu apa-apa.

Dia tanya saya pernah berbekam tak?Saya cakap tak pernah.Dia syorkan saya supaya berbekam, saya pun rasa nak tapi maybe after dapat gaji.Lama kemudian, dia cakap buatlah dulu nanti dah gaji baru bayar.Ehh..biar betul, kalau saya tak bayar macam mana.

Maka saya pun berbekam la hari ini tanpa disangka-sangka.Semua 29 point.Dan seperti yang dijangka, darah kotor saya sangat banyak terutama di tempat-tempat bermasalah.Dia cuma menggeleng kepala sambil berkata, bahagian buah pinggang lebam.Dia cakap belum rosak lagi, tapi penapisnya berat.Banyakkan minum air.Lagi pula saya ni memang ada sejarah buah pinggang tak berapa effisient.Bila dia tengok betis saya, dia cakap banyak urat biru.Seeloknya jangan mandi waktu senja.Kalau nak mandi waktu malam, mandilah lepas pukul 12 tengah malam ,sebab pori-pori kita tertutup.Eh.. saya pernah dengar pesanan ustaz yang saya jumpa dulu.

Masa dia tunjuk darah yang keluar, dia ada cakap."Banyak angin..mujur tak ada kepala angin."

"Kepala angin tu apa?"

"Kepala angin tu yang selalu membuatkan orang mudah mengamuk dan marah."

"Ohh..tapi hari tu saya marah."Saya teringat kes saya bertekak dengan officemate.

"Itu maybe sebab badan awak tak sihat.Kalau kepala angin lain."

Gitu rupanya.So takde kepala angin pun dah teruk, kalau ada.Isk ..takleh bayang muka saya jadi hulk.


Alhamdulillah..saya rasa macam saya dibawa-bawa untuk ke mall hari ini oleh Allah.Sebab lately dengan emosi yang tak stabil dan badannya lemah, saya macam stress dan bengong.Saya bertanya kepada diri,'Apa yang tak kena dengan saya ni?'

Tak apalah semoga berbekam hari ini at least dapat pahala kerana mengikuti sunnah.Tapi lepas ni kalau nak berbekam , kena survey dulu.Tengok hari dan waktu yang sesuai, sebab memang ada tertulis waktu-waktu yang elok.So silalah guna khidmat encik google.

Kakak tu cakap, selepas kita berbekam kita makan supplement apa pun mudah diserap badan.Seeloknya bekam dilakukan tiga sebulan sekali.Badan ni macam kereta kena servis.Berbekam ni macam mengeluarkan sampah-sampah dari longkang supaya longkang tak tersumbat.So takde la banjir kilat nanti.

Lepas berbekam saya shopping barang dapur.Dan list makanan seperti daging kambing telah dibuang dari menu saya.Maka makan sayuran lah saya sekarang sebab dah terlebih protein.Lagipun selepas bekam memang elok jaga /atur balik diet pemakanan semua supaya badan jadi tip top.

Ada angin

Macam familiar je darah ni!!? :P

Diet baru.Ikan tu bakar tau.Huhu ..nak makan ayam goreng dengan kicap. :(
Nota: Ada gambar berbekam lain, tapi saya tak nak tunjukkan kat sini.So saya simpan kat handphone jer buat simpanan diri sendiri dan mereka yang rapat.

Hati keras

Kurangkan bercakap selain dari mengingati Allah.Kerana banyak bercakap boleh menyebabkan hati keras, dan sejauh-jauh manusia dari Allah adalah orang yang berhati keras.

Tupp...terasa macam kena tusuk sembilu.Macam termakan cabai burung.Dalam hidup kita memangla, kalau tak bisu tu, kerjanya bercakap jer.Tapi bercakap kita adakah membawa faedah?

Diam...rasanya takde.Susahnya, macam ni.Kalau stoneheart takde masalah takper,ini Allah mention, orang yang paling jauh ialah orang yang stoneheart.Kita nak Allah dekat dengan kita,kita nak Dia tunjukkan jalan dan tegur kita.Kita nak Dia di sisi kita waktu susah dan senang.Tapi kita berhati batu!

Habis takkan nak berzikir 24 hours??Hellooo..berzikir tu maknanya mengingati Allah.Tak semestinya kena sebut kalimah arab banyak-banyak.

So antara contoh percakapan yang membawa kepada memperingati Allah.
Bercakaplah perkara-perkara yang baik, yang membawa faedah.Nak bergurau, berguraulah dengan baik dan memberi kesan positif.Jauhi mengumpat, bergossip.Tsk..pedasnya cabai ni.

Dan bila bercakap tu, rasanya tak meliputi mulut sahaja, tapi blog ..facebook...chat dan medium komunikasi yang lain.Hui ..banyaknya peluang nak buat pahala.

Ya Allah, please give us strength to soften our heart.

Untuk info yang lebih lanjut, sila tengok video ni.Slot muhasabah diri dari Ustaz Don

http://www.youtube.com/watch?v=FxB1LQhfx-s&feature=related

Saturday, February 25, 2012

Dinner

Honey Lemon and Fried Rice.Hasil tangan sendiri, yay!

Jangan malas

Oh.. malas pakai moisturizer.
Malas pakai sunblock..
Malas pakai bedak..

Jangan malas SENYUM. It perfect your life :)

somewhere dekat R&R, masa waktu pagi ,stop untuk solat subuh

Mak buyung

Kucing yang selalu kat market.


Sweet thing



Friday, February 24, 2012

Elmett





Terlanjur

Seumur career saya rasanya jarang saya nak maki hamun and cakap benda-benda tak elok.Sekadar maki hamun dekat diri sendiri, makin hamun dekat orang direct rasanya tak pernah gi kut.Memang saya akui saya ini emo, moody and panas baran.Tapi semuanya pendam dalam hati.

Tapi nak dijadikan cerita..saya terlanjur.Maybe bila terlampau rasa diri tu betul plus dah rasa dah habis hati buat kerja, kekadang amarah naik ke kepala.

Yang problemnya, saya termarah orang baik.Baik sangat, seriusly.Saya bengang... bukan salah dia atau saya.Pendapat dua-dua betul, cumanya saya rasa it's too late already.Malam tu, kami bertekak tentang pendapat masing-masing dan at last saya bengang and tersebut .."I HATE YOU."Masa dia tengok muka saya, masa tu saya dah start rasa bersalah.Rasa macam tak percaya, saya sebut perkataan tu padahal takde pun perasaan tu dalam hati.Honestly , sepicing perasaan benci pun tak ada.I just feel stress with the environment..and I noticed that I was talking to my self...benci..benci.But bukan benci dekat sesiapa, cuma just letih.

Tak sangka pulak , saya tersasul and tersebut perkataan tu betul-betul depan muka dia.Tuhan saja yang tahu, saya dah tak tau kaler muka saya bila muka dia merah dahla memang merah.Saya bungkus beg and terus blah.

Hei..saya tak boleh tidur malam tu.The whole night, sebab rasa bersalah.Sebab? Dia baik..and antara colleague yang paling tolerate.Saya cuma fikir, selama ini banyak juga saya jumpa colleague yang teruk tapi tak pernah pulak maki hamun direct tapi bila jumpa yang baik saya sakitkan hati dia.Tataulah hati dia camana, pastinya hati saya parah.

Dah la meja dekat-dekat, mana mau sembunyi.Esok pagi saya pergi kerja buat muka tembok.Still tegur dia, and dia reply. Damn awkward.Dalam hati...keadaan surely berubah.

Setelah dua tiga hari kitaorang slow chat.Dia cakap, dia terkejut juga bila saya cakap macam tu.Hayuhaiii... memang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.Saya takleh tarik balik, even saya cakap please forgive and forget.Surely susah nak forget apatah pulak jenis otak yang memorinya kuat.

Sampai sekarang saya still trauma.Aduh..kenapa saya takleh nak control emosi ni.Mana perginya professionalism saya.Saya cuma doakan dia dapat memaafkan, and saya juga mendoakan yang terbaik untuk colleague saya ini kerana penyabar.Dan saya juga berharap saya lebih under control.

Nota: Adakah saya sedang mengalami simptom menapous?!!

Tuesday, February 14, 2012

Raikan Cinta Setiap Hari Selamanya

Hari ini sentiasa penuh kontroversi.Kenapa ya?Saya berharap mereka yang menyambutnya dengan tema raikan cinta..meraikan sentiasa.Bukan hanya untuk sekadar hari ini, waktu harga mawar dan coklat melambung.Tapi setiap masa, selamanya.
Kepada mereka yang tidak menyambutnya, saya tidak rasa pun ada salahnya untuk mengabaikan hari ini.Cuma jangan ada benih benci yang tersasul.Jangan setiap hari kita sayang, tiba-tiba hari ini jadi hari pergaduhan.
Mungkin saya tak faham, tapi yang pasti sesuatu yang baik hendaklah dilakukan dengan berterusan(istiqamah).Dan istiqamah itu sebenarnya berat.

Ya Allah, pupuklah cintaku terhadap Mu.Hati ini jika tanpa perhatian Mu walau sesaat ianya hanyut.

Sunday, February 12, 2012

After 4 months

FYI, dah sebulan lebih braces tak tertanggal.Gusi pun tak terasa sakit.Tapi yang paling penting gigi, mostly bergerak, terutama ada satu gigi yang terbaring tu, dah tertegak.Alhamdulillah.

Oleh kerana tak tertanggal, maka malas lah saya nak berjumpa dentist especially bila last appointment dia ada cakap pasal nak cabut gigi bongsu.Seriously bila dia bercerita pasal cabut gigi, unid dah naik seriau.Memanglah biasa orang cakap pakai braces memang nak kena 4 gigi cabut.Tapi disebabkan damon braces dan juga case saya rasanya takde lah memerlukan extraction.Jadi doktor pun tak mendesak, she just said ,"we'll see how okay."

At last, Jumaat hari itu saya buat juga appointment dengan dentist.Sebab nak bagi doktor check dan juga bayar ansuran.Doktor check, and dia cakap, "Bagus, gigi you terjaga." Unid kembang jugaklah and terkejut sebab unid tak pantang pun makan.Unid makan apa yang boleh, epal tu sebab unid takleh nak gigit.Kalau boleh semua unid belasah jer.Terfikirjuga kut-kut berlaku kerosakan ke, dah la berus ortho tak jumpa.Asyik pakai berus lembut and interdental jer.Tengah dok consider nak pakai berus yang auto tu pulak.But doktor nasihatkan tak perlu.So save my money :)

Oleh sebab dah empat bulan dah pakai since Oktober.Doktor suruh assistant dia tukarkan wire.Pakai 014 punyer.Unid sendiri pun tak faham, tapi jangan bayangkan getah berwarna warni tu, Damon punya wire takde baby pink , blue punya getah.Besi semata.Unid tanya apa beza dia?Assistant dia cakap size.Untuk apa?Doktor kata untuk broaden kan gigi.So bila senyum nanti gigi nampak penuh.

Unid tanya bila boleh tarik?Doktor cakap kena bagi dia broaden dulu, lepas tukar tali yang keempat dan kelima baru boleh tarik.Unid tanya sebab semua orang tanya unid ,"Doktor tak tarik lagi ke?"So jawapannya tak lagi.Rasa macam maybe 6 atau 7 bulan lagi la kut.

Doktor juga suruh tampal lagi satu braces no 7 kat gigi bawah yang kat belakang.Dia kata yang tu pun dia nak gerakkan keluar.So teeth...move !Jangan lompat dah la ye.

Tapi at last bila doktor tengok, hummm... "I tak berani jamin kalau tak kena extraction ye.Kita tengok how it goes ye."

 So gigi unid yang comel , behave and gerak cantik-cantik.Hopefully takde siapa yang kena tendang

Ini muka saya selepas dipasang wire baru.Sekarang dah terasa sakit balik.Maknanya gigi tu tengah beratur la tu. :)