Search This Blog

Friday, January 20, 2017

Yang mana lebih utama

Adeh skemanya subject =) . Lama nak share tapi asyik bertangguh ja, setiap kali bangun tidur berbunyi bunyi dalam otak.Tapi tak allocate masa untuk menulis.Alhamdulillah, hari ni plan masuk office lambat sikit so mari kita menulis.[honestly, if tak tulish I will waste my precious time watching too much cat on youtube]

Seriously ini adalah subject yang paling critical, yang mana sangat jarang orang dapat menguasainya.Padahal berjaya menguruskan masa sama seperti berjaya menguruskan hidup.unid doa, moga moga ilmu pengurusan masa ni didedahkan awal.Kalau ada , I nak join.Hidup itu masa, bila masa sudah tiada, kita mati ---

Bila difikirkan alangkah ruginya unid bila di umur yang boleh dikira baki baki ini baru sedar, tetapi bertambah rugi lagi jika unid menghabiskan masa dengan merisaukan masa yang berbaki ini.Sebab , apabila kita hidup ,baki masa kita tidak menentu.Ada yang memikirkan dia masih muda, jadi ada banyak masa, tapi tahu tahu ajalnya awal bererti masanya sekadar itu.

Bila unid reflek balik apa yang berlaku, unid banyak buang masa, walaupun nampak sibuk.Lihatlah blog ini, berapa lama ia terbengkalai.Unid memikirkan ahh, aku sibuk.Nak update blog pun tak sempat.Tapi sudahnya berapa banyak dihabiskan di TV,Youtube,Facebook,melayan perbualan yang memudaratkan dan lain lain.Masa 24 jam, Allah bagi adil.Cuma unid gunakannya untuk perkara remeh temeh.

Tuesday, January 17, 2017

Peraturan Otak [Brain Rules]

Just nak share buku yang unid baca berkurun lama.Penulisnya ialah Dr. John Medina, seorang pakar otak [a molecular biologist].

Otak adalah organ yang paling penting dalam tubuh badan manusia, yang paling banyak consume energy, malah seluruh sistem badan manusia dicipta untuk menyokong fungsi otak ini.Jika manusia tanpa kepala, confirm bukan lagi manusia ...[seram la pulak]

Otak adalah sesuatu yang sangat complex, even pakar pakar otak pun tak habis study.Setiap otak adalah berbeza,it's wired differently,each of us is UNIQUE, tidak ada yang sama.Kebanyakan sistem yang ada sekarang adalah generalization dan summary dari kajian pakar pakar.Contoh ,jika ada sistem pembelajaran baru untuk menguasai English , bukan semua yang menggunakan sistem tersebut berjaya dek kerana keunikan otak . Tetapi berdasarkan kajian , kebanyakan mungkin berjaya dengan system tersebut.Ingat ya, kajian adalah dari manusia maka ada betul ada salah.I am seriously amazed dengan case case patient yang Dr John Medina explain dalam buku.Dalam hati,what the heck...case macam ni pun ada rupanya.

Buku ini menerangkan beberapa peraturan yang memberi kesan terhadap otak kita.Buat masa sekarang terdapat 12 Peraturan Otak.Tapi unid tak share tiga sahaja.[penatlah nak tulish, nak tidur ni]

#1 - Survival
Dalam dunia ni, otak yang paling kuat adalah yang paling berkuasa.Bukan badan.Manusia dicipta dengan kelebihan akal bukan dengan kekuatan fizikal.Walaupun begitu,disebabkan kecanggihan otak, kita boleh menguasai dunia.
Manusia bukanlah makhluk static.Kita berubah, kita tak duduk setempat.Nenek moyang kita berpindah randah.Otak kita bukan dicipta untuk duduk dalam bilik darjah dan cubicle.We are the explorer

#2 - Exercise
Pernah tak zaman study dulu, ada budak asyik main saja , dalam kelas asyik tertidur tapi scorer.Hah, buku ini ada jawapannya.Sebuah negara akan menjadi maju jika sistem pengangkutannya efficient.Sebab? Senang kita nak transfer resource, rakyat yang cerdik pandai senang nak pergi kerja,makanan segar dan pelbagai lagi. Jadi kemajuan sesebuah negara itu boleh disebabkan dengan sistem pengangkutan yang cekap.Bayangkan nak transfer buah buahan lambat, camana nak makan makanan sihat.

So samalah dengan sistem badan kita.Badan kita adalah sistem pengangkutan yang canggih.Saraf mengangkut nutrisi untuk keperluan badan dan otak.Exercise membantu meluaskan saraf dan memudahkan ia mengangkut nutrisi secara tak langsung memberi direct access ke otak.
  • Exercise increases oxygen flow into the brain, which reduces brain-bound free radicals. One of the most interesting findings of the past few decades is that an increase in oxygen is always accompanied by an uptick in mental sharpness.
  • Exercise acts directly on the molecular machinery of the brain itself. It increases neurons’ creation, survival, and resistance to damage and stress.
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita exercise.

#3 -Sleep

Hah, ini pun ada gak kawan sekolah yang kerjanya tidur dalam kelas jugak kan.Apa kaitan tidur dengan kecerdasan otak.

Kita selalu fikir tidur itu rehat,malas tetapi tahukah anda waktu tidur adalah waktu otak bekerja.Waktu tulah dia nak maintain system sebab waktu kita berjaga dia sibuk menjaga kita, kadang terpaksa ignore certain maintenance task dan banyak task lain.Jadi bila kita tidur, waktu inilah otak kita bekerja.
  • When we’re asleep, the brain is not resting at all. It is almost unbelievably active! It’s possible that the reason we need to sleep is so that we can learn.
  • Sleep must be important because we spend 1/3 of our lives doing it! Loss of sleep hurts attention, executive function, working memory, mood, quantitative skills, logical reasoning, and even motor dexterity
Okay, cukup.Otak unid nak berehat pulak.

Untuk maklumat lanjut sila baca buku ya.Dan yang paling best, anda boleh check video and other rules dekat website ni : http://brainrules.net/about-brain-rules . Unid dah khatam semua video, semua kelakar.Pandai depa buat, so tak boring. =)



Thursday, January 12, 2017

Journal Positif Yang Sekejap jer

Halo halo... Assalamualaikum.. Rindu unid tak?Takper takper tak perlu jawab, unid faham. =)

Last post unid ada mention yang unid start tulis journal dalam tahun 2016 kan... kan... okay kali ni unid nak share salah satunya yer.

Ini bukan journal yang online tau, ini yang offline , yang pakai pen,pensel dan kertas.
Journal ni mudah jer tau.Mula-mula kita tulis macam ni ...

Ke hadapan diariku yang tercinta,
Hari ini hujan, tren jam.Aku terpaksa datang lambat .Sesampainya di office, bos tersengih menunggu ku di mesin punch card...

Tetttt...

Hihi lawak jer.Okay okay back to business.Journal yang unid nak share ni adalah journal lima minit, atau dalam bahasa mudahnya journal pendek.Tujuan utama unid start menulis journal ni adalah nak set mindset [eh cam sumthing wrong jer dengan ayat ni].Kita nak bangun pagi dengan ceria menghadapi dugaan, jadi kita kena set kan mindset kita.Waktu kita nak tidur, kita muhasabah, sedaya upaya maafkan orang.Clear our mind and heart then tidur.

Jadinya instead of berangan angan nak jadi positif , kita applykan terus dalam hidup.Jadi tak jadi tu belakang kira, yang penting kita dah usaha.

Journal ni terbahagi kepada dua ;waktu pagi dan malam.

WAKTU PAGI

Seeloknya time kita buka mata, terus kita capai journal dan tulis.Ini perkara-perkara yang kita boleh tulis pada waktu pagi.

#1 Perkara yang kita SYUKURI.
Tulis perkara-perkara yang kita ada ataupun belum ada.Tulis dengan detail, nak tulis simple pun takper.Tapi kalau kita ingat detail, bukankah kita tanam kat kepala otak kita ni.

Contoh, kalau belum ada anak dan teringin nak anak kembar.Tulis jer, bersyukur ada anak kembar yang comel.Sorang laki , sorang pompuan [acece berangan tu]

Senaraikan tiga ya.Kelebihan kita sebagai manusia, kita mempunyai PILIHAN untuk FOKUS.Waktu kita menulis perkara perkara macam ni kita sedang mengumpul kekuatan dalam kita.Tak kira la ribut taufan kat luar, kalau dalaman kita kuat...dengan izin Allah semua akan okay kan.

#2 Apa yang akan membuatkan HARI NI HEBAT.
Senaraikan tiga perkara yang membuatkan hari ini hebat.Macam to do list, senaraikan tiga sahaja ya.Pecahkan jadi task task kecil.Tulis perkara yang kita ada kuasa untuk control.Contoh,  berenang selepas habis kerja atau workout pagi ni.

Bukan perkara yang kita takleh kawal.Contoh yang salah : Hari ini cuaca baik.Sebab kita tak de kuasa untuk control cuaca ribut ke salji ke.

Tidak semestinya perkara besar, perkara yang kecil seperti ; breakfast nasi lemak hari ini atau sms kat emak cakap terima kasih.Guna action word/kata kerja.

Why?Ini cara kita activatekan otak dan mula dengan aktiviti yang bakal membuatkan hari lagi baik.Bila kita tulis, kita dah set dan buat jalan dalam otak yang membuatkan kita NAMPAK apa yang kita boleh buat untuk memperbaiki diri kita.Inilah cara kita brainstorm idea untuk menjalani hidup kita.Bila tulis dan buat secara berterusan, hari hari akan jadi lebih positif.

#3 Declare PERKARA BAIK tentang diri kita.
Ini adalah kata kata semangat untuk diri sendiri.Apa yang kita nampak tentang diri kita sekarang atau pun masa depan,apa yang kita wish kita jadi.Bila kita tulis, kita seolah olah reset otak kita supaya stay positive.

Guna perkataan sekarang ya.Present tense.Jangan cerita pasal sejarah ya.

Contoh : Unid seorang yang bijak dan cantik. [Aper aper jer la, asalkan kau bahagia nak]

Ini jer tulisan waktu pagi.Kita bersyukur, listkan activiti and positifkan minda.

WAKTU MALAM

Sebelum tidur, capai buku.Tulis ni kejap jer, serius kejap...ralik tengok FB mungkin lagi lama dari tulis buku ni.[Jangan Marah No]

Ini ialah perkara perkara yang kita tulis sebelum kita tidur.

#1 Perkara yang  HEBAT yang berlaku hari ini
Ingat betul betul perkara yang hebat yang terjadi tadi.Tak semestinya besar, perkara perkara kecil pun kita patut syukuri.Mungkin seperti ;member rekemen buku yang best atau hari ni pakai shampoo baru atau cuaca hari ni baik, tak panas tak hujan.

Perasan tak, kita tak perlu hadkan kepada perkara yang kita boleh kawal saja.Tak macam pagi tadi.Waktu malam, any thing yang baik sama ada bawah kawalan atau tidak semuanya kita boleh tulis.Cari jalan untuk bersyukur. =)

Senarai kan tiga ya.Sebab kita nak akhirkan hari kita tanpa complaint.Seburuk mana pun hari kita, don't forget to count the blessing things happen to us.

#2 Apa yang kita boleh buat untuk membuatkan hari kita lebih baik
A.k.a time machine, bayangkan kita ada mesin masa dan kita tukar perkara yang telah terjadi hari ni.Contoh,tengahari tadi kita jumpa orang, tapi kita tak tegur.Instead of balik rumah asyik menyesal tulis.

Saya tegur makcik dekat lif tadi.

Sebab,di sinilah kita guna kuasa untuk tukar perspektif dan secara tak langsung ianya membantu mempengaruhi masa depan.

Setakat ini jer dulu unid share.Journal ni lima minit jer.Total sepuluh minit.I tell you tengok youtube pun lagi lama.Journal ni tak terhad kat perkara perkara di atas jer, kalau nak improve silakan.Journal ini unid adaptasi dari #5minutesjournal.Sila google.
Tulisanku yang kadang senget kadang tegak.Confuse.