Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Jari kaki

Kelmarin keluar dengan member pi Tesco kat EGate.Jumpa kedai SAWKS; kedai stokin.

"Eh, unid ...ko kan cari stokin.Ni ha kedai stokin."

"Haah..meh meh."

Kami pun dok belek-belek stokin kat situ.Lepas tu unid nampak satu stokin yang ada jari-jari.

"Cantik tak?"

"Eh , tu kan sarung tangan?"

"Bukanlah sarung kaki".

Kami pun dok argue samada stokin ataupun glove.Tiba-tiba unid cakap,

"Cuba ko kira jari dia."

Member unid diam, blur sekejap.Unid pun blur sat...pastu kami tergelak.

"Bongokla hang unid.Nak kira jari, jari kaki ngan tangan kan sama jer.Lima."

Unid pun tatau kenapa unid suruh dia verify samada tu stokin atau sarung tangan dengan method mengira jari kat stokin.




Friday, November 29, 2013

Kelapangan

Assalamualaikum

Semalam unid beli jam baru.Setelah berbulan-bulan jam lama hilang.Ada gak beli jam kat pasar malam tapi nasib tak baik asyik rosak ja.Adik unid beli tak rosak-rosak pun.

Jam ini mahal la pada unid, first time allocate duit untuk jam.Ini sahaja jam yang ngam dengan tangan unid yang sekeping ni.Dapat guarantee dua tahun termasuk dengan batu-batu tu sekali.Moga-moga bersemangat sikit menepati masa.Hew hew.

Cantik tak?Gambar ni diambil dengan camera 360.Ho ho patutlah gebu kan, adakah rupa-rupa yang cantik posted kat facebook,blog diambil dengan application yang sama?


 Terbaca makna surah al Insyirah waktu tengah berserabut.Unid sengaja underlinekan ayat tu sebagai peringatan buat unid.Masa yang ada perlu disibukkan dengan amalan yang baik.Amalan tu bukan sekadar solat , puasa tapi apa sahaja amalan yang baik untuk kelangsungan hidup di dunia dan akhirat.Moga-moga dapat hidayah.amin.

Wednesday, November 27, 2013

DIY Mask Sheet

Assalamualaikum.

Unid hari tu rajin membeli Hada Labo Essence tu.Rajin la kejap menepuk-nepuk muka.Pastu makin malas dan malas dan  essence tu cam tersadai jer berabuk kat almari.Sampai satu hari jumpa benda ni kat watson.
Okay ,benda ni adalah mask sheet yang kita boleh celup dengan essence yang kita suka.
Lepas buka plastic dia, rendamkan benda ni dlm essence sampai kembang.Jangan tinggal semalaman sebab dia akan jadi kering kontang.Unid pernah try,bangun pagi terus takleh nak pakai.Buang jer terus.Lepas kembang,bukak and tampal kat muka macam biasa.




Berguna jugalah essence tu akhirnya.

Monday, November 25, 2013

Pantai Kerachut

Assalamualaikum

Suddenly in very hectic Tuesday [19 Nov 2013] I received one call from a friend.

"Unid free tak Sabtu ni?Kita pi hiking nak?"

"Hiking kat mana?"

"Nak kat Bukit Jambul ka? Teluk Bahang?Unid nak pi mana?"

"Teluk Bahang." Honestly, dua-dua unid tak pernah pi.Tapi kita try pi yang jauh dulu.

Malam tu unid pack barang tapi cuma bawak makanan jer example : milo kotak mini, snickers, roti dan air mineral.

So Saturday 23 Nov, as planned  at 8 am we met.Seriously, unid tak familiar dengan jalan-jalan Gurney , Ferringhi.Melentok-lentok la dibuatnya ha ha.Nasib baik my friend familiar, tips from my friend,cari jalan ke Batu Ferringhi sebab Teluk Bahang atas lagi dari Batu Ferringhi.Itu kalau dari Bayan Baru la.

Bila dah hampir sampai, kami berhenti kat satu kedai mamak yang kecik.Nama dia Abdul Azees, kecik tapi ramai beratur untuk makan.

Unid makan 2 keping roti canai dan nescafe.Jangan dibuat sakit perut tengah-tengah hutan tu dah la.

Lepas tu member unid tapau sebungkus nasi kandar untuk dimakan selepas hiking.Nanti takut lapar katanya, tapi disebabkan banyak nasi tu kami share jer nanti.

Then drive masuk dalam kawasan parking Taman Negara Pulau Pinang, parking fee is RM3 perentry.

Lepas tu kami register nama kat Kaunter Pendaftaran, sebelum tu unid masuk toilet kat situ siap-siap.Toilet dia bersih dan memuaskan.

Kami mulakan perjalanan lebih kurang pukul 9.45.Kami plan untuk hiking sampai Pantai Kerachut ja.Ambik yang paling pendek gitu sebab unid takde prepare apa-apa dari segi mental and fizikal.Paling last unid ingat, climb Gunung Sibayak bulan September ari tu.Tak berani den nak try path yang jauh-jauh.Kami plan balik nanti kami nak merasa naik bot pulak.Kiranya pi hiking, balik dengan bot.Gitteww.. so merasalah dua-dua kan.




Sepanjang perjalanan ada gak terserempak dengan manusia manusia lain dari dalam dan luar negara.Track yang kami lalui mudah dan senang dibaca.So kalau pergi berdua tu inshaaAllah tak sesat , kalau pi sesorang tu tak berapa nak advisable sebab kut-kut la pengsan ke apa ke takda sapa nak bertanggungjawab pulak.

Memang rasa nak giving up pada mulanya.Al maklumlah tak exercise ke scretching ke apa ke, main belasah jer pi hiking.Yang penat sebab panjat tangga tu,tercungap-cungap gak.

Tapi... after that kitaorang terjumpa sungai and waterfall yang kecik-kecik.So kitaorang take time buka kasut and berehat-rehat.Our objective is not to reach at Pantai Kerachut on time but just to enjoy every moment during the journey.Bila berjalan, member tanya -'Unid takde lagu apa-apa ke?'

So unid pun bukak la beberapa lagu, memalukan I don't have many songs sebab jarang dengar lagu from handphone.Yang best and catchable adalah lagu Sahabat by Najwa Latif feat Sleeq.Lagu-lagu lain yang jiwang dan meruntuhkan hati memang tak sesuwai didengar saat kitaorang bersusah payah berjalan dan mendaki ni.












 Akhirnya... tada...hilang penat kan?Pantai yang membiru, pasir yang hangat.
 







Rasa cam tak caya jer ni kat Penang ni.






Masa ni orang tak ramai, so kami hampar surat khabar dan terus baring berbantalkan beg di bawah satu pokok rhu.Memang ralik sangat, rasa macam tamau bangun.Lepas tu baru makan nasi kandar sejuk dan kembang yang ditapau pagi tadi.Tu pun sedap disebabkan penat berjalan.

Lepas tu kami cari tempat pusat pemulihan penyu.Kawasan dia agak tersorok sikit, mati-mati kami ingat dah tak ada.Waktu tu panas kitaorang dahla bukak kasut sambil berjalan.Melompat-lompat sebab kepanasan.Pasir dia jadi panas rasa cam pijak bara api.Jumpa jer tempat teduh sikit terus pakai kasut.Seriously masa tu usha minah salleh tak pakai kasut jalan kaki with bikini, adei ...diorang tak panas ke?





Adakah penyu ini spesis yang sama dengan Ninja Turtle tu?











Masa nak balik naik bot, rm10 satu kepala.So okayla kan.After penat lalu jalan darat, kita balik ikut jalan laut.Melompat-lompat bot tu,air masin sampai terpercik masuk mata unid.Unid tak rasa orang pregnant boleh naik bot ni.Tapi best cam naik roller coaster sikit-sikit.



Nama sedap giler - Selaju Angin .



Dah sampai pun.Dan pekena ayaq nyoq dulu before balik.





 So begitulah cara unid menghabiskan masa senggang hari Sabtu tu.Sampai rumah pukul 6 petang lebih, mandi manda pastu balik kampung pulak.