Search This Blog

Sunday, December 29, 2013

Selamat Tahun Baru 1435/2013

Wah lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru.Dah bertambah la umur kita semua ya?Ada yang tak bertambah ke?
Kalau ikut calendar Hijrah dah masuk dah tahun 1435.

Selamat Tahun Baru~

Kali ni just nak update plan for year 1435/2014.Beberapa tahun kebelakangan ni , unid rajin membuat azam and try keep it on track.Before this, banyak azam tapi kurang effort nak buat.
Let revise apa yang unid dah buat untuk tahun 2012/2013.Unid cover yang unid ingat saja.
-oh, unid dah habis belajar menjahit.Boleh la jahit sikit-sikit, jahit langsir rumah, baju sendiri.Belum lagi ready nak amik upah.
-i want to improve my finance knowledge and upgrade my properties.InsyaAllah dalam masa beberapa bulan dapat la unid merasa duduk rumah sendiri.Penat woo menyewa.Hopefully financial stable, risau ni sebab semua benda naik.Gaji please la naik banyak-banyak.
-unid first time backpack luar negara.wah kat mana tu?Indonesia.Ye first try.InsyaAllah akan cuba selalu backpack lagi.Tapi ongkosnya dong...hew hew

Tu jer la yang unid ingat untuk tahun yang lepas-lepas.Untuk Tahun 1435/2014 pulak.

-belajar swimming.Kalau berangan nak travel mesti belajar swimming.Macam hari tu meleleh air liur kat Danau Toba nak swim, tapi tak reti.
-belajar self defense .Dah apply pun and dah masuk kelas tiga kali dah ni.Lepas ni boleh la wacha wacha.Actually antara reason unid apply sebab nak lost kan tanda-tanda buncit.Eh,bukan dah buncit ke?He he...
-belajar naik moto.wah ini penting gak.mana tau emergency nak kena pakai motosikal.
-rajin update blog.Oh , unid memang pemalas.Banyak benda nak cerita,banyak pic nak upload.Dekat facebook active tapi kat sini slow.Hu hu insaflah wahai unid.

Takat ini jer untuk tahun ni.Hopefully unid boleh sumbat banyak-banyak lagi.

Terima kasih, bye. :)

Wednesday, December 25, 2013

7 Habits of Highly Effective People Part 2: The power of paradigm

Assalamualaikum.

Pernah dengar anjakan paradigma?Apa itu paradigma?

Paradigm : Perkataan ni datang dari Greek bermaksud model,teori,perception,assumption atau dalam bahasa senang 'cara kita melihat sesuatu'.

Dalam buku ni, paradigm adalah seperti peta.Peta bukan kawasan, tapi ianya teori yang menerangkan tentang kawasan.

Bayangkan kalau kita diberi map yang salah .Tujuan kita adalah untuk pergi ke Yan.Tapi kita dapat peta daerah Baling yang tertulis 'Ini peta Yan'.Bayangkan, betapa frustnya kita masa drive dan wondering why semua jalan tunggang terbalik?

Mungkin kita boleh betulkan cara kita, kita drive lagi laju tapi segala usaha kita cuma mempercepatkan kita untuk tempat yang salah.Kita jugak boleh try berfikiran positif,pretend takperla tak kisah salah tempat pun.Kita try to be positive and happy tak kira di mana kita.

Tapi pointnya-Kita still sesat dowh!

So the problem is nothing to do with our way or our thinking but the wrong map!Dalam kepala kita ada banyak map,yang boleh dibahagikan kepada dua:

1)the way things are or realities
2)the way things should be or values

Dan kita mentafsirkan segala pengalaman kita berdasarkan map di atas.Sometimes we not aware we have it and we seldom question their accuracy.Kita assume sahaja ianya betul kan?

Dalam buku tu dia bagi satu gambar... so dia tanya gambar apa?Unid mati mati ingat gambar pompuan cantik,tapi dia terangkan gambar tu gambar nenek tua yang huduh.Unid takleh terima pun,bagi unid lukisan tu buruk.Memang buruk pun...ha ha :)

Tapi realitinya itu yang berlaku dalam hidup kita.Kita hidup berdasarkan peta mental masing-masing.Kalau kita melihat gambar tu seorang perempuan muda...sure kita nak ngorat (untuk lelaki), tapi kalau orang lihat gambar tu pompuan tua..sure kita rasa kesian.

So kalau kita aware dengan peta-peta mental kita,kita akan lagi bertanggungjawab untuk membetulkan peta-peta tersebut,kita akan bersedia untuk experiment , mendengar pendapat orang lain sekaligus menambah baik peta-peta yang kita ada.

Penulis menceritakan mini paradigm shift yang berlaku terhadapnya.Suatu hari dia naik tren,semua dalam keadaan tenang sahaja sehinggalah seorang lelaki masuk bersama anak-anaknya.

Budak-budak ni masuk menjerit-jerit,malah sampai tarik paper yang orang baca.Semua orang rasa irritating termasuklah penulis.Bagi penulis, si bapa patut mendidik anak-anak dengan baik.

At last, tak tahan dengan situasi penulis terus menegur si bapa,'Encik,anak encik ni kacau semua orang?Boleh tak encik control depa sikit?'*translate pi bahasa kedah boleh.

Si bapa tu jawab dengan lembut,'Ya,anda betul.Saya patut berbuat sesuatu.Kami baru balik dari hospital,emak mereka meninggal dunia tadi.Saya tak tahu nak buat macam mana, saya fikir mereka pun tak tahu nak handle macam mana.'

Tup...terus perspective penulis bertuka kepada simpati.(Paradigm shift)Terus dia melihat dengan cara yang berbeza,berfikir dengan cara berbeza.'Isteri anda baru meninggal?Sorry!Bla..bla..Apa yang boleh saya tolong?'

All the irritation feeling gone, replaced with sympathy.Kan?Selalu berlaku dalam kehidupan kita.Kadang kadang sebelum kita focus untuk mengubah cara dan sikap , paling penting adalah merubah cara kita melihat sesuatu.

Hopefully I delivered  it well.Jumpa lagi :">

Read Part 1 here.
Nota:Bab ini tidak ditranslate secara satu persatu tapi bergantung pada apa yang unid fikir.For more info,sila baca buku ni sendiri.

Tuesday, December 24, 2013

Make my day!!

Tiba tiba jumpa topic yang menarik.Seperti di bawah

Ada sesiapa yang tak pernah terasa dalam berfacebooking?Sometimes orang yang buat kita terasa tu pun tak aware dengan perasaan kita.
Dulu unid selalu cepat terasa.Sampai sekarang pun actually.Cuma satu jer yang bagusnya facebook ni, muka unid tak nampak samada terasa atau tak...ianya cuma akan jelas bila unid bagi response.

Ada satu malam tu, unid tengok tv.Pakar motivasi tu bagi tips untuk orang yang belum dapat jodoh ni, contoh solat malam la bla bla...tu tak termasuk senarai kenapa seseorang tu tak kawin lagi.Unid tengok dengan famili unid, actually I don't want to watch pun tapi my other family member
seem berminat.

So frankly 'typing', unid terasa.Unid lipat kain and diam sambil dengar family member keep commenting about the show.

Sakit hati, nak jer unid mengamuk and reply :
'well, solat awal, solat malam perlu untuk orang yang lambat kawin jer ke?berlambak orang yang lagi awal solatnya tapi belum pun dapat jodoh.Plus segala listed reason also seem macam tak masuk akal..'.

Unid terasa because for me that motivator treat people who tak kawin lagi ni seolah-olah kami ni dalam keadaan berdosa and yang dah kawin tu tidak.Itu mungkin my own feeling yang negatif.

Tapi unid diam, sepanjang rancangan tu unid senyap and terus lipat kain.Rasa nak tuka channel tapi tak boleh because others are watching.So lipat kain pretending I was not hearing anything.I don't know how about my face, but if people staring at me closely; I think they will notice--I cried a bit.Hew hew..but no one, and I hope no one notice it also.

Okay, itu baru tengok tv dah terasa sana sini.How about facebook?Okay , orang upload gamba kawin... update birthday... update story how they meet their partner and simply comment that their way is better and blessed,upload gambar anak.So kalau nak ikut sentap,people who tak kawin lagi sentap,people yang baru bercerai sentap,people yang belum dapat anak sentap.In case orang tu share result exam dia, people yang dapat corot pun akan sentap.Not to consider political issue,I undi lain, orang lain undi lain..haiyoo sentap menyentap.
Goshh... I think I should stop berfacebooking.

So should I marah semua orang yang upload gamba anak, their partner just to respect my feeling??
Memang sakit especially that husband maybe used to be other people ex.The 'other people' tengok jer ex ni kawin lain dengan putih mata...sob..sob...But the new wife maybe just update with intention
to share her happiness.Melainkan dia tag x and directly said,'Look , i got your bf!!'. But if that type of person exist, be thankful sebab anda bukan dia.

Anda bukan orang yang suka memerli , menuduh atau mengata orang.Anda cuma orang yang maybe haknya diambil, diuji dengan kepahitan.Well , yang share benda happy-happy tu tak bermakna tidak diuji.Cuma diuji dengan kemanisan,kalau termakan banyak boleh jadi kencing manis.

Now, my personal approach that I took is 'I don't care'.Saya sedaya upaya mengimunekan diri dari terasa.If they stop uploading anything it won't cure my pain pun.They upload what they want, I upload everything that I think I want to share.Even saman pun unid  share, tataula ada orang nak sentap ke tak.Hah... polis yang saman tu kut sentap.Tapi I pretend tak ada orang yang sentap.Cuma sebelum update, memang unid consider everything--but if people nak sentap, then I guess my post is not for them.

Even in my life, I think I am okay without partner,ada gak rasa sedih sikit...eh sedih banyak kut.But other people cannot see single lady live happily kan?Dah kita tengah sedih still they keep bothering me, why you are not married etc?

Kalau tanya tu with special offer ada good guy available for me takper la kan?Dulu letih gak nak layan, sekarang pun.Kadang-kadang nak jer jawab secara bodoh,'Dah you kawin dengan boifren I.' Atau bagi tazkirah kat dia, 'jodoh maut di tangan Tuhan..bla..bla..'.Atau assume yang niat dia tanya tu ikhlas-so senyum senyum jer la.*Teringat lagu Raihan-senyum tiba-tiba.

If we successfully marry pun people akan tanya bila nak ada anak...people keep asking about the stuff that we don't have,instead talking about thing that we have.Normal, samalah dalam facebook.Cuma setakat ni takda siapa berani tanya bila unid nak mati?Trylah!!!

Pernah juga my status at facebook diperli-perli.Terasa...but the solution yang unid jumpa adalah diam.Bila diam... teruskan upload atau update benda lain.Biarkan orang yang memerli/terasa tu keseorangan.Well , kita ada banyak benda lagi yang nak dibuat.Ada banyak lagi benda positif yang
perlu kita ambil tahu...seriously sedaya upaya try let go benda-benda yang negatif.

Jangan focus sangat on negatif side.Memang susah nak buat, tapi cubalah insyaAllah.Unid memang bila time mode negatif, I can cry berjam-jam sampai bengkak mata.Nak buka pun tak boleh, tapi setakat itu jer.So far nasib baik tak jadi Kasim Selamat.Melainkan if I choose to cry forever.I always have negatif experience,honestly still struggling to make myself better.

So unid  cari benda-benda yang buat unid happy such as kucing, itik, binatang,makanan etc.Oh, sekarang unid menyampah dengan mr. ang jer!Sometimes bila unid stress unid stop dekat petshop.Sambil tengok kucing gemuk tidur, then wondering how lucky they are--tidur makan jer,tapi ada orang sanggup bayar ribuan.Cuba unid tidur and makan jer--sekupang pun orang tanak kasi.Tak fasal-fasal sentap dengan kucing kucing tu!!Hoh!

Bila kita update/upload sesuatu yang kita ada/tidak ada.Sure someone yang tidak ada/ada akan terasa.
Bila kita rasa bertuah mendapat sesuatu, sure somewhere else ada orang bersedih kehilangan sesuatu.

For my friends dan untuk diri sendiri yang bersedih.Unid pesan:

Kasut kita tak akan pernah muat untuk orang lain,jadi sedaya upaya selesakan diri dengan kasut kita.Ada sebab Allah hadiahkan kasut tu special untuk kita.Well, setiap dari kita adalah Cinderella :) .

Note:Kalau facebook seriously menyakitkan hati anda, mungkin lebih baik sign off.Ada gak my friend yang tak ada facebook,yang ada pun macam hidup segan mati tak mau.Hidup aman gittew.

Monday, December 23, 2013

7 Habits of Highly Effective People Part 1

Assalamualaikum.

Okay, hari tu unid ada mention yang unid ada baca satu buku ni kan.Alaa..masa unid excited pi QB awal tu.Tajuk dia The 7 Habits of Highly Effective People by Steven R. Covey.

Sebenarnya unid banyak baca buku pasal Self Enrichment, bukan pasal unid minat sangat pun.Tapi disebabkan unid ni negatif person and always face hardship in my life (unid tau bukan unid sorang jer)...but reading those book is such a reminder to me.Even though it is not likely I will follow all the book instruction.I am not be able to do that pun tapi I think at least I read something good and get different opinion in facing hardship.Buku-buku yang paling unid suka baca sebenarnya based on true story contoh From Beirut to Jerusalem,Three Cup of Tea etc.Tapi unid baca jer tak kira jenis, novel cinta Bella ngan Edward tu pon unid baca.Pastu berangan jadi pontianak...pontianak pakai braces.

Okie dokie..let's talk about the book.What I know this book is very old.Maksudnya dipublishkan pada tahun 1989 if I m not mistaken.Tapi disebabkan best, they keep publishing it.So, I think the content should be amazing right?

Macammana unid boleh nak baca buku ni?Actually buku ni suggested by my friend when I was hiking with her at Pantai Kerachut .Kebetulan officemate unid nak pi Pesta Buku, so unid pesan kat dia.Tapi malangnya, that book cannot be found and he lend me his wife's book.Baiknya hati kan?Moga moga dirahmati.So buku ni unid pinjam jer.

Cover depan buku.
 Belakang.


Okeh, buku ni author dia kata seeloknya bacalah seolah-olah kita kena share within 48 hours.So unid tulish kat sini sikit-sikit.Kira share la kan?Kan?Hempuk kang?:">

Dalam hidup kita, kita menghadapi pelbagai cabaran yang secara overall nya boleh dikategorikan seperti di bawah:

1)Fear and insecurity
Takut dengan masa depan, takut hilang kerja,takut orang kata.Hidup dalam ketakutan.Dalam mengatasi ketakutan tersebut, kita secara tak sedar berusaha untuk menjadi independent.Which is good tapi secara tak sedar menjadi selfish.Aku jaga diri aku, kerja aku supaya aku dapat kebahagiaan sebenar.Padahal kita sebenarnya hidup dalam alam interdependent.Apa itu interdependent?Maknanya adalah kita berdikari tetapi kita juga bergantung kepada sesuatu.Well, only Allah berdiri dengan sendiri, we still need to depend on him.So interdependent is -independent  plus dependent.Gittew!!Pepandaila korang.

2)"I want it now!"
Oh sangat setuju dengan pendapat penulis ni.Sekarang bila kita nak something, kita mahukan cepat, SEKARANG!!Nak duit.Nak rumah besar,kereta besar,bini besar eh?Nak semuanya,I deserve it.Tambahan pula kita hidup dalam masyarakat credit card whereby we can get it now at pay it later.*Uhuk.Kadang-kadang kita lupa nak ukur baju di badan sendiri.Kita rasa kerja kuat sahaja tak cukup, especially sekarang dengan kemajuan teknologi.Keinginan kita bermacam.*Berangan nak ipad,iphone haippp..

Kita jadi terdesak untuk ke depan, laju dan tepat.Dekat office boss demand the result,even kalau kita sakit kalau boleh nak sembuh la la tu jugak!

The need to produce today is today's reality.

Sakit kan?

3)Blame and victimism
Setiap kali kita ada masalah, kita akan pointkan kesalahan tu kat orang lain.
Kalaulah boss aku..
Kalaulah kakak aku..
Kalaulah bapak aku..
Kalaulah kawan aku...

Jarang sendiri kalaulah aku...sebab?Sebab dengan blaming orang kita akan rasa kurang stress,kurang painful.Tapi it just temporary relief kan?

4)Hopelessness
Bila kita terfikir bahawa kita ini mangsa kepada orang lain, kita akan putus harapan.Anak-anak akan putus harap sebab mereka fikir mereka adalah mangsa kepada ibu bapa mereka.
we lose hope,we lose drive,we settle into resignation and stagnation

aku hanyalah boneka, tidak dapat berbuat apa-apa?aku hanyalah serangga di bumi yang besar ini??Eh...

5)Lack of life balance
Adei..lack of  balance.Unid makan banyak kerja sikit?Tak balance kan?
Hidup dalam zaman platform whereby semuanya di ujung ujung jari ni memang demanding.Dalam banyak-banyak perkara kenapa mesti kerja kita yang paling penting.*Uhuk.
Padahal adakah kerja kita punca masalah ?Kerja kita adalah engine of life?Kita hidup dalam culture

go in earlier,stay later,be more efficient,live with sacrifice for now--but the truth is that  balance and peace of mind are not produced by these;

Uhuk uhuk uhuk...batuk sebab terkena kat hidung sendiri.*Usap idung.

6)What's in it for me?
Kita hidup dalam persaingan.If we want something, we need to look for number one.

Life is a game, a race,a competition, and you better win it.

Kawan persekolahan,kawan sekerja,adik beradik,sedara mara semua seperti competitor.Mesti kawin dulu dari...mesti dapatkan husband yang lagi baik dari...mesti pandai dari... dan makin banyak mereka menang, makin sikit kita dapat.

Memang kita jadi baik hati , let them be, i am  happy for you but privately so many of us makan hati bila lihat orang dapat tapi kita tak dapat while we are chasing the same thing.Kan?Kan?

7)The hunger to be understood
Ramai yang berpendapat, untuk mempengaruh sesuatu adalah dengan menyuarakan pendapat dengan jelas.Kelantangan dan kebebasan bersuara.Ya , penting tapi bila kita sibuk nak bercakap kita lupa nak mendengar.Kita jadi sensitif untuk mendengar,kita takut nak mendengar especially reality ,pendapat orang lain tentang diri kita.Kita mahu mereka faham,jadi kita bersusah payah untuk bercakap tapi kita tanak mendengar.

Our cultures cries out for,even demands,understanding and influence.However,the principle of influence is governed by mutual understanding born of the commitment of at least one person to deep listening first.

8)Conflict and differences
Kita banyak persamaan tapi kita sangat berbeza.Pelik kan?Cara berfikir,apa yang value untuk diri kita,berbeza.Selagi kita tak dapat apa yang kita nak, we never we agree with other people kan?

9)Personal stagnation
Stagnation, unid siap google lagi makna dia.Tapi in malay maknanya 'genangan'...apakah itu?Unid tak berapa sure tapi rasanya macam stuck.Air yang tak mengalir,tidak productive.Sila-silalah cari makna and let me know okay?

Manusia secara semula jadi terdiri dari body,mind,heart and spirit.Tapi cuba kita lihat macammana element element ini menjadi stuck.Budaya kat bawah ini adalah apa yang kita selalu buat,principle adalah yang sepatutnya kita buat.

Body
Budaya: kekalkan gaya hidup ,kalau sakit settlekan dengan ubat-ubatan.

Principle:mencegah penyakit dan masalah dengan mengubah gaya hidup untuk menjadi harmoni dan lebih sihat.

Mind
Budaya:banyak tengok tv-"entertain me". Uhuk uhuk..saya suka tengok tv especially stress.

Principle:Banyakkan membaca dan mencari pengetahuan secara berterusan.

Heart
Budaya:Memanipulasikan hubungan untuk mendapatkan sesuatu,selfish interest.
Principle:memahami,respek,mendengar dan serve others brings greatest fulfillment and joy.

Spirit
Budaya: succumb to growing secularism and cynicism.*tatau den nak explain,faham kan sendiri ya.
Principle:kenal pasti punca keperluan kita,tujuan kita -pendek kata believe in Allah.

Fuh... baru beberapa muka surat unid baca tapi panjang giler kan?So itulah antara permasalahan / cabaran yang dihadapi manusia yang telah dikenal pasti oleh penulis.Check balik apa masalah kita,so mungking after that kita boleh focus pulak dengan solution.

Penat wooh nak type.Nanti unid sambung lagi, and share apa yang unid baca.Setakat ni ja dulu.

Jumpa lagi.Bye.

Shopping

Citer ni dah lama tapi baru nak upload.Waktu kejadian ialah 14 hb Dec 2013.Pagi pagi dapat call dari mak.
"Along nak balik tak?Mak nak balik rumah tok ni.Nanti balik takut mak tadak kat rumah."
Memang kalo mak tadak walaupun sekejap ,rumah tu akan jadi sunyi.Takda makna nak ngadap encik ang yang lupa daratan tu. Mak ni almost every week balik rumah mak dia.Kemain lagi eh!

Takpa la,unid plan balik petang.Boleh la pi shopping kat Queensbay, ingat nak beli diaper bag kat anak menakan dan mencashkan voucher voucher Popular dan Jusco.Yalah tu...balik nanti kita tengok ya.Pukul 9.58 unid masuk park dalam QB. 

"Eh,apasal pintu masuk ke shop tutup lagi?"

Tongong betul kan??Baru la terhegeh hegeh buka site QB. 
Operation Hour :10.30 am -10.30 pm

Maka duduk la unid bertapa dalam kereta, seb baik bawak buku yang dipinjam dari seorang kawan.
Tajuk nya The 7 Habits of Highly Effective People.According to the author, Steven R. Covey seeloknya after baca sikit demi sikit share dengan other peoples.So ianya akan lagi berkesan.Tapi unid tak tulish kat sini.Panjang lagi la entri ni nanti.

Tau tau dah pukul 10.30 lebih.Pintu dah bukak.Wah, bagaikan harimau yang kelaparan, terus carik makanan dulu.Lama nak makan pizza, so tengok La Boheme ada jual pizza yang macam hot jer.Beli pastu order nescafe kat food court.Makan kat situ.

*Terbuntang biji mata,roti semua fresh and panas.Almaklumlah unid rasmi masuk awal.





Seriously pizza tu sedap, if ask me..sedap lagi dari pizza hut.maybe sebab kelaparan?Ha ha

Sambil baca buku kununnya~


Dah tu mula la mencari beg diapers, beg yang jenis unid suka cuma ada kaler putih jer.Kaler hitam tak ada.Humm.. dah la nak buat pusaka , kalau kaler putih kang nanti takut jadi kuning.So the other option yang ada dari brand Pureen.Lupa nak capture pic, tapi macam gambar kat bawah.
credit

Register nama untuk swimming class for coming January.So beli swimming suit like below.MAHAL...:"< . Ni kalau koyak, menangis air mata duyung.

Sambil sambil dok shopping dekat bawah tu ada macam musical opera.Performance seem not by Malaysian.Jalan cerita macam Alice Wonderland sikit-sikit.








Popular buat sales habaq hang.Dahla murah minus dengan voucher lagi.Gila dak?

Perjalanan hari ni diakhiri dengan makan di Dave Deli.


Tuesday, December 17, 2013

Pukul Rata make sure betul rata rata

Meet this new girl.Fresh graduate working in her first job.Her company is international company and she seem very proud while talking about it.

New Girl: You know their working attitude is totally different with ours.We like blah blah ..they are like blah blah(praising the foreigner while kutuk-ing on other side).

Old girl:Oh, this is not your first job right?

New girl:It is my first job.

Old Girl:Have you experience working with other company previously.

New girl:No.I don't have a chance yet.

Old girl:Then how you know other working attitude is bad?

. . .

If you never experience it then how you could tell.Whether they are better or not , why not we just experience it first.Baru adil kan?Nak compare biarlah with knowledge/experience , jangan pakai assume saja.

Tuesday, December 10, 2013

Antara pertimbangan dan realiti.

Wah kemain tajuk.Whatever~

Beg tangan unid yang itam tu dah lama dah.Mengelupas sana sini tapi still boleh pakai.Unid plan nak tukar tapi malas nak jenjalan so pakai jer la beg tu.

Nak dijadikan cerita 1hb Dec ,unid ikut member pi kenduri tahlil kat Pondok Mat Nahu di pedalaman Sik.Lepas abis semua, member unid drop unid kat Suntech sebab unid park kereta kat situ.

Before balik kampung, pi order burger bakar kat depan CIMB tu.Unid order empat ketul sebab nak bagi famili rasa.Nak beli seorang seketul takut tak abis sebab besar gak portion dia.Sementara tunggu burger siap unid masuk Sun Shine kononnya nak window shopping.

Takde nyer window shopping sebab sekarang tengah Christmas Sales.Pulak tu nampak Sales dekat bahagian beg, heh macam orang mengantuk disorong bantal.

So unid pun apa lagi ..dok belek beg jer la.Nak cari yang simple dan comey dan boleh sling.Agak-agak burger yang unid order tu dah sejuk dibuatnya.

Last-last terjumpa yang satu ni.Cantik,simple dan boleh dibuat sling bag.Terus angkut beli.Malam tu jugak balik kampung menciwi, semua barang susun elok-elok.Mak tengok pastu perli.

"Susun elok-elok, pastu nanti cari barang tak jumpa goh balik semua."

Tehee..Unid pakai la untuk beberapa hari tapi unid perasan sesuatu.

Biji daun yang tergantung cantik kat beg tu sebenarnya tak practical.Ianya keras dan menggerutu so bayang kan setiap kali terlanggar pintu kaca atau pintu kereta.Menyebabkan calar.

Masa unid beli unid nampak benda tu cantik, tapi tak terfikir tentang practicality.Sekarang bila dah terscratch kereta dan pintu baru terfikir.

Ianya cantik tersangkut tergantung kat situ tapi tak berapa nak practical.Now I have to be more careful bila nak buka pintu kereta atau pintu kaca.Selalu pakai secara terbalik, and I am thinking on how to remove that stuff without make my bag ugly.

Plus material beg tu agak keras dan kurang flexible berbanding yang dulu.Ianya kemas tapi agak susah nak sumbat buku atau barang yang keras cth. botol air ke,lotion ke.

Masa nak beli segala faktor telah dipertimbangkan tapi bila pakai baru kita dapat rasa how that bag suit with our eeal life situation.Unid still suka sebab ia kecik kemas tapi kalo untuk dibawak travel jauh jauh mungkin kurang sesuai.

Friday, December 6, 2013

Pesta Buku Popular

Wah meriahnya pesta buku ni.Tapi unid tak sempat nak pi kut.

Tak sempat nak pi pun unid pesan kat member suruh beli buku-buku di bawah.

1)J.R.R. Tolkien Boxed Set (The Hobbit and The Lord of the Rings)
2)The 7 Habits of Highly Effective People: Powerful Lessons in Personal Change by Steven R Covey
3)Islamic Philosophy from Its Origin to the Present: Philosophy in the Land of Prophecy (Suny Series in Islam)by Seyyed Hossein Nas
4) Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources by Martin Lings

Gila dak? Heh.. nasib baik member sporting tak mintak suruh dulukan duit on the spot, kalau tak gila gak la sebab duit unid kering sekarang.Makanya tahun 2014 kita mesti berazam untuk membaca buku sebanyak-banyaknya.

Ingat masa kecik-kecik dulu, hobi unid suka baca buku.Habis buku abah yang hardcore dikhatamnya.Bayangkan sekolah rendah dok baca buku-buku perbandingan agama oleh Ahmad Shalaby , Hikayat Bakhtiar, Hikayat InderaPutra dan segala mak nenek lagi.

Balik kampung, sepupu lain dok melepak kat dapur ,tak pun depa main kat luar.Unid pulak masuk bilik mengkhatam segala majalah mastika bawah katil.Tak kira rumah tok belah abah atau belah mak, asal balik jer unid terkam rak buku dulu.

Tapi sekarang makin tua makin malas membaca.So hopefully tahun ni unid leh allocate masa untuk membaca.

More info tentang pesta buku click here.