Search This Blog

Wednesday, May 29, 2013

Buncit

Kawan seoffice unid tiba-tiba menepuk perutnya yang memboyot. 

Pap...pap..

Kemudian sambil tersengih dia bertanya.

"How old are you?I start developing this when I reached 30."

Sambil usap perutnya, dah rupa orang pregnant pula.Tsk..nasib baik lelaki.

Unid gosok perut sendiri dengan perasaan kecut perut.

"Macam ada jer."

"Tapi I tak nampak pun."

Haruslah tak nampak, takkanlah unid nak tunjuk kut.

Balik kampung, adik unid yang dah kawin tu merungut benda yang sama.

"Angah rasa bukan pasal kahwin la perut ni buncit.Sebab kalau pasal kawin, Abang Ngah jauh.So sepatutnya susah nak buncit.Rasanya pasal kita dah tua la."

Tu teori angah.Unid raba perut unid, sambil menimbang perlu ke tak unid beli losyen pati halia?Tiba-tiba terbayang Nora Danish.Sangat~

Tidur lepas Subuh

Beberapa minggu yang lepas kerja macam neraka.Balik lambat, public holiday kerja.No life beb!

Weekend , request kat boss untuk cuti hari Isnin sebagai menebus kerja Unid di Hari Wesak.Nasib baik la boss kasi.

So Unid plan nak tidur lepas Subuh.Jarang tidur lepas Subuh dan memang tak digalakkan pun.Jangan ikut ya adik-adik.

Maka di pagi Sabtu Unid start tidur lepas Subuh.Tak lama kemudian adik masuk bilik.Raba tengkuk Unid.

"Isk ... Along demam ni. Emak , Along demam!" Dia memekik.Pastu keluar.Haih... tak khusyuk tidur aku.

Tak lama kemudian mak pulak masuk bilik."Demam ya anak mak ni." Dirabanya juga tengkuk Unid."Hummm.. tak dela."Katanya kemudian keluar bilik tanpa tutup pintu. Haih...

Tak lama kemudian terdengar adik dengan emak bersembang kat dapur.

"Mak... Along demam tu.Nak bagi ubat tak?"
"Takde la...Along mu tak demam pun."

Haih...terus Unid bingkas bangun.Awal lagi , rasanya around lapan lebih.Tapi takleh tidur  sebab tak khusyuk.Hari Ahad dan Isnin baru boleh tidur tapi tu pun bangun awal.Lebih kurang pukul lapan sebab nak kena pergi bersihkan tanah.

Memang la Unid jeles dengan makhluk Tuhan yang berbulu oren ni.Rasa nak pelempang jer :D




Muka nak menguap tapi tak jadi.



Sunday, May 12, 2013

Jam

Birthday adik unid ,unid belikan dia jam.Jenama polo RM95 after discount with warranty 6 bulan.Tak sampai seminggu pakai dah rosak.Adui... jam yang dia beli kat pasar malam lagi tahan nampaknya.

Dulu unid beli jam jenama sama gak Polo kat adik unid yang sorang lagi.Tapi kes tu lagi dasyat.Sampai rumah buka kotak terus tak jalan.Padahal dekat kedai jam jalan jer jarum dia.

Sekarang bila face the same thing ,unid terpikir memang jam tu tak elok atau pun nasib unid yang malang.Tapi ada lagi satu jam polo yang tahan sampai sekarang.

Rimas woo..nak pi balik kedai jam and complaining here and there.Kalau jam sendiri lain cerita tapi ini jam hadiah.

Next time memang unid tak beli jam buat hadiah.Baik unid bagi ja duit.

Tuesday, May 7, 2013

Life update


Weekdays kerja sampai malam.Weekend hari sabtu tu pun kerja.Nak kata kerja banyak tu tak juga,tapi every task tu memerlukan new knowledge.so terpaksalah meluangkan masa explore ,belajar ,try and error.Itu yang mengambil masa tu.Tapi nak complain banyak pun tak guna,sebab dah kata bidang IT...memang sentiasa up to date.Ni pun rasa dah ketinggalan,penat den nak kejo yop!

Nak work smart kena la jadi smart.Smart maknanya bukan datang office on time...pastu buat kerja seadanya then bagi tugasan kat orang lain.Jika kita ja work smart tapi banyak sahabat-sahabat kita work hard kena tengok jugak.Kut-kut kita yang menyebabkan mereka work hard. Begitu juga sebaliknya,kita seorang ja workhard padahal orang lain semua kerja rilexxxx ja.

Nak jadi smart memerlukan masa yang panjang.So after jadi smart barulah kita boleh buat kerja dengan mudah.

Masa panjang atau pendek di office tak boleh jadi satu-satunya pengukur produktiviti.

Hummm..melalut tang mana dah ni.Weekend especially Ahad,saya balik kampung.Basuh baju ,buat kerja rumah,teman mak pi pasar.Masuk dapur sikit-sikit,tak pandai masak sangat.Takat tolong mak kupas bawang tu bolehla.

Antara aktiviti paling best... adalah bersihkan sarang arnab and bagi makan arnab.