Sunday, May 7, 2017

KLCar Free

Okay, remember yesterday aku berangan nak jogging kat KLCC park pagi pagi.So pagi pagi aku keluar dengan harapan nak berjogging dengan KLCC.Housemate aku tidur, tak dapat dikejutkan disebabkan masing masing jadi nokturnal malan tadi.

Maka masa naik tren aku dah berbelah bagi.Iskkk sebab tak pernah jogging dengan KLCC park pagi-pagi.Ade ke orang jogging waktu pagi?

Masa duduk dalam tren ni nampak seorang budak pompuan dalam pakaian sukan.Huh, ni mesti nak berjogging jugak ni.Aku terus tanya dia nak jogging mana.Dia bagitau dia join KL Car Free.Sembang sikit sikit, dia ajak aku join sekali.Ahh...mengantuk disorong bantal la kan.

Kami turun kat LRT Masjid Jamek.Ramai orang join termasuk tourist.Ada yang berbasikal.Merasa gak aku berjogging di tengah tengah bandaraya ni. Lepas jogging depa ajak join breakfast.Bertuah betul hari ni. =)

Betulla, kita boleh merancang.Tapi Allah akan improvekan rancangan kita.So sesiapa dok KL boleh lah kalau nak merasa berjogging tengah bandar.
http://www.klcarfreemorning.com/

No comments:

Post a Comment