Shea

Unid baru tahu yang Shea Rasol meninggal.Terkejut sangat. Unid suka baca blog dia.Selalu bila pergi blog dia dah jarang post.Rindu jugak sebab suka penulisan dia.

Tahu tahu dia update tentang sakit dia.Rasa sedih dan rasa kagum masa tu.Sebab orangnya ceria jer dalam blog.Takde banyak sangat drama or cerita cerita negatif.Kebanyakan pasal fesyen.Rupanya dia diuji dengan kanser.Terkenang diri sendiri masa sakit seminggu.Tu pun rasa hazab giler, tataulah unid boleh tabah kalau diuji dengan sakit sakit teruk ni.

Tadi baru tau dia meninggal.Housemate bagitau masa buka puasa.Dah hari isnin unid baru tahu, heran kenapa ketinggalan sangat ni.Adakah penangan sebab uninstall facebook membuatkan unid outdated.Ada facebook pun unid ketinggalan zaman apatah lagi bila uninstall.

Bila teringin nak tengok facebook, buka manually type kat browser.Renyah, tapi sebab unid notice asal pegang handphone buka facebook.So ingat nak kurangkan, sekali terlepas berita.

Bertuahnya orang yang meninggal di bulan Ramadhan dan di hari Jumaat.Teringat arwah Sharifah Aini.Bila difikir fikir balik kebanyakan orang yang meninggal pada hari hari yang baik ni kebanyakan mereka menjaga hubungan sesama manusia.

Hubungan sesama manusia lah yang paling susah nak jaga.Susah nak jaga diri sendiri dari perasan baik.Susah nak jaga diri sendiri dari melihat aib orang.Susah nak jaga diri sendiri dari tak merasa nak menang sokmo.Diri sendiri suka menghakimi orang, ego dan degil.-_-||

Ya Allah , mudah kan kami nak jaga hubungan sesama manusia.Jauhi kami dari bergaduh dengan perkara perkara tak munasabah.Jadikan kami orang yang suka menerima nasihat.Jadikanlah kami hamba yang sentiasa membantu insan lain tanpa berkira.

Ya Allah, Engkau Yang Maha Memberi, jadikanlah kami hamba yang suka memberi.

Amin

Comments

Popular Posts