Nasib dalam genggaman-Nya

Satu pagi emak ngan Angah pergi market.Tiba-tiba nampak seekor kucing yang comel tapi kurus kelaparan.Merayau-rayau sendirian.Entah kenapa, Angah terus jatuh cinta.Emak pun tak ada bantahan padahal sudah tiga ekor kucing kat rumah.

"Nantila kita ambik.Kalau ambik sekarang , macam mana nak beli barang." Kata emak.

Selepas membeli barang, mereka kembali mencari anak kucing tersebut.Hilang tah ke mana.Sedih pun sedih.Tiba-tiba nampak seorang lelaki memberi makan ikan kepada  ibu kucing dan anak kucing tersebut.Ibu kucing tersebut melarikan diri, tinggallah anak kucing tu sesekor.

Emak dan Angah  menghampiri and bertanya kut-kut pakcik tadi nak amik anak kucing tadi.

"Kalau nak amik , amik lah. Saya dah ada 20 ekor kucing kat rumah.Tapi kalau tanak amik , saya amik."

Dan begitulah kisah anak kucing tersebut.Tak sampai seminggu lagi kat rumah kami.Namanya yang plan nak bagi Jebat, sebab dah ada seekor yang namanya Tuah.Sesuai ke? Rasanya macam tak jer.

Humm..nasib.Tatau la dia berada di market tu berapa lama.Kurus, kesejukan dan kelaparan.Tapi hari dia bersama kami.Emak cakap, "Jangan mati tau!" Ewah mak ni. :D









Comments

Popular Posts