Sakit

aku masuk hospital hari tu sebab H1N1.Tarikh keramat 6hb sampai 12 hb Mac aku kat hospital.

Macam mana aku boleh kena?Ntah, memang takda idea macam mana boleh kena.Hari Sabtu tu pi hiking kat hutan komuniti Kota Damansara.Sihat jer.

Sorang member geng hiking tidur kat rumah sampai Ahad.Ahad pi shopping barang barang keperluan.Malam siap buat video review buku.aku tidor lambat, masa tengah malam tu rasa sejuk.Batuk tapi takdelah teruk sangat.

Pagi Isnin memang tak larat nak bangun.Dalam hati , kenapalah nak sakit hari Isnin?Malas nak pi klinik sebab selalu Isnin dan Jumaat memang hari glamor orang amik MC,malas nak menunggu kat klinik. Tengah berkira kira samada larat ke aku naik lrt, nak work from home laptop tinggal kat office.Last-last sambung tidur,terjaga balik around pukul 9 gitu.Pi drive klinik, memang slow lah sebab rasa tak larat gila.Kalau ikut hati memang tanak pi klinik, nak tidur jer.

Masuk klinik macam biasa menunggu.Bila time jumpa doktor, doktor check eh panas ni.Dia tanya symptom symptom bunyi macam denggi.Kemudian dia ambil darah nak check.aku dah letak kepala atas meja doktor tu, sorry memang tak larat sangat.Sebab suspect denggi dia buat surat refer untuk hospital.

Dia tanya.'Larat ke ni?Nampak macam tak larat ni.Nak saya call ambulan ke?'Adui, bunyi macam extravaganza la pulak aku naik ambulan.'Takpa la doktor, saya naik grab jer.' Doktor asyik pesan suruh direct pi hospital.Dia refer hospital Columbia Asia sebab dekat dengan rumah.



Balik dari klinik, tak larat punya fasal aku tido lagi.Mintak maaf doktor, aku tidor dulu.Nak pi hospital dan mengadap segala procedure, oh aku rehat dulu.Dah tidor bangun, last-last paksa diri juga bangun dan bungkus apa yang patut.Memang sangat ala kadar.Lepas tu call grab car dan tunggu bawah.

Yang grabcar ni pulak buat hal, boleh dia baca aku punya pickup point dari Hospital Columbia Asia padahal aku letak dari rumah aku.Ting tong ting tong , last sekali aku call driver lain.Memang tak larat nak layan drama banyak banyak.

Sampai hospital, rupanya insuran tak kaver out patient cost tapi kalau betul aku kena admit baru leh claim.Aku okay kan jer, ikutkan hati nak lari pi hospital kerajaan tapi memandangkan aku seorang diri aku redha jer.Bila check doktor , aku kena admit.Terus straight dia bawa pi Emergency Room.Aku memang dah ready pakai baju nak tido.Semua orang pakat tanya,'Seorang jer ke?' Ye, saya seorang diri memasukkan diri ke dalam ward.Haish.

Dalam ER tu aku tidur, diorang start masukkan air, lepas tu cucuk hidung aku dengan cottonbud.Gila sakit, trauma juga.Check check positive influenza, check darah bagai rupanya H1N1.X ray pun dia buat jugak.Merasa la aku baring atas katil , orang tolak ke hulu hilir.Memang aku tak peduli sesapa dah.

Previously aku request nak duduk bilik dengan pesakit lain, sebab aku seorang diri.At least kalau berada bersama-sama dengan pesakit lain takdela aku rasa macam dalam penjara sangat.Plus harga lagi murah kan.Tapi dek positive H1N1 , aku kena duduk bilik seorang.

Masa aku sedar, aku gigihkan diri inform office dan family.Kat mak aku, aku cuma cakap takyah risau ,bukannya teruk mana nurse ada jaga.Aku cuma bagitau hospital mana jer.Housemate aku yang boleh tau sebab notice roti takde.Aku baru beli roti dan suruh depa makan.Depa tunggu aku malam tu tak balik-balik, lepas tu perasan roti yang aku beli tu hilang.Hilang sebab aku bawak sekali pi hospital.Itu jer la yang sempat aku bagitau depa.Yang call bolehlah aku explain detail, yang mesej Whatsapp aku boleh reply sikit sikit dek kudrat yang lemah.

Lepas mesej seminimum mungkin aku terus all out tidur.Bateri nak habis sepasal, lepas tu nak capai handphone nak type seksa kut kalau tangan dah berwayar gitu.Asal salah gerak jer mesin tu bunyi, satu hal aku nak press loceng panggil nurse.

Masa ni memang rasa sangat fragile sangat as human.Malam pertama tu , badan aku panas.Aku perasan nurse keluar masuk, demah dahi aku.Cucuk air ,gerak aku makan panadol.Aku dengar diorang discuss panas lepas tu tekanan aku darah aku rendah.Masa ni memang aku surrender, buatlah apa yang patut sebab memang aku tidur ja.

Hari kedua pun sama.aku bangun dengan susah payah pi kencing saja.Seksa kut nak heret tiang tu.Nurse cakap , adik call hospital tanya keadaan,'Depa bagitau yang aku resting.' Sorry lah memang keadaan aku tak mengizinkan.Adik aku, hosmate aku gigih google cari no phone hospital.Maaflah kudrat aku memang tak larat.Dalam hati terpikir, phone yang aku mengadap siang malam tu pun aku dah tak upaya nak tengok,apatah lagi nak berwhatsapp bagai.Nurse keluar masuk pun aku tak berborak.Biar jer depa buat kerja.
Tempat cucuk first sebelum leaking.Beberapa kemudian leaking, so kena cucuk tempat lain untuk water drip.

Hari hari aku dipenuhi dengan aktiviti tidur, makan ubat.Ubat ada yang kena masuk melalui drip , lepas sejam masuk ubat lain pastu masuk lagi ubat lain dua jam selain air.So pergerakan aku memang terbatas.Ada satu pagi tu, seorang nurse masuk.Dia tengok aku.Dia tanya,'Pernah sakit?'Aku geleng.'Pernah masuk hospital.' Aku geleng lagi.Dia komen,'Akak tak sedar semalam, mesin drip bunyi pun akak tak sedar.' Haah, memang aku tak sedar.Selalunya kalau mesin tu bunyi, aku akan press bell supaya nurse datang.Rasanya kalau katil tu runtuh pun aku tak sedar.

Makanan suma memang tak makan.Semua masuk tong sampah, aku pesan kat service guy tu suruh ambil balik jer makanan ni sebab aku memang tak makan.Selera mati.Tapi dia cakap, sebab aku dikuarantin so makanan aku depa letak dalam tupperware, kalau aku tanak buang jer kat tong sampah dalam bilik tu.Dekat pesakit biasa depa serve dalam pinggan mangkuk.Sayang giler, tapi betul aku memang tak rasa nak makan.

Aku tatau rupanya dekat depan pintu bilik aku ada provided mask dan hand sanitizer.So bila doktor ke, nurse, janiator ke nak masuk depa kena pakai mask lepas tu nak keluar buang mask tu dalam tong sampah khas kat dalam bilik aku.

Hari ketiga keadaan aku better sikit.Aku mula makan sikit sikit.Rasa macam accomplishment boleh makan tiga sudu nasi.Tapi cabarannya adalah muntah.Ohh...muntah sampai takde apa nak keluar.So bertambah lagi ubat aku , ubat muntah.

Housemate aku datang hantar barang.Gigih depa naik Grab semata mata nak hantar baju dan keperluan lain.Siap pi shopping panties pakai buang lagi untuk aku.Aku start period dan bleeding teruk gila.Pad yang housemate aku hantar sepuluh takleh nak kaver so terpaksa aku request kat hospital.Nurse bagi aku maternity pad sebab pad biasa tak available.Dek bleeding melimpah, doktor bagi ubat stop bleeding untuk telan.Tapi tak jalan, so terpaksa masuk ikut drip.

Aku tanya doktor asal beria nak stop bleeding aku.Kan waktu period aku.Doktor cakap sebab aku sakit, dengan darah rendah plus bleeding membuatkan aku susah nak heal.Disebabkan bleeding tu jugak aku dihantar mengadap doktor sakit puan dan buat ultra sound bagai.

Adik lelaki aku, si Faiz gigih naik motor dari Kajang melawat aku.Dahlah sebelum tu dia balik Kedah urusan kerja, sampai KL terus melawat aku.Nak maghrib baru sampai.Gigih naik motor dari Kajang.Terharu jugak la dibuatnya.Memang bila jatuh susah, family jugak la yang akan sedaya upaya nak tolong.Aku ingat benda ni sampai mati.

Hari kelima,keadaan aku makin baik.Oh, sepanjang aku kat sini aku kena log sukatan air yang aku minum dan yang aku kencing.Ada hari tu elok doktor lepaskan aku dari drip, lega gila tapi tak sampai beberapa jam dia masukkan balik disebabkan sukatan log aku tak cukup 600 ml.Doktor tu cerewet sikit, doktor dari India.Banyak kali la juga aku tengok nurse kena bebel.'Be tedious sister, be tedious.'

Routine aku selain kena makan ubat, kena masuk ubat ikut drip, ambil tekanan darah every certain time dan pagi pagi akan ada orang lab ambil darah.Ada satu hari tu, darah aku tanak keluar.Banyak kali nurse cucuk, darah aku mogok tanak keluar.Aku dah senang hati sebab ingatkan boleh lepas dari kena ambil darah, rupanya depa pi panggil doktor pula suruh ambil darah aku.Doktor tu boleh plak cakap,'Orang lab tatau ambil darah ke, tau ambil darah satu tempat jer.Ini banyak lagi tau boleh ambil darah.' Berbulu jer aku dengar, baru nak rasa merdeka.

Tapi bila dah makin baik, mula la rasa jemu.Sebab dah kurang tidur.TV tayang disney, aku tengok jugak tapi bosan kut mengadap tv.Aku mula tanya doktor bila aku boleh balik.Bila doktor kata esok tengok lah macam mana.Esoknya sampai petang aku tunggu, tapi doktor tak bagi aku balik.Aku tanya lagi.Aku tak tahan dowh duduk terkurung dalam bilik.Aku lagi suka balik rumah basuh baju.Haih duduk dalam hospital yang siap ada TV, makan dihantar pun aku dah mati kutu.Muhasabah jap aku bagaimana agaknya duduk dalam penjara.

12 Mac , petang baru aku discharge.Mula mula aku plan naik taxi jer, housemate aku marah.Depa plan nak ambil aku dengan kereta aku.Tapi mujur jugak depa insist, sebabnya ubat sahaja dua beg plastik.Tu tak termasuk baju aku lagi.Panas jugak bontot depa tunggu procedure discharge.

Masa aku keluar, baru aku perasan aku jalan slow.Depa terpaksa tunggu aku.Housemate aku cakap, masa ketiadaan aku, depa mengemop bagai dengan dettol.Takut.Masing masing dah buat checkup, mujur takde apa-apa.Bila aku balik, housemate aku tolong salinkan cadar walaupun aku cakap aku boleh buat.Aku dengar salah seorang tu cakap,'Ko jangan layan sangat bila unid kata tak payah.'

Baru aku sedar ego aku ni tebal.Susah nak mintak tolong orang.Kira bertuah la kalau ada orang yang aku harap dan mintak tolong.Aku memang susah nak terima rejection, takut menyusahkan orang.So memang kadang bersyukur sebab ada juga orang yang degil nak tolong aku.

Esok aku beli tiket balik kampung.Mak aku dah banyak kali call, suruh balik kampung.Biar dia nak jaga.So tiket balik pukul satu, pukul 11 gitu aku keluar dari rumah.Kena panas matahari, untuk pertama kalinya aku bersyukur sebab merasa panas matahari.Syahdu tak.Aku memang jalan slow dan pakai mask memanjang.Sebab aku takut kut kut ada virus dari aku tersesat dan ada virus yang tersesat kat aku.

Balik kampung, aku mengkuarantinekan diri sendiri.Pakai mask, pinggan mangkuk aku asingkan.Aku tidur asing.Ubat aku makan ikut aturan, banyak pulak tu.Sebelum ni aku selalu skip makan ubat.Aku memang tak suka makan ubat, kecik kecik dulu aku curi curi buang ubat.Adik aku perli,'Agak agak boleh kaver tak ubat yang Along buang selama ni?'

Mau tak dua beg, ubat batuk saja empat botol


Hari Khamis aku pergi check darah kat hospital, adik aku Angah temankan.Seminggu aku duduk kampung, alhamdulillah aku makin sihat.Sepanjang seminggu aku kat kampung, aku tidur siang sekali jer.Adik aku tak sampai hati nak kejutkan sebab aku tak tidur banyak pun kat kampung.Actually aku susah nak tidur, baik siang ke malam.Tapi mujurlah otak aku masih berfungsi lagi.

Aku masuk balik office lepas dua minggu.Dua hari juga mengosongkan inbox.Kata kata yang paling berkesan dari office mate aku.Dia cakap antibodi aku akan jadi kuat lepas ni sebab dia dah deal dengan penyakit.So hopefully aku bertambah sihat.

Banyak pengajaran yang aku dapat, memang tak terungkap dengan kata-kata.Sorrylah kalau entri aku kelam kabut.Aku pun jadi tak reti nak susun, sebab banyak sangat benda terjadi.Aku takleh nak tulis semua.Pengajaran yang aku dapat banyak, antaranya :

  • Manusia ni sangat lemah.Aku jarang sakit, termasuk dalam kategori sihat.Tetapi nikmat tu bila-bila jer Allah tarik.Inilah first time aku jatuh sakit teruk.Nak solat susah, aku boleh cuba beberapa waktu saja lepas tu give up.Sebab dengan ciritnya,nak bangun susah dan masalah lain membuatkan aku tinggal solat.Bila sakit nak solat pun bergantung pada orang lain.Lemah kan?
  • Bila kita susah, famili lah orang yang pertama sekali take action.Tak kiralah kena kuarantine ke apa ke, famili adalah orang yang sanggup tanggung risiko untuk jaga kita.Orang lain belum tentu, yang ada mungkin insan terpilih.Bersyukur aku sebab hosmate and family jaga aku.
  • Kita selalu fikir, bila kita tolong orang ,orang yang sama akan tolong kita.Which is salah.Kita dah letak expectation situ.Jadi kita kecewa, bila kita rasa orang yang patut tak tolong kita.Tapi kalau kita letak prinsip,kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita.Yang itu betul.Sebab waktu kita susah, kadang kadang orang asing yang dari mana datang bagi bantuan.
  • Kita selalu rasa diri kita susah, tapi ada lagi orang yang susah.Aku sakit macam ni pun rasa macam nak mati, bayangkan yang sakit kanser bagai.Kuatnya depa kan.
  • Jaga kesihatan baik-baik.Ada duit juta-juta pun tak guna kalau sakit.





Comments

Popular Posts