Edited:Jamu Assam Kunyit
Masa mak unid kerja kilang dulu ada member dia dari Indonesia ajar dia buat jamu.Balik rumah mak try buat,lepas minum rasa berpeluh dan ringan badan.Tapi versi mak tu cam agak susah...kena cari pinang,sirih,daun cekur dan tah hapa hapa lagi.
Jamu sangat terkenal kat Indonesia,depa mula minum dari waktu kecik lagi.Mungkin sebab tu ada member mak unid lepas beranak terus boleh buat kerja dan tak perlu berpantang lama-lama.
Baru-baru ni unid google pasal jamu.Terjumpa jamu Assam Kunyit.Tengok resepi dia ada version yang paling simple ada juga yang advance.
So unid buat yang simple ja.
Bahan-bahan:
1) Kunyit hidup (bukan kunyit serbuk yang siap diproses tu)
2) Assam jawa
3) Madu/Gula Perang
4) Halia (optional)
2) Assam jawa
3) Madu/Gula Perang
4) Halia (optional)
Cara-cara:
1)Kunyit dan halia tu disiang pastu dipotong dan diblender bersama air.
2)Masukkan assam jawa.
3)Masak sampai mendidih.
4)Campurkan madu secukup rasa.Boleh ganti dengan gula perang.Seeloknya elakkan gula pasir yang biasa tu.
5) Kacau sampai sebati dan tada...siap.
1)Kunyit dan halia tu disiang pastu dipotong dan diblender bersama air.
2)Masukkan assam jawa.
3)Masak sampai mendidih.
4)Campurkan madu secukup rasa.Boleh ganti dengan gula perang.Seeloknya elakkan gula pasir yang biasa tu.
5) Kacau sampai sebati dan tada...siap.
6)Sila tapis dulu sebelum minum
Masa unid first time buat,unid tak berani nak rasa.Ha ha...terus tuang secawan bagi mak minum dulu.Anak bertuah betul.
Mak minum secawan sekali harung,tak berhenti amik nafas langsung.Bila unid tanya sedap ke tak,dia jawab sedap cara ubatla.
Unid pun masa mula-mula minum tu terketar -ketar jugalah.Tapi bila dah minum rasa dia not bad.Sedap...sebab ada assam jawa.Tapi of coursela kalau letak jus oren sebelah,unid pilih jus oren dulu. :)
Memang lepas minum,badan berpeluh.Rasa ringan.Unid ada baca yang khasiat dia untuk melancarkan period,buang bau badan dan untuk kulit.Tapi tak elok minum tiap-tiap hari.Seminggu maximum 3 kali,pandai-pandailah muha google sendiri.
Unid buat pun seminggu sekali,bila turun pasar.Masa tu baru boleh cari kunyit.Lebihan ubi kunyit tu unid campak kat tanah.Mana tau kut kut nak tumbuh :) .
Comments
Post a Comment