Thursday, June 20, 2013

Puasa

Korang dah habis ganti puasa?? Haipp... jawapan dari lelaki tak diterima okay!

Unid baru terkial-kial sambung ganti.Punyalah lama tempoh Allah bagi chance untuk ganti, waktu last-last minute gini juga yang dicari.Unid...biasalah mudah lupa.

Hari tu unid puasa ganti, salah sorang officemate unid non muslim perempuan terkejut

"Eh... bulan puasa dah start ke?"

Unid dengan muka seposen reply.

"Bukanlah.I puasa hutang yang tahun lepas punya."

Beberapa hari kemudian, seorang officemate unid non muslim lelaki dok belek-belek kalendar.Tiba-tiba dia cakap

"Eh , July sudah mau puasa.You ada berapa hari lagi nak ganti?"

"Enam."

"Wohoo..banyak tu.Camana bulan July dah nak start puasa"

Bertuah betul unid sentiasa diperingatkan.Moga-moga kami ditunjuki.Amin

No comments:

Post a Comment