Akibat sambil lewa...padan muka diri sendiri

Prolog

Sewaktu masa dulu TM memperkenalkan student package.Maka unid apply package ini atas nama adik unid so dapatlah berinternet dekat rumah dengan kadar yang murah.Adik-adik yang nak guna internet boleh datang guna kat rumah unid.Tapi penggunaan internet kami takdela maksimum sangat, just biasa-biasa.Tapi dengan adanya internet, waktu kritikal seperti register course kat universiti menjadi mudah.Line telefon adalah line unid.

Unid bayar dengan baik sekali sehingga unid beli smartphone yang menggunakan mobile data.Masa tu jarang gila on streamyx.Contract dengan streamyx pun dah lama tamat.So unid tak bayar bill and assume dia akan bar dan pause kan bill tu sampai unid bayar balik.Unid tak terpikir nak terminate sebab assume bila time nak guna unid akan bayar balik bill and it can be activate.So after few months, unid test test internet , memang sudah tak boleh masuk.So I assume dia dah freeze bill and I can activate it after bayar. *wah seronotnya assume.

FYI, bill tak pernah sampai rumah pun and again my bad, I never check with TM asking them why takdak bill sampai rumah.

A few weeks ago...

Suddenly sampai surat lawyer mengatakan bill tertunggak dan mesti dijelaskan sebelum tindakan diambil.Surat tu dialamatkan atas nama adik unid.

Unid check surat tu tapi assume scam sebab bill tak sampai tapi tiba-tiba sampai surat lawyer.Selalunya sebelum surat lawyer sampai mestilah sampai surat warning ke atau notification on unpaid bill ke macam yang celcom selalu buat.BTW, I like cara celcom yang selalu update bill tak bayar ke apa ke, siap bagi amount sekali and no account.Memang annoying tapi betulla kan, ingatkan kita kalau lambat bayar bill.

Because nama company yang send surat tu nampak macam scam , unid ignore lagi.Sebab?Dah lali dengan surat-surat  yang cenggitu ,contohnya dari Reader Digest.Tak beli buku , dia claim kata kita beli pastu suruh bayar.Tu tak termasuk surat-surat yang kononnya menang peraduan bla bla.Gila...


Recently...

Dapat lagi surat tu,maka mula terfikir balik.So kelebek-kelebek no account eh, sama la.Eh macam mana bill tak sampai tapi surat lawyer sampai?Timbullah persoalan especially bila melibatkan nama adik.

Kelmarin ...

So unid decide pergi ke office tm untuk clarify.Antara perbualan yang unid ingat.

Betul ke surat ni?

Dia check dalam system. Betul.Tapi perkhidmatan internet sudah dihentikan sementara.

Okay.Surat lawyer sampai maknanya bill charge ni difreeze kan ke sampai saya bayar semua jumlah tertunggak?

Tidak, bill ni akan continue.Sekarang rasanya dah RM600 lebih..

Tapi perkhidmatan internet kan sudah disekat?

Ye, memang disekat.Tapi telekom rugi sebab tiang tu kami takleh nak sewa dekat orang lain sebab tu kami charge dalam bill.

Rugi... tapi once unid bayar semua consider untung berganda-ganda sebab perkhidmatan takda tapi bayar untuk tiang.Kalau katakan enam bulan unid tak bayar, internet disekat pada bulan ketiga, still unid kena bayar untuk 6 bulan.Unfortunately baki untuk 3 bulan yang tak ada internet tu adakah boleh diforward kan ke bulan lain?Confuse...and mula rasa was was.

Customer service tu membebel kat unid tanya kenapa tak bayar..susah sangat ke nak bayar bla.. bla.. Unid diam sebab fine itu salah unid pun.

Saya nak terminate kan streamyx ni boleh?

Tak boleh, sebab cik bukan owner dia.

Habis, bill ni akan mounting up la kan?

Iya.. sebab telekom dah rugi selagi cik tak terminate.

Okay, kalau gitu saya nak terminate line phone.Line phone atas nama saya.

Tak boleh jugak sebab line phone cik attach dengan streamyx.So streamyx owner kena terminate baru boleh cik terminate line phone.

Confuse... tadi dok bising kata telekom rugi, sekarang bila try nak terminate tak boleh pulak.Takper ..telekom rugi pun takper as long bill tu keep increasing.Kalau user lambat terminate lagi banyak duit dapat.

Tiba tiba unid teringat yang bill tak sampai. Kenapa bill tak pernah sampai... tolong checkkan.

Dia check system. Alamat lain, kenapa tak update?Pindah ke?

Unid tengok alamat, alamat tu patutnya rumah sewa unid tapi alamat tu salah.Kalau alamat tu betul, at least akan sampai ke rumah sewa yang unid duduk sekarang.Tapi alamat bill alamat rumah sewa yang salah, alamat lawyer alamat kampung.Banyak beza ni.

Saya rasa saya dah update.

Rasanya tak.. kan nama lain.

Okay fine, still want to blame customer.Takper la, yang lain memang salah unid.Yang ini pun still nak salahkan unid jugak.

Nama lain?Saya tunjuk surat lawyer kat dia.Nama sama dan alamat betul.Bill pulak nama sama tapi alamat lain.Kenapa lawyer punya surat boleh sampai, bill takleh nak sampai?Dalam hati, maybe sebab lawyer kerjanya mencari maklumat kut.

Diam.

Takpalah saya akan bawak adik saya untuk terminate nanti.

Eh, cik rugilah sebab sekarang cik punya under student package.Kalau terminate belum tentu dapat package ni lagi.

Takper lah, sekarang pun rugi banyak sebab tak guna pun.Lain kali kalau nak internet pergi cc jer la.


So itula my experience.It is my lesson learnt sebab I assume the service based on my own logic. Rupanya untuk package ni, unid tak bayar untuk perkhidmatan internet but I pay because I open the account.Selagi account tak ditutup selagi tu la bill akan dicharge.


Hari ni...

No phone unid tak pernah berubah, takde pulak dia nak follow up fasal bill tapi hari ni tiba-tiba dapat message sebab kelmarin tukar address jer.

For more verification unid tanya kat facebook.Rupanya memang selagi tak terminate selagi tu la kena bayar tak kiralah diorang dah sekat internet ke tak.



So pada sesiapa yang suka buat endah tak endah, ada streamyx tapi tak guna pastu dok pikir takper kalau tak bayar nanti diorang akan limitkan bill until certain-certain amount dinasihatkan cepat-cepat la pergi terminate.Bayangkan setahun korang buat endah tak endah, nanti tak fasal fasal  kena bayar untuk kewujudan account anda bukan sebab anda guna.

Jangan fikir takde follow up notification, takde phone call you will be fine.Rupanya diam-diam sebab nak charge.

So padan muka unid.Wohoo...

Comments

Popular Posts