Hijrah

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Awal Muharam Isnin ni.

Cepat masa berlalu, rasa macam singkat benar setahun.Macam macam benda jadi , macam macam benda kita belajar.Ada orang yang baru mengenali kita ada orang yang meninggalkan kita.Lumrah.

Masuk Oktober genap la 7 bulan unid menetap di KL setelah 6 tahun di Penang.Kenapa pindah jauh dari famili, ada orang tanya? Alasan unid untuk berpindah dari KL bukanlah untuk berjauhan dari famili tapi tukar angin.Akan ada satu tahap yang kita tertanya tanya apa yang kurang dalam hidup, akan ada satu tahap semua jadi mendatar.Seriously 6 tahun di Penang menandakan unid sangat di zon selesa.Bosan.

Jadi tukar ke KL.Banyak perkara yang unid bersyukur lepas unid pindah.

Bersyukur sebab dapat kawan kawan baru.

Bersyukur sebab bekerja di tempat baru.

Bersyukur ..bersyukur...

Selamat tahun baru , salam awal muharram. Moga moga esok lagi baik dari hari ni.

Bye.

Comments

Popular Posts