Tips membaiki diri sendiri dari unid sendiri

"Unid, ingat tak momen apa yang membuatkan unid jadi steady? Is there any moment that make you become such a positive person?"
Krik ...krik...Diam jap. 
"I am not sure."

Balik rumah terngiang ngiang soalan tu.Sebab bukan pertama kali soalan tu muncul, mungkin banyak kali.In the way that, people always come to seek me for my opinion including love.Gosh, I never have a boyfriend, what were they thinking?You submit your body to wrong surgeon.😷I guest,they are thinking I am strong but I am not actually.Thank you for having such high hope on me.πŸ˜‚πŸ˜‚Honestly, I work hard everyday to be a better person.

Today I take a pause.I compared myself with my self in the past. Honestly , there is no way to describe my feeling that I feel so much better today than me in twenties in a way how I can control my emotion.Still I have a lots more need to be improved.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

If you asked what is big moment that change my life , I don't have yet 😟I hope I will get that huge moment that really change my life but it 's not happening yet πŸ’–πŸ’–

 I realized that my life is changing after I change some of my bad habit.I feel that it might be useful for you.Please TAKE NOTE , our life is created special for us.Do not take my tips bulat-bulat as me myself keep improving every day.This tips are not absolute and not a final way and as we are growing we may have unique different solution that designed to improve our life.πŸ˜‡πŸ˜‡

πŸ˜‡Fikiran yang bersih
Fikiran positive takkan datang dengan otak yang semak dan berserabut.😡😡Otak yang berserabut akan bertambah serabut jika tinggal di rumah yang kotor dan berserabut.Apa kaitan?Percayalah sambil anda membersihkan bilik anda sedikit sebanyak otak anda menjadi lega.

Actually, I also take time to notice this but I see the result after I changing my habit dari seorang yang semak kepada seorang pengemas.(ohh..ohh please don't think that I am super clean person now.I am not, but I try my best to make sure myself and my environment clean.takdelah semak sangat tapi takdelah bersih squeky clean).Senang cakap, tenang mata memandang.

Mula-mula susah depending on how much level anda sekarang?Jangan risau, start slow slow okay

Ini unid amalkan ya.

😴Katil
Make sure katil kemas dan kosong selepas bangun tidur.Perasan kan,katil mudah nampak semak. Katil juga antara kunci yang menyebabkan bilik tidur nampak kemas.Tak caya, letak setimbun kain atas katil secara tak langsung satu bilik nampak semak.Mulakan dengan katil ya.


πŸ‘ŸLantai bersih.
Bila kaki melekit pijak lantai kita rasa tak happy kan.Oleh itu jadikan habit suka sapu sampah.
Unid sapu sampah almost setiap hari. Kadang sebelum tidur , kadang waktu pagi ikut keperluan.Jika waktu malam rasa semak, unid akan sapu.Yang banyak adalah RAMBUT dan HABUK.Fitrah duduk dekat bandar dan menjadi seorang wanita. Selalu my housmate mengusik,"Aduh, minah ni apa lagi yang dibuat tengah tengah malam." Kalau serabut waktu malam terus unid sapu dengan harapan bila bangun pagi rasa lapang.Selalu alang alang sapu bilik unid sapu ruang tamu sekali.

πŸ‘šLipatan baju
Ini adalah kerja yang paling malas dalam dunia.Memikirkan pun dah serabut kan.Baju bertimbun memang nampak semak.Semakin tangguh semakin semak kan.Jadi cepat cepat lipat baju.Jangan fikir, lipat ja.Kalau malas lipat, guna penyangkut.Susun elok-elok.Keep organize.Struggle kan bila kena cari macam nak rak bila nak pakai.Susun biar mudah dicari.


🚿Bilik air.
Pernah unid dengar orang cakap,'kalau nak bersihkan hati, cubalah bersihkan tandas masjid.' Okay, sebelum nak bersihkan tandas tempat lain, bersihkan tandas rumah sendiri.Bersihkan dan gosok tandas sendiri.Rasai susah payah bau busuk bercampur clorox, rasai susah payah nak gosok lantai.Make sure setiap kali mandi bilas lantai dengan air bersih.Lama lama bilik air jadi bersih, kerja membersih jadi mudah.

🍳Dapur
Make sure dapur bersih.Jadikan amalan buang sampah,basuh pinggan mangkuk dan lap dapur.Jangan tangguh.Menangguh tu lah menyemak otak.Tak perlu guna otak yang banyak pun nak basuh mug.Minum terus basuh.

πŸš€Pastikan bilik dalam keadaan bersih sebelum travel.
Antara tujuan kita travel adalah untuk menenangkan fikiran tetapi apalah guna travel jika balik dan tengok rumah berserabut.Especially kalau badan dah penat.Kan best bila balik travel terus boleh mandi dan berehat tanpa perlu mengemas katil.Sambil prepare travel sambil kemaskan bilik.

🌻Cahaya dan Udara
Ruang yang gelap gloomy akan mempengaruh emosi.Bukalah tingkap bagi cerah.Untuk hari kerja , bangun tidur terus buka tingkap.Biar udara pagi masuk.Lepas tu bila unid nak pergi kerja unid tutup balik.Kalau rasa berkuap, investla sikit untuk pembersih udara atau pewangi ke.Terpulang, tapi bau dan pencahayaan mempengaruhi kita sebagai manusia.

🏑Rumah.
Bila perkara perkara di atas jadi amalan, secara tak langsung rumah jadi bersih.Cuma kena make sure satu rumah bersih dan selesa.Dua minggu sekali mungkin mop lantai, atau cuci kipas.


Okay , panjang lebar kan untuk bahagian bersih.Sebab unid yakin seriously antara yang membentuk pemikiran adalah persekitaran yang bersih.Libatkan dalam aktiviti membersih, rasakan susah payah nak menghilangkan kotoran.Kalau kita rasa susah, itu bagus. Sebab memang tak ada benda yang senang.Samalah kalau nak berubah.Mulakan secara berperingkat, tapi jangan layan malas tu lama-lama sangat okay.


πŸ’–Bersyukur
Jadilah orang yang bersyukur.Senang kan bercakap tapi macam mana nak buat tu.Jangan risau, kita boleh berubah .Manusia is meant to change, we are dynamic creature.Nak berubah mesti ada cara kan?Pilih satu waktu dalam sehari untuk anda listkan perkara perkara yang anda syukur.

Ingat dugaan pun boleh jadi perkara yang disyukuri tau. Contoh , suatu hari tiba tiba boss assign satu kerja yang tak pernah.Dahla urgent.Tak tidur malam ditambah  nak kena perah otak.Tapi cuba fikir kenapa kita terpilih? Mesti ada hikmah. Sebelum ni kita tak tahu, lepas tu kita jadi tahu.Tapi jangan buang masa nak cari hikmah dalam setiap kejadian.Certain kejadian hasilnya tak jadi cepat, bila dah berpuluh tahun kita recall balik baru kita faham kenapa Allah design hidup kita begini.Yang penting jangan ngelat dari rasa bersyukur.

TULIS.Bila 'terpaksa' tulis, kita akan jalani hidup kita dengan pandangan positif.Listkan mungkin lima atau sepuluh, tak kira kecil atau besar.Contoh hari dapat minum kopi atau hari ni dah workout.

Nak tulis perkara yang belum terjadi lagi pun boleh.Contoh, teringin nak makan nasi lemak.Tulis dan bayangkan sedapnya nasi lemak.Bestnya dapat kunyah timun dan sambal yang sedap. Tambah pulak dengan kopi ... Eh eh..πŸ˜…

Tulis simple simple, tak perlu nak print atau letak hard cover bagai lagi.Tak perlu nak  overthinking okay.Tulis list jer pun bukan nya buat final year project.Tak sampai lima minit pun.Lama kelamaan bila otak dah set mungkin tak perlu tulis kerap-kerap.

🏊Exercise 
Cari masa untuk keluarkan peluh. Kalau kerja pagi , bangun lebih awal atau make sure lepas balik kerja pergi keluarkan peluh. Takde duit nak pergi gym , pergilah jogging kat mana mana park.Tanak keluar rumah, buat dekat rumah.Dekat youtube banyak video yoga, workout.Janganlah tengok video kucing jer eh.. eh 😹😹

Unid perasan bila unid lama tak exercises, rasa stress.Always feel bad saja, otak macam tanak jalan.

Berhenti dari guna alasan kerja atau tak sempat.Exercise untuk diri sendiri.Kalau nak perut flat mungkin ambil masa tapi at least hormon endorphine keluar.πŸ˜‘Blood circulation bertambah improve secara tak langsung memudahkan mereka menghantar supply ke otak.Otak adalah organ penting. Organ lain semua bekerja keras untuk meyokong otak.Tak caya cuba tanya doktor.Mari kita tolong mudahkan kerja mereka.Menolong mereka adalah menolong diri kita sendiri.

πŸ‘―Manfaatkan kawan kawan anda
Satu perkara yang unid belajar, kita banyak belajar dari orang yang kita kenal.Sama ada yang suka atau yang tak suka kita.Atau yang kita suka atau tak suka eh..😏It's lumrah hidup, don't expect ALL people will loves you.Nabi pun ada orang benci apatah kita manusia biasa.

Buruk atau baik, kita belajar dari mereka.Bila kita jumpa orang selfish kita jadi berdikari.Kita belajar untuk memberi keutamaan kepada diri sendiri.Bila kita jumpa orang yang ambil berat tentang kita, kita belajar menghargai.Kita belajar memberi.

πŸ™†Utamakan dan kenal diri sendiri.
Yang ni kadang kadang mengundang salah sangka.Ini bukan selfish.Ini adalah part yang mana anda perlu kenal pasti kelemahan dan kelebihan anda.Kadang kita nak tolong orang tapi kita tak mampu.Bila kita tak nak kita perlu belajar to say No.

Contoh member asyik ajak keluar.Every week jer keluar ngopi.Kalau kadang-kadang mungkin okay as a reward to ourselves.Kalau selalu duit habis masa pun habis.Disebabkan nak jaga hati kita yes jer, tapi  kita tahu keutamaan kita mengemas bilik.Selepas ngopi balik rumah tension sebab rumah semak, duit pulak habis.Mulalah rasa tak ikhlas kan,mulalah nak kata member menghasut kita. Jadi belajar to say No and Yes properly.Kita fikir member akan terasa hati bila kita kata No.Tapi sebenarnya kita memberi peluang kepada member kita untuk cuba peluang lain yang lebih baik.

Kenali diri adalah process menerima diri sendiri.Ada yang kita boleh baiki dan ada yang tidak.Contoh unid berkulit gelap, dulu obses nak kulit cerah.Kulit cerah tu kan cantik bagi most people.Tapi sekarang unid dah tak kisah.I loves swimming and outdoor, so do not expect me to be Snow White.I rather to get out from my palace and have fun.😎

Ada yang boleh unid baiki, contoh improve communication skill.Kurangkan rasa segan bila bercakap.Cari training online, baca buku.Banyak dowh nak list.

πŸ˜‡Jaga solat
Unid berat hati nak tulis sebab unid pun masih lagi terkial.Tapi betul, pelihara solat memang membantu.Jangan kata ada orang solat tapi perangai macam setan.Takyah risau perangai orang lain sangat.Risau solat kita dulu sudahlah.

Hargai bila kawan kawan ingatkan solat.Seriously susah zaman sekarang nak cari orang yang ingatkan kita solat.Dulu rasa annoying, sekarang bila fikir beruntung aku.Allah utus kawan-kawan untuk ingat solat.Malah yang tak solat pun ingatkan kita solat.Mungkin nampak pelik, tapi lama kelamaan yang memberi ingat tu start solat.Jadi jangan pandang rendah dengan orang yang ingatkan kita solat walaupun dia tak solat.Sebab dengan mengingatkan orang, dia terbuka hati untuk solat.

Pernah unid culas nak solat.Bergaul dengan  dengan orang yang acuh tak acuh dengan solat.Bukan salah diorang pun, I chose to follow.Boleh qadha jer semua tapi kan selalunya bila kita fikir nak qadha tu kita end up tak qadha qadha pun.Ye lah, mana nak solat untuk waktu tu, mana nak solat ganti lagi.πŸ˜’

Pengalaman unid, jika unid menangguhkan solat padahal masa itu adalah sangat sesuai solat terus unid tak dapat peluang untuk solat.Contoh, unid dah lalu masjid di waktu Zohor.Memang ada masa, masjid pun bersih.Kiranya memang sesuailah untuk solat.Tapi unid fikir alaa.. nantilah Zohor .Unid fikir sempat. Tapi lepas tu jalan jam la apalah tau tau dah masuk Asar.

Masa tu unid cuma fikir, alaa tak sempat Zohor sebab jam.Bukan salah aku, dah Allah takdirkan jam.Kalau tak jam sempat.Nampak tak?unid salahkan Allah sebab tak sempat solat.Takde rasa bersalah masa tu kan.😰😰

Sehingga perkara macam tu kerap terjadi dan unid end up terpaksa qadha banyak solat.Terlintas dalam hati satu perumpamaan.Bayangkan kita ada masa yang tepat untuk berjumpa dengan boyfriend.Tapi kita asyik menangguh atas urusan yang kurang penting.Akhirnya boyfriend kita kata, jika begitu tak perlulah jumpa.Apa akan jadi dengan hubungan tu?

😏😏Okay, nampak macam kelakar kan perumpamaan ni.Mari kita buat perumpaan yang sophisticated sikit.

Masa itu dalam genggaman Allah bukan dalam genggaman kita.Apabila diberi peluang untuk Zohor, kita tolak walaupun jauh di lubuk hati kita kita tahu itu waktu yang sesuai.Kita fikir kita ada peluang nanti.Tapi Allah tak bagi peluang tu.Jadi kita terpaksa qadha Zohor tu, padahal jika betul Allah nak berjumpa kita pada waktu Zohor dia akan mudahkan kita untuk berjumpa dia waktu Zohor.Tapi Allah tak nak, sebab kita dah reject ajakan Dia mula mula.So bayangkan Dia kata, fine tak perlu jumpa Zohor.Jumpa asar.Kalau Dia nak beri peluang untuk hidup sampai Asar.

Kita boleh qadha Zohor, masa Zohor yang dah berlalu tidak akan sama waktu Zohor sekarang.Tak sama hari ini dengan semalam.

Unid perasan bila unid jaga solat waktu travel, semua urusan jadi mudah.Bila sempat solat subuh, rasa mudah saja hari tu.

😘Senyum dan salam
Senyum adalah cara untuk memberitahu otak everything is okay.No worries.Pernah dengar orang cakap, 'aku dah senyum tapi dia tak balas.So jangan haraplah aku nak senyum balik.'

Kalau kita fikir senyum tu untuk orang semata memang kita akan rugi kalau senyum.Tapi senyum tu memberi kebaikan dekat diri sendiri lagi banyak dari bagi kat orang.Kalau faham konsep ni,kita dah tak rasa ralat nak senyum atau bagi salam.Bagi salam ni means greeting. Jumpa sesiapa amalkan greeting.Cuma untuk perempuan kena berhati hati sikit, listen to your instinct.

Senyum tak luak pun kan.

🍹Know when you need a break
Okay, don't push your self.Tapi jangan rilex sangat okay.Balance.Kalau rasa nak menangis atau down, it's okay we are human.Tapi hadkan masa bersedih.Jangan rugikan masa dan air mata.Learn to let go.Contoh , kalau dah stress pergi tenangkan fikiran.Lepas tu dah, terus ke next to do list. Jangan makan hati lama lama.Buang masa, percayalah.

Ingat, kita tak boleh transform sekali gus. Kita adalah manusia biasa.Mulakan sikit sikit, yang penting consistent.Tetapkan satu habit sampai dia dah melekat dalam hati.Contoh make sure every morning katil kemas.Try sampai lekat.Mesti boleh.

Okay dah...actually banyak lagi.Tapi malas nak tulis,satu hari kut menulis ni.
Nak lagi sila pm tepi ya.😝

When I am writing this, I am shivering actually.It's like assessing my self.Banyak lobang wooo.Keaiban diri sendiri eloklah ditutup dengan daun keladi.**gurau jer ni**

Okay dah. I hope you have a very nice weekend and I wish you and your family have a happy and healthy life.
Bye.πŸ‘‹πŸ˜˜πŸ˜˜




















Comments

Popular Posts