Essential Oil Workshop by Klappers Co
Disclaimer: Kelas ni unid attend pada 14 Jan 2018. Lepas tu kan unid hilangkan beberapa keping gambar masa kat kelas tu.Hahah tuler sapa suruh update lambat sangat.
Bye. Jumpa lagi
Love
-unid
Beberapa tahun kebelakangan ni unid memang dah tak tahan dengan bau. I love perfume tapi diri sendiri pun dah jarang pakai. Hidung ni macam dah tak lasak.Bau wangi sangat pun dah tak boleh apatah lagi bau busuk.
Bau rokok lagilah ye.Boleh buat sakit kepala, hilang focus.Now I totally understand why some people become so fussy with smell.Ingatkan saja mengada-ngada tak tahan bau, sekarang bila dah kena, padan muka diri sendiri.
So semua bau yang light light jer dan luckily unid dapat tahu unid okay dengan EO.So unid stick dengan bau yang ringan-ringan jer.Ada seketul perfume lama tak habis-habis duduk termenung kat almari.Now I can't put directly onto my skin, I feel dizzy.Jadi, unid sembur kat udara dan unid lalu kat situ.Haha... nampak macam membazir kan.Tapi I just need a really light smell.
Kalau ada sesiapa yang follow Klappers instagram, korang akan perasan yang depa ada buat bengkel related dengan penjagaan diri termasuklah essential oil blend, buat sabun, facial scrub etc.
Unid memang follow insta diorang sebab I am the one of their happy customer.Dah beli tiga botol Youth+ful serum, I blame my ex-housemate yang introducekan serum ni.Memang suka sangat sebab simple, tak berminyak dan rasa cepat serap.Bau dia ada macam bau rose sikit sikit, sangat light dan refreshing.
Unid ada simpan kat surau office buat pakai lepas solat zohor.
Rasa fresh balik.
Satu hari unid nampak kat insta yang diorang nak buat workshop tentang EO, terus unid ajak rakan serumah.Kebetulan dia pun guna essential oil.Unid pun ada juga beli EO from dia and so far memang unid ngam.Lega gila bila jumpa sesuatu yang kita boleh ngam dan happy guna.
Berbalik pada workshop ni, yang bestnyer our teacher ; Najah langsung tak kedekut, she is so sporting dan sabar layan anak murid.Kita orang ni pula macam takut takut sebab tau EO kan mahal. Risau nak titikkan EO tu, takut tertumpah.Hahah...gigil tangan.Tapi ada tumpah jugalah.Sorry, I am so clumsy.-_-||
Mula mula Najah introduced us with EO.Suruh bau bau sampai hidung jadi kebal, jadi kena bau kopi untuk pulihkan balik deria bau.Kami try bau beberapa EO and I found out chamomile is my favorite scent.Tak sangka bau dia sedap, bila minum teh tak perasan pula bau dia macam mana.
Ada beberapa EO lagi seperti Peppermint, Sandalwood, Geranium etc.EO ni lain baunya, lain pula fungsinya ;contoh Peppermint is usually good for focus and alertness, Chamomile is good for calming.
Lepas tu Najah ajar kami tentang carrier oil. Hah , apa tu carrier oil? Most of EO is not suitable to be used directly onto our skin because it can dissipate easily or it can cause irritation.So carrier oil ni tugas dia untuk dilute EO dan sekaligus membantu meningkatkan kemujaraban EO.Pheww penat nak ingat balik. =)
Kebanyakan minyak berasaskan sayuran yang sesuai dijadikan carrier oil contoh argan oil, coconut oil, avacado oil, olive oil etc. Lupa pula nak check minyak haiwan sesuai ke tak? Humm ... macam tak jer.Apa kata korang check and let me know.
Jadi kalau ada yang nampak minyak wangi tu warna kuning pekat, kemungkinan ianya menggunakan olive oil sebagai carrier oil.Olive oil kan kuning pekat kaler dia.
Lepas tu kitaorang belajar pasal note, base note, middle note and top note. Top note ni selalu bau yang first kita recognize lepas tu slowly dissapear kemudian continue dengan middle note. Base note ni ialah asas bau.
Kita orang belajar blend oil untul pelbagai fungsi seperti Calm, Energy, Zen,Sleepy dan satu lagi bau yang personalize ikut suka hati kita.See, bayar 65 seorang dapat lima botol minyak. Berbaloi kan.Botol kecik kecik macam ni senang bawak travel.Lepas tu ada dapat certificate lagi.Kalau beli minyak tu kat luar I believe takkan dapat harga gitu.Hew hew hew.
unid labelkan type EO and carrier oil yang unid guna. senang nak buat balik nanti. |
Unid bawak pergi Perth, seriously I believe EO ni sangat membantu. Bau dan pakaian adalah contoh yang boleh bangkitkan mood.Kalau stress carilah bau yang sesuai dan pakai pakaian yang sesuai.Tolong diri sendiri jadi happy so orang keliling kita pun ikut happy. Dapat pahala banyak happykan diri sendiri dan orang lain tau.
Sesiapa berminat silalah follow Klappers kat insta.Suka tengok budak budak ni, muda muda lagi dah pandai buat bisness sendiri.
Love
-unid
Comments
Post a Comment