Tiga Bahagian Dalam Hidup Saya

Kebelakangan ini saya suka mengkaji perasaan dan perangai saya sendiri. Mungkin sebelum ini banyak memerhatikan dan menghakimi hidup orang lain tidak memberi faedah yang banyak.Secara peribadi saya bersyukur kerana banyak perubahan yang saya berjaya lakukan untuk diri sendiri walaupun sebenarnya banyak lagi yang perlu saya baiki terutama my thinking.Ada waktu waktu tertentu saya down- itu fitrah manusia untuk rasa sedih dan kecewa akan tetapi saya sedar yang saya loose control pada waktu tertentu.Setengah orang mungkin beranggapan alaa kadang-kadang jer saya down tapi tak sebenarnya.

Kehidupan saya secara overall boleh dibahagikan kepada tiga bahagian untuk satu bulan.

Dalam masa sebulan , saya ambil 31 hari (saya buat 31 hari sebab sehari pun dikira penting). Jika saya cuma mengambil empat minggu 7 x 4= 28 hari bermakna Februari sepanjang tahun la kan. Jadi biar saya ambil 31 hari untuk pengiraan.
  • Productive and Happy / Contented (15 hari) 
  • Less productive and Cranky/Confuse (12 hari) 
  • Transition and confuse/cranky(4 hari) 

PRODUCTIVE AND HAPPY DAYS (contented)

Ini adalah masa masa saya positif , cheerful dan bersemangat untuk hidup. Jika anda lepak dengan saya waktu ini mungkin anda menyangka yang saya ini sentiasa bersemangat untuk hidup.Masa ini mungkin terkeluar quote quote yang indah indah.

Saya selalu bangun awal, oh jangan salah sangka . Badan saya yang bangun awal tanpa perlu set alarm.Saya bangun dengan rela dan bersemangat.Saya bangun dengan gembira tak sabar nak mulakan hidup.Tak sabar nak jogging, breakfast, kerja. Jujur saya memang selalu semangat nak bekerja. Jarang mengalami Monday blues.

Pada waktu Productive dan Happy saya ada rutin sendiri dan happy bila buat. Saya tidur awal dan solat awal. Ada masa diperuntukkan bila nak exercises , study , untuk diri sendiri dan bersilaturahim.Jangan terkejut saya dah susun siap siap baju apa nak dipakai untuk lima hari.

Disebabkan itu saya jarang pelupa, malah jika saya terlupa atau brain fog sekali pun saya akan sambut dengan hati yang terbuka.Saya sibuk tapi tak penat - excited memanjang. Jika ada sesuatu perkara tak menjadi mengikut plan saya, saya cepat-cepat recover dan tweak my mind to think it positively.In another word, berilah apa-apa pun InshaaAllah saya akan tukarkan kepada sesuatu yang manis.

Pada masa ini hidup itu umpama manisnya cinta di Cappodocia gittew.

LESS PRODUCTIVE AND CRANKY DAYS(adalah confuse sikit-sikit)


Saya perasan ini adalah waktu saya period which is normal sebab well typical woman yang datang period memang dia cranky.Saya tak salahkan hormon atau apa-apa sebab memang maintenance untuk memastikan manusia sempurna dilahirkan pada masa depan memang complicated.Ehh -_-||

Saya tidur lambat bangun pun lambat. Bukan sebab tak boleh bangun awal, secara auto badan saya akan terjaga awal - okay senang cakap saya biasa bangun awal tanpa guna alarm. Jika ada orang macam struggle nak bangun awal- saya tidak. Maknanya badan saya senang bangun awal. Tapi masa period, walaupun saya terbangun awal saya paksa juga diri tidur.Sebab saya tidur lewat maka saya fikir saya kena cukupkan jam untuk tidur.Jadi bila badan dipaksa tidur penat dan mamai lah saya.

Saya perasan waktu ini saya senang dihantui perasaan-perasaan negatif.Saya masih lagi buat perkara yang perlu saya buat dan kadang-kadang saya boleh buat lebih cuma kali ini dilakukan dengan cranky.Contoh katakanlah setiap 3 hari saya akan buang sampah walaupun itu bukan sampah saya pun. Pada hari productive dan happy saya boleh lakukan tanpa rasa sakit hati tapi waktu cranky saya melakukannya dengan tidak ikhlas.Saya cepat sakit hati dan susah nak rationalize sedikit.Mulalah nak mempersoalkan itu ini -

Eh, ehhh bukan kerja aku nak buat benda benda gini tapi kena buat dah kenapa?

Kebanyakan waktu ini attitude saya mencecah zero dan personality saya menjadi i-don’t- give-a-damn and i-don’t-care.

Secara tak sedar saya takleh nak rationalize apa-apa yang terjadi dalam hidup.Dunia ini seolah-olah nak berperang dengan saya.

Saya tak productive bermakna saya tak melakukan banyak perkara selain daripada perkara-perkara rutin yang dah melekat dalam hidup saya. Masa saya banyak dihabiskan dengan scrolling insta, tengok Youtube dan tidur tapi end of the day SAYA MASIH PENAT!Lepas tu rush sebab tak de masa.
Hidup saya bagaikan aku hanya serangga.
Err...bolehkah saya blame it to my period cycle?

TRANSITION AND CONFUSE DAYS (cranky sikit-sikit)


Ini adalah hari kesedaran yang bangkit akibat banyak buang masa pada Hari Cranky.Senang cakap hari hujung period atau hari-hari awal solat. Hari yang saya rasa insaf dan nak bertaubat.

Saya panggil transition sebab nak tukar rutin dari tah haper haper TO i am aware of what i am doing, embrace yourself and bla bla. Ianya memang confusing sebenarnya sebab nak lekatkan balik rutin rutin yang dijatuhkan masa cranky day dan pada masa yang sama kenalah masukkan rutin baru.Bila confuse of course la agak cranky tapi less sebab dah start productive sikit-sikit.
Hidup saya ketika ini masam-masam manis dan macam chipsmore sekejap ada sekejap takde.

Kenapa saya rajin tiba-tiba mengira?

Ntah. Mungkin sebab tiba-tiba saya rasa fedup atau mungkin sebab dari saya mengira hidup orang lain better lah saya kira dan mikroskop hidup saya sendiri.

Mungkin kerana baru baru ini saya mengalami kebluran tahap maksima sehingga saya tertanya apa yang tak kena? Katakanlah pengiraan untuk hari hari saya ini betul, secara tidak sedar saya cuma memaksima kan masa saya hanya 15 hari dari 31 hari. Maknanya baki 16 hari itu tidak digunakan secara efficient dan kalau nak dikira kira betul betul 16 x 12 (bulan) =192 hari dalam setahun saya kurang effective.BANYAK TU.

*aku hanyalah biskut halia*

Jika saya berjaya tukar hari cranky tu kepada hari transition mungkin saya akan menjadi lebih effecient dan secara perlahan saya tukarkannya Productive dan Contented.

Of course la untuk tukar saya kena tau apa punca of cranky day tu. Adakah period saya atau sebenarnya ada rutin yang saya ignore yang menyebabkan punca saya tak sebegitu effective? Saya sebenarnya macam dah ada jawapan tapi saya tanak tulis kat sini sebab panjang seh.Mungkin di post post yang akan datang.

Emmm.. korang ada juga tak hari-hari cenggini?


Assalamualaikum.Jumpa lagi di lain entri.

Comments

Popular Posts