So much for Happy Ending?!!





Kill to be be alive?!What planet that we are living now?Is it planet that crowded with ‘the best brain’ creature.We can do anything like other creatures did.We can fly as fast as bird even we don’t have wing.We don’t have to be superman to fly.We can explore and conquer the sea as fish even we don’t have fin.We can lead all other creature but do we clever enough

Membunuh untuk hidup.Di planet manakah kita tinggal sekarang?Bukankah di planet bumi yang dipenuhi ‘best made creature’?Kita adalah makhluk yang mampu membuat apa sahaja hanya dengan akal yang mendiam di dalam kepala kita.Kita mampu terbang malah lebih hebat dari burung tanpa memerlukan sayap.Kita mampu menguasai lautan yang luas tanpa memerlukan sirip.Kita tak perlu berdoa untuk menjadi ‘little mermaid’ atau superman.Kita boleh menawan apa sahaja di dunia malah di luar planet sana.Tapi sayangnya selain itu kita juga menggunakan akal untuk berbunuhan sesame sendiri.Malang sekali apabila kita putus akal dengan berfikir hanya berbunuhan kita dapat teruskan kehidupan.Cetek bukan?Memanglah hidup tak semudah disangka, dan ianya kekadang tak dapat dielakkan.Tapi jika ada pilihan,tentulah kita tidak mahu?

Atau sebenarnya manusia mempunyai rasa takut?Jika tidak membunuh ,kita akan dibunuh?Kita semua akan mati, cuma lambat atau cepat.Dan apa bezanya lambat atau cepat?Apa untungnya ?Banyak persoalan yang tak terjawab.Hidup adalah persoalan dan kita berusaha mencari jawapannya?Dapatkah?

Ingin hidup dalam dunia yang aman mungkin satu mimpi yang tak berkesudahan.Setiap yang lahir mempunyai impian yang sama, tapi bukan itu yang terjadi sekarang.Waktu kanak-kanak kita bergaduh berebutkan mainan atau coklat.Dan kita ketawa bila mengenangkan kanak-kanak yang cetek akalnya.Tapi perang yang berlaku sekarang kenapa?Berebutkan sesuatu juga kan?Kanak-kanak dan dewasa sama sahaja kan?Cuma bila seorang budak marah mungkin dia akan menggigit atau mencakar, dan yang dewasa mungkin lebih professional lagi akan mengebom, dan membunuh lagi ramai(Profesional?)

Aku di Malaysia, mungkin tak ada bom di sini.Tapi kekadang terasa juga bunga-bunga kebencian yang kekadang terpercik.Hidup ramai dan pelbagai kaum yang berbeza, memang ada cabarannya.Tapi adakah kita mahu dunia ini dikuasai oleh satu kaum sahaja.Just imagine?Kalau di sana sini semuanya sama, takkan ada industry pelancongan.Buat apa melancong jika tak ada perbezaan untuk dirasai.Semua sama sajakan.Bukankah Tuhan mengatakan diciptakan pelbagai bangsa untuk saling berkenal-kenalan. The different was created to be celebrated, right?

Unid: I pray that we will not fight, never. And I still wish that I can live in harmony planet.

Comments

Post a Comment

Popular Posts