Hilang

Jam tangan.Sejak petang Ahad hari tu aku tidak memakainya.Hilang.Ibu kata ada dalam beg tanganku, tapi puas dicari tapi tak ada. Aku cuba hidup tanpa jam tangan tapi memangnya rasa kosong.Kosong sangat.

Terlalu lama bersama langsung tak perasan kehadirannya begitu bermakna.Bukannya tak boleh beli yang baru tapi barang yang lama ada kalanya lama dipakai makin sayang.

Dalam aku memikirkan di mana lah agaknya jam tangan tersebut dan memikirkan apakah harus kubuat untuk mendapatkannya kembali, aku kerling di belakang tempat duduk belakang kereta. Jam tersebut betul-betul di bawah kusyen belakang.

Lega sangat.Alangkah leganya mendapatkan barang yang dicari.Bagus kan perasaan mendapat semula apa yang hilang?

Berhari-hari aku dan kawanku memikirkan di manakah Kulim Avenue kerana ada kedai baru bakal dibuka menjual peralatan sukan.Dan hari ini saat aku selesai menyarungkan jam tangan ku, di sebelah kiri jalan terpampang nama kedai tersebut dengan beberapa orang sedang memunggah sesuatu.Ohh..ini rupanya kedai tersebut.

Petang ini aku begitu senang, jam yang hilang telah dijumpai dan juga misteri di manakah Kulim Avenue selesai dalam masa yang sama.

Pelik kan?Jikalah apa yang kita selama ini kita inginkan datang tanpa disangka-disangka.Namun selalunya perkara seperti ini jarang terjadi.Alangkah bertuahnya jika …

Comments

Popular Posts