Ibu, bapa dan anak
Baru jer abis tengok cerekarama tajuk al-Kiswah. Jangan terkejut jika cerita itu memang kebanyakannya terjadi dalam masyarakat kita.
Bila ada anak yang mengabaikan ibu bapa dengan mudahnya kita akan menuduh si anak itu derhaka , si tanggang dan pelbagai cemuhan tetapi jarang di antara kita yang menyiasat benarkan anak itu memang berhati kejam atau sebenarnya tindak balasnya berdasarkan benci yang tak tertahan-tahan.
Kita boleh memilih isteri suami malah merancang anak, tetapi bolehkah anak memilih kita?Ibu bapa kadang-kadang mahu membesarkan anak mengikut pelan, tetapi terlupa tentang kasih sayang, kadang-kadang menjadikan anak seorang yang mungkin patuh tetapi hatinya penuh dendam.
Dan ada ibu bapa yang terlebih kasih sayang sehingga anak naik lemak.Memang susah nak didik anak kan?
Pernah dulu heboh berita cerita tentang seorang anak mengabaikan bapanya.Satu Malaysia rasanya heboh, maka berduyun-duyunlah orang mengecamnya.Sampai si anak itu berkata, bapa aku ini meninggalkan kami sekeluarga,langsung tak pernah pedulikan nasib kami.Ibulah yang bersusah payah membesarkan kami.
Apa nak dikata?Mungkin ada yang berkata, apa pun dia tetap bapa kamu. Aku fikir bukan senang hendak melupakan trauma waktu kecil. Jika seorang gadis dirogol oleh ayahnya waktu kanak-kanak, adakah di waktu dewasa dia akan semudah itu memaafkan ayahnya. Susah bukan? Kalau tak kena batang hidung sendiri senang la cakap ya.
Ada orang berkata ibu bapa boleh bela sepuluh orang anak, sepuluh orang anak belum tentu boleh bela ibu bapa mereka? Betul, jika anak buat hal , degil ibu bapa dengan senangnya merotan, tapi jika ibu bapa buat salah bukanlah mudah untuk menegur mereka kan?
Susah kan? Diluah mati emak , ditelan mati bapa.Semoga Tuhan menjadikan kita yang terbaik.
Comments
Post a Comment